Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, December 15, 2010

apabila si Khalid pun Kutuk si Kitol


Setibanya Demang di kampung (Sabak Bernam), terlihat senaskah akhbar percuma yang dilempar ke dalam rumah oleh individu tidak dikenali.

Rupa-rupanya ia diterbitkan kerajaan negeri Selangor. Demang tidak tahu dari mana diambil kos penerbitan tersebut. Duit poket Khalid agaknya. Maklumlah, MB Selangor itu memang kaya raya.

Kalau bukan duit poket sendiri, agaknya duit rakyat-lah tu!

Bermula muka surat pertama hingga 13, akhbar politik tersebut penuh dengan tuduhan-tuduhan terhadap UMNO dan BN sahaja. Tidak ternampak Demang berita yang memaparkan usaha dan kejayaan kerajaan negeri menangani masalah rakyat.

Pada muka surat 14 pula dimuatkan seruan exco pendidikan, Dr Halimah Ali agar rakyat memantau dan melaporkan kegiatan maksiat kepada pihak berkuasa. Seolah-olah selama ini rakyat tidak endah perkara tersebut dan membiarkan maksiat berlaku di sekeliling mereka.

Dalam kerajaan DAP-PKR, hanya itulah yang mampu dilakukan beliau. Kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini pun tak begitu menyakinkan. Memang tak berbaloi mengundi beliau.

Antara berita yang diperbesarkan dan diulang-ulang ialah isu bekas MB iaitu Khir Toyo. Barangkali itulah jasa terbesar Khalid setelah dua tahun mengetuai Selangor.

Keseluruhan akhbar politik itu menjadikan Syabas sebagai sasaran. Syarikat bekalan air tersebut dikatakan hanya menguntungkan kroni UMNO.

Maka disiarkan kenyataan MP Klang Charles Santiago dan ahli Sejarah, Prof Khoo Kay Kim. Kedua-dua mereka turut menyalahkan Syabas dan kerajaan pusat kerana dikatakan membebankan rakyat.

Demang tidak pula dengar komen mereka apabila kerajaan PAS Kedah menaikkan tarif air.

Membaca kedua-dua pendapat mereka, sedarlah Demang bahawa yang dirisaukan mereka ialah kerana Syabas dimiliki usahawan Melayu yang memberi peluang pula kepada syarikat Melayu lain selaku vendor.

Selebihnya, kerana kakitangan Syabas majoritinya orang Melayu.

Itulah yang dikaitkan dengan UMNO. Orang Syabas dikatakan orang UMNO manakala para eksekutifnya kroni UMNO.

Khalid memburukkan Syabas seolah syarikat itu tiada jasanya. Padahal sejak syarikat itu mengambil alih pengurusan air di Selangor, kualiti perkhidmatan bekalan air meningkat mendadak. Demang pernah menulis betapa teruknya kualiti dan penyaluran air di Selangor sebelum diswastakan.

Demang layak menceritakan hal tersebut kerana ia adalah pengalaman Demang sendiri setiap kali pulang ke rumah datuk dan nenek di Sabak Bernam.

Bagi Demang, isu air di Selangor hanya polemik politik. Ia sepatutnya sudah selesai selepas PRU12 jika UMNO terus memerintah. Silapnya hanya kerana PR mengambil alih. lihat temubual terkini Sultan Selangor-Utusan mengenai perkara ini.

Dalam ruangan yang lain akhbar tersebut, PKR mengulangi pendirian mereka menolak Ketuanan Melayu dan mempertahankan Ketuanan Rakyat (baca: Sosialis).

Dalam pada itu, mukasurat 8 akhbar 'Selangor Kini' itu menyiarkan tajuk: "Awasi Si Kitol moden yang bermuka-muka".

Demang nak tanya, adakah Khalid tahu cerita sebenar Si Kitol? Atau sekadar mengajuk cakap orang?

Kesalahan Kitol bukanlah besar sangat tetapi kenapa dia dikutuk zaman berzaman?

Bagi Demang si Kitol hanya 'kambing hitam'.

1 comment:

Wake UP! said...

Si kitol sebenar ialah Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)