Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, May 1, 2010

peguam arah siasat remaja ditembak

"Peguam Negara arah polis lakukan siasatan lebih lanjut kes Aminulrasyid Amzah selepas teliti kertas siasatan yang diserahkan hari ini."

Kebetulan ketika menanti waktu melawat di hospital petang semalam Demang melihat di kaca TV TS Musa Hassan ke lokasi kejadian remaja ditembak itu.

Maka menyahut seorang lelaki berdekatan Demang: "Itulah polis. Patutnya dibagi pistol mainan je. Kesian budak tu tak pasal-pasal kena tembak."

Mulanya Demang diam sahaja. Namun apabila lelaki itu mengulangi kata-katanya dan menghadap pada Demang seolah meminta sokongan maka Demangpun memberi respon. Maklumlah, kita kan memang suka bab komen mengomen.

"Sebenarnya saya pun belum pasti sangat kes ni. Rasa saya budak tu dua orang dan polis... Berapa orang, ye?" umpan Demang.

"Polis 4 orang." Jawab lelaki lain yang turut berada di situ.

"Ha, 4 orang. Dengarnya, budak yang seorang lagi tu dipukul dan dipijak oleh polis-polis tu dan akhirnya dia dapat melarikan diri?" Demang meminta kepastian.

"Betul, betul..." jawab lelaki-lelaki itu.

"Saya musykil jugak. Kalau polis-polis itu memang berniat membunuh, bagaimana remaja itu yang baru kemalangan (terbabas), dipukul dan dipijak oleh 4 orang polis yang bersenjata dibiarkan melepaskan diri? Adakah polis-polis itu sengaja melepaskan remaja itu untuk membuat laporan dan menjadi saksi kes tersebut?" ulas Demang.

Sebenarnya Demang tidak menyebelahi mana-mana pihak walaupun berasa jengkel dengan ibu bapa yang membenarkan remaja yang belum layak memiliki lesen memandu kereta berada di jalanraya ketika manusia lain lena diulit mimpi.

Demang dulupun remaja jugak. Bukan remaja biasa tetapi remaja nakal. Jadi Demang tahu serba sedikit aktiviti remaja di waktu dinihari apabila terlepas daripada pandangan dan pengawasan orang dewasa.

Barangkali remaja yang ditembak polis itu memang tidak bersalah. Namun untuk menyalahkan pihak polis yang sedang menjalankan tugas juga tidak bijak. Nanti para remaja lain (yang benar-benar bermasalah) akan 'naik tocang' kerana 'musuh' mereka dipersalahkan lagi sekali dipersalahkan.

Sama-samalah kita jaga anak-anak kita. Demang memang maksudkan 'sama-sama jaga', bukan sekadar jaga anak-anak masing-masing.

Sementara itu, Demang suami isteri baru sahaja menerima putera yang ketiga pagi semalam. Alhamdulillah. Lelaki atau perempuan adalah amanah Allah SWT yang wajib kita jaga.

Sementara itu Demang ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang berstatus PEKERJA termasuk blogger pembangkang yang katanya dibayar gaji atau upah.

Sumber berita:
BH 30/04

1 comment:

Anonymous said...

Anggota tentera mati hingga putus tangan dilanggar Tian chua takde siasatan lanjut ker..???
Pelajar UITM kome dilanggar ADUN Sekincar takde siasatan lanjut ker...???

PDRM jer siasatan lanjut...
SPRM jer inkues...

Entah lah.....

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)