Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, May 22, 2010

PAS pula luluskan judi


Demang lihat, baik blogger pembangkang mahupun prokerajaan rata-rata menyanggah keputusan kerajaan memberi lesen kepada sebuah syarikat bagi menguruskan aktiviti pertaruhan.

Istilah biasa bagi pertaruhan ialah judi.

Namun Demang terfikir, kenapa lesen arak tidak dibantah? Adakah kerana di Kelantan ia diberi lesen oleh kerajaan negeri itu?

Nampaknya sifir lama berulang lagi. Jika UMNO buat, haram. Jika PAS buat, dianggap muslihat dan dimurnikan dengan pelbagai alasan.

Ya. Yang haram tetap haram. Judi haram pada orang yang sudah Islam. Yang belum Islam, tidak mengapa. Kalau PAS boleh kata istilah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dan soal akidah orang Melayu tidak ada kenea mengena dengan perkara itu, kenapa dalam isu lesen judi PAS berlagak prihatin sangat kononnya untuk menjaga orang Islam?

Jelas, PAS hanya parti politik seperti juga UMNO. Lebih buruk lagi, PAS sanggup gunakan apa sahaja untuk mencapai hasratnya memerintah negara, termasuk agama.

Dalam isu lesen judi ini, Demang percaya jika UMNO membantah, PAS lah yang akan mengusulkan supaya judi diberi lesen agar orang bukan Islam yang ingin berjudi dapat dikawal dan dipantau.

Pendirian Demang, judi tetap haram tetapi tak perlulah dipolitikkan.


foto
day life is just gamble
marcandrelari... flickr.com

3 comments:

asemalpg said...

Kerajaan persekutuan hanya mengeluarkan lesen judi sahaja tetapi kerajaan negeri lah yang mengeluarkan lesen untuk tempat-tempat judi. Jika kerajaan negeri tidak memberi kebenaran untuk tempat-tempat judi maka walaupun lesen judi dikeluarkan maka orang tetap tak boleh berjudi sebab tak ada tempat. Jadinya kerajaan PR mestilah menghapuskan semua tempat-tempat perjudian dinegeri yang diperintah oleh mereka barulah apa yang diaorang protes tu relevan jika tidak tak ada gunanya.

Cheguman said...

betul tu asemal

Anonymous said...

lesen dengan tempat judi mana senang nak hapuskan??? gila babah nak bom genting tuuu.. kalau lesen takde.. sape nak wat tempat judi..

umumnya sudah tahu malaysia sudah kaya raya dengan judi.. apakah relevennya utk menambah lagi perjudian ini... apa yg patut dilakukan adalah menguatkuasakan undang2.. yg mana haram serbu la..
Bukan serbu ceramah PR..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)