Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, October 12, 2010

Rosmah buat apa?


Walaupun pada peringkat awal, ramai orang serta orang ramai cuba memandang sinis terhadap kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri namun secara beransur-ansur Rosmah Mansur berjaya memperbaiki persepsi negatif orang ramai terhadapnya.

Demang, meskipun kurang gemar dengan Rosmah, barangkali kerana terpengaruh dengan ramai orang serta orang ramai yang sentiasa cuba memperlekeh apa sahaja yang datin seri itu buat, namun akhirnya terpaksa mengakui bahawa sekurang-kurangnya Rosmah sedang melakukan sesuatu menggunakan kelebihan dan kedudukan yang dimilikinya.

Lihatlah bagaimana beliau sedang cuba melakukan sesuatu terhadap nasib kanak-kanak di seluruh dunia. Sebelum ini beliau bersungguh-sungguh memberi tumpuan pada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun melalui program Permata.

Sekarang Rosmah sedang berjaya menganjurkan persidangan ister-isteri presiden dan perdana menteri dari seluruh dunia. Siapa sasaran mereka? Kanak-kanak dari negara miskin. Negara yang bagaimanakah yang masih ramai rakyat miskin dan kanak-kanak mereka buta huruf?

Maaf, kebanyakannya adalah negara yang kononnya menganut Islam. Padahal Islam sudah lengkap bagi menjayakan ummatnya dalam menghindari kemiskinan!

Demang sempat belajar mengenai pendidikan kanak-kanak sehingga ke peringkat ijazah. Justeru Demang tahu bahawa perkara yang sedang dilakukan Rosmah bukanlah perkara kecil sebagaimana kata Imam Al-Ghazali: “mendidik kanak-kanak di bawah usia enam tahun adalah seperti memahat di atas batu.”

Dengan kata lain, jika salah didikan di usia awal kanak-kanak maka sukarlah untuk diperbetulkan semula.

Maka Demang sempat bertanya pada diri sendiri; adakah aku sedang melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang aku ada dan mampu?

Setakat handal mengkritik dan asyik memandang sinis pada orang, lembu di belakang rumah Demang pun mampu melakukannya!



Tambahan:
Kenapa Demang gandingkan perkataan 'orang ramai' dan 'ramai orang'? Kerana nak menunjukkan bahawa ramai orang yang menghasut orang ramai agar meyebelahi mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Tengok dari cara dan personaliti Rosmah ni akan menambahkan meluat dari dan Kekuasaan yg dizahirkan akan jadi hakim kepada mata rakyat. Harap pembawaan sebagai isteri PM diperbaikki dan bersesuaian serta sedap mata memandang dan ambilah contoh serdahana isteri2 PM sebelum ini supaya rakyat tidak meluat dan menguburkan BN pada PRU 13 nanti.

Cheguman... said...

meluat? persepsi atau fakta? atau, hati diselaputi hasad? kena check semula hati sendiri, tuan.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)