Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, August 5, 2010

PAS setuju jawatan tak penting



“Jawatan tidak berapa penting dalam pimpinan kerana masalah rakyat lebih utama sekarang.

“Jawatan itu hanya sebagai pengemudi dalam kepimpinan. Sesiapapun pun tiada masalah memegang jawatan sebagai pemimpin,” Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Idris Ahmad.

Demang sependapat dengan beliau. Maka marilah kita kekalkan sahaja kepimpinan yang sedia ada dan pertahankan kedudukan kita serta perlembagaan yang memartabatkan Islam sebagaui agama.

Maklumlah, di sebuah negara yang penduduk muslim dan bukan muslimnya hampir sama banyak, kita masih mampu mengekalkan orang Islam sebagai Ketua Negara, PM, TPM, serta menerajui Kementerian Pertahanan dan Pendidikan.

Walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki namun kerajaan yang memerintah sejak merdeka kita akui berjaya; contohnya menyediakan peluang untuk ummat Islam mengerjakan haji. Mungkin negara lain ada tabung hajinya sendiri namun tak salah jika kita bersyukur dan mengakui usaha pemimpin negara kita.

Walaupun pembangkang bertempik bahawa kerajaan tidak Islamik namun dalam diam berjaya mengemukakan sistem perbankan Islam yang kini dituruti negara Islam lain.

Walaupun gejala sosial nampak teruk namun janganlah malu mengaku bahawa dalam banyak keadaan anak muda kita lebih baik berbanding zaman 70an. Lihat sahaja foto, filem dahulu dan bertanya pada orang lama. Sekitar 70an anak gadis selamba sahaja pakai seluar pendek bermain bola jaring. Tudung kepala usah ditanya.

Walaupun pembangkang mencanangkan keadaan ekonomi negara seolah-olah ramai rakyat menderita kelaparan, namun kita lihat pengunjung medan selera penuh sesak menjelang petang hingga ke dinihari. Orang ramai berduyun-duyun ke pusat membeli belah. kebanyakan keluarga memiliki lebih dari sebuah kereta.

Tak lama lagi bulan puasa. Lihatlah nanti pasar Ramadhan yang meriah dan hotel-hotel tempat berbuka yang habis ditempah.

Bayangkan kalau semua rakyat yang bekerja menghulurkan seratus-dua kepada ibubapa di kampung dan memperuntukkan RM50 sebagai sedekah jariah kepada yang kurang bernasib baik, insya-Allah negara kita akan lebih bahagia untuk didiami.

Sayangnya masih ada sedikit daripada kalangan kita terlepas pandang pada perkara begini.

Malah, lebih malang lagi apabila masih ada yang sibuk berkempen untuk menukar kepimpinan padahal yang akan datang itu pun belum pasti.



foto:
Ahlan Wa Sahlan Ya
aferiza.wordpress.com

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Apa khabar?

Saya setuju dengan pandangan Cheguman. Pembangkang memang tidak mahu lihat kebenaran disekeliling mereka. Mereka Nafikan segala nikmat yang dicurahkan Allah swt pada mereka dan negara.

Hakikatnya keadaan kita lebih baik sekarang. Bersyukurlah.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)