Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, June 5, 2010

anwar, amerika, rahsia negara

Kapal bantuan Gaza, Rachel Corrie yang turut bawa aktivis Malaysia dilaporkan dikepung beberapa bot Israel, semua komunikasi diputuskan: AFP

Komen Demang? Tak guna dipersalahkan zionist itu. Islam dah memberi peringatan jelas dalam Al-Quran. Fakta sejarah juga penuh tertulis dengan kejahatan mereka.

Yang patut kita ambil tindakan ialah manusia-manusia yang membuka peluang kepada Yahudi menjahanamkan manusia.

Sebentar tadi berita TV3 menyiarkan tindakan seorang bekas tentera Myamar yang mengkhianati negaranya dengan mendedahkan rahsia kepada musuh.

Demang juga membantah pembinaan senjata nuklear oleh mana-mana negara tetapi adalah lebih zalim lagi kalau dunia membenarkan beberapa negara memiliki senjata pemusnah tersebut dan menghalang negara lain membinanya.

Yang penting, individu tersebut adalah pengkhianat. Sesiapa sahaja yang mengadakan hubungan peribadi dengan negara asing yang boleh mengancam kerajaan yang dipilih rakyat adalah pengkhianat besar.

Pendedahan Harakah kelmarin yang membawa maksud adanya hubungan Anwar dengan Amerika adalah suatu yang amat ditakuti.

Dalam kedudukan Anwar yang begitu terdesak untuk melepaskan diri, apakah yang telah dibocorkan kepada Amerika?

Anwar pernah memegang dan menyimpan banyak rahsia besar negara. Demang harap perkara ini tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.


Sumber:
BH 05/06

23 comments:

Wake UP! said...

Anwar Ibrahim pengkhianat negara. Kalau tidak, sudah tentu Yahudi takkan menyanjunginya.

Allow flotilla to deliver humanitarian aid.

pemerhati said...

Betulkah anwar di sanjungi yahudi??

Cuba tanya yahudi..antara pas dan umno,mana yang mereka lebih redho..

pemerhati

Cheguman said...

pemerhati,
Sudah tentu Yahudi amat mengalu-alukan perjuangan PAS dan PKR sebab kedua-dua parti itu sedang menjadikan ummat Islam di Malaysia berpecah belah.

Saudara jangan hanya jadi pemerhati sahaja sebaliknya jadi lah pemikir yang kreatif dan kritis.

kitaro said...

pemerhati..

Sudah semestinya UMNO di redhoi oleh yahudi dan amerika. PAS dah terang2 macam pengganas,termasuk HAMAS dan ikhwan muslimin mesir.

kitaro said...

cheguman..

kamu silap..

Apa maksud kamu berpecah belah? PAS tidak mahu berpecah belah. Aku nampak pas hari2 menyeru umat islam malaysia bersatu di dalam pas dan tolak umno-apco. Baca balik sejarah Nabi ketika berdakwah. Puak kebangsaan musyrikin quraisy lah yang asyik menuduh Nabi sebagai pemecah belah masyarakat arab ketika itu. Mereka juga mengelar nabi sebagai pengkafir kepada agama nenek moyang quraisy. Padahal apa yang di jalankan nabi adalah suruhan Allah. jangan nafikan pula cheguman,kalau kamu nafikan bermakna kamu nafikan sirah rasulullah...

Cheguman said...

satu lagi kelemahan saudara pemerhati ialah mengesyorkan agar bertanya kepada Yahudi. Dah tahu Yahudi, buat apa ditanya?

Nota:
Kepada pengunjung yang ingin memberi respon, sila fikir baik-baik sebelum menulis sebab akan menyerlahkan kebodohan sendiri sebagaimana yang dilakukan encik pemerhati di atas.

Cheguman said...

kitaro,
Kenapa PAS menolak salam perpaduan yang dihulurkan UMNO baru-baru ini?

Cheguman said...

kitaro,
Kenapa PAS menolak salam perpaduan yang dihulurkan UMNO baru-baru ini?

Cheguman said...

sepatutnya PAS ambil kesempatan menerima perbincangan ketika UMNO sedang lemah. Namun pemimpin PAS bodoh!

kitaro said...

Itu mainan politik. Kenapa nak bersalam perpaduan ketika terhimpit? Nabi dah bersabda " jangan kamu di patuk ular 2 kali dari lubang yang sama" hadis sohih. tak ingat apa yang umno dah buat pada pas ketika dahulu? Hai..terkenang semasa dulu..

Cheguman said...

hasrat PAS memang murni tetapi tidak tahu berstrategi. DAP tu anak harimau berwajah kucing.

