Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, November 28, 2010

Zuraida mengamuk


Gambar hiasan: seorang makcik yang menjadi ketua Wanita Parti Tapewer di sebuah kampung di Amerika.


Gambar sebenar: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

"PKR ini siapa punya? Kita yang punya mereka nak sibuk mengapa? Kita hendak letak kerusi (Ketua Umum) itu di atas ke, di bawah ke, suka hati kitalah," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Ahad.

Menyebut tentang 'ucapan penggulungan' terasa sayu pulak hati Pak Teh mengenangkan PKR yang sedang gulung tikar. Agaknya itulah ucapan penggulungan terakhir setealah membuang masa kira-kira 10 tahun mempertahankan Anwar.

Pak Teh rasa ramai yang kecik hati dengan kata-kata makcik tu. Setau Pak Teh, dalam negara demokrasi semua parti adalah hak awam. Lainlah negara komunis atau sosialis. Najib dan Rosmah kena kutuk, kena tohmah, dan dilontarkan pelbagai fitnah namun tidak pula melenting mengatakan hal peribadi mereka, 'mereka punya pasal'.

Najib dan Rosmah sedar dan faham tentang politik.

Pak Teh bukan nak campur tangan hal ehwal parti makcik tu tapi Pak Teh risau jugak kalau lah PKR tak boleh ditegur, bagaimana jika mereka berkuasa dalam kerajaan?

Saturday, November 27, 2010

Lim Guan Eng bertaraf khalifah Islam?


Lim Guan Eng Ketua Menteri
Obama Presiden

Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Obama di Amerika

Mereka orang nombor satu
Nombor satu di negeri
Nombor satu di negara

Zakaria doakan Lim Guan Eng
Sarah Omar doakan Obama

Siapa pun Lim Guan Eng
Siapa pun Obama
Siapa pun Zakaria
Siapa pun Sarah

Pendengar doa mereka
Adalah
ALLAH YANG MAHA ESA

Ya Allah...
Doa kami bersama doa mereka

-pencinta Khalifah Lim

Termenung Pak Teh menatap sajak di atas. Sampai begitu sekali fanatiknya penyokong PAS pada politik.

Terlayang fikiran Pak Teh pada bangsa Korea yang sedang berperang sesama sendiri diacum US. Teringat Pak Teh pada rakyat Iraq yang sedang berbunuh sesama sendiri dan kini berpesta dengan letupan bom yang diikat ke badan sendiri.

Terkenang juga Pak Teh pada muslim Palestin yang berperang dengan yahudi sambil menembak sesama sendiri.

Sempat juga Pak Teh teringat pada rakyat Sepanyol yang nenek moyang mereka dulunya lebih awal memeluk Islam sebelum kita.

- nenek moyang orang Sepanyol 'lebih ulama' daripada 'ulama kita'...


sumber sajak:
Blog Media Permatang Pauh.

1300 keluar PKR



Foto di atas menunjukkan beberapa orang lelaki warga asing sedang cuba menahan sebatang pokok yang bercabang-cabang agar tidak tumbang. Memang payah, tapi depa cuba sedaya upaya.

Malangnya, kesemua mereka selepas itu dikejarkan ke hospital kerana disengat tebuan yang bersarang pada pokok itu...

Walaupun sekadar gambar hiasan dan cerita di atas hanya rekaan namun begitulah gambaran parti bidan terjun PKR la ni.

Pak Teh tengok, dah nak habis dah PKR. Kalau tak habis pun, dah makin nak habis.

Terbaru, 1300 ahli cabangnya di selangor bertindak keluar daripada parti itu serta merta.

Jika sebelum ini ramai yang meninggalkan PKR kerana meragui ‘perjuangan’ pemimpin utamanya yang sedang menghadapi tuduhan salah laku seks untuk kesekian kalinya, maka kali ini rombongan keluar beramai-ramai disebabkan kecewa dengan sistem PKR.

Ertinya, siapa pun yang jadi pemimpin PKR dah tidak penting lagi kerana asasnya tidak betul. Kelam kabut, berserabut, bersirat dan berselirat.

PKR bukan sahaja mempunyai banyak cabang malah lidah pemimpinnya juga bercabang-cabang.

Lihatlah foto terbaru di bawah betapa banyaknya kerusi yang kesepian tidak bertuan.

Sabaq ja la kerusi...

Friday, November 26, 2010

bagaimana masa depan cabang PKR?



sumber : agenda daily


Foto di atas diambil sekitar jam 11.45 pagi Jumaat di dalam Dewan Sivik Petaling Jaya. Tika itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husein Ali ketika merasmikan mesyuarat AMK dengan sinis mencabar ahli PKR (yang hilang kepercayaan) agar keluar dari parti itu.

