Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, October 22, 2010

kerajaan bunuh bayi


BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana.

Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya.

Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.

Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber.
China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP

Pak Teh: bertuah jugak dok di Malaysia...

Disalin daripada:
http://prebetsapus.blogspot.com/2010/10/wanita-hamil-dibelasah-dipaksa-gugur.html

2 comments:

Saya anak MELAYU said...

'bertuah jugak'???? SANGAT kot!!!

aman nye Malaysia. kalau la diorang balik sana, camne? anak dah ramai dah ni. nake kena bunuh sorang2 ke sampai tinggal satu je?

tu pun datang buat hal

PakTeh said...

sampai hati diorang... bukan setakat sesama manusia, sesama bangsa pun sanggup buat camtu... nauzubillah.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)