Demang cabar Kitaro beri satu formula penyatuan Islam di Malaysia yang boleh diterima seluruh kaum.

Kalau nak mengalahkan Yahudi, kita mesti mampu berfikir di luar kotak.

kitaro said...

kesian si pemerhati..cheguman suka nnak memperbodohkan orang. Tak bagus begitu.

kitaro said...

Formula?

Sonang yo..
Bubarkan umno,semua ahli umno masuk pas..dan ahli parlimen BN sertai PAS..baru ada majoriti.

kalau tidak..sampai kiamat pun bercakaran.

Formula ni baik sebab umno pernah tawar formula ni pada pas dan pas terima formula itu. SEkarang,langkah telah di buka maka sewajibnya UMNO di bubarkan dfan menyertai pas dan menjadi satu kerajaan islam yang kuat.

Cheguman said...

itu menunjukkan PAS memang lembab dan tak tahu berpolitik. Dalam pada tu, berani pula tinggal bersama ular bisa (DAP).

Saudara kata 'perpaduan'. Kenapa menolak perpaduan sesama Islam dan memperalatkan hadis di atas sebagai alasan? Macam munafik je...

kitaro said...

Ular dap dah hilang bisa bila kena penawarnya chegu. bahkan semakin mahu kepada islam. Mca bagaimana?? Siap takutkan pengundi cina lagi semasa di sibu " Satu undi anda kepada DAp bermakna satu undi kepada negara islam"? Lawak mca ni Umno ajar ke?


Chegu tahu ke apa yang berlegar dalam kepala pemimpin umno sekarang? Saya nampak dalam hal ni PAS cukup gentlemen. So..be a gentleman. Jangan malu malu sertai pas. Saya tak nak ulang banyak kali..nanti bimbang di kata mengajar orang cerdik pula.

Cheguman said...

pemerhati,
Sudah tentu Yahudi amat mengalu-alukan perjuangan PAS dan PKR sebab kedua-dua parti itu sedang menjadikan ummat Islam di Malaysia berpecah belah.

Saudara jangan hanya jadi pemerhati sahaja sebaliknya jadi lah pemikir yang kreatif dan kritis.

Cheguman said...

kalau PAS suruh org UMNO masuk PAS dan UMNO suruh org PAS masuk UMNO, sampai bila pun takkan selesai.

Sebenarnya dua-dua parti tu diketuai pemimpin ego.

Baik PAS atau UMNO, keduanya hanya kelongsong. Macam kelongsong karipap yang di dalamnya kita boleh masukkan apa sahaja inti: keledek, sardin atau serunding.

Justeru, lebih baik yang kecil masuk ke dalam yang besar. Takkan nak suruh yg besar masuk dlm yg kecil?

Perlembagaan boleh diubah kemudia, yang perlu diubah sekarang ialah perlembagaan..

Maaf kerana memperbodohkan 'pemerhati'. Tapi, hujah yg dangkal memang nampak bodoh.

Cheguman said...

pembetulan:
'yang perlu diubah ialah egois pemimpin'

Cheguman said...

cuba bayangkan Hj Hadi menjadi presiden UMNO dgn perlembagaan UMNO yn diperelokkan lagi.

Cheguman said...

sedangkan perlembagaan negara boleh diubah, inikan pula perlembagaan parti.

Ohya, dalam perkara berapa perlembagaan PAS untuk menubuhkan negara Islam?

Boleh beritahu, apa yg UMNO dah tipu PAS dulu?

Boleh tak tunjukkan bukti yg DAP dah menerima negara Islam?

kitaro said...

Ni bukan cerita kelongsong chegu..

Chegu minta formula,saya beri formula. Formula tu di cipta oleh umno dahulu semasa umno dalam keadaan tersepit juga. Pas terima tawaran itu dan mereka berdua bergabung. Lepas tu pas di ceraikan kerana PAS mahu mengislamisasikan umno dengan usrah dan tarbiyyah. Maka pas pun di talakkan. SEkarang ini umno juga menggunakan teori yang sama dan dalam keadaan yang sama;tersepit!! maka pas boleh terima tawaran perpaduan tapi kenalah ada syarat. Takkan orang nak meminang anak perempuan cheguman,main redah saja tanpa syarat??

Sambung lah lain kali. Saya masih berminat nak meneruskan diskusi.

kitaro said...

Saya bukan pemerhati,saya kitaro..jumpa lain kali bukan kerana ketandusan idea dan fakta tapi masa tak izinkan. Salam

Cheguman said...

ok Kitaro. Jumpa lagi. T. Kasih.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)