Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, May 13, 2010

Najib yang dipilih akhirnya


"Macamana kalau Tokwan tak ada?" Demang mengajukan soalan.

Memang Demang risau. Walaupun tidak semua perkara diadu pada Tokwan namun jika terdapat kekusutan yang tak mampu lagi diurai maka Tokwanlah yang akan dirujuk: masalah penyakit, masalah rumahtangga, masalah jiran tetangga, masalah politik, masalah agama dan sebagainya. Maksud Demang, dalam kalangan keluarga kami.

Tika itu Tokwan sudah agak tua. Umurnya sudah melebihi 80 tahun. Beliau lebih tua daripada Tun Dr Mahathir. Ketiika muda dulu mereka sama-sama berjuang dalam UMNO. Sering juga Tun datang ke rumah menjemput Tokwan terutama menjelang pilihanraya.

Tokwan, asalnya hanya seorang ustaz sekolah rendah. Walaupun pernah ditawarkan ke Mesir, namun beliau tidak mampu ke sana kerana kemiskinan keluarga.

Setelah bersara, Tokwan segera 'dilamar' oleh Mudir/Pengasas Maahad Islamiah Derang Kedah sebagai tenaga pengajar dan pengurus pusat rawatan di situ. Beliau membimbing pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara (Timur Tengah) kerana kemahiran beliau berbahasa Arab.

Satu lagi keistimewaan Tokwan ialah penglibatan dalam bidang sukan, terutama bola sepak. Pada usia 80an itupun beliau masih membantu dua pasukan bola sepak selaku pengurus. Sebenarnya ramai pemain Kedah yang pernah menjadi anak didiknya sehingga ada yang menggelarnya 'Ustaz bola'.

Sambil itu Tokwan mengusahakan perubatan tradisional, termasuklah minyak herba morhabshi. Beliau sering dijemput merawat pesakit-pesakit di sekitar Jitra. Kelebihan beliau ialah mampu mengubati pesakit mental.

Tokwan juga mempunyai diploma dalam perubatan homeopathy. Seorang sahabatnya yang berjaya dalam bidang tersebut ialah Dr (H) Azizan, pengasas Era Edar SDN BHD. Seingat Demang, Tokwan turut membantu Dr Azizan merawat pesakit di klinik mereka di Jitra. Beberapa hari dalam seminggu beliau bertugas di situ, sebelum berpindah ke Derang.

Selain bahasa Melayu, Tokwan fasih berbahasa Arab, Siam, dan memahami bahasa Inggeris dengan baik. Buku dan kitabnya penuh dalam beberapa buah almari dan rak khas di rumahnya. Setiap kali ke rumahnya, Demang akan mengambil beberapa buah untuk dibawa pulang namun tidak pernah dipulangkan.

Dalam kesibukan, beliau masih sempat menyiapkan dua buah buku perubatan; sebuah berkenaan perubatan tradisional Melayu dan sebuah lagi berkenaan perubatan homeopathy.

Demang pernah mendengar seorang rakan beliau bertanya: "Kalau Ustaz tak ada, siapa nak warisi semua ni?"

Tokwan tersenyum sambil menunjukkan pada Demang: "Ni, cucu ada." kata beliau.

Itu sebabnya Demang dimasukkan ke 'sekolah Arab'. Namun harapan untuk melihat Demang menjadi ustaz tidak kesampaian kerana Demang lebih cenderung pada muzik; sama seperti anak bongsu Tokwan yang akhirnya menjadi penyanyi rock (Radzi yang terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila).

Radzi kini dikenali sebagai Ustaz Radzi dan terkenal sebagai penceramah bebas. Ketika Mazlan Pet Pet (Senario) berkahwin, pada malamnya diadakan ceramah agama dan Ustaz Radzi menjadi penceramahnya.

Kini, Ustaz Radzi masih menyanyi. Album terbaru beliau berjudul 'Radzi Penyesalan' diedarkan pada tahun lalu berbentuk nasyid kontemporari. Sementara itu beliau aktif dalam usaha dakwah bersama jemaah tabligh dan sesekali dijemput dalam program TV, termasuk oleh Ustaz Akil.

Berbalik pada persoalan Demang di awal tadi. Menjawab soalan tersebut, Tokwan tersenyum namun dengan tegas berkata:

"Jika aku tiada, Allah SWT tetap ada. Dia akan beri (gantikan) orang lain pula."

Demang bawakan cerita ini kerana amat kerap Demang mendengar betapa Tun Dr Mahathir begitu dikagumi sehingga ramai yang merasakan selepas beliau tiada, prestasi Malaysia akan menurun.

Andaian tersebut kelihatan hampir menjadi kenyataan apakala Tun Abdullah mengambil alih jawatan PM.

Namun, melihat pada kesungguhan dan sokongan yang diterima DS Najib sekarang, Demang yakin dan percaya bahawa Allah Taala sudah menggantikan Tun Dr Mahathir dengan seseorang yang amat diperlukan rakyat Malaysia.

Tugas kita ialah membantu dan menyokong beliau.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)