Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Sunday, February 28, 2010

Bukan Islam Sokong Islam


Hari ini Demang berseminar sehari suntuk dan tidak sempat mengulas isu semasa. Cuma apabila menerima sms tentang amaran tsunami di Sabah maka Demang lajakkan sahaja ke blog tanpa sebarang ulasan.

Bercakap tentang tsunami, teringat pula tsunami politik selepas PRU12. Kebetulan Demang baru berbual dengan seorang sahabat yang bercerita pengalaman mengira undi di tempatnya. Beliau terkejut apabila mendapati peti undi daripada kawasan pertempatan bukan Islam majoritinya memberi undi kepada PAS. Namun oleh kerana kawasan tersebut majoriti pengundi adalah orang Islam maka kerusi tersebut dimenangi calon UMNO.

Kenapa pengundi yang tidak beragama Islam memberi undi kepada parti berlogo Islam? Adakah kerana mereka sudah sedar bahawa Islam itu agama yang benar dan pemimpin Islam adalah pemimpin terbaik? Kalau begitu, kenapa mereka tidak memeluk Islam sahaja?

Demang terkenang Ridhuan Tee yang berhempas pulas cuba memberitahu saudara seagama tentang pe'el kaumnya yang bersifat ultra kiasyu.

Sampai begitu sekali beliau menulis, masih belum mahu faham apa yang sedang berlaku? Kalau susah sangat nak faham, terpaksalah Demang katakan terus terang. Orang bukan Melayu mahu menguasai pemerintahan negara ini setelah mereka berjaya menguasai ekonomi negara sekian lama.

amaran tsunami (tulin)

berita bukan politik: terkini
BH 28/02: Penduduk Sabah diminta jauhi pantai kerana kemungkinan berlaku laut bergelora dan kenaikan paras laut mulai 12 tengah hari hingga 6 petang.

BH 28/02: Agensi Meteorologi Jepun keluar amaran tsunami, jangka ombak sehingga tiga meter boleh melanda pantai negara itu seawal 12 tengah hari ini.

Saturday, February 27, 2010

amaran tsunami


BH 27/02:Gempa bumi kuat 8.3 skala Richter melanda perairan Chile 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang Malaysia), amaran tsunami meliputi Chile-Peru.




Dalam pada itu satu tsunami besar dalam dunia blog dijangka berlaku yang bakal memberi impak besar dalam politik negara.

Demang menjangkakan selepas tsunami maya tersebut keadaan akan lebih stabil dan memberi iklim yang nyaman bagi pembinaan negara.

Sebagaimana yang sering Demang uwar-uwarkan, pentadbiran Najib akan semakin mantap.

Tunggu perkembangan selanjutnya.



foto:
tsunami upon th...51 jpg
mjgj.net

Friday, February 26, 2010

Najib berjaya: bubarkan PR


Nampaknya pelbagai program dihidangkan kepada rakyat meliputi segenap lapisan masyarakat.

Memanglah kerajaan tidak menghadiahkan wang tunai kepada setiap individu. Namun kepada yang berinisiatif, rajin berusaha, berfikiran positif dan bersedia mendepani cabaran, maka peluang-peluang yang disediakan kerajaan merupakan pintu bagi mengecap kejayaan.

Namun jika kepala penuh dengan sikap membangkang, mengharapkan orang memberi yang terbaik kepada diri kita, dan suka menyalahkan pihak lain, Demang fikir kerajaan manapun yang memerintah, diri kita tidak akan berubah.

Berikut adalah berita yang baru Demang terima. Semoga anak muda kita menggunakan peluang ini sebaiknya. Positif, proaktif.

BH 26/02: Jemaah Menteri setuju tubuh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) dipengerusikan Muhyiddin dengan dianggotai 12 kementerian: Najib

Tepuk dada tanya iman.

Sementara itu, lihat penglibatan Kalimullah dengan Raja Putra di blog sahabat Demang Belantan.

foto:
3D Puzzle Puzzl...le jpg
alibaba.com

sambutan maulidurrasul di Melaka


Foto di atas menunjukkan pergerakan yang lancar di lebuh AMJ yang merupakan laluan utama Melaka ke Muar Johor. Di situlah perarakan maulidurrasul diadakan.




Pagi ini perarakan maulidurrasul di negeri Melaka berlangsung dengan lancar dan tenang. Pergerakan yang bermula di Bukit Serindit dan berakhir di lapangan Masjid Al Azim disertai ribuan peserta tidak langsung mengganggu lalu lintas sebagaimana dibimbangi beberapa pihak.

Alhamdulillah. Ertinya, jika kita lakukan sesuatu yang baik dengan cara yang baik maka ia akan berhasil dengan baik. Sebaliknya jika pun sesuatu itu baik tetapi tiada perancangan yang betul maka natijahnya akan merugikan perjuangan.

Demang menyokong hasrat PAS menubuhkan sebuah negara Islam dengan perlaksanaan syariat Islam sepenuhnya, tetapi bukan dengan cara PAS. Demang melihat pendekatan UMNO sejak merdeka lebih relevan dan konsisten.

Kelebihan PAS ialah pemimpinnya mempunyai asas ilmu agama.

Alangkah baiknya jika kelebihan yang ada pada UMNO dan PAS itu digabungkan. Kenapa PAS takut sangat dengan pemimpin dalam UMNO? Percayalah, rakyat akan memilih pemimpin yang terbaik! Jika Hj Hadi terbaik, tidak mustahil beliau boleh menjadi presiden UMNO.

Thursday, February 25, 2010

hadiah 100 juta daripada PKR

Pembangkang sudah jatuh ditimpa tangga

BH 25/02: MB Perak, Dr Zambry fail saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden PKR, Dr Wan Azizah dan tiga lain berhubung artikel dalam Suara Keadilan.

100 juta itu tak penting. 1B pun barangkali Anwar mampu bayar. Namun saman tersebut membuktikan PKR yang mencanangkan kempen ketelusan, keadilan, dan macam-macam 'ke' lagi sebenarnya berisi pembohongan, propaganda, perpecahan, dan pelbagai 'P'.

Usaha terakhir Anwar gagal

Usaha terakhir keluar pintu belakang Anwar gagal

BH 25/02: Anwar gagal dalam cubaan terakhir peroleh dokumen penting termasuk laporan DNA Saiful apabila Mahkamah Persekutuan tolak semakan kes liwat.

Demang tak fikir Anwar tak faham undang-undang. Setidak-tidaknya Anwar perlu menghormati peraturan berlawan. Jika Anwar diberi peluang memeriksa 'senjata' lawan sebelum berperang, Saiful juga berhak untuk itu. Namun Saiful faham bahawa perbicaraan adalah di medan, bukan di luar kamar ataupun melalui pintu belakang.

Belum pernah dicatat dalam sejarah seseorang yang dianggap wira takut berdepan kebenaran melalui proses pengadilan!

pembangkang siap untuk betempur

Thailand berbahang lagi. Para penyokong Thaksin sudah bersedia (atau disediakan?) bagi 'bertempur' di jalanan menjelang perbicaraan bekas PM itu.

Demang akui Thaksin memang hebat. Malah beliau juga berjiwa rakyat. Itu sebabnya ramai gerilya sanggup berkorban untuknya.

