Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, May 26, 2010

Jelatang, Samy & MIC


Demang percaya kalau dikeloi 'JELATANG' kepada Samy dan anaknya, mereka tidak akan marah, sehinggalah mereka memahami maksud jelatang.

Dipendekkan cerita, jelatang bermaksud duri dalam daging.

Dengan kata lain, Samy Vellu adalah jelatang kepada MIC dan selagi Samy berada dalam MIC maka MIC dianggap jelatang kepada BN.

Jadi, tak perlulah Samy & Co berteriak dan menggertak untuk keluar daripada BN.

Demang percaya, sebuah lagi parti India dalam BN akan menjadi pengganti yang jauh lebih hebat sebaik sahaja jelatang itu dicabut keluar!

Ingat, Demang kata 'jelatang', bukan 'menatang'.


foto:
samy vellu insp...1 jpg
377 x 480 | 89k omong.wordpress.com

5 comments:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Apa khabar?

Jangan dilayan je..nak keluar BN, keluarlah, silakan..

Dah berapa kali kata nak keluar BN tak keluar keluar jugak.

Dah majoirti orang India tak nak dengan dia, sudahlah tua. Dah 31 tahun. Tun M dah bersara, Keng Yik, Pak Lah..dia ni liat sangat pulak.

Kita tunggu episode seterusnya.

melayuangkat said...

Tersalah taip, Sudahlah tu..dah 31tahun..

melayu2020 said...

Maaf pertama kali..kerana apa yang saya tahu dalam dunia blog khususnya yang pro BN,hanya blog gomo dan blog anda saja yang hanya approve komen untuk siaran. Syabas saya ucapkan. Mungkin kerana terikut dengan rentak sahabat anda sendiri yang rata rata tidak mahu keluarkan komen dan terpaksa untuk aprove dulu,maka saya anggap blog tuan sendiri sama macam blog sahabat BN anda yang lain. Tutup kes.

chegu kata - Mengenai ajakan anda menyokong PAS, saya pernah menyertai PAS (malah belum pun keluar dari PAS hingga kini - cuma tak lagi membayar yuran tahunan), namun saya dapati PAS sama sahaja seperti parti politik lain.)

saya kata - elok chegu keluar dari pas. sekurangnya pas dapat mengetahui jumlah ahli yang betul setia,bukan sekadar ahli. mana mungkin anda seorang ahli pas dan tidak membayar yuran,tetapi menentang pas dan menyokong umno? Something wrong tu chegu..budak budak sekolah pun boleh konfius..

chegu kata - Justeru, lebih baik membantu UMNO yang telah terbukti semakin banyak melaksanakan suruhan Islam.

saya kata - cegu masih lagi tak faham. Wujudnya pas di malaysia untuk menjadi pembangkang yang baik. Pas tak pernah bantah sebarang bentuk perlaksanaan islam jika ianya jujur nak di laksanakan. Perlaksanaan islam bukan sekadar retorik cegu. Ianya perlu di laksana dengan kuasa. Cuba tanya pemimpin pas,kalaulah mereka di beri kuasa walau 24 jam untuk memerintah negara,pasti mereka akan laksanakan islam,buang yang mana buruk,ambik yang mana baik..tapi hakikatnya..kuasa takda..camna nak buat itu dan ini.

chegu kata - jangan ungkit kes-kes yg masih diperdebat seperti menyambung lesen judi bolasepak sebab Kelantan sendiri masih mengaut untung dari lesen arak.

saya kata - Sebelum kerajaan pas kelantan menutup ruang2 maksiat di kelantan,mereka terlebih dahulu berhujjah dengan masyarakat bukan islam di kelantan. Kaum bukan islam di brain wash dan mereka juga di ingatkan tentang ajaran buddha sendiri yang mengharamkan perjudian dan maksiat. Tapi kaum bukan islam kelantan merayu kepada pimpinan negeri supaya meluluskan arak untuk minuman dan acara keagamaan mereka,bukan untuk pesta . Jadi,rumusannya kelantan sebelum 1990 dan di perintah BN ketika itu amat teruk dengan maksiat sehingga pelacur pun bertebaran di jalan hamzah dan beroperasi secara terbuka. Alhamdulillah,sekarang ianya sudah tidak ada lagi dan tak di nafikan masih ada pelacur di kelantan tetapi hanya sekadar cari makan dan sangat susah di jumpai. Kecuali jika anda seorang yang suka kepada maksiat,pasti bertemu dengan pelacur ini.Hikmah dari penutupan ini,sesiapa yang menyokong pas sehingga tertubuhnya kerajaan negeri dan dengan undian mereka itu,kerajaan mampu berkuasa dalam menentukan cara hidup islam di kalangan rakyat,insya Allah akan dapat pahala.

melayu2020 said...

Cuba cegu tanya pada kerajaan negeri kelantan,mereka ada berapa jenis akaun dalamm pentadbiran? Lepas tu baru kita boleh hujjah.

Bab kafir

1 ."kau ni kafirlah" atau "woi kafir!!" - ayat ini mengundang dosa besar kepada penyebutnya dan fair itu kembali padanya.

2. Ali mengajar sekumpulan hadirin di satu tempat.. "tuan2 dan puan2,jangan kita meninggalkan solat,melakukan zina,menyokong pihak yang zalim dan bersekokongkol dengan proksi yahudi kerana ini akan menyebabkan kita menjadi kafir berdasarkan firman Allah dalam al quran ayat sekian-sekian.. - ayat ini berupa ayat keterangan atau bermaksud menyampaikan ilmu..maka ianya wajib atas prinsip daawah.

Cukup untuk pagi yang indah ini. salam dari hadramawt,yemen.

melayu 2020

Cheguman... said...

Melayu 2020,
Terima kasih atas respon saudara. Biarlah ia menjadi sebahagian bahan renungan utk pengunjung Waadat.

Hujah saudara mengenai isu kafir itu memang betul dan saya bersetuju. Namun bagaimana dengan SMS yang saya terima daripada seorang rakan, begini:

"Orang yang sokong UMNO tidak Islam".

"kalau aku sokong UMNO, adakah aku tidak Islam?" saya bertanya melalui SMS.

"Islam pada nama sahaja." Jawab rakan saya, juga melalui SMS.

Apa pendapat saudara Melayu 2020?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)