Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, July 14, 2010

tetamu tak diundang atau musuh dalam selimut?


Pagi ini kita tinggalkan sejenak dunia politik.

Kolam pada foto di atas Demang bina sendiri. Terletak di belakang rumah, di sebelah stor. Di luar pagar itu ialah rumah jiran yang semakin lama semakin membesar dan merapat dengan rumah kami. Malah sebenarnya sudah pun termasuk dalam tanah kami.

Malas nak bergaduh dengan jiran tetangga yang sebenarnya bukan orang lain pun.

Kolam ini Demang isi dengan pelbagai ikan. Kebanyakannya berbaka besar seperti kaloi, kap, dan patin. Selain itu Demang masukkan ikan-ikan kecil serta udang.

Pada suatu hari isteri Demang berteriak:
"Bang, mari tengok. Cepat!"

Maka berlarilah Demang gopoh-gapah menyangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku.

Isteri Demang menunjuk ke arah tiang pagar di tepi kolam:
"Tu... Tengok tu... Cantiknya burung tu." Kata isteri Demang.

Ah. Itu rupanya yang dikecohkan. Tertenggek di atas tiang itu ialah seekor burung yang amat cantik. Tidak pasti pula apa namanya. Bulunya berwarna-warni dan mempunyai paruh yang besar. Ia dengan cepat mengingatkan Demang pada lelaki Inggeris yang berhidung bengkok!

"Wah! Nampaknya kita ada tetamu. Untunglah, tak payah beli." Ujar Demang tumpang seronok.

Maka bertambahlah penghuni kolam itu selain katak dan pelbagai spesis serangga menumpang di kolam berair terjun yang Demang bina bersama anak-anak.

Dalam pada itu ikan-ikan kami telah semakin berkurangan. Mertua Demang mencadangkan dipasang jaring tetapi kami terfikir jaring itu akan mencacatkan keindahan kolam.

Malam tadi adik Demang tiba dari kampung membawa batu-batu karang yang cantik yang dibelinya di Lumut.

Ketika Demang sibuk menyusun batu-batu tersebut, terpandanglah Demang kepala makhluk yang agak anih. Ternyata ia bukan sejenis ikan. Demang mengambil sebatang kayu dan cuba menguis. Kepala yang seketul itu semakin menonjol dan akhirnya kelihatanlah tubuhnya yang panjang.

Ya. Kolam ini rupa-rupanya telah menerima penghuni baru iaitu seekor ular!

Patutlah ikan-ikan kecil semakin susut. Ingatkan burung sahaja yang mencurinya. Rupa-rupanya ada musuh dalam selimut.

Nampaknya Demang ada banyak tugas yang perlu dibuat setelah mengenalpasti musuh-musuh kolam yang Demang bina ini.

Sementara itu perjuangan Demang juga sudah masuk fasa kedua. Dalam fasa pertama kami telah mengenalpasti musuh-musuh yang perlu dihadapi manakala pada fasa ini kami akan menggempur habis-habisan sehingga mereka menyerah kalah, atau kamilah yang terkorban.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)