Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, August 25, 2010

bonus raya cuti raya


Ada dua perkara yang digusarkan rakyat menjelang perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang dua minggu lagi. Perayaan ini amat penting kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia. Rujuk Perkara 3 Perlembagaan.

Pertama, adakah kerajaan akan mengumumkan pemberian 'duit raya' sebagaimana tahun lalu?

Pemberian bonus tersebut bukan sahaja dinanti kakitangan kerajaan malah ia akan turut dinikmati kaum keluarga, seterusnya para peniaga apabila penerima bonus itu berbelanja.

Percayalah, wang bonus tersebut tak 'kan terperuk di bawah bantal! Ia akan dijana ke dalam pasaran negara untuk dikongsi bersama.

DS Najib perlu ingat salah satu bahan api yang membakar Pak Lah dalam PRU12 ialah kerana tidak ada BONUS!

Kedua, cuti raya. Kemungkinan hari raya akan disambut pada Jumaat (10/9/2010). Sementara itu cuti sekolah akan bermula seminggu lebih awal (bermula 4/9/2010). Sekolah dibuka semula pada hari selasa (14/9/2010).

Memang cuti sekolah agak panjang. Namun ia berlaku sebelum hari raya! Lebih menarik lagi sekolah dibuka pada hari Selasa dan Rabu manakala Khamis seluruh negara akan bercuti sempena Hari Malaysia (16/9/2010).

Alangkah anehnya susunan cuti yang dibuat oleh pihak berkenaan, seolah tidak memahami masalah rakyat yang akan pulang ke kampung, terutama guru-guru yang bertugas jauh dari kampung sendiri.

Tak bolehkah dianjak cuti semester supaya hari raya termasuk di dalamnya?

Cuti sekolah melibatkan seluruh rakyat Malaysia, bukan setakat guru-guru sahaja. Jadual cuti sekolah akan merombak jadual cuti para ibu bapa tidak kira bidang yang diceburi.

Sebenarnya sudah lama Demang ingin menegur beberapa kelemahan ketara dalam pendidikan. Cuma Demang tidak mahu dianggap sengaja memburukkan jabatan sendiri.

Namun mulai sekarang Demang tidak akan berdiam diri lagi. Hal ini kerana Demang tahu, terdapat ramai juga pegawai pendidikan yang bersekongkol dengan pembangkang. Demang syak, mereka ini boleh melakukan tindakan atau membuat keputusan yang menyusahkan rakyat. Dengan itu, rakyat akan salahkan dan marahkan kerajaan.

Demang rasa DS Najib perlu sedar serta disedarkan tentang perkara ini. Demang bukan setakat khuatir ada musang berbulu ayam malah Demang memang kenal beberapa ekor musang yang tidak perlu memakai bulu ayam atau topeng ayam!

Memang mereka betul-betul musang!


foto:
http://www.uncletan.com/scrapbook/wildlife_1/civetcat1.html

6 comments:

Anonymous said...

jadi pemimpin akal kena panjang terutama bab baca muslihat tak kira lah dari musuh atau kelopok sendiri

Cheguman... said...

setuju.

hanizam said...

bonus tu memang menjadi isu setipa kali musim perayaan...jadi kerajaan perlulah fikirkan ape yang terbaik untuk rakyat...

tang cuti yang hangat diperkatakan, rasanya kebanyakkan sekolah sudah mengambil langkah dengan menggantikan cuti tersebut dengan sekolah ganti pada hari sabtu...tu semua maklum...

kalau nak cuti sampai 17hb, sekolah rendah sibuk dengan persiapan UPSR pada minggu berikutnya, jadi pendapat aku, cukup rasanya cuti beraya yang diambil oleh semua..

tak payahlah dijasikan isu...kalau nak jadikan isu, awal tahun kita boleh isukan perkara ini...ni kalaulah kerajaan ubah cuti sekolah, kan dah menyusahkan ramai pihak terutama golongan guru tu sendiri sebab sekolah ganti dah buat, rugi masa, tenaga dan duit selepas buat semua ini...

hanya pendapat aku saje, wife aku pun cikgu..

Cheguman... said...

Beberapa guru mencadangkan cuti dan UPSR dirancang agar lebih sesuai. Tarikh UPSR yang terlalu hampir dengan perayaan utama negara adalah tidak sesuai sama sekali. Murid Tahun 6 tidak sama dengan pelajar Tingkatan 6. Mereka adalah kanak-kanak yang akan mengutamakan keseronokan berhari raya. Memang ibu bapa boleh bertegas namun itu bersalahan dengan sifat semulajadi manusia.


Akhirnya murid Melayu akan sibuk beraya dan murid kaum lain menjuarai keputusan UPSR tahun ini!

Kenapa mereka tidak berfikir sampai ke situ? Ataukah memang benar telahan Demang bahawa ini adalah satu sabotaj terhadap kerajaan?

Megat Alam Gempita said...

Setuju cadangan tuan,

Mulai tahun depan cuti semester di sekolah2, universiti dan kolej mesti diselaraskan dengan cuti-cuti perayaan Chinese New Year, 2 Hari Raya, Deepavali, Vesakhi dll. Jangan asyik krismas jer cuti panjang. Tak payah ganti-ganti sekolah hari Sabtu. Perkemaskan silibus n ujian semester.Ini boleh elak traffik jem sebab warga pendidik je dah setengah juta orang + keluarga nak bercuti!!!. Exam pulak boleh buat awal tahun berikutnya elak musim banjir
Dari dulu sampai sekarang Menteri Pelajaran @Pendidikan Tinggi tak pernah ke berfikir untuk memudahkan rakyat?
Cakap benda betul...

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Inilah yang pelik, Manusia tidak hargai diri sebagai manusia. Eloknya mereka ni dijadikan Musang je.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)