Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, August 31, 2010

Selamat tinggal Waadat




Sejak seminggu yang lalu blog Waadat mula diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sayapun bukan faham sangat dengan perkara teknikal.

Sejak awal lagi saya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap kelangsungan hayat blog ini. Hal ini kerana saya sedar bahawa perjuangan dengan cara menumpang ehsan orang lain tidak akan mampu bertahan lama.

Ya. Tapak blogspot bukan milik kita.

Sebagai pejuang, saya sedar bahawa peralatan untuk berjuang amat penting. Salah satunya ialah blog. Selagi ia mampu berfungsi, saya akan gunakan.

Apapun, usaha ini perlu diteruskan. Justeru meskipun saya belum memadam terus blog Waadat ini namun posting-posting terbaru akan di siarkan di blog alternatif saya http://chegumanonline.blogspot.com

Hmm, mungkin saya perlu fikirkan untuk menyewa tapak sendiri.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, saya hidangkan satu kisah adaptasi yang diolah dan disampaikan semula oleh saya di blog chegumanonline.

Saya amat berterima kasih sekiranya anda dapat meletakkan link ke blog baru http://chegumanonline.blogspot.com

Thursday, August 26, 2010

Alhamdulillah, terima kasih najib


suka atau tidak... sokong atau bangkang... kenyataannya para penjawat awam akan menerima duit raya sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal, insya-Allah.

Malah penjawat di Selangor yang juga dijanjikan MB mereka jumlah yang sama patut berterima kasih pada Najib kerana dengan pengumuman tersebut terpaksalah MB Selangor itu berkerut dahi membuat pengumuman yang sama biarpun ekonomi Selangor kini dalam keadaan yang sukar sehingga pernah ditegur Sultan Selangor.

Demang lihat sudah kelihatan guru-guru yang berpaling tadah dalam PRU12 kerana Paklah tidak mengeluarkan bonus pada tahun tersebut kembali memuji kerajaan, terutama Najib.

Kini masalah yang tinggal ialah menentukan sikapp terhadap pengundi bukan Melayu. Demang tidak begitu risau tentang itu dengan syarat orang Melayu kembali bersatu.

Malah, jika dilihat statistik kawasan pilihanraya, MCA tidak lagi begitu bernilai untuk BN.

Wednesday, August 25, 2010

bonus raya cuti raya


Ada dua perkara yang digusarkan rakyat menjelang perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang dua minggu lagi. Perayaan ini amat penting kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia. Rujuk Perkara 3 Perlembagaan.

Pertama, adakah kerajaan akan mengumumkan pemberian 'duit raya' sebagaimana tahun lalu?

Pemberian bonus tersebut bukan sahaja dinanti kakitangan kerajaan malah ia akan turut dinikmati kaum keluarga, seterusnya para peniaga apabila penerima bonus itu berbelanja.

Percayalah, wang bonus tersebut tak 'kan terperuk di bawah bantal! Ia akan dijana ke dalam pasaran negara untuk dikongsi bersama.

DS Najib perlu ingat salah satu bahan api yang membakar Pak Lah dalam PRU12 ialah kerana tidak ada BONUS!

Kedua, cuti raya. Kemungkinan hari raya akan disambut pada Jumaat (10/9/2010). Sementara itu cuti sekolah akan bermula seminggu lebih awal (bermula 4/9/2010). Sekolah dibuka semula pada hari selasa (14/9/2010).

Memang cuti sekolah agak panjang. Namun ia berlaku sebelum hari raya! Lebih menarik lagi sekolah dibuka pada hari Selasa dan Rabu manakala Khamis seluruh negara akan bercuti sempena Hari Malaysia (16/9/2010).

Alangkah anehnya susunan cuti yang dibuat oleh pihak berkenaan, seolah tidak memahami masalah rakyat yang akan pulang ke kampung, terutama guru-guru yang bertugas jauh dari kampung sendiri.

Tak bolehkah dianjak cuti semester supaya hari raya termasuk di dalamnya?

Cuti sekolah melibatkan seluruh rakyat Malaysia, bukan setakat guru-guru sahaja. Jadual cuti sekolah akan merombak jadual cuti para ibu bapa tidak kira bidang yang diceburi.

Sebenarnya sudah lama Demang ingin menegur beberapa kelemahan ketara dalam pendidikan. Cuma Demang tidak mahu dianggap sengaja memburukkan jabatan sendiri.