Walaupun kata-kata itu disambut dengan tepukan dan sorakan daripada pemimpin lain yang berada di situ namun sudah tentu aktivis sosialis tersebut tidak akan mengatakannya jika tidak berlaku isu pemberhentian ahli PKR yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini.

Pak Teh rasa akan semakin banyak ‘cabang’ yang akan bubar dan mereput sebagaimana foto di bawah.

Wednesday, November 24, 2010

Utusan Maharaja Cina mengadap Raja Suran: satu simbolik


Berita kedatangan angkatan perang Raja Suran akhirnya tiba ke pengetahuan Maharaja China. Baginda segera memanggil sidang tergempar bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil bagi menghadapi serangan itu.

"Tuanku, bala tentera Raja Suran bukan calang-calang angkatan perang. Mereka sudah mengalahkan semua negeri yang dilalui sepanjang perjalanan ke sini." ujar seorang menteri.

"Apa nak digusarkan. Angkatan perang kita juga tidak kurang hebatnya. Mana wilayah yang tidak dialahkan kita?" sahut menteri perang.

"Ya. Memang kita kuat. Tentera Raja Suran juga hebat. Justeru jika bertembung, nescaya sebagaimana kata orang; menang jadi arang, kalah jadi abu." seorang menteri bersuara.

Suasana sepi seketika. Kata-kata menteri tua memang ada kebenarannya.

"Jika demikian, kita kirimkan utusan untuk meminta perdamaian dengan Raja Suran." seorang menteri membuat syor.

"Tidak boleh. Itu akan menjatuhkan maruah kita sebagai sebuah empayar besar. Seluruh dunia akan mengejek kita kerana bersikap pengecut." Menteri Perang membantah.

Suara bergumam mula kedengaran. Ibarat mengulum buah simala karma: diluah mati emak ditelan mati bapak. Berperang akan mengundang korban yang bukan sedikit manakala mengalah akan dianggap bacul dan pengecut.

"Kita kirim mesej simbolik." menteri tua berkata tiba-tiba. Sekalian menteri menoleh pada beliau menanti kata-kata selanjutnya.

"Kita pilih beberapa orang lelaki yang sudah lanjut usia sebagai utusan. Naikkan mereka ke sebuah jong tua yang usang. Muatkan jarum-jarum karat, konon sebagai barang dagangan." Menteri tua menarik nafas.

"Nanti mereka tiba di Temasik dan bertemu dengan bala tentera Raja Suran, pasti Raja Suran akan bertanya arah dan jarak perjalanan kerana baginda tidak pernah sampai ke benua sebelah sini."

"Maka, para utusan itu hendaklah memberitahu baginda bahawa mereka telah belayar dari China sejak remaja membawa besi-besi sebesar pemeluk untuk dijual di Temasik. Begitu lama belayar, apabila tiba di Temasik, mereka sudah menjadi tua dan besi-besi yang hendak dijual haus dimakan angin dan air laut sehingga tinggal sebesar jarum." Menteri tua menerangkan.

Para menteri mengangguk-angguk, tanda faham dan setuju.

"Saya rasa cadangan ini langsung tidak masuk akal. Mustahil Raja Suran yang cerdik itu akan terpedaya dengan muslihat ini." bantah menteri muda.

Para menteri sekali lagi mengangguk-angguk. Kali ini kerana bersetuju dengan menteri muda pula.

"Ya. Kerana Raja Suran seorang yang cerdiklah kita lakukan rancangan ini. Utusan yang kita hantar ini membawa mesej simbolik iaitu kita bukanlah lemah sebaliknya sengaja tidak mahu berperang." Menteri veteran menjelaskan.

Seterusnya menteri yang terkenal kerana kebijaksanaannya itu menerangkan mesej yang tersirat di sebalik cadangannya.

Maka bersetujulah sidang tersebut dengan cadangan menteri tua.

Dipendekkan cerita, tidak berapa lama kemudian kapal usang yang membawa utusan Maharaja China itupun tiba di Temasik.

Berita kedatangan kapal daripada Cina segera tersebar dan sampai ke telinga Raja Suran.

Sebagaimana dijangka, para pelayar itupun dibawa mengadap Raja Suran. Sebagaimana rancangan begitulah cerita yang mereka khabarkan.

Raja Suran termenung mendengar perkhabaran. Baginda memandang para penasihat untuk meminta pendapat. Satu mesyuarat khas segera diadakan.

"Hamba langsung tidak percaya cerita para pelayar tua itu." ujar seorang menteri.

"Hamba pun begitu juga." sahut seorang lagi. Namun kenapa Maharaja Cina berbuat cerita bohong?" tambahnya dengan soalan.

"Itulah yang bermain dalam fikiran hamba tatkala mendengar cerita mereka." Bendahara berkata.

Seterusnya beliau menyambung:
"Pada fikiran hamba, Maharaja Cina sengaja menghantar utusan sebagai sindiran kepada kita. Tujuannya ialah supaya kita tidak berperang dengan mereka. Pasukan kita dan tentera Cina sama kuat, sama hebat. Jika bertembung belum tahu siapa yang akan menang. Yang nyata, kalah jadi abu menang jadi arang."

"Justeru, utusan yang dihantar hanyalah simbolik. Para pelayar tua kononnya sudah mula belayar sejak remaja dan apabila tiba di sini mereka menjadi tua."

Itu BUKAN bermakna jarak perjalanan terlalu jauh sebaliknya bermaksud bahawa hidup ini terlalu singkat. Alangkah. Ruginya jika berbuat yang sia-sia.

Semua ahli persidangan mengangguk-angguk.

Esoknya, Raja Suran membuat pengumuman:

"Mulai saat ini, bubar lah kita semua. Hambapun sudah letih berperang. Sudah jauh kita berjalan dan sudah jenuh melihat negeri di atas daratan. " Raja Suran berhenti menghela nafas sambil memandang jauh ke hadapan.

"Hamba bercadang untuk melihat negeri yang lain pula. Hamba ingin turun ke dalam laut dan melawat negeri di bawah sana pula."

Maka bersoraklah bala tentera dan rakyat yang menyertai rombongan besar itu.

Bersambung...

Langkawi, Nov 2010.

Tuesday, November 23, 2010

cari pasal

Korea Utara lepas tembakan ke pulau Korea Selatan di sempadan barat yang dipertikaikan, seorang anggota marin Korea Selatan dilaporkan mati.

Pak Teh: anehnya manusia ni. Adakah peperangan boleh menyelesaikan permasalahan? atau suatu permulaan untuk masalah yang lebih besar.

Kata Demang, Jong pecah yu kenyang.

sumber: BH 23/11

Muhyidin batal ke Sarawak

Berita yang Pak Teh terima sebentar tadi, Muhyidin Yasin terpaksa membatalkan lawatan 2 hari ke Sarawak setelah dinasihat doktor akibat masalah bengkak tumit.

Baru-baru ini Najib dimasukkan ke hospital, malah dirawat di ICU.

Bukan mudah berada di atas. Selain mental, fizikal juga perlu sentiasa kuat. sejak peralihan kuasa dan pembentukan kabinet baru, kedua-dua mereka memang belum lagi dapat berehat. Pak Teh angkat topi pada mereka berdua.

Kini, penat lelah mereka sudah mula nampak kejayaannya. Ia bukan semata-mata kerana kelemahan pihak lawan sebaliknya kerana kerja kuat.

Monday, November 22, 2010

Yang Bercuti dan Yang Berhenti


Jumaat 19 Nov adalah hari terakhir persekolahan sesi 2010. Kanak-kanak dan para pelajar berehat seketika sebelum menyambung pengajian di tahun 2011.

Sebagaimana gembiranya murid-murid, lebih lagilah gurunya. Agaknya-lah.

Anak-anak mula meneka-neka ke mana destinasi untuk bercuti. Ibu bapa mengira-ngira budget ke mana arah yang sesuai dengan peruntukan yang ada.

Sepaling tidak, pulang ke kampung juga sudah memadai.

2010 sudah di penghujung. Banyak juga peristiwa pahit manis telah kita harung. Ada yang ceria dan tak kurang juga yang murung.

Persepsi politik juga sedang berubah. Jika sebelum ini parti yang memerintah dilihat bermasalah dan goyah, kini tiba pula giliran parti pembangkang merasa gundah.

Parti pertama paling terjejas teruk sudah tentulah PKR. Selain masalah peribadi peneraju utamanya, masalah kepimpinan juga semakin parah dari sehari ke sehari.

Terbaru, krisis dalam pemilihan parti yang akhirnya membawa kepada perpecahan teruk sehingga pemimpin pentingnya keluar dan merancang menubuhkan parti baru.

Bagi Demang, biduk lalu kiambang bertaut. 2010 akan berlalu dan 2011 kian mendekat. Insya-Allah, krisis politik negara akan berakhir. Mari kita bina negara ini sama-sama.

Nampaknya cuti sekolah budak-budak pakat bercuti, ahli-ahli PKR pula pakat berhenti.

Yang bercuti Demang ucapkan selamat bercuti dan yang berhenti Demang ucap alhamdulillah.
BH 22/11: MB Perak menang kes tuntutan saman fitnah RM100 juta terhadap PKR berhubung artikel dalam Suara Keadilan, nilai ganti rugi akan ditentukan.

Kesian PKR. Lepas satu, satu masalah menimpa. Malah kadangkala 2-3 masalah datang serentak. Itu yang dikatakan malang bertimpa-timpa.

Pak Teh teringat, 'apabila datang yang hak maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya'.

Friday, November 19, 2010

PKR di penghujung senja

BH 19/11: Datuk Zaid Ibrahim umum keluar PKR berkuat kuasa 16 Disember ini selepas hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha vs Deepavali


Perkara 2 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Hal Islam diletakkan pada Perkara 2 kerana Perkara 1 hanyalah berkenaan istilah 'Persekutuan' iaitu Malaysia.

Maknanya, perkara pertama dalam perlembagaan Malaysia ialah mengenai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Maka Demang terkilan apabila perayaan Aidil Adha tidak begitu dipedulikan di Malaysia. Bahkan, cuti pun cuma sehari. SAMA macam Deepavali jugak!

Apabila cuti hanya sehari, maka ramailah yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

Memanglah, beraya di mana-mana pun boleh namun hikmah berhari raya di kampung ibu bapa amat digalakkan Islam yakni dapat merapatkan silaturrahim.

Tambahan pula ada aktiviti korban yang dilakukan secara gotong royong.

Islam itu agama perpaduan. Sebelum bersatu padu dengan penganut agama lain, perlulah ditaut dan dijelekitkan hubungan sesama muslim terlebih dulu. Sebelum hubungan sesama Islam diperkukuh, hubungan adik beradik dalam keluarga mestilah dipereratkan.

Salah satu daripada caranya ialah dengan amalan pulang berhari raya di kampung.

Jika kerajaan sukar memutuskannya kerana desakan kaum lain, tunjukkan sahaja fakta yang Demang kemukakan di awal tadi dan buat keputusan tanpa rasa takut.

Sementara itu, pihak kementerian pelajaran sebenarnya boleh merancang cuti agar perayaan ‘jatuh’ dalam masa cuti sekolah.

Dalam hal ini, pada tahun ini orang kampung pun boleh menempelak:

“Siapalah yang bodoh sangat susun hari persekolahan tahun ni?”

Itulah soalan seorang makcik di kampung Demang semalam. Untuk makluman, anak-anak makcik tersebut menduduki peperiksaan pada 16 Nov 2010 dan 18 Nov 2010 di beberapa buah kolej.

Memang patutlah pihak berkenaan dilabelkan sebagai BODOH oleh orang kampung!

Monday, November 15, 2010

Soalan bocor SPM-PKR 2010


Jangan buka soalan sehingga diberitahu.

Kertas soalan ini mengandungi SATU soalan sahaja dan diikuti dengan 12 pilihan jawapan.

Pilih jawapan yang paling sesuai dan hantarkan jawapan anda ke 278X3.

1. Apakah tindakan Zaid selepas keluar dari PKR?

A. tubuh parti baru
B. masuk PAS
C. isi borang UMNO semula
D. bersekongkol dengan DAP
E. bergerak solo
F. masuk tabligh
G. tinggalkan politik
H. A dan D adalah betul
I. F dan G adalah betul
J. tak mungkin C
K. jawapan B tak sesuai
L. takkan nak pilih C? segan le...
M. Jika tiada pilihan, D pun boleh
N. semua jawapan di atas betul
O. tiada satupun jawapan di atas

Sunday, November 14, 2010

perabis duit yayasan: sultan murka



Sultan Sharafuddin membatalkan keberangkatan baginda ke sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor semalam kerana murka dengan perbelanjaan majlis tersebut yang mencecah tiga ratus ribu ringgit!

Wah, 300 ribu untuk majlis sambutan?

Dalam pada itu Pengurus Yayasan Selangor menafikan perbelanjaan 300 ribu sebaliknya mendakwa cuma RM285,000.

Eh, 285,000 dengan 300,000 tu lebih kurang la...

Pandai sungguh PKR berbelanja guna duit rakyat.

Pak Teh teringat betapa hebatnya PKR berkempen dalam PRU-12 berjanji itu-ini sambil mengutuk kerajaan ketika itu.

Friday, November 12, 2010

Di ambang perkuburan PKR


Nampaknya kemelut PKR sudah semakin menuju ke puncak apabila para blogger yang selama ini propembangkang sudah mula menghentam parti tersebut. Lihat senarai blog-blog tersenit di sini.

Dalam pada itu blog Paneh mendedahkan kerangka agenda tersembunyi DAP yang diputuskan pada 1967. Lihat sini.

PAS yang cuba mengambil peluang mengeksploitasi Anwar pula semakin tidak tentu arah dalam perjuangan mereka sebagaimana dalam isu pelajar yang membawa sosej babi ke sekolah. Lihat video yang disiarkan blogger Panglima Perang Cyber. Klik sini.

Wan Azizah pula terus membisu seribu bahasa.

Tok Demang boleh terangkan maksud 'membisu seribu bahasa'?

Thursday, November 11, 2010

budak bawa babi rupanya anak calon PKR



Sila baca dalam satu nafas.

Tindakan seorang guru bernama Iskandar Fadeli di Sekolah St Thomas Kuching Sarawak merotan sebanyak 10 kali ke atas seorang pelajar pada 15 Oktober 2010 yang didapati membawa sosej babi ke sekolah dan dibantah hukuman tersebut oleh Ahli Parlimen PAS kerana tindakan merotan pelajar membawa bekal daging babi ke sekolah dianggap rasis menjadi semakin sensasi apabila didapati bapa pelajar itu bukan sahaja beragama Islam dengan nama Islamnya ialah Norazman Baginda, malah merupakan pemimpin PKR yang pernah menjadi calon PKR (Kapit) dalam PRU 1999 dan menjadi calon dalam pilihanraya Sarawak serta menjadi saksi dalam kes di Permatang Pauh yang dikendalikan Ahli Parlimen (bebas) iaitu Zulkefli Nordin sendiri iaitu bekas pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu setelah tidak berpuas hati dengan banyak tindakan PKR yang merugikan ummat Islam.

Demikian maklumat daripada rakaman video yang Pak Teh tonton di blog Panglima Perang Cyber sebentar tadi...

Phehh... senapas, bro.

Lima lagi pemimpin PKR letak jawatan



Barangkali pemilihan pucuk pimpinan PKR ini akan jadi pemilihan terakhir bagi parti bidan terjun itu.

Kini kawasan selatan pula mula menerima tempias ketidakpuasan hati yang bermula di kawasan tengah. Beberapa pemimpin peringkat akar umbi mula meninggalkan parti itu setelah tidak dapat lagi menahan perasaan melihat karenah kepimpinan PKR. Lihat sini.

Pak Teh rasa, menjelang Januari (selewat-lewatnya, PKR akan tinggal nisan. Maklumlah, parti yang ditubuhkan secara tergesa-gesa kerana masalah peribadi, maka matinya pun agak drastik juga la.

Hmm... banyak juga kenangan dengan PKR sepanjang sedekad ini.

Pak Teh turut terharu.


Foto:
Blog Rajahmas

Wednesday, November 10, 2010

PAS la ni


PAS la ni, semua boleh asalkan membangkang...

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad mempertikaikan pihak sekolah yang merotan pelajar membawa daging babi ke sekolah. Khabarnya bapa pelajar tersebut beragama Islam. Justeru Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berhujah bahawa jika bapanya Islam maka pelajar itu juga beragama Islam.

Pak Teh bukan nak campur sangat pertengkaran wakil rakyat PAS dengan bekas pemimpin PKR tersebut namun terasa pening lalat sekejap memikirkan isu ini.

Hmm, PAS dah tak macam dulu, yakni masa Pak Teh menjadi ahlinya. Mujur Pak Teh tak bayar yuran ahli seumur hidup.

DAP TARAH PULAU PINANG


Nampaknya peluang merampas kuasa kerajaan negeri digunakan sepenuhnya oleh LGE dan kuncu-kuncunya. Gerombolan penjarah itu menarah dan melunyai apa sahaja peluang yang boleh diraih di pulau mutiara itu.

Puak penjarah itu tahu bahawa usia pemerintahan mereka mungkin tidak lama. Justeru dalam masa yang singkat, mereka akan mengumpul sebanyak mana harta yang dapat diambil.

Berikut antara tindakan terbaru lanun-lanun tersebut yang Demang kutip daripada blog Dr Novandri.

1. Di dalam pembentangan belanjawan negeri, Lim Guan Eng secara tidak langsung telah mengaku bahawa ekonomi negeri Pulau Pinang bakal merudum di bawah pentadbiran beliau. KM lidah biawak yang suka bermegah-megah dengan C.A.T beliau itu, ternyata omongan kosong yang tidak menyakinkan.

2. Lebihan kewangan sebanyak RM88.02 juta pada tahun 2008 (ketika BN memerintah sehingga Mac 2008) telah menurun kepada RM77.34 juta pada tahun 2009. Untuk tahun 2010 pula, lebihan kewangan negeri akan merudum lagi kepada RM53 juta.

3. Satu lagi kemusykilan yang timbul di dalam belanjawan Lim Guan Eng ialah kenyataan 'sejumlah RM60 juta diperuntukkan untuk membina sekurang-kurangnya 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau'.

RM60 juta untuk 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau? Biaq betoi !

Matematik mudah, 60 juta dibahagi dengan 400, rumah 'mampu milik' itu sebenarnya berharga RM150,000. Mahalnya rumah 'mampu milik' itu!! Betulkah ni?

4. Selain daripada isu tanah Balik Pulau, satu lagi persoalan besar yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng. Isunya ialah perancangan kerajaan negeri untuk mengambil balik tanah yang bakal terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang.

5. Lim Guan Eng perlu memperincikan tanah-tanah yang bakal di ambil balik dan jumlah keluarga yang terlibat di dalam pengambilan tanah tersebut. Apakah keluarga Melayu lagi yang terlibat? Berapa ramai? Apakah nilai tanah yang dibayar sejajar dengan nilai tanah semasa di tempat itu?

Tambahan :

6. Lim Guan Eng beberapa kali telah menyebut skandal tanah Tan Huk Ju yng bernilai RM25 juta tetapi kenapakah Lim Guan Eng langsung tidak menyebut cukai tunggakan 3 tahun Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang yang berjumlah RM6 juta? Bukankah wang itu juga wang rakyat Pulau Pinang?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan isu cukai tanah PTC?

7. Yang hairannya juga, Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung isu wang Lumba Kuda yang berjumlah RM2 juta ringgit sedangkan beliau merengek pasal isu-isu kecil di dalam belanjawan beliau!

Perancangan belanjawan Lim Guan Eng banyak mendatangkan persoalan dan meragukan. Rakyat Pulau Pinang perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya. Manalah tahu, isu pembohongan Guan Eng sebelum ini juga berlaku di dalam belanjawan negeri.

Tuesday, November 9, 2010

anwaribrahimdotcom AIDC




Membaca blog AIDC seolah membaca laporan rasmi badan penyiasat profesional. Manakan tidak, laporannya bukan sahaja terperinci malah lengkap dengan fakta. Foto-foto, tarikh peristiwa serta rujukan dilampirkan hampir dalam setiap artikal membuatkan para pembaca sukar menyangkal dakwaan blog tersebut terhadap perkara yang dikemukakan.

Demang juga sering menjadikan sumber daripada team AIDC sebagai rujukan. Malah, adakalanya artikal tertentu Demang salin dan tampal dalam Waadat tanpa sebarang suntingan. Hal ini kerana ia sudah lengkap.

Kini AIDC mengalami masalah kewangan bagi menguruskannya. Justeru Demang berharap para blogger dan pengunjung budiman untuk sama-sama membantu bagi mengelakkannya ditutup. Jika RM10 seorang, seratus orang sudah dapat RM1000.

AIDC bukan blog picisan. Maklumat di dalamnya amat berharga untuk rakyat Malaysia membuat keputusan dalam menentukan hala tuju negara.

Monday, November 8, 2010

Zaid Ibrahim tersungkur di luar gelanggang


Apabila Zaid Ibrahim menyertai kabinet UMNO melalui lantikan PM, ramai yang mengeluh. Reputasi dan personaliti beliau dibimbangi akan menjejas kreadibiliti UMNO dan BN.

Salah satu tindakan pelik Zaid ialah meminta kerajaan membayar gantirugi kepada bekas Ketua Hakim Negara. Demang baca buku tulisan salah seorang bekas KHN dan tidak nampak sebab kenapa beliau perlu diteruskan perkhidmatan dan penamatan kontrak memang berlaku mengikut prosedur.

Maka pembayaran gantirugi langsung tidak relevan.

Akhirnya terbukti Zaid menjadi duri dalam daging dan dipecat. Tidak lama selepas itu Zaid berkokok dalam kumpulan pembangkang.

Sebagai orang yang sering dilingkungi masalah, Zaid melihat seluruh sistem sedang menghadapi masalah. Zaid bercita-cita untuk memperbetulkan semua itu.

Ibarat pencuci najis amatur, rupa-rupanya Zaid belum layak membersihkan persekitarannya. Hal ini kerana beliau sendiripun tidak bebas daripada pelbagai masalah.

Saluran perjuangan melalui PKR rupa-rupanya lebih teruk daripada UMNO atau BN. Zaid sejak awal lagi tidak sebulu dengan PAS. Jika berpandukan sejarah Zaid, PKR lah parti paling teruk sebab belum apa-apa lagi sudah bercelaru.

Demang cadangkan Zaid keluar sahaja daripada politik. Tumpukan masa dalam bidang yang diceburinya sebelum ini.

Sambil itu, bolehlah berjinak-jinak dengan kumpulan tabligh. Dalam jemaah itu Zaid boleh menggunakan kebolehan dan pengalamannya untuk berdakwah.

Dalam jemaah tabligh tiada cantas mencantas. Tiada politik wang dan tiada tangan ghaib yang menyusun atur perwakilan dan pencalonan.

Mungkin sekarang masa yang cukup sesuai untuk Zaid memulakan sesuatu yang baru.

wakil rakyat di sim safari


Melihat putera Demang bermain games di FB, teringat betapa Demang dulu juga kaki permainan komputer. Namun sekarang dah jarang sangat. Malah belum pernah sekalipun bermain sebarang permainan di FB.

Baru-baru ni seorang rakan memberitahu anaknya bermain sejenis permainan berkonsep ladang ternakan di FB. Antara haiwan yang dipelihara kanak-kanak itu ialah babi!

Demang suka permainan Sim Safari. Dalam permainan tersebut kita diberi budget dan daripada peruntukan itulah kita boleh membina safari sendiri dengan membeli pelbagai haiwan dan menyediakan kemudahan infrastruktur.

Kita boleh membina rumah, bangunan, jalanraya dan sebagainya dengan mudah. Malah boleh juga menggali tasik. Namun ia bukanlah dibuat sesuka hati. Ia mengikut keperluan dan budget yang kita ada.

Pendapatan utama safari ialah daripada pelancong atau pengunjung. Untuk mendapatkan pengunjung yang ramai dan berterusan bukanlah mudah. Di situlah perlunya perkiraan yang jauh ke depan. Mesti berani buat pelaburan tetapi perlu berhemat juga.

Sebagai pemilik dan pengurus, kita juga boleh memilih, melantik dan memecat pekerja mengikut keperluan.

Demang fikir ahli-ahli PAS di Bukit Katil Melaka elok bermain permainan seperti itu. Jadi, bolehlah mereka memahami kenapa Ali Rostam perlu membina jalanraya yang terpaksa menempuh markaz dan tadika milik PAS yang ada di situ.

Lagipun tanah yang diambil akan dibayar pampasan jika tanah itu memang milik PAS. Duit tersebut boleh digunakan bagi membina markaz yang lebih canggih. Tak perlulah lagi meminta derma daripada orang kampung yang mendengar ceramah.

Demang lihat kemajuan Melaka semakin pesat. Perisytiharan Melaka Maju baru-baru ini memang tepat. Walau apapun yang dikatakan pada Ali Rostam, kita terpaksa akui yang beliau memang seorang yang kuat bekerja.

Paling penting, beliau amat mementingkan rakyat yang dalam kesusahan.

Kalau nak jumpa orang yang boleh hadir lebih 20 kenduri dalam satu hari, datang lah Ke Melaka berjumpa Tok Ali.

Saturday, November 6, 2010

Orang Islam wajib undi PAS


Pak Teh terjumpa foto di atas dalam blog Rajahmas (http://rajahmas.blogspot.com/2010/11/komen-menarik-di-blog-rajahmas.html).

Apa maksud tersirat daripada banner yang direntang PAS itu? Apa kesannya terhadap kepimpinan dan kuasa politik Malaysia?

Andaian Pak Teh:

Pertama, orang Melayu akan bernaung dalam satu parti sahaja. Nampak memang bagus.

Kedua, jika demikian maka sampai bila-bila tidak ada seorang wakil rakyatpun yang bebangsa India dan beragama Hindu.

Maka seluruh masyarakat India tidak akan menyokong PAS.

Orang India tidak akan diam begitu sahaja. Mereka akan memberi undi kepada calon daripada kaum cina.

Maka kita akan dapati kaum cina dan India bersatu menentang orang Melayu. Akan terbentuklah satu sistem politik yang bukan setakat sistem dua parti tetapi melibatkan perpecahan etnik.

Setiap kali pilihanraya, berlakulah pertembungan politik antara Melayu dengan bukan Melayu.

Bagaimana pula dengan ekonomi? Sosial?

Satu soalan lagi yang perlu difikirkan dengan serius; adakah semua orang Islam akan menerima ‘fatwa’ PAS tadi iaitu sebagai orang Islam wajib mengundi PAS?

Bagaimana jika 25% daripada orang Islam tidak bersetuju dan membentuk parti sendiri?

Kemudian, parti itu meletakkan calon untuk bertanding di kawasan majoriti Islam.

Parti Melayu atau bukan Melayu yang akan menang?

Kain rentang di atas memang akan menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu dan itulah sebabnya mereka menolak PAS.

Kita perlu realistik dalam berpolitik di sebuah negara yang pengundinya terdiri dari pelbagai agama dan bangsa.

Friday, November 5, 2010

MB selangor mengarut PKR makin kelam kabut


Pak Teh terbaca dalam blog ketua pembangkang Selangor betapa pentadbiran dan pengurusan kewangan kerajaan negeri itu yang semakin teruk.

Ternyata, pandai bercakap dan mengkritik bukanlah petanda bahawa seseorang itu mampu mentadbir.

Kalau tak silap Pak Teh, Selangor mempunyai seorang penasihat ekonomi yang dibayar elaun RM1 setahun.

Takkanlah sebab dek elaun sikit maka tak boleh nak bantu MB buat keputusan kot?

Lihat sini

PAS, berjuang untuk kalah


Pak Teh bersetuju dengan pendapat Demang bahawa PAS perlu kembali ke landasan asal perjuangan.

Sebelum ini PAS adalah sayap kiri ummat Islam di Malaysia manakala UMNO sebagai sayap kanan. Kedua-duanya diperlukan dan saling memerlukan bagi membawa batang tubuh ke destinasi.

Cuma bezanya, UMNO memakai topeng kemenangan manakala PAS memakai jubah kekalahan.

Apa perlunya topeng dan jubah? Dari segi hakikat, ia tidak membawa kesan apa-apa sebab matlamat utama ialah menuju negeri akhirat dan kembali pada-Nya.

Dalam peperangan, memang ada soldadu yang diarahkan bangkit untuk ditembak kepalanya oleh musuh. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak tahu dari arah mana musuh itu berada!

PAS tidak perlu terheret ke dalam masalah peribadi Anwar.

Lihat pendapat blogger PAS http://greenboc.blogspot.com/2010/11/kalau-bukan-di-kelantan-paspr-kalah.html

Thursday, November 4, 2010

teka teki 3 penjuru batu sapi terjawab

Parlimen Batu Sapi Sabah
BN = 5051
PKR = 1709
SAPP = 1018
Majoriti = 3342

Dun Galas Gua Musang
BN = 5177PAS = 4108
Majoriti = 1069

Teka teki kenapa berlaku pertandingan 3 penjuru terjawab.

Pembangkang sedar betapa sokongan terhadap kerajaan semakin tinggi. Rakyat sudah kembali menyokong perubahan yang dibawa Najib dan kumpulannya.

Maka pembangkang akan memberitahu rakyat bahawa kekalahan di Batu Sapi hanya kerana masalah teknikal dan akan diperbaiki pada PRU13 nanti.

penyokong PAS-UMNO bergocoh di Galas

Proses pengundian di DUN Galas dicemari pergaduhan antara penyokong BN dan PAS dekat pusat pengundian SK Seri Wangi, tiada kecederaan serius.

sumber: Berita Harian


Politik, politik je la. Inilah akibatnya pabila politik dicampur aduk dengan akidah. Bukanlah politik tiada dalam agama. Politik adalah sebahagian daripada kehidupan. Justeru sudah tentu Islam sebagai agama yang mencakupi semua urusan kehidupan tidak boleh dikesampingkan.

Namun, mendakwa bahawa 'aku sahaja yang Islamik' atau pendapat aku sahaja yang betul, menampakkan kejahilan sendiri.

Orang yangg berfikiran matang akan menolak politik sempit begitu.

Monday, November 1, 2010

ceramah Mat Sabu



Pak Teh baca artikal Demang semalam tentang perjuangan PKR yang semakin dingin, dan kejap tadi Pak Teh jumpa foto di atas dalam blog Darul Ehsan Today.

Pak Teh fikir, kalau program pemimpin yang dianggap ayam sabung PAS itu pun dipulau orang, maka itu petanda buruk.

Jika demikian, bukan PKR sahaja yang wajar risau.

Pak Teh teringat pepatah 'sokong membawa rebah' yakni PKR yang diharapkan untuk menegakkan PAS rupa-rupanya menjadi penyebab keruntuhan PAS sepenuhnya.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)