Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, November 8, 2010

wakil rakyat di sim safari


Melihat putera Demang bermain games di FB, teringat betapa Demang dulu juga kaki permainan komputer. Namun sekarang dah jarang sangat. Malah belum pernah sekalipun bermain sebarang permainan di FB.

Baru-baru ni seorang rakan memberitahu anaknya bermain sejenis permainan berkonsep ladang ternakan di FB. Antara haiwan yang dipelihara kanak-kanak itu ialah babi!

Demang suka permainan Sim Safari. Dalam permainan tersebut kita diberi budget dan daripada peruntukan itulah kita boleh membina safari sendiri dengan membeli pelbagai haiwan dan menyediakan kemudahan infrastruktur.

Kita boleh membina rumah, bangunan, jalanraya dan sebagainya dengan mudah. Malah boleh juga menggali tasik. Namun ia bukanlah dibuat sesuka hati. Ia mengikut keperluan dan budget yang kita ada.

Pendapatan utama safari ialah daripada pelancong atau pengunjung. Untuk mendapatkan pengunjung yang ramai dan berterusan bukanlah mudah. Di situlah perlunya perkiraan yang jauh ke depan. Mesti berani buat pelaburan tetapi perlu berhemat juga.

Sebagai pemilik dan pengurus, kita juga boleh memilih, melantik dan memecat pekerja mengikut keperluan.

Demang fikir ahli-ahli PAS di Bukit Katil Melaka elok bermain permainan seperti itu. Jadi, bolehlah mereka memahami kenapa Ali Rostam perlu membina jalanraya yang terpaksa menempuh markaz dan tadika milik PAS yang ada di situ.

Lagipun tanah yang diambil akan dibayar pampasan jika tanah itu memang milik PAS. Duit tersebut boleh digunakan bagi membina markaz yang lebih canggih. Tak perlulah lagi meminta derma daripada orang kampung yang mendengar ceramah.

Demang lihat kemajuan Melaka semakin pesat. Perisytiharan Melaka Maju baru-baru ini memang tepat. Walau apapun yang dikatakan pada Ali Rostam, kita terpaksa akui yang beliau memang seorang yang kuat bekerja.

Paling penting, beliau amat mementingkan rakyat yang dalam kesusahan.

Kalau nak jumpa orang yang boleh hadir lebih 20 kenduri dalam satu hari, datang lah Ke Melaka berjumpa Tok Ali.

4 comments:

Nizam Gtz said...

Dato' Ali adalah orang yang sangat merbahaya kerana merealisasikan impiannya, menyebabkan seluruh rakyat Negeri Melaka terkena tempias kesenangan di atas perubahan yang dibawa...

Dato' Ali akan keluar seawal jam 7 pagi dan akan pulang sampai 3-4 pagi...

Mengimbau bagaimana Kerajaan Negeri Melaka membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Merdeka suatu ketika dulu... Dato Ali sendiri yang turun ke tempat kejadian menyemarakkan lagi semangat Sukarelawan yang ada untuk membantu...

Ramai orang yang bersikap anti-establishment, walhal mereka boleh terus maju ke depan...

Maka, jadilah orang yang bermimpi tetapi mempraktikkan mimpinya, daripada orang yang bercakap tapi tak praktikkan ucapannya...

Nizam nyer Profil Baru

Pak Menakan said...

dalam sibuk2 tu, dia boleh hadir kursus, jengah peserta kursus jam 1am, dan tidur dalam khemah bersama-sama peserta.

Anonymous said...

salam,
maju itu dimaksudkan dengan apa ya?
adakah ia seiring dengan rohani dan jasmani. Seperti kata seorang ustaz, mungkin maju di mata kita tp pada Allah...wallahualam.

Cheguman said...

Anon,
Selangor maju, Melaka maju, dan seterusnya negeri2 lain pula maju; adalah sebahagian daripada rencana Wawasan 2020.

Saya percaya, semakin ramai yang lupa pada 9 cabaran Wawasan 2020 yang digariskan oleh TunDrM.

Namun begitu Wawasan 2020 tidak dibiarkan begitu sahaja oleh arkiteknya. Alat-alat sudah dipersiapkan bagi memastikan 9 cabaran tersebut dipatuhi.

Maaf, saudara tahu 9 cabaran tersebut?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)