Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, October 10, 2010

BN sudah bersedia untuk PRU13



Berikut artikal yang Demang kutip daripada blog sahabat merangkap tok guru Demang, Dato’ Azizan Yaakob: http://suaramajlis.blogspot.com/2010/10/roket-bn-diketinggian-63-darjah.html

KAJIAN persepsi terhadap politik dan kepimpinan negara Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) Barisan Nasional tetap relevan bagi menghadapi PRU 13. PRU 12 (2008) sokongan BN hanyalah 51%. Pada 18 Ogos lalu UIAM merumuskan hasil kajian sokongan kepada BN melonjak 12 persen. Kini pada status 63 peratus menjunam diudara. Kedudukan Pakatan Rakyat jatuh ke 37 persen dari 49% menuju paras bumi.

Peningkatan itu terkesan dari beberapa rasional nyata: Pertama, Keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar yang terangkum dalam 1Malaysia PM Najib. Kedua, Apa yang dicanang oleh Pakatan Rakyat adalah terbalik kuang. Rakyat dapat menonton wayang kulit, ianya bukan berlaku dalam BN sebaliknya berlaku dalam PR sendiri.
Ketiga, Pergeseran dalaman parti-parti PR bahang dan pukulannya diterima oleh rakyat jelata seperti apa yang terang-terang terjadi di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini adalah sebab-sebab yang mendasari BN tetap relevan.

Terdapat peningkatan sokongan masyarakat Melayu dan China. Tetapi sokongan kaum India merudum. Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk USM, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad UIAM dan Hamdan Mohamad Razali UiTM tersahut untuk mengatakan kajian ini dipercayai dan benar bahawa BN masih relevan dan menyarankan supaya didedah kepada umum supaya lebih telus dan adil kepada semua pihak.

Sumber berita: Utusan Malaysia Okt 9, 2010 / 8




Sukalah Demang mengingatkan DUA perkara ekoran situasi positif tersebut:

PERTAMA; biarpun BN sudah boleh menyertai PRU13 dengan lebih mantap tetapi para PEMIMPIN parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, dan MCA jangan sekali-kali bersantai dan berperangai macam dulu sebab walaupun rakyat menerima BN namun pemimpin BN yang TERUK tetap akan ditolak!

KEDUA; walaupun para pembangkang dan blogger mereka tidak lagi dipercayai rakyat namun kami, blogger yang selama ini menyokong kerajaan akan terus membongkar segala salah laku para pemimpin BN yang korup agar rakyat dapat menghumban mereka keluar daripada arus perdana pentadbiran Malaysia.

Demang percaya, negara kita sedang memasuki era baru dunia dengan lebih yakin namun penuh waspada.

Kita bergerak sekarang dan tinggalkan sahaja yang banyak kerenah dan suka membangkang.

5 comments:

PTD said...

bersiap sedia untuk kalah...kumpulkan segala harta dan lari ke luar negara....

siapa?

BN dan umno laa... sampai masa rakyat akan memijak kepala anda.

Anonymous said...

PTD... he he.. ngigau lagi ke?

gerila said...

Situasi dah berubah, golongan pakatan rakyat ingat mereka kuat lagi. Sekarang peminta sedekah dah tau kes liwat, gaduh,zalim pada rakyat, merompak harta awam, tanh-tanah melayu dipenang disapu, punggung jantan pun sapu. Pergihhhh.... jahanamlah PR.

Anonymous said...

Hari ini mesyuarat agung MCA iktiraf DEB maknanya China dah akui DEB bagi manfaat untuk semua.
MCA pun dah mula kemas. DAPig dah kalang kabut wahai ejen singapura.
Kemaslah lari kat singapura !.

Azizan Yaakob said...

Terima kasih Tuan Timbalan Presiden BPN highligt MRD. TQ
Tersukan perjuangan.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)