Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, September 17, 2010

Azmin, Khalid berebut Selangor


Sekitar 1970an malah sehinggal awal 1980an masih ramai penduduk kampung di Sabak Bernam belum mempunyai jamban. Mereka melepaskan hajat dengan bertinggung di sebalik pokok koko atau bertenggek di atas batang kelapa tumbang.

Sumber air minum adalah daripada hujan manakala untuk basuhan dan mandian menggunakan telaga atau parit. Airnya payau atau sedikit masin. Makanya tidak boleh diminum.

Keadaannya tidak jauh berbeza di kampung-kampung tradisional sekitar Jitra Kedah. Demang bukanlah orang asing di kedua-dua daerah tersebut. Jadi, Demang tidak perlu bertanya pada sesiapa untuk mendapatkan cerita di atas.

Jika anda menyangka di situ teruk, ada lagi yang lebih teruk. Seorang teman mengadu betapa sukarnya menginap di sebuah kampung di Kelantan yang sama keadaannya dengan dua tempat yangg Demang ceritakan tadi.

Cuma yang berbeza ialah masa.

Ya. Jika keadaan di Sabak dan Jitra berlaku sekitar 1970/80 maka pengalaman di Kelantan sekitar hujung 1990an!

Harap-harap sekarang sudah tiada lagi kampung yang begitu di negeri yang dikuasai PAS selama 20 tahun itu.

Demang teringatkan kisah tersebut ketika pulang ke kampung berhari raya. Melihat pada keghairahan orang Melayu berebutkan negeri tersebut menyebabkan Demang terharu dan sedih.

Terharu melihat pada kepesatan pembangunan di negeri bonda dan sedih melihat segelintir rakyat yang dengan mudah melupakan jasa pihak yang membangunkan.

Agaknya mereka menyangka ada jin aladin yang melakukannya.

Perebutan tidak sahaja berlaku antara UMNO dengan PAS/PKR malah kini sudah diperebut pula dalam kalangan Melayu PKR.

Kata orang, jong pecah yu kenyang.

Demang lihat sudah hampir pasti kelompok Azmin akan mengambil alih pemerintahan Selangor bagi menggantikan Khalid yang semakin dipertikai dan dilihat serba tidak menjadi.

Yang nyata, Khalid takkan membiarkan kerusinya diserahkan pada Azmin begitu sahaja walaupun Anwar berada rapat di belakang lelaki hensem itu.

Maksud Demang 'berada rapat di belakang' ialah menjadi penyokong kuat, bukan 'yang itu...'

2 comments:

Anonymous said...

salam 1malaysia

hang di demang tak habis dok dengki dgn PKR, yang hang dok cakap pasal klantan tu elok2 sikit, kalau orang kleantan tak ada air paip pun dia orang masih ada air perigi yang masih suci dan bersih.

kalau azmin menang pun Khalid tetap jadi MB sekurang2 utk penggal ni.

berkuburnya umno selamat melayu buat selamanya.

Cheguman... said...

salam 1 Malaysia Anon,
Bukan dengki... cuma Demang tengok PKR ni takdak matlamat nasionalis. Ditubuhkan pun dek kerana isu Anwar. PAS pulak memang tak pernah diterima oleh muslimin muslimat di Malaysia. Kalau BN kalah dlm PRU12 pun PAS masih belum menang. PAS cuma mampu musnahkan parti Islam UMNO tetapi belum mampu menyatukan ummat Islam sebagaimana yang telah dilakukan sejak sebelum merdeka.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)