Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, May 28, 2010

UMNO zalim?

UMNO meletakkan melayu sebagai dasar perjuangan. Secara automatik ianya sudah terkeluar dari mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sabda nabi s.a.w " Bukan dari kalangan Aku orang yang menyeru di atas dasar Assabiyyah, bukan dari kalangan Aku orang yang berjuang di atas dasar Assabiyyah dan bukan dari kalangan Aku orang yang mati di atas dasar Assabiyyah"

maka para sahabat baginda bertanya:

" Apakah ia Assabiyyah itu wahai Rasulullah?"

Jawab baginda;

" Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman"
Riwayat Imam Muslim, abu Daud dan An Nasa'i.

Demikian komen yang ditinggalkan seorang pengunjung yang menggelar dirinya sebagai Melayu 2020. Lihat komen beliau di sini.

Tetiba pagi ini Demang terbaca blog Paneh yang menyiarkan statistik orang terkaya di Malaysia setakat hari ini.

Soalan Demang, masih zalimkah UMNO?

5 comments:

Anonymous said...

Umno utamakan Melayu..... sekurang2nya Umno tak dakwa ia parti Islam. Tapi, dlm senyap berapa banyak yg tlh Umno lakukan utk Islam berbanding parti yg dakwa parti Islam tapi sanggup gadai maruah agama dan umat. Ingat, Allah benci golongan munafikun..... yg cakap tak serupa bikin.....
-- Matbenut.

melayu2020 said...

Salam

Chegu kata - saya hargai pandangan saudara. Saya juga tidak menolak ayat atau hadis yg saudara utarakan, bahkan saya menyokongnya. Mari kita lihat semula tafsiran assobiyah tadi:

" Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman"
Riwayat Imam Muslim, abu Daud dan An Nasa'i.

saya kata - cegu..kita kalau nak menilai satu satu hadis,tidak boleh ambil sekerat. Dahulunya saya pernah berhujjah dengan seorang blogger,juga menggunakan firman allah dengan menggunakan ayat yg berbunyi 'wala tafarroqu' yg bermaksud 'janganlah kamu berpecah belah padahal ayat allah itu lebih panjang lagi dan ianya bermaksud 'berpegang teguhlah kamu pada tali allah (hukum allah) dan janganlah kamu berpecah belah".

Apa yang ingin sy katakan di sini pd cegu, sesuatu hadis dari rosul saw sudah di rawikan oleh imam2 dan perawi hadis yang muktabar dan tak boleh di pertikaikan (kecuali hadis dhoif@lemah) . Dalam hadis yang sy tujukan pada cegu pada asasnya sahaja telah melarang kita daripada berjuang secara kebangsaan. Kenapa di larang? Kerana bila berjuang kerana bangsa,akan terdapat kezaliman. Zalim macammana? Iya..zalim pada bangsa lain. Jika perjuangan itu berasaskan islam,ianya tidak zalim kerana Islam itu untuk semua bangsa dan tidak mengenal sempadan kemanusiaan.

Bila di sebut pasal DEB. Betul..ianya baik. Tapi ianya hanya berputar di kalangan keluarga kerajaan yang memerintah dan umno sahaja. Yang kaya bertambah kaya,yang miskin bertambah miskin. Saya tidak katakan haram untuk menjadi kaya (lebih2 lagi ianya atas usaha sendiri) tapi adakah si kaya itu betul betul mencontohi Sifat rosulullah yang kita kasihi yang ketika wafatnya hanya meninggalkan beberapa dirham sahaja? Atau kita lihat Khalifah Umar abdul aziz,juga tidak meninggalkan harta. Atau tegakah kita sebagai pemimpin menjadi kaya raya padahal masih ada di sekelilingnya yang makan nasi bersama garam,kerana miskinnya?.

Islam tidak mengajar kita hidup mencari kaya melimpah ruah. Cukuplah bersederhana.

Saya sebagai ahli Pas yang menyayangi umno sebagai saudara se islam menyeru supaya perhatikan hujjah saya dan berubahlah sebelum segalanya terlambat. Insya Allah

Cheguman... said...

Saudara Melayu 2020,
Saya rasa saya faham hadis tersebut beserta huraiannya. Justeru saya bertanya pada saudara, bagaimanakah DEB berlaku zalim kepada kaum lain?

Saya percaya, saudara mahir tentang hadis, namun adakah saudara benar-benar faham tentang DEB yang dipersetujui semua kaum?

Anonymous said...

saya juga nak bertanya kepada saudara melayu2020, adakah beliau benar2 faham tentang hadis yg menyuruh muslimin taat pemerintah?

Hussin Bin Kamdol said...

Muskil lah aku... betol ke manusia ni dicipta hanya untuk beribadah dan menyembah Allah. klau semua dah berketayap dan berjubah... muskil lah.. korang nih berdebat gunakan hadis dan ayat alquran.. tuk menegakkan benang sendiri. tuk kegunaan sendiri. tuk perjuangkan idelogi masing masing. pada aku islam hanya 1. Allah 1, nabi muhammad juga 1. Alquran pon 1. ape nak susah. ikhlas ke kamu ni nak menegakkan islam......?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)