Namun adakah itu sahaja cara membalas jasa Thaksin? Bagi Demang memang tak berbaloi menyokong seseorang sehingga merosakkan negara sendiri.

Pemimpin datang dan pergi. Yang datang memang tak sama dengan yang pergi namun yang baru perlu diberi peluang seluasnya apabila sudah terlantik.

Demang katakan 'terlantik' kerana apabila ia sudah dilantik, maka Demang anggap itu adalah lantikan Tuhan. Maka tugas rakyat adalah menjayakannya.

Semoga rakyat Malaysia tidak meniru budaya tak elok itu.

Wednesday, February 24, 2010

Ekonomi 2009 melepasi sasaran


Berita I
BH 24/02: Ekonomi negara berkembang 4.5 peratus dalam suku keempat 2009, menjadikan pertumbuhan keseluruhan tahun lalu negatif 1.7 peratus: PM



Berita II
BH 24/02: Ekonomi Malaysia mampu berkembang 5 peratus tahun ini, disokong peningkatan aktiviti perniagaan dan kesan pakej rangsangan: PM

Kepada rakyat Malaysia yang masih percaya bahawa untuk berjaya kita perlu bersatu maka buktikan keyakinan tersebut. Jangan malu, jangan ragu... Campakkan ego kita ke longkang demi negara.

Kepada peminat PAS, sedarlah bahawa bercadang menubuhkan negara Islam tanpa bersandar pada realiti politik di Malaysia tidak 'kan ke mana. Marilah bersama-sama merealisasikan sebuah negara Islam sebenar dengan kita sebagai terasnya, bukan sekadar di pinggiran seperti melukut di tepi gantang.

Kepada yang masih simpati pada Anwar, satu sahaja yang Demang nak pesan: "kembali lah ke pangkal jalan." Demang dan ramai rakan taulan suatu ketika dulupun menyokong Anwar.

Kepada 'hashim' yang sering mengikuti Waadat, Demang nak pesan: "orang dah tak pakai tiub la ni. Dah guna tayar 'tiub less'.



foto hiasan:
160x152 - 8kB - gif
www.landlearn.net.au

Najib dan rakyat


Isu penguasaan wanita dalam sektor perkhidmatan awam bukan masalah baru. Malah sejak awal tahun, itulah artikal yang ingin Demang tulis dan siarkan namun belum berkesempatan. Maksud Demang, masa yang sesuai.

Namun apabila isu tersebut tiba pada Najib, lain pula komen beliau:

"Kemampuan perkhidmatan awam laksana dan penuhi jangkaan kerajaan dan rakyat lebih penting daripada kebimbangan mengenai penguasaan wanita".

Nampaknya apa isupun kalau disampaikan pada PM, penyelesaiannya mesti berkait dengan konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Cuma Demang nak sebut sikit di sini bahawa bukan hanya orang lelaki tidak sukakan bos wanita. Malah tinjauan rambang (bukan seks rambang) yang Demang buat menunjukkan kakitangan awam wanita juga tidak suka bekerja di bawah bos wanita.

"hard but not smart," komen seorang guru di sekolah Demang.

Tuesday, February 23, 2010

pembangkang tertekan


Pembangkang makin diasak dan tertekan.

Mari kita baca berita ini:

BH 23/02: Kerajaan beri jaminan kursus menyesuaikan diri bagi majikan dan pembantu rumah asing tidak akan diswastakan tetapi akan dilaksanakan JTK.

Barangkali ramai yang tidak dapat mengaitkan berita di atas dengan tajuk entri Demang kali ini. Memang, Demang sendiripun susah nak kaitkan. Cuma hati kecil Demang kuat mengatakan bahawa berita tersebut adalah antara peluru-peluru hidup yang sedang menuju ke jantung pembangkang.

Beginilah; masalah pembantu rumah adalah isu berlarutan ibarat api dalam sekam. Biarpun tidak begitu disedari namun ia amat mengganggu kehidupan. Golongan (rakyat) yang terlibat dengan masalah ini bukan sedikit. Kesukaran yang ditimbulkan masalah ini juga bukan kecil. Ia mengganggu kehidupan dan membarakan rasa tidak puas hati.

Bara-bara api biarpun kecil lama kelamaan akan menjadi marak. DS Najib sudah mengesannya dan berita tadi adalah sebahagian tindakan proaktif kerajaan BN.

Demang percaya anda kini sudah dapat jangkakan implikasinya kepada pembangkang.

campur tangan asing: Anwar tak layak jadi pemimpin

Australia hari ini menyenaraikan 10 negara yang tidak dibenarkan memasuki negaranya demi keselamatan.

Nah! Negara yang kononnya bersikap terbuka itupun bimbang dengan orang asing. Malangnya di negara kita ada orang yang sanggup mengadu hal kepada orang asing dan minta sokongan.

Jenis manusia apa itu? Bagi Demang, orang begitu hanyalah mementingkan diri sendiri dan tidak layak digelar pemimpin, walaupun sekadar pemimpin pembangkang.

Monday, February 22, 2010

Dua keputusan terdesak Anwar


Pakatan Rakyat akan menyediakan lebih banyak platform untuk membolehkan para pimpinan dan wakil rakyatnya menyuarakan pandangan mereka jika tidak berpuashati dengan sesuatu perkara.

Ia akan dibuat melalui Sekretariat Pakatan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat akan menubuhkan segera "Penal Disiplin" untuk mengkaji sebarang perlanggaran disiplin di kalangan para ahli dan pemimpinnya.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat PKR dekat sini hari ini.
(Harakah Daily, 22 Feb 2010)


Demang salin bulat-bulat kenyataan dalam Harakah Daily hari ini, termasuklah gambarnya sekali.

Melihat pada wajah kusam dan tidak terurus Anwar itu sudah cukup memberitahu kita betapa berkecamuknya Anwar sekarang.

Ada dua perkara yang disentuh:
Pertama, platform untuk wakil rakyat menyuarakan tidak puas hati. Hal ini menunjukkan selama ini wakil rakyat mereka tdak mempunyai ruang untuk bersuara. Betullah sebagaimana yang dikatakan ramai bahawa PKR adalah parti bateri 3A.

Kedua, penubuhan panel disiplin dalam kadar SEGERA menggambarkan betapa kritikalnya masalah dalaman pembangkang.

Kesimpulan daripada kedua-dua perkara tersebut ialah pakatan pembangkang benar-benar teruk dan terdesak!






Pembangkang makin kelam kabut


Meskipun beberapa hari lalu Hadi mengeluarkan kenyataan membantah campurtangan asing dalam proses perundangan negara kita namun beliau juga seperti Nik Aziz yang terpaksa akur kepada tekanan rakan sekutu mereka.

Justeru Hadi terpaksa berkalih dengan memberi pelbagai taakulan baru agar bantahan tersebut dirasionalkan. Maksud Demang ialah agar tidak terlalu ketara pertentangan pendapat antara beliau dengan pemimpin pembangkang lain.

Semalam, Hadi mendakwa campur tangan tersebut berlaku kerana kelemahan sistem kehakiman kita. Apa maksud Hadi? Menyokong campur tangan atau membantah? Kenapa cuba bermain kata-kata dan berhelah sehingga rakyat keliru? Kenapa tidak berani mempertahankan pendirian sendiri? Atau Hadi juga sama seperti pembangkang lain yang merestui campur tangan asing asalkan UMNO dapat ditumbangkan?