Namun mulai sekarang Demang tidak akan berdiam diri lagi. Hal ini kerana Demang tahu, terdapat ramai juga pegawai pendidikan yang bersekongkol dengan pembangkang. Demang syak, mereka ini boleh melakukan tindakan atau membuat keputusan yang menyusahkan rakyat. Dengan itu, rakyat akan salahkan dan marahkan kerajaan.

Demang rasa DS Najib perlu sedar serta disedarkan tentang perkara ini. Demang bukan setakat khuatir ada musang berbulu ayam malah Demang memang kenal beberapa ekor musang yang tidak perlu memakai bulu ayam atau topeng ayam!

Memang mereka betul-betul musang!


foto:
http://www.uncletan.com/scrapbook/wildlife_1/civetcat1.html

Remaja Hilang mohon sebar


Mohon kerjasama sahabat bloggers untuk sebarkan.

Nama: Iman Sofia
Umur: 16 tahun
Lokasi terakhir: Pasar Ramadhan Duyong Melaka.
Hari terakhir: Ahad

Info:
keluar ke pasar Ramadhan bersama ibunya. Apabila ibunya menoleh ke belakang, beliau sudah tidak kelihatan.

Tiada sebarang masalah atau perselisihan faham dengan keluarga sebelum ini.

Tidak ada sebarang persediaan untuk melarikan diri.

Boleh hubungi Cheguman: 019 440 2211 (cheguman@yahoo.com)

Terima kasih.

Tuesday, August 24, 2010

cerita sebenar kes pengetua halau pelajar


Semalam Demang memandu kira-kira 200 KM ke selatan tanahair bagi memenuhi suatu jemputan berbuka puasa. Hanya setelah berada di sana barulah Demang sedar bahawa Demang berada di kawasan yang menempatkan sebuah sekolah yang menjadi tumpuan media minggu lepas.

Isunya? Seorang pengetua telah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan kaum lain di hadapan para pelajarnya.

Biasalah, kalau orang yang menyinggung perasaan kaum lain itu merupakan orang Melayu maka cepatlah diambil tindakan. Sebaliknya jika orang bukan Melayu yang menyinggung perasaan orang Melayu, tiadalah apa-apa tindakan melainkan jika adapun, yang ringan-ringan sahaja. Contohnya, dinasihatkan menghantar wakil bagi meminta maaf!

Malah apabila disangkutkan kepala babi di pintu pagar rumah pengerusi masjid pun tiada siapa yang peduli. Demang bukan buat cerita sebaliknya pengerusi masjid di Melaka itu adalah sahabat Demang sendiri.

Berbalik perkara tadi maka pelbagai pihak segera memberi respon terhadap isu tersebut. Salah seorang daripadanya ialah Ketua Pemuda BN yang nampaknya begitu kesal dengan kejadian tersebut. Jika menimpa bangsa sendiri, tidak pulak terlalu dikesalkan.

Seiring dengan komen dan respon yang bermunculan itu ialah gesaan agar tindakan tegas dikenakan ke atas pengetua wanita itu. Hairan juga Demang dengan gesaan tersebut padahal duduk perkara sebenarpun belum diketahui lagi.

Malam tadi Demang diberitahu perkara sebenar daripada sumber yang boleh dipercayai:

Pengetua wanita tersebut merupakan Pengetua Cemerlang yang baru dihantar berkhidmat ke sekolah tersebut. Sebagai pengetua cemerlang maka banyaklah perkara-perkara baru yang cuba diaplikasikan di sekolah itu.

Sebagaimana lazim di mana-mana jabatan, sudah pasti ada pihak yang kurang berpuas hati dengan pembaharuan yang diperkenalkan. Begitu jugalah yang berlaku di sekolah itu.

Salah seorang yang merasa tidak selesa dengan kehadiran pengetua cemerlang tersebut ialah seorang guru berbangsa India. Barangkali kerana sudah lama hidup bermalas-malas dan merasa selesa dengan suasana lama. Maka pada suatu ketika muncullah peluang untuk dia bertindak balas.

Peluang yang muncul itu begini:
Dalam suatu perhimpunan, sang pengetua menerangkan tentang konsep 1 Malaysia sambil membuat analogi: "Katakan saya memandu sebuah kereta proton. Turut menumpang kereta tersebut ialah Ah Chong dan Muniandy. Maka walau kemana sekalipun kereta itu dipandu, kereta tersebut tetap milik saya", kata pengetua itu.

Rupa-rupanya analogi tersebut mengundang rasa kurang senang beberapa orang pelajar bukan Melayu. Salah seorang daripadanya ialah seorang pelajar keturunan India yang juga anak kepada salah seorang peguam Hindraf.

Maka guru India itupun menemui pelajar India tersebut bagi merancang sesuatu. Kerjaya bapa pelajar itu sebagai peguam yang turut terlibat dalam kumpulan haram Hindraf melengkapkan pakatan mereka bagi menyerang pengetua tersebut.

Demikianlah kisahnya. Demang pulang ke Melaka pada malam itu juga dan tidak sempat menyiasat apakah yang terjadi kepada budak Cina yang menghina azan dan lagu Negaraku suatu ketika dulu? Adakah sebarang tindakan diambil ke atasnya selain meminta maaf melalui seorang wakil?

Nampaknya mudah benar bangsa dan agamaku dipermain apabila bangsaku enggan bersatu.

Monday, August 23, 2010

Mufti Perak berbohong?

Harakah terkini menyiarkan tulisan betapa PAS terkejut dengan dakwaan TS Harussani bahawa suatu perlembagaan baru sudah disediakan bagi menggantikan perlembagaan sedia ada. Menariknya, perlembagaan baru tersebut menyingkirkan beberapa perkara berkaitan keistimewaan Melayu selaku penduduk asal Tanah Melayu.

Malah Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat mencabar mufti Perak tersebut mendedahkan perlembagaan baru itu serta membuat laporan polis.

Jika demikian, siapa yang berbohong? Harussani atau Idris Ahmad? Yang menariknya kerana yang seorang manakala seorang lagi pemimpin parti politik.

Apapun Demang tertarik dengan kenyataan Idris Ahmad bahawa PAS dan PKR akan mempertahankan keistimewaan Melayu. Demang harap ia bukan cakap politik di depan orang Melayu sahaja sedangkan di depan kaum lain kenyataan yang bertentangan dikeluarkan.

Seperkara lagi PAS perlu jelaskan pada rakyat pendirian PAS apabila Karpal Sigh mengulangi sekali lagi pendiriannya selaku Presiden DAP bahawa tidak mungkin negara Islam dan Hudud dilaksanakan di Malaysia.

Saturday, August 21, 2010

Wajib baca: ulasan Ridhuan Tee



1. Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

2. Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

3. Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

4. Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

5. Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

6. Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

7. Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

8. Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

9. Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

10. Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

11. Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

12. Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

13. Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

14. Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

15. Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

16. Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

17. Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

18. Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

19. Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

20. Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

21. Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

22. Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

23. Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

24. Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.


Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis


salin dari blog baru dikenali AbidinTawau di sini http://abidintawau.blogspot.com/

Terbaru: DAP tetap tolak hudud, negara Islam


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar. - Bernama.


Sumber/foto
Blog Dr Novandri

Friday, August 20, 2010

khatib doa untuk Guan Eng


Kebanyakan bloggers sekitar Pulau Pinang heboh dengan isu seorang imam yang juga penyokong PAS tegar menyingkirkan doa untuk Yang Dipertua Negeri sebaliknya memasukkan nama Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat yang dibacanya.

Perbincangan tentang isu tersebut akan membawa dua kemungkinan iaitu samada pemimpin dan penyokong PAS bersetuju bahawa perkara itu tidak wajar dilakukan atau mencari alasan yang mmunasabah bagi membenarkan tindakan imam kontroversi tersebut.

Sebenarnya tidak sukar untuk mencari alasan bagi mempertahankan imam itu. Demang percaya para pemimpin PAS cukup mahir memadankan mana-mana ayat agar sesuai dengan situasi tersebut.


sumber:
Media Permatang Pauh

Mutiara Pulau Pinang

Tuesday, August 17, 2010

video LGE berbohong


Demang fikir jika masih ada yang percaya DAP-PR boleh menggantikan BN, eloklah lihat video di blog sahabat Demang ini (Dr Novandri)

Monday, August 16, 2010

DAP gagal


Perkembangan di Pulau Pinang semakin menjeruk perasaan Demang. Sebagai anak Kedah dan orang yang pernah menetap di pulau mutiara itu Demang amat sedih dengan pelbagai isu yang timbul sejak DAP menguasai pulau yang pernah dipunyai Kedah itu.

Nampaknya seteruk-teruk Gerakan, ternyata DAP lagi teruk. Lihat sini.

Kesimpulannya, parti bukan Melayu memang tidak mampu menjadi pemerintah. Mereka mungkin mahir berniaga tetapi berniaga dan memimpin masyarakat itu tidak sama.

Lihat berita kelmarin:
Kongres Ekonomi Cina Malaysia desak syarat ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dikurangkan dan kerajaan laksana sistem tender terbuka.

Apa ertinya semua ini?


foto:
Penang Maps
445 × 448 - 25k - jpg
travelmalaysiaguide.com

permintaan melampau

Kongres Ekonomi Cina Malaysia desak syarat ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dikurangkan dan kerajaan laksana sistem tender terbuka.

Apa kata Anwar? Apa kata PKR? Apa pula kata PAS? Apa kata Hj Hadi? Apa kata Nik Aziz?

Apa kata anda?

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung Waadat. Insya-Allah Waadat akan dikemaskini seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semoga perjuangan mempertahankan agama terus seiring ibadah-ibadah lain. Pengikut PAS perlu disedarkan bahawa perjuangan PAS sudah lari jauh.



foto:
muis.gov.sg/cms/uploadedImages/RamdanSG/terawih.jpg

Monday, August 9, 2010

jasa Anwar



Salah satu strategi menjadi pemimpin yang terkenal ialah mempunyai penyokong yang sentiasa mempromosi kehebatan pemimpin berkenaan. Maklumlah, bukan semua orang dapat sentiasa berada bersama pemimpin. Maka terpaksalah bergantung pada orang yang rapat dengan beliau bagi mengetahui berkenaan pemimpin tersebut.

Baru-baru ini seorang teman memberitahu Demang bahawa walaupun dia marahkan Anwar kerana menyebabkan situasi tidak tenteram di Malaysia serta mendedahkan negara pada campur tangan kuasa asing, namun kita perlu mengakui jasa Anwar Ibrahim dalam pembangunan Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Menurut teman itu, contoh terbaik ialah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim.

Demang pernah mendengar hal tersebut sebelum ini daripada seorang ketua cawangan UMNO di Melaka bahawa UIA adalah inisiatif Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan.

Kebetulan dua hari lepas Demang berada di kampus asasi UIA bagi melaksanakan satu program untuk para pelajarnya yang baru mendaftar. Kebetulan juga seorang aktivis masyarakat yang juga bekas pelajar UIA turut terlibat.

Maka Demang pun diberitahu bahawa idea penubuhan UIA disuarakan pertama kali oleh Dr Mahathir di mesyuarat menteri pelajaran OIC pada tahun 1974.

Cadangan tersebut disokong oleh semua negara Islam dan masing-masing berjanji untuk menyalurkan dana bagi merealisasikan cadangan wakil Malaysia itu.

Maka apabila Dr Mahathir menjadi PM, cadangan itupun menjadi kenyataan.

Bagaimana timbulnya nama Anwar Ibrahim?

Sudah menjadi tradisi iaitu Menteri Kewangan dilantik menjadi presiden UIA. Maka apabila Anwar memegang jawatan mentteri kewangan maka beliau juga menjadi presiden UIA. Ketika itulah para penyokongnya menguwar-uwarkan cerita bahawa Anwarlah yang menubuhkan UIA.

Kesempatan menjadi presiden itu juga digunakan beliau bagi menempatkan individu pilihannya dalam jawatan penting universiti antarabangsa itu.

Berbalik pada OIC, walaupun semua perwakilan negara Islam berjanji untuk sama-sama membantu namun akhirnya tinggal Malaysia sahaja yang menanggung semua perbelanjaan.

Apabila mendapat maklumat tersebut Demang segera terfikir, apakah lagi program Islam yang dicanangkan sebagai hasil idea Anwar selama ini padahal sebenarnya kepunyaan orang lain?

Maka Demang teringat cerita seorang sahabat bahawa Anwar tidak akan hadir ke sesuatu program sebelum dihantar 'orang kuatnya' bagi meninjau persediaan tertentu. Antaranya ialah gambar Anwar dalam saiz terbesar mestilah digantung di tempat paling strategik.

Tidak hairanlah kenapa warga UIA masih ramai yang menyokong Anwar.

Sunday, August 8, 2010

PR berbohong, fitnah Permaisuri Agong



Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja boleh dianggap berbohong apabila mendakwa Raja Permaisuri Agong sekadar hadir ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sifat peribadi malah dilihat cuba menuduh pihak istana yang bersalah dalam hal tersebut. Lihat kenyataan istana di sini.

Malah pakatan DAP-PKR itu cuba memfitnah baginda permaisuri sengaja meninggalkan majlis lebih awal padahal perkara tersebut telah dimaklumkan pihak istana terlebih dahulu.

Amat malang apabila kerajaan yang diharap bersikap telus telah mengambil tindakan berbohong bagi menutup kesilapan. Lebih malang lagi apabila mereka menyalahkan isteri seorang ketua negara.

Memang biadap!

Thursday, August 5, 2010

Anwar, air mani, dan AlGore


Setelah 4 hari bercuti-blog, pagi tadi Demang kembali menulis dalam Waadat. Walaupun belum reda dari kesibukan namun hari ini Demang luangkan sedikit masa untuk menjengah beberapa blog. Maka banyaklah cerita-cerita yang sempat Demang jamah.

Antaranya, isu campur tangan AlGore dalam isu politik dan kes mahkamah di Malaysia. Terfikir Demang, tidakkah kenyataan AlGore meminta Amerika campurtangan dalam kes jenayah dalam mahkamah negara kita itu suatu tindakan yang wajar? Amerika adalah sebuah kuasa terbesar. Tidakkah itu akan mengganggu keputusan mahkamah?

Selain itu Demang juga terjumpa video klip berkenaan perbicaraan kes liwat Anwar. Klik sini.

PAS setuju jawatan tak penting



“Jawatan tidak berapa penting dalam pimpinan kerana masalah rakyat lebih utama sekarang.

“Jawatan itu hanya sebagai pengemudi dalam kepimpinan. Sesiapapun pun tiada masalah memegang jawatan sebagai pemimpin,” Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Idris Ahmad.

Demang sependapat dengan beliau. Maka marilah kita kekalkan sahaja kepimpinan yang sedia ada dan pertahankan kedudukan kita serta perlembagaan yang memartabatkan Islam sebagaui agama.

Maklumlah, di sebuah negara yang penduduk muslim dan bukan muslimnya hampir sama banyak, kita masih mampu mengekalkan orang Islam sebagai Ketua Negara, PM, TPM, serta menerajui Kementerian Pertahanan dan Pendidikan.

Walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki namun kerajaan yang memerintah sejak merdeka kita akui berjaya; contohnya menyediakan peluang untuk ummat Islam mengerjakan haji. Mungkin negara lain ada tabung hajinya sendiri namun tak salah jika kita bersyukur dan mengakui usaha pemimpin negara kita.

Walaupun pembangkang bertempik bahawa kerajaan tidak Islamik namun dalam diam berjaya mengemukakan sistem perbankan Islam yang kini dituruti negara Islam lain.

Walaupun gejala sosial nampak teruk namun janganlah malu mengaku bahawa dalam banyak keadaan anak muda kita lebih baik berbanding zaman 70an. Lihat sahaja foto, filem dahulu dan bertanya pada orang lama. Sekitar 70an anak gadis selamba sahaja pakai seluar pendek bermain bola jaring. Tudung kepala usah ditanya.

Walaupun pembangkang mencanangkan keadaan ekonomi negara seolah-olah ramai rakyat menderita kelaparan, namun kita lihat pengunjung medan selera penuh sesak menjelang petang hingga ke dinihari. Orang ramai berduyun-duyun ke pusat membeli belah. kebanyakan keluarga memiliki lebih dari sebuah kereta.

Tak lama lagi bulan puasa. Lihatlah nanti pasar Ramadhan yang meriah dan hotel-hotel tempat berbuka yang habis ditempah.

Bayangkan kalau semua rakyat yang bekerja menghulurkan seratus-dua kepada ibubapa di kampung dan memperuntukkan RM50 sebagai sedekah jariah kepada yang kurang bernasib baik, insya-Allah negara kita akan lebih bahagia untuk didiami.

Sayangnya masih ada sedikit daripada kalangan kita terlepas pandang pada perkara begini.

Malah, lebih malang lagi apabila masih ada yang sibuk berkempen untuk menukar kepimpinan padahal yang akan datang itu pun belum pasti.



foto:
Ahlan Wa Sahlan Ya
aferiza.wordpress.com

Monday, August 2, 2010

isteri muda


Apabila Anwar Ibrahim disingkir daripada UMNO dan BN 10 tahun lalu maka isu terbesar yang dijajanya ialah nepotisme dan kronisme yang didakwa berleluasa dalam kerajaan.

Kenyataan tersebut segera disambut dengan laungan reformasi agar dilakukan pembersihan segera terhadap kerajaan.

Pembersihan yang dimaksudkan bukanlah dengan menyapu semua sampah sarap yang bertaburan di dalam rumah malah dengan rumah-rumah itu pun hendaklah dibuang sekali. Pendekata, bukan setakat marahkan nyamuk kelambu dibakar malah dengan bilik-biliknya sekali disuruh bakar! ...tau tak apa.

Adakah benar perjuangan Anwar membasmi kedua-dua gejala tersebut kerana sayangkan negara? Adakah Anwar bebas daripada salah laku kuasa? Bagaimana pula dengan pembesar-pembesar yang menyokongnya?

Ataukah mereka sekarang sudah insaf dan bertaubat nasuha? Lihat pendedahan ini.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)