Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, October 1, 2010

dari segi hukum Anwar tak layak jadi imam


Demang tiba tidaklah awal sangat. Anwar sudah sampai lebih dulu, cuma dia tidak terus masuk ke dalam. Dia sedang memperkatakan sesuatu pada kawan-kawannya di tepi masjid itu.

Setelah singgah sebentar mendengar sembang Anwar, Demang melangkah ke ruang solat. Rasa bosan pula dengan borak Anwar yang tak habis-habis berlagak lebih pandai dari orang lain itu.

Najib kelihatan duduk di saf pertama diapit beberapa jemaah yang tiba lebih awal. Antaranya, Pak Ghafar. Lelaki itu tenang di belakang imam yang sedang bersedia untuk memimpin solat Maghrib.

Seketika kemudian Mat Rahmat melafazkan qamat dan para makmum segera berdiri.

Tak semena-mena Demang lihat Anwar bergegas ke depan sehingga terlangkah kepala beberapa orang jemaah yang agak uzur yang terkial-kial hendak bangun.

Beberapa jemaah menggeleng-geleng kepala melihat kerakusan pemuda itu untuk berada di saf depan.

Secara menyelit-nyelit sambil mengasak orang di kiri-kanan, Anwar berjaya menempel di belakang imam. Namun dia belum berpuas hati. Dia mahu berada di sebelah kanan imam kerana jika berlaku sesuatu pada imam maka dialah yang akan melangkah ke depan.

Akhirnya Pak Ghafar yang tersepit terpaksa berundur ke tepi. Anwar mengambil tempat yang ditinggalkan itu dengan megah.

Pada rakaat terakhir, tiba-tiba Pak Imam tersilap bacaan. Beberapa jemaah memberi isyarat agar beliau berhenti walaupun solat tidaklah batal.

Anwar tersenyum. Dia mula membilang-bilang langkah yang perlu diambil agar dapat berada di tempat imam dengan selamat.

"Kaki kanan selangkah ke depan, angkat kaki kiri dan letak di sejadah imam." bilangnya dalam hati. "Angkat sekali lagi, dan..."

"Tuuut..."

Bunyi yang langsung tidak harmoni itu memecah keheningan malam. Secara spontan beberapa jemaah menekup hidung.

Maka batallah solat Anwar. Gugurlah haknya sebagai pengganti imam.

Ada sesiapa yang masih nak berimamkan Anwar?

5 comments:

Anonymous said...

hish... busuk...

azizan MRD said...

Kalau dia imam juga habis batal solat jemaah satu masjid hihihi
satu analogi...

Cheguman... said...

anak murid Dato' Azizan jugak... he he

Anonymous said...

berdosa besar tak dapat apa apa di sisi allah.

anak melayu said...

ada juga manusia bersikap macam tu.. memang tak boleh di jadikan contoh pada orang lain, apatah lagi jadi pemimpin. busuk punya orang..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)