Nampaknya makin ramai yang sanggup meminjamkan diri mereka kepada orang asing untuk digunakan bagi menumbangkan negara sendiri!

Macam ulu kapak.





foto:
500x321 - 13kB - jpg
howsyourrevolution.wor...

Sunday, February 21, 2010

Reformasi besar-besaran


Kenapa Demang tulis tentang reformasi? Dah lah reformasi, besar-besaran pula. Kalau dah reformasi tentulah besar-besaran.

Laungan reformasi bergema sekitar 1999. Sebaik sahaja Anwar dipecat maka tiba-tiba kalimat tersebut berkumandang di mana-mana. Kecil, besar, tua, muda, di kampung di desa, di kampus, dan di penjara; semua berteriak reformasi sebelum sempat memahami maksudnya.

Namun itu semua sudah jadi sejarah. Anwar pun sudah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun setelah diberi pengampunan. Jika berkesempatan, bertanyalah kepada Ezam M. Nor kisah di sebalik pengampunan awal tersebut.

Meskipun sudah sedekad berlalu rupa-rupanya Najib tidak mudah lupa. Justeru Demang lihat Najib bersungguh-sungguh benar merealisasikan reformasi.

Pelbagai program diatur. Slogan 1 Malaysia rupa-rupanya tidak sekadar dilaungkan. DS Najib sendiri turun ke bawah bersemuka dengan rakyat. Klinik 1 Malaysia ditubuhkan. Program khas untuk anak miskin di UiTM diperkenalkan. Pendidikan di sekolah diberi nafas baru. Terbaru, TS Muhyidin mengarahkan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dikembalikan.

Kelemahan memang ada namun dari situlah kita atasi dan hasilkan kejayaan. Jangan cepat benar dicemuh dan di’kondem’.

Sementara itu UMNO diperkasakan. Para pemimpin dikerah ke kem-kem motivasi bagi melonjakkan semangat baru. Agar mereka tidak kebingungan dengan reformasi yang digerakkan PM.

Demang lihat dan rasakan sendiri di Melaka. Para pemimpin sudah bergerak ke sana ke sini di ketuai DS Mohd Ali Rostam. Pemimpin UMNO yang Demang marah suatu ketika dulu kerana isu rasuah itu nampaknya benar-benar bekerja keras.

Pernah suatu hari seorang teman menyindir KM itu kerana lewat tiba di suatu majlis. Demang dengan selamba bertanya teman tersebut: “Itu memang kelemahan Ali Rostam, tetapi engkau rasa ada tak orang lain yang boleh bekerja macam dia?”

Teman tersebut terus diam. Maksud Demang, terdiam.

Hadi serba salah


Setelah mengeluarkan kenyataan yang menyelar campur tangan asing dalam perbicaraan mahkamah Malaysia, Haji Hadi seakan cuba membatalkan pendirian tersebut. Walaupun beliau tidak menarik balik bantahan tersebut namun beliau cuba menarik audiens ke sudut lain dengan mengemukakan hujah-hujah yang tidak berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Ini bukan kali pertama baik Hj Hadi mahupun Nik Aziz bertindak seperti itu. Cuma oleh kerana Hj Hadi jarang mengeluarkan kenyataan maka Nik Aziz lebih menonjol sifat flip-flopnya.

Begitulah sukarnya apabila menumpang kekuatan orang. Dalam PRU12 yang lalu kerusi PAS bukannya bertambah sangat. Kerusi mereka sekarang cuma ada 23 manakala PKR 28 dan DAP 29, kalau tak silap Demang.

PAS seharusnya berdiri dengan kekuatan sendiri. Bukan tidak boleh bergabung dengan parti yang tidak seagama namun biarlah bergabung dalam keadaan PAS menjadi parti dominan.

Bukanlah Demang hendak memuji UMNO secara melulu namun parti itu lebih berkemampuan untuk menerajui negara. Mereka juga bergabung dengan kaum bukan Melayu namun dalam kedudukan sebagai pemegang kuasa. UMNO menjadi suara majoriti dalam BN.

Kalau nak ikut demokrasi, kenalah faham permainan politik demokrasi, bukan setakat pandai berdemonstrasi.


foto
246x260 - 28kB - gif
www.nccg.org

Saturday, February 20, 2010

nostalgia sukan tahunan


Masa Demang bersekolah rendah dulu, sukan tahunan sekolah adalah pesta terbesar di kampung kami. Sebulan sebelum hari sukan sebenar berlangsung, kemeriahan sudah terasa.

Persiapan padang, latihan sukan, khemah-khemah, dan gerai-gerai jualan turut melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat.

Dua minggu terakhir, kawasan padang sudah menjadi kelas utama. P&P berlaku melalui pengalaman sebenar membantu guru menjayakan hari sukan. Setiap petang kami ke sekolah untuk latihan.

Kemuncaknya tidak terhenti pada siang hari temasya sukan sahaja. Pada malamnya diadakan pula persembahan 'pentas bergerak' atau tayangan 'wayang pacak'.

Semasa di sekolah menengah, walaupun Demang di sekolah agama namun aktiviti sukan tetap diberi keutamaan. Malah kami turut menganjurkan pertandingan bola sepak sesama sendiri dengan melibatkan pasukan-pasukan remaja di seluruh Temerluh, tanpa sebarang campur tangan orang dewasa.

Tahun-tahun awal Demang menjadi guru iaitu di awal 1990an kemeriahan sukan di sekolah masih terasa. Malah kami menjadikan ia sebagai sukan komuniti yakni acara-acara turut melibatkan orang kampung. Para menteri datang merasmikannya.

Namun memasuki dekad 2000 ini Demang begitu terasa betapa kenangan tersebut sudah berlalu dan tidak mungkin berulang lagi. Memanglah sukan tahunan masih diadakan namun begitu terbatas. Arahan demi arahan dikeluarkan memberi amaran agar P&P di dalam kelas tidak diganggu dengan latihan sukan dan sebagainya.

Kekangan lain ialah bertambahnya program-program termasuk pertandingan keceriaan yang memaksa para guru mengenepikan latihan sukan.

Justeru kita melihat kesan ke atas sukan negara hari ini yang semakin lesu.

Barangkali bukan salah sesiapa. Mungkin zaman sudah berubah. Perkembangan dan kemajuan ICT dengan gadjet komunikasi serta 'games' yang begitu canggih lebih menarik berbanding acara sukan sebenar.

Namun tidak adil sekadar menyalahkan keadaan.

Kenyataan Muhyidin yang Demang terima melalui SMS tadi membangkitkan satu harapan baru:

"Muhyiddin mahu kegemilangan sukan sekolah dikembalikan, arah kurikulum sukan dikaji semula dan pembangunan prasarana diberi perhatian." (BH 20/02)



foto hiasan:
404x404 - 159kB - jpg
azwani.blogdrive.com

campur tangan asing: Hadi sanggah Anwar


“Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," Haji Hadi, Presiden PAS (Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu).

Demang memang sudah jangka. Hj Hadi bukan sengaja menyanggah Anwar Ibrahim kerana nama dia Anwar Ibrahim. Hj Hadi terpaksa mengenepikan sekutu demi perjuangan yang hak.

Demang amat hairan apabila terdapat rakan-rakan kalangan pembangkang yang bersetuju dengan campur tangan asing. Kononnya dalam keadaan terpaksa kita boleh meminta pertolongan orang asing. Agaknya samalah dengan prinsip meminta pertolongan daripada syaitan dan DAP.

Mereka sangka yang dinamakan musuh itu hanya yang datang menyerang daripada hadapan menggunakan senjata berdentum dentam. Mereka terlupa bahawa untuk menebang banir yang besar maka hulunya diperbuat daripada kayu!

Berita berkaitan:
http://pakmie.blogspot.com/2010/02/50-mp-australia-sikap-hadi-berbeza_20.html

http://www.papagomo.com/2010/02/fakta-haji-hadi-menunggu-masa-yang.html

http://www.pilihanrayakini.com/2010/02/hadi-tak-sebulu-dengan-anwar.html

strategi perang


Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang dilaporkan mengalami kerosakan teknikal sebelum ini sudah dibaik pulih: Ahmad Zahid




Demang dah kata, ia hanya masalah teknikal sahaja. Jadi kita selesaikan secara teknikal. Buat apa nak kecoh-kecoh?

Cuma yang perlu diambil tindakan ialah terhadap pihak yang membocorkan masalah tersebut kepada umum. Ia melibatkan keselamatan negara.

Demang fikir kita perlu tegas dalam hal ini. Semua negara ada masalah. Tinggal lagi diketahui umum atau tidak. Kalau kita bijak, bukan sahaja kapal selam rosak, kapal selam plastik pun boleh kita gunakan bagi menggertak musuh.

Tetapi kalau kita bodoh, kapal selam canggih pun orang tak takut.

Lebih bodoh lagi ialah tindakan membocorkan kelemahan senjata kita!

Peperangan adalah tipu muslihat!


foto:
1 strategy jpg
agpittsburgh.com

Friday, February 19, 2010

Berita Semasa

Najib berkata tidak ada asas untuk kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul menggugurkan pendakwaan kes liwat Anwar. (BH 19/02)

Kembali ke artikal mutakhir Demang 15 juta sebulan untuk anak melayu

RM15 juta sebulan untuk anak Melayu


Ada seorang guru di sekolah Demang dulu yang amat ’prihatin’ dengan orang lain. Demang tak nak sebutkan namanya di sini tetapi beliau seorang guru lelaki dan berkepiah putih.

Ya lah. Kalau dah berkepiah, tentulah lelaki. Maksud Demang dia memang suka dengan benda bulat berwarna putih. Terutama jika di kelilingnya hijau.

Pernah sekali dia menghampiri Demang untuk berbual.

”Jadual cikgu berapa minit?” tanya beliau.

”Entah lah, saya tak kira pulak.” jawab Demang. ”Saya masuk kelas pukul 8.00 dan murid pulang ke rumah pukul 11.30.” Demang menyambung.

”Cikgu tak masuk kelas lain?” soalnya lagi.

”Tak.” jawab Demang sepatah.

”Wah! Untung lah jadi guru prasekolah kalau macam tu.” katanya dengan nada perlahann sedikit mengeluh. Kelas ganti pun tak ada?”Soalnya lagi tidak puas hati.

”Tak ada. Memang arahan jabatan begitu.” Demang cuba menjawab selamba walau hati terasa. Akhirnya Demang tinggalkan sahaja ‘pak lebai’ itu. Malas nak layan.

Ada sekali tu, seorang ustaz JQAF mengadu pada Demang. Guru berkepiah putih yang ’menemuduga’ Demang tadi menyindirnya kerana jumlah minit guru-guru JQAF cuma sedikit.

”Saya hairan lah dengan cikgu XXX tu. Patut ke dia pertikai jadual waktu orang lain.” adu ustaz yang jauh lebih muda dari Demang itu.

”Aku no komen. Aku dah kena dulu. Kalau korang pulak yang kena, korang nilailah sendiri ’mentaliti’ orang camtu.” Ujar Demang.

Sebenarnya kita nak rasa hairan boleh, tak nak hairan pun boleh dengan mentaliti pembangkang ni.

Bagi yang merasa hairan dengan mentaliti pembangkang, Demang jawab ”apa lah nak dihairankan. Dah memang tabiat semulajadi diorang dengki dengan kejayaan orang lain dan tak suka tengok orang senang.”

Kepada yang tidak merasa hairan, Demang akan jawab begini: ”aku pun hairan dengan puak pembangkang ni. Takde kerja lain ke selain mendengki dengan orang?”

Beberapa hari lalu Demang terbaca dalam HarahDaily yang memetik laporan sebuah majalah. Majalah tersebut meletakkan seorang putera Allahyarham Tun Razak sebagai orang keempat terkaya di Malaysia.

Jadi orang kaya pun tak boleh? Apasal tak bising bila Lim, Tan, Tony, Ananda, Nala dan lain-lain jadi kaya raya?

Patutnya kita rasa bangga dan terharu sekurang-kurangnya ada juga nama Melayu yang tersenarai walaupun cuma seorang.

Oh, oleh kerana beliau adik kepada PM, maka dia tak boleh kaya? Seorang CEO yang pernah jadi CEO terbaik Malaysia tak boleh kaya? Yang ni betul-betul menghairankan!

Kalau ikutkan hati Demang, semua orang Melayu pakat kumpulkan seorang seringgit setiap bulan dan beri kepada seorang anak Melayu agar dia boleh bina perniagaan sehingga berjaya. Ertinya, jika jumlah Melayu ialah 15 juta (bayi hingga orang tua), maka setiap bulan kita dapat lahirkan seorang jutawan Melayu yang cukup modal untuk bersaing secara global. (15 juta, bro...)

Setahun, kita dapat 12 orang jutawan. Kalau 10 tahun? Lu kira lah sendiri!

Cuma RM1 sebulan!!!

Coda:
Demang cadangkan penerima pertama duit RM15 juta itu ialah Tun Dr Mahathir bagi menghargai jasa beliau. Orang kedua ialah Nik Aziz supaya beliau boleh kembangkan perniagaan sendiri dan tak mengganggu kestabilan politik negara. Orang ketiga... Demang sendiri lah.

Apasal tak boleh? Oh, sebab Demang yang buat cadangan maka Demang tak boleh dapat duit tu? SAH! ANDA MEMANG MEMPUNYAI MENTALITI PEMBANGKANG!!!



Foto hiasan:
money jpg
brspoll.com

3 isu besar pembangkang


Pagi ini ada 3 'berita besar' yang disiarkan dalam Harakah Daily.

Pertama, berita Hj Hadi menyelamatkan seorang warga emas yang hampir lemas. Demang ucapkan tahniah kepada Hj Hadi atas keberanian beliau. Bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Anwar ibrahim pun belum tentu lagi. Mengkritik tentang kelemahan pakaian renang bolehlah.

Berita kedua ialah hasrat pembangkang yang ketandusan isu terpaksa menggunakan masalah teknikal kapal selam yang gagal menyelam bagi menyerang kerajaan BN yang dipilih rakyat.

Manakala berita ketiga ialah rayuan pemuda PAS agar terus menyokong Lim Guan Eng kerana pemimpin DAP itu sedang kesusahan sekarang.

Demikianlah apa yang Demang faham daripada berita-berita yang disiarkan HarakahDaily pagi ini.

Memanglah lidah rasmi PAS itu tidak menulis sebagaimana Demang. Tetapi itulah propagandanya.

Apabila mereka menulis tentang Hj Hadi bermaksud mereka mahu orang ramai tahu bahawa presiden PAS itu seorang yang berani.

Berita tentang kapal selam pula membuktikan isu besar lain sudah tiada. Justeru masalah teknikal dipersalahkan. Sepatutnya ia diselesaikan secara teknikal juga.

Permintaan PAS agar membei peluang kepada Lim Guan Eng menunjukkan DAP semakin nazak sehingga terpaksa menggunakan talian hayat.

Itulah namanya PROPAGANDA.

Thursday, February 18, 2010

Datuk Kalakau yang kelakau


"Bekas Timbalan Menteri, Datuk Kalakau Untol daripada UPKO umum keluar BN, letak semua jawatan dalam syarikat kerajaan dan sokong dasar PKR."

Demikian SMS yang baru Demang terima.

Ok, Datuk Kalakau. Sebenarnya pemergian Datuk bukanlah terkesan sangat pada politik negara. Cuma Demang nak ingatkan, jangan lupa lepaskan jawatan selaku wakil rakyat sekali.

Seperkara lagi, gelaran 'Datuk' tu kalau diperolehi hasil sumbangan bersama UPKO pun perlu dipulangkan semula. Cubalah dapatkan semula semua keistimewaan dan gelaran melalui PKR.

Demang tunggu Nik Aziz dan para pembangkang berteriak menyuruh Datuk Kelakau letak jawatan. Jika tidak, kita ramai-ramai gelar dia sebagai pengkhianat dan panggil tok guru munafik (hipokrit).

Nota:
Demang betul-betul rasa kelakau sebab ketika ramai pemimpin PR sedang berkira-kira untuk keluar daripada pembangkang, ada pulak yang ketinggalan keretapi bertindak sebaliknya. Ada tokoh jadi raja lawak dia ni.

foto:
Batman Son Joker jpg
starstore.com

Masa depan Anwar semakin kelam, PR kelam kabut


Terkini, hari ini,
"Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar Ibrahim agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tarik diri dengar perbicaraan kes liwatnya."

Mahu tidak mahu Anwar terpaksa menghadapi perbicaraan. Mahu tidak mahu Anwar perlu menjawab kemusykilan rakyat. Biarlah pengadilan berlangsung tanpa campurtangan pihak lain, terutama negara asing.

Perbicaraan adalah secara terbuka. Apa nak dibimbangkan jika tidak bersalah. Di situ semua pihak boleh melihatnya. Barisan peguam Anwar bukan calang-calang. Anwar sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan anak buahnya demi memastikan Karpal Sigh sanggup membelanya.



Sumber:
BH 18/02, SMS

Nyanyukkah Mahathir?


Sesekali Demang terfikir semula. Mengapa Tun memecat Anwar? Sudah nyanyukkah beliau?

Ketika beliau merancang pembinaan jambatan Pulau Pinang, ada pihak yang mendakwa ia sebuah projek gajah putih. Namun selepas itu jambatan kedua pula diminta.

Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan jambatan Pulau Pinang.

Kemudian beliau membina Putrajaya. Ada pula yang mengaitkannya dengan Taj Mahal serta membazir. Malah mereka mendakwa Putrajaya adalah istana beliau. Ternyata akhirnya Putrajaya menjadi mercu ketamadunan bangsa dan negara, berbanding Kuala Lumpur yang dibina Yap Ah Loy.

Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan Putrajaya.

Selepas itu litar Sepang pula dirancang. Beberapa pihak lantas menuduh ia adalah hadiah Tun untuk permainan anak-anaknya. Pemiikiran mereka gagal melihat Formula 1 sebagai saluran promosi negara.

Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan Litar Sepang.

Kenapa Tun memecat Anwar sedangkan beliau menjemput Anwar ke dalam UMNO dalam dulang emas? Anwar disediakan ruang dan lorong seluasnya serta dipercayakan memegang portfolio penting.

Walaupun surat layang dan surat rasmi bertalu-talu diterima beliau menceritakan pekerti Anwar di belakang umum namun Tun enggan menerima bulat-bulat.

Namun Tun tetap Tun.

Walaupun marah kepada Margaret Thacher namun diam-diam mengumpul pelajar terbaik untuk mencuri ilmu di Britain.

Meskipun tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman yang lantang mengkritiknya namun menamakan pusat pentadbiran negara sebagai Putrajaya.

Justeru biarpun tidak mahu mempercayai tuduhan yang dibuat ke atas Anwar, Tun mengarahkan siasatan khas dibuat.

Maka itulah keputusannya.


foto:
Mahathir jpg
kbistari.uum.edu.my

Wednesday, February 17, 2010

rayuan Anwar ditolak



Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya untuk batalkan pertuduhan liwat terhadapnya apabila Mahkamah Rayuan menolaknya sebentar tadi.
BH 17/02.

Anwar masih ada dua peluang membersihkan namanya:

1) mengemukakan bukti
2) bersumpah

Tetapi bukan melalui ceramah.



foto
anwar fr jeff ooi jpg
lookattrue.wordpress.co

Nik Aziz mungkir janji


Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan. "Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini. Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang Nik Aziz 'langgar' fatwanya sendiri. Almaklum sahajalah, Nik Aziz adalah pemimpin flip-flop. Itu belum lagi dikira janji PAS kepada para pengundi untuk tidak bergabung dengan DAP namun akhirnya mungkir janji setelah dirasuah jawatan dalam kerajaan selepas PRU12.


Sumber:
http://bumiyang.blogspot.com/2010/02/tg-nik-aziz-juga-pernah-khianati.html#comment-form


foto:
nik aziz speaki... h=359
harismibrahim.wordpress.com

pesona perubahan


Perubahan. Ungkapan keramat yang mendebarkan, bahkan menghairahkan audien. Maka bersembur-sembur ucapan keluar dari mulut sang pemimpin yang kononnya menerajui perubahan. Bagi melengkapkan ucapan maka disulam pula dengan kritikan-kritikan terhadap perkara yang telah diamalkan sekian lama.

Sebenarnya manusia hanya suka bercakap dan mendengar tentang idea perubahan padahal mereka sekadar seronok berdendang mengenainya, bukan sekali-kali untuk mempraktikkan pada diri sendiri.

Anjakan paradigma. Satu lagi ungkapan hebat. Memang sedap bunyinya. Melantun-lantun dan meletup-letup diucap lidah tak bertulang. Namun apa yang nak dianjakkan? Seluar dalam, sarung tetek, atau tilam?

Secara normalnya manusia mudah bosan dengan kelaziman. Rutin. Maka manusia-manusia yang menyedari hal ini dengan mudah memanipulasi kelemahan terbesar manusia ini bagi memancing pengaruh. Oleh kerana manusia bosan dengan sesuatu yang lazim dan stereotype maka diwarnakanlah objek-objek lama dengan kosmetik baru.

Maka mata yang memandang pun tertarik dan tertawan. Apatah lagi kerana ia belum digunakan, maka bertambah terujalah untuk mencubanya.

Padahal apabila diberi peluang untuk dilaksanakan maka tunggang langganglah jadinya.

Demikianlah kita sebagai rakyat Malaysia. Jangan mudah terpesona dengan janji-janji muluk yang belum pasti.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.


foto:
CHANGE jpg
gehspace.com

Tuesday, February 16, 2010

PAS muflis


Harakah Daily hari ini menyiarkan tajuk berkenaan UMNO yang menyambut Maulidurrasul dalam masa yang sama mengamalkan rasuah. Malah lidah rasmi PAS tersebut membayangkan seseorang yang melakukan kesalahan itu bukan orang Islam!

Demang malas nak komen kejumudan PAS itu cuma Demang nak tanya, rasuah yang mana? Bila? Siapa pelakunya? Dah report polis?

Demang tak nafikan gejala rasuah memang ada. Bukan di Malaysia sahaja malah di mana-mana negara. Malah di Malaysia, bukan kerajaan UMNO sahaja yang menyalahguna kuasa. Bukan di Pulau Pinang dan Selangor sahaja, di Kelantan yang lama di bawah kuasa PAS pun berlaku rasuah.

Rasuah datang bersama kuasa, bukan datang bersama UMNO atau Barisan Nasional.

Yang penting kerajaan sentiasa mempertingkat usaha memerangi rasuah. Lihat sahaja hampir setiap hari terdapat laporan pembongkaran kes rasuah. Ia tidak sahaja membabitkan pegawai polis di tepi jalan, malah ketua pengarah dan ahli politik di hotel berhawa dingin.

Jika pembangkang ada maklumat, sila kemukakan dan buat laporan. Jangan hanya menebar dakwaan umum begitu sahaja. Itu tidak bertanggung jawab namanya.

Lihat di Indonesia. Negara idola sesetengah pembangkang itu mencatat kadar rasuah yang amat tinggi. Singapura nampak bersih tetapi itu luaran sahaja. Negara itu nampak bersih kerana sistem mereka tidak mendedahkan masalah pemimpin kepada orang awam. Thailand, Filiphina, hatta Amerika juga berlaku penyalahgunaan kuasa.

Rakyat melihat apabila PAS mula main serkap jarang begitu ertinya PAS sudah tandus idea serta muflis isu. Ini membuktikan Najib sudah semakin berjaya membela rakyat.

Ternyata anakanda Tun Razak itu memang layak menakhoda negara.


foto:
382x382 - 64kB - jpg
www.nickworthey.com

Jasa Anwar

Mat Sabu antara pemimpin PAS yang meminta Anwar disiasat atas kes salah laku seks.







Semalam Demang menyiarkan artikal menyeru agar kemelut politik dihentikan segera demi kestabilan dan kesejahteraan pertiwi. Pernah Demang catatkan bahawa kemelut tersebut berpunca daripada keengganan Anwar mematuhi nasihat majoriti besar AMT UMNO agar beliau berundur kerana menjadi liabiliti kepada parti.

Permintaan para pemimpin UMNO dan BN tersebut adalah rentetan daripada desakan parti-parti pembangkang yang mempersoalkan salah laku seks Anwar yang sudah menjadi perbincangan umum. Mereka menuduh UMNO bias kerana tidak mengambil sebarang tindakan hanya kerana tertuduh seorang timbalan presiden serta Timbalan Perdana Menteri.

Antara pemimpin yang lantang membuat desakan tersebut ialah Hj Mohd Sabu yang merupakan pemimpin kanan PAS serta pernah menjadi rakan karib Anwar.

Permintaan Demang agar kemelut politik dihentikan segera itu mendapat respon seorang pengunjung yang mengatakan kalaulah tidak kerana Anwar, UMNO tidak akan sedar kesilapan mereka selama ini.

Demang bersetuju juga dengan pendapat tersebut. Serta merta Demang teringat pengalaman Demang ketika tinggal di sebuah taman perumahan dekat Muar. Walaupun tempat itu bagus dan selesa, namun program tersusun dalam aspek kejiranan tidak begitu dipedulikan.

Bukanlah maksud Demang penduduk di situ sering bergaduh. Yang Demang maksudkan, aktiviti kemasyarakatan secara tersusun tidak begitu diambil berat. Perkara kenduri kendara dan aktiviti surau, memang bagus. Namun penduduk di situ bukanlah terdiri daripada kaum Melayu sahaja. Kaum Cina takkan ke surau.

Pada suatu ketika, ketenangan mula tercalar. Beberapa buah rumah dimasuki pencuri. Penduduk mula diserang kebimbangan. Akhirnya persepakatan dibuat dan sebuah jawatankuasa keselamatan dibentuk.

Mulai waktu itu setiap malam diadakan kawalan dan rondaan secara bergilir-gilir. Ketika bertugas tersebutlah Demang mula mengenali jiran-jiran dari kaum Cina. Kebetulan tidak ada sebuah rumahpun dimiliki oleh kaum India.

Dari aktiviti kawalan, kami merancang program sukaneka dan hari keluarga pula. Demang masih ingat seorang penduduk di taman itu yang kami gelar 'Botak Chin'. Oleh kerana beliau agak kaya, maka beliaulah yang banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi menjayakan pelbagai program. Malah Demang cukup 'respect' pada beliau kerana hampir setiap malam singgah di pondok kawalan untuk bertanya khabar atau berbual. Biasanya apabila beliau datang, teh tarik dan roti canai akan menyusul selepas itu.

Mesejnya, jika Anwar dianggap berjasa, maka si pencuri di taman perumahan Demang itupun layak diiktiraf berjasa juga!


foto Mat Sabu
mat sabu1 jpg
pasbukitbendera.com

Monday, February 15, 2010

Hentikan segera episod Anwar


Ya. Hentikan segera kerana ini bukan sejenis permainan!

Isu Anwar sudah berlarutan lebih 10 tahun. Sudah sampai masanya ia ditamatkan tanpa kompromi.


Jangan perjudikan nasib rakyat dengan membiarkan negara terus tidak stabil Apatah lagi sehingga mengundang campur tangan kuasa asing!

Siapa Anwar? Anwar hanya seorang manusia. Hanya seorang individu. Malaysia tidak akan musnah jika Anwar tiada.

Lebihnya Anwar ialah kerana dia petah dan pintar berpidato. Macam Sukarno.

Namun kepetahan berpidato Sukarno akhirnya tidak ke mana. Rakyatnya terpaksa menyabung nyawa ke negara orang bagi mencari makan. Sekadar untuk menjadi 'bibik' dan 'Mat Indon' di ladang dan tapak binaan.

Pemimpin datang dan pergi. Kita tidak ketandusan pemimpin seperti itu bahkan lebih hebat daripada itu boleh dididik dan digilap. Jangan kita meragukan pertolongan Allah.

Sekarang Allah telah memberikan Najib yang berjiwa kental, tabah, dan bersemangat waja. Keturunan orang baik-baik. Malah nenek moyang beliau adalah pemerintah kerajaan Islam di Sulawesi. Keturunan itu jugalah yang membina semula kesultanan di Tanah Melayu selepas Melaka musnah.

Percayalah; Malaysia tidak perlu bergantung pada Anwar. Bahkan negara akan lebih aman tanpa Anwar.

Sekiranya Anwar menjadi PM, bukan 100% rakyat akan menyokongnya. 70% pun belum tentu. Malah, setakat ini Anwar cuma mempunyai 28 kerusi di parlimen. Kalau dikira peratus, sokongan terhadap PKR cuma ada 12%!

Bahkan, bukan semua YB PKR masih menyokong Anwar sepenuhnya!

Yang Demang paling bimbang ialah Anwar banyak hutang: hutang budi di sana sini!


foto:
Stop It jpg
hahastop.com

Ezam: Anwar semakin takut


Walaupun ada budak-budak PKR menuduh Ezam berbohong namun Anwar tidak pernah mendakwa atau menyaman Ezam yang sudah kerap mencabar Anwar. Kenapa ya?

Malam tadi Demang sempat ke Jasin bagi mendengar sedikit taklimat daripada saudara Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin PKR. Majlis yang dibuat secara tertutup itu dihadiri oleh para pemimpin UMNO dan bekas pemimpin PKR.

Sebut sahaja nama Ezam, para pemimpin pembangkang pasti kecut perut. Manakan tidak, dalam Malaysia ini tidak ada orang lain yang lebih rapat dan amat mengenali Anwar dan keluarganya melainkan Ezam.

Justeru budak-budak PKR yang baru habis sekolah atau tamat universiti atau baru cuba-cuba berkawan dengan ’pemimpin politik opposite’ tak payah lah nak ’over’ sangat. Banyak sangat yang kalian tidak tahu tentang dunia ini!

Demang tak mahu berkongsi kesah Anwar dan ’kegemarannya’ yang disentuh ’sikit-sikit’ oleh Ezam semalam. Kalau berkesempatan, anda tanyalah sendiri pada Ezam.

Cuma Demang nak kesahkan perihal takutnya Anwar pada puak pembangkang. Dalam kes YB Zaharin di Pulau Pinang, sepatutnya Anwar menyebelahi Zaharin kerana pertelingkahan tersebut berlaku antara orang PKR dengan orang DAP. Anwar tidak sepatutnya menyebelahi parti lain apabila melibatkan kepentingan parti sendiri. tambahan pula Zahrin menyuarakan kepentingan dan hak orang Melayu.

Kenapa Anwar mengenepikan anak buah sendiri?

Di sinilah kita perlu bijak sikit berfikir. Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP. Dalam senario komunis dan sosialis termasuk DAP, setiausaha lebih berkuasa daripada presiden.

Siapa presiden DAP? Beliau ialah Karpal Sigh yang pernah meminta Anwar ’bertaubat’ tetapi kini menjadi ketua peguambela Anwar.

Jika Karpal menarik diri, siapa lagi yang akan sanggup membela Anwar setelah semua peguam bela sebelum ini menarik diri kerana tidak sanggup meneruskannya?

Sunday, February 14, 2010

musim berubah

18 gerabak kereta api barang tergelincir di KM58.75 dekat Kampung Guar Stesyen, Guar Cempedak, dekat Gurun Kedah, 5 petang ini.

Sahabat Demang, blogger Detguaq barangkali sudah meninjau tempat kejadian.

Kalau lah insiden tersebut berlaku tahun lepas, sudah tentu ia akan cuba dikaitkan dengan UMNO. Pada masa itu, pokok kelapa tumbangpun dikatakan UMNO penyebabnya.

Namun hari ini keadaan sudah berbeza. 'Terbalik kod', kata orang kampung Demang. DS Najib berjaya menggembeleng seluruh tenaga untuk bekerja bersama beliau dalam konsep 1 Malaysia yang semakin diterima rakyat.

Pakatan pembangkang pula kini dilihat semakin terhimpit. Satu demi satu kelemahan bahkan keaiban pembangkang terbongkar.

Demang dapat berita di Pahang juga akan berlaku pertukaran platfom. Manakala Selangor semakin bergolak. Pulau Pinang sebagaimana diketahui umum akan runtuh bila-bila masa sahaja lagi.

Cuma satu yang Demang risau. Kenapa Australia beriya benar masuk campur hal negara kita?

Sumber: BH 14/02

Siapa yang terkentut?


Kononnya pada masa dahulu ada sebuah keluarga yang baru menerima menantu. Pada malamnya berkumpul lah kaum keluarga serta sanak saudara berbual-bual sambil berkenal-kenalan dengan menantu baru.

Ketika sedang asyik berbual sambil bergelak tawa tiba-tiba meletuslah suatu bunyi yang memang semua orang maklum perihal bunyi tersebut. Secara spontan meluncurlah pertanyaan daripada mulut si mertua: "Siapa yang terkentut?"

Tanpa semena-mena menantu baru itu yang duduk berdepan dengan mertuanya bingkas bangun lalu terjun melalui tingkap terus lenyap di celah kegelapan malam.

Menurut empunya cerita, menantu lelaki itu terus menghilang tidak kembali lagi.

Demang bawakan cerita yang disampaikan nenda Demang semasa kecil dahulu kerana ingin membandingkan dengan kisah dua manusia yang agak terkenal sekarang. Kedua-duanya lelaki juga tetapi tak perlulah ditanya menantu siapa?

Yang seorang sedang melarikan diri kerana telah menyebabkan bau busuk dalam negara melalui kentutnya yang berbau tohmahan.

Manakala seorang lagi cuba menghindar diri daripada kes lubang kentut yang sedang dihadapi.

Bagi Demang, kalau tak kentut, kenapa nak lari?

Bagi memastikan anda memahami cerita tadi Demang sertakan di sini satu soalan pemahaman aneka pilihan:

Kenapakah simenantu itu lari?
I. Malu kerana dia yang kentut
II. Malu kerana mertuanya kentut
III. Malu kerana orang lain yang kentut
IV. Takut orang tuduh dia kentut
V. Takut keluarga mertuanya berkonspirasi tuduh dia kentut

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja
E. Semua di atas
F. Tiada satupun jawapan yang betul
G. Tiada satupun yang kerajaan buat itu betul
H. Hakim pun tak betul
I. Najib yang tak betul

foto:
sweet summer escape
.Bradi. flickr.com

Saturday, February 13, 2010

Musim buang bayi


Hari ini Demang dapat berita seorang bayi yang rentung ditemui dalam tong sampah di Kuala Krai Kelantan.

Dua hari lepas sebuah surau berdekatan sekolah Demang menerima tetamu tidak bernyawa iaitu bayi yang baru dilahirkan ditinggalkan ketika subuh.

Cuba bayangkan jika DS Najib mempunyai seorang ulama seperti Nik Aziz dan Hj Hadi yang bertindak sebagai penasihat beliau. Mereka sama-sama berfikir bagaimana menangani masalah sosial di negara kita, bukannya berfikir macamana nak jatuhkan kerajaan yang ada!

Nak laksanakan hukum hudud pun boleh jika kena cara bincangnya.

Malapetaka bertimpa-timpa pada pembangkang

Bakri yang menjadi mangsa dilanggar ADUN DAP Sekincan Ng Sue Lim masih dalam koma



Pagi tadi Demang menulis tentang keadilan untuk Saiful dinafikan jika mahkamah membatalkan perbicaraan terhadap tertuduh. Demang melihat bahawa hak Saiful untuk mendapat pembelaan cuba dinafikan begitu sahaja.

Samada Anwar bersalah atau tidak, biarlah mahkamah menentukan melalui perbicaraan secara terbuka. Nak berpencak biar di dalam gelanggang.

Pagi ini juga blogger Pejuangbangsa menuntut keadilan terhadap kes seorang pelajar IPTA yang dilanggar seorang ADUN DAP. ADUN tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Lihat sini.

Nampaknya bertalu-talu masalah menimpa pembangkang. Kenapa? Kerana pembangkang banyak memberi masalah pada rakyat.

kenapa Anwar tangguh lagi?


Menurut berita yang Demang terima semalam, Mahkamah Rayuan tetapkan Rabu depan bagi putuskan sama ada membenarkan permohonan Anwar Ibrahim untuk batalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Alangkah anehnya keadilan. Tertuduh boleh memohon agar dia tidak dituduh! Mana ada pemangsa yang sedia dibicarakan dan dihukum?

Anwar sepatutnya membiarkan mahkamah meneruskan tugas mereka. Tugas Anwar ialah menjawab dan mengemukakan bukti serta saksi bagi menafikan kes tersebut. Bukan susah sangat pun. Kelebihan besar berpihak pada Anwar. Barisan peguam handal termasuk Karpal Sigh cuma perlu menimbulkan satu keraguan sahaja. Itu pun tak larat?

Kenapa nak dipertikaikan semua pihak dan kenapa dicari pelbagai helah bagi mengelak perbicaraan?

Berani kerana benar!

Lihat Saiful yang konsisten! Seseorang yang terpaksa, diupah, didorong atau menipu tidak akan seberani Saiful. Beliau bukan lawan atau saingan kepada Anwar. Sepatutnya Anwar yang berani, bukannya Saiful!

Sumber: BH 12/02:

Friday, February 12, 2010

Rahsia kapal selam bocor


Setelah misteri kehilangan enjit jet, heboh pula kes kapal selam tidak boleh menyelam.

Memang pelik dan aneh apabila kapal selam tidak boleh menyelam.

Namun Demang lebih pelik bin ajaib lagi bagaimana perkara itu boleh bocor kepada orang awam? Malah ia dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Ertinya seluruh dunia boleh membacanya dalam masa yang singkat.

Bagi Demang, kita jadikan soal menyiasat dan membaiki kapal selam itu sebagai agenda kedua. Agenda utama ialah mengenalpasti siapakah yang bertanggung jawab membocorkan perkara ini kepada orang awam.

Jika ia dibuat atas nama ketelusan dan demokrasi, maka Demang katakan: "pergi jahanam lah dengan demokrasi!"

Foto:
kd tunku abdul ... h=768
ekawan.com

Jurus maut Najib


Ketika pembangkang makin terhimpit dan tersepit diasak pelbagai musibah dan malapetaka, Najib menghampiri garisan penamat dengan lebih bergaya.

Mata demi mata dipungut meninggalkan lawan jauh di belakang. Peserta yang dianggap paling hampir di belakang beliau yang memakai jersi berlabel 'Anwar' beberapa kali tersadung batu dan hampir tersungkur.

Peserta bertanda 'Karpal' yang berkerusi roda cuba memintasnya dan seolah berjaya namun rupa-rupanya dia hanya memotong peserta berlabel 'Hadi' yang kebetulan berhenti untuk minum air.

Agak melucukan walaupun pertandingan dikatakan secara solo namun terdapat pasukan yang menghantar dua orang wakil. Masing-masing ditandakan sebagai 'Aziz' dan 'Hadi' yang menggunakan lambang yang sama.

Bagi tidak menghampakan mereka dan demi semangat kesukanan serta kepolitikan maka mereka dibenarkan ikut serta secara bergilir-gilir. Itu yang membuatkan 'Karpal' keliru dan pening kepala tadi.

Sebenarnya Demang baru dapat berita SMS berikut. Walaupun ia bukan berita yang begitu hebat bagi sesetengah orang namun Demang teruja menantinya. Demang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai rancangan Najib melalui UiTM tersebut menerusi seorang teman. Namun tak elok lah Demang hebahkan sebelum ia diumum sendiri oleh PM.

Kita baca berita tersebut sama-sama:

"Najib mahu UiTM sedia 5,000 tempat untuk pelajar miskin dan anak yatim setiap tahun bagi memberi mereka peluang mendapat pendidikan tinggi."

5000 tempat tersebut adalah untuk anak yatim dan miskin yang sekadar memiliki kelayakan minimum dalam SPM dan gagal melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Ia dipanggil pradiploma.

Jangan pandang rendah pada pemegang pradiploma. Antara orang yang pernah memasuki universiti melalui tiket pradiploma ialah Dato' Saghul sendiri, iaitu VC UiTM sekarang!

Mereka boleh berjaya jika diberi peluang. Najib sedang menggunakan kuasanya bagi menyediakan peluang kepada mereka.

Itulah yang dikatakan 1 Malaysia.

Sumber: BH 12/02 (by SMS)

Foto hiasan:
face kick jpg
sethrobles.com

Najib tidak mahu berpuas hati


Tindakan Zaharin Mohamed keluar PKR tidak mengejutkan tetapi BN tidak harus terbawa-bawa perkembangan politik dalam pakatan pembangkang: PM (BH 12/02)

Demang faham maksud Najib. Beliau tidak mahu UMNO dilihat kuat kerana pembangkang lemah sebaliknya UMNO mesti kuat secara mutlak. 'The best win'.

Percaya lah bahawa kekuatan secara relatif tidak akan kekal lama. Hal ini sedang berlaku pada PAS. Undi simpati serta bersalut emosi juga tidak boleh bertahan. Kemelut yang melanda PKR sekarang sedang membuktikan pendapat itu.

Justeru Najib telah menyediakan satu senarai yang panjang bagi memperkasa UMNO dan BN. Bukan sekadar menunggu pembangkang lemah. Ia sedang dilaksanakan satu persatu.

Sepatutnya pendirian Najib itu menjadi asas pada kecemerlangan rakyat Malaysia dalam semua bidang, bukan dalam politik sahaja.

Dalam diam, Najib sedang merubah paradigma rakyat tentang tafsiran kemenangan.

Ahli Parlimen PKR keluar parti


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim umum keluar PKR dan menjadi wakil Bebas berkuatkuasa hari ini (BH 12/02)

Sama-samalah kita nantikan tindakan Anwar seterusnya dengan berita ini. Apa muslihat beliau nanti?

Nampaknya Anwar hanya mampu menangguhkan kejatuhannya yang sepatutnya berlaku 10 tahun lalu.

Selepas curi Tahun Baru Cina ini dipercayai pelbagai musibah lagi akan melanda PKR.

Selain perbicaraan kes liwat yang akan bersambung minggu depan, beberapa orang pemimpin PKR juga akan dijatuhi hukuman oleh MT parti itu kerana berbalah sesama sendiri.

foto hiasan:
good bye lenin ...at jpg
mygully.com

Thursday, February 11, 2010

Gunakan ISA terhadap blogger melampau



Ekoran tindakan Nik Aziz mengambil tindakan terhadap blogger yang menghinanya, bagi Demang