Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, April 28, 2010

Zaid hina orang Selangor


Bagi yang sering mengikuti Waadat pasti sedar Demang seboleh mungkin mengelak diri daripada menulis ayat atau perkataan yang kurang sopan.

Namun kali ini Demang nak ucapkan sesuatu pada Zaid Ibrahim:

”Zaid, mu ni mabuk ke bengong? Kalau janji pilihanraya dikatakan rasuah, ertinya semua calon perlu disaman! Kalau dah kalah, buatlah cara kalah!”

Selain janji pilihanraya, Zaid menuduh BN merasuah rakyat Hulu Selangor RM200 seorang.

Cis! Teruk sangat ke orang Selangor laparkan RM200 untuk tempoh DUA TAHUN mendatang? (andaian sehingga PRU13). Daif sangat ke orang Selangor hingga sanggup mengundi BN hanya kerana dirasuah RM200?

Ingat, dalam isu rasuah; pemberi dan penerima sama sahaja status kesalahannya. Jika benar BN memberi rasuah maka majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah penerima rasuah. Zaid perlu dakwa semua yang terlibat dalam kes tersebut.

Walaupun Demang tidak dilahirkan di Selangor, namun ibu, bapa saudara, ibu saudara, bapa saudara, datuk, nenek, moyang, serta saudara-mara (sebelah ibu) adalah anak jati kelahiran Selangor. Ibu bapa Demang menetap di Selangor hingga kini.

Maka Zaid selaku ’orang luar’ jangan biadap sangat sehingga menghina orang Selangor!

Seperkara lagi Demang nak ingatkan Zaid:

"Mu ingat orang Selangor tak reti menilai? Walaupun demo kata dah bertaubat dari minum arak namun mereka sedar bahawa orang yang minum arak mempunyai perilaku dan akhlak yang buruk! Minum arak hanya satu aspek. Orang Selangor yang adil akan menilai dan menjangkakan banyak lagi tabiat buruk yang mengiringi hidup peminum arak."

"Selalunya satu lagi kesalahan yang dilakukan oleh peminum arak ialah zina. Jangan salah faham. Demang tak tuduh demo, Zaid. Demang kata, 'selalunya...'



foto:
sultan selangor jpg
pmr.penerangan.gov.my

3 comments:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

RIMAS Mak Cik dengan PR ni, tak habis habis dengan SAMAN mereka, tapi bila mereka kena SAMAN pandai pulak cari helah nak tangguh dan kalau boleb batal terus kes.

Nampak sangat putar alam mereka.

Susah sangat nak terima hakikat telah KALAH di Ulu Selangor tu.

hahn said...

Zaid buat buat lupa ilmu sial yang dia belajar dari N.ajis.

Pesan N.ajis, "Apa BN nak beri ambil tapi pangkah tetap pangkah PAS".

Logiknya bila tiba di tempat undi tiada siapa yang tahu apa yang masing masing pangkah. Walaupun si pemberi RM200.

BN dah lama tahu itu kerja bodoh. Kawan dia Anwar selalu buat kerja tu semasa di mahkamah untuk tunjukkan dia ramai penyokong. Ke Zaid ni berfikir masa dia mabuk? Kenakan konsep Anwar kepada pilihanraya kecil ni.

Orang lain tidak sebodoh Zaid. Pengundi di Hulu Selangor malah lebih bijak dari Zaid yang menjadi "peguam tandatangan". Mereka memikirkan masa depan.

Bukan seperti Zaid yang dapat duit cara mudah mula bongkak fikir generasi dia akan datang tetap berjaya tanpa Hak Melayu.

Itu lah jadinya kalau otak dah rosak akibat arak.

Tinta Emas said...

biasalah orang gila kuasa sanggup buat apa saja. bila dah kalah meroyanlah macam nizar komunis tu.

semuanya sebab badi nik aziz dan anuar yang melekat kat zaid. kesian dia.....

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)