Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, December 14, 2010

Mukaddimah:
Demang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pelantikan Samy Vellu sebagai wakil khas bagi infrastuktur di India dan selatan Asia.

Insya-Allah akan berlaku impak besar dengan wujudnya 'portfolio' baru tersebut ke atas perkembangan negara, khususnya dalam persediaan menjuarai globalisasi.

Kita mulakan begini:
Pengunduran Samy Vellu daripada jawatan tertinggi MIC memang melegakan 60% masyarakat India yang dinaungi parti tersebut. Kesannya, mereka yang sebelum ini melakukan protes terhadap kerajaan akan kembali kepada BN.

Namun perlu diingat bahawa sepanjang hampir 30 tahun Sammy Vellu mengepalai parti itu sudah pasti beliau masih memiliki penyokong setia yang turut terjejas berikutan perletakan jawatan tersebut.

Demang bicara soal kepentingan yang merupakan suatu realiti. Maka jangan berpura-pura dalam hal ini dengan 'berlagak baik'.

Sememangnya bukan salah kronisme melainkan ia sekadar dijadikan tohmahan bagi meraih simpati pengundi.

Justeru langkah Najib mengumumkan perlantikan baru itu akan dapat memujuk baki masyarakat India untuk meneruskan sokongan kepada BN.

Kita teruskan:
Sebagaimana yang sering Demang pesankan pada audien lewat ceramah, kursus, mahupun medan blog, Malaysia amat beruntung kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

Ia bukan sekadar retorik politik semata-mata bahkan berasas fakta sejarah sebenar.

Bangsa Melayu yang menjadi teras negara sudah diketahui mempunyai lakaran sejarah hebat, terutama melalui empayar Melaka yang menguasai selat terpanjang di dunia.

"Menguasai selat Melaka seolah meletakkan pisau di leher Venice." Demang lupa, siapa yang menuturkannya samada Barbosa ataupun Tom Pires. Atau mungkin orang lain, tak kesah-lah.

Apapun, kata-kata di atas menggambarkan betapa suatu ketika dahulu bangsa Melayu pernah menguasai ekonomi dunia.

Tamadun Cina pula sudah bermula lama sebelum Eropah 'menjadi celik'. Betapa banyak teknologi yang berasal daripada Cina 'dipinjamkan' kepada dunia barat dan dikembangkan untuk manafaat dunia.

Sebenarnya tindakan memberitahu anda tentang gahnya tamadun Cina hanyalah seperti mengajar itik berenang.

Kata orang, 'Sudah terang lagi bersuluh'.

Kaum India pula bersusur-galur daripada wilayah India yang sudah tersohor sebagai pedagang dan penjelajah dunia. Mereka bukan sahaja berjaya menempatkan diri dan membina perniagaan di mana sahaja mereka berada malah berupaya menyaingi siapa sahaja dalam dunia perdagangan.

Sebagai contoh, kaum India Muslim sudah membentuk badan perniagaan mereka sejak kurun ke-7 lagi. Memang hebat!

Hubungan perdagangan Melayu-Cina sudah berlaku lama sebelum kunjungan rasmi Laksamana Yin Ching ke Melaka (1403 masihi). Fakta sejarah mencatatkan bahawa salah satu faktor kejayaan Melaka dalam empat bidang utama (pusat perdagangan, pusat pentadbiran, pusat penyebaran Islam, dan pusat ilmu pengetahuan) adalah berlaku selepas jalinan persahabatan Melaka-Cina.

Hubungan Melayu-India pula terjalin lebih awal dan mendalam. Bahkan berlaku juga persemendaan antara mereka sehinggga muncul satu masyarakat baru yang dipanggil 'mamak'.

Bukan perkara rahsia lagi betapa kaum mamak mempunyai pengaruh yang besar dalam istana kesultanan Melayu.

Demang lakarkan keratan rentas hubungan Melayu-Cina-India bersekali dengan berita perlantikan Samy Vellu adalah sebagai peringatan bahawa Malaysia sedang bersedia untuk 'menakluki dunia' sekali lagi selepas berjaya melakukannya 500 tahun dahulu.

Bezanya, kali ini kita bersedia dengan lebih mantap bersandarkan pengalaman atas kesilapan lalu.

Modus operandi kita cukup mudah:
Rakyat Malaysia yang berkuturunan Cina akan memainkan peranan dalam menguasai pasaran dan sumber di wilayah China.

Rakyat Malaysia yang bersusur-galur daripada India pula akan meneruskan jalinan hubungan bagi memasuki wilayah India yang amat luas pasarannya.

Orang Melayu, selain mengetuai pentadbiran (sebagai kesinambungan kerajaan Melayu), mereka juga mempunyai akses ke negara-negara Islam di seluruh dunia termasuk Timur Tengah yang merupakan lubuk emas.

Berapa ramai penduduk dunia yang beragama Islam dan mengutamakan produk halal?

Demang yakin dan percaya, keputusan Najib yang berintikan konsep 'win-win-win situation' dapat diterima dengan terbuka oleh sekalian rakyat Malaysia.

Ya, dalam memasuki dunia global kita tidak mahu ada rakyat Malaysia yang kalah. Justeru semua pihak harus menang dan dimenangkan.

Cabaran yang perlu diperjelas kepada rakyat ialah tentang perlunya perpaduan. Najib bukan sahaja sudah memberitahu rakyat melalui ucapan-ucapannya malah jelas melaksanakannya apabila melancarkan gagasan 1 Malaysia.

Perlantikan tersebut adalah salah satu daripadanya.

Nampaknya Najib sentiasa berada selangkah di hadapan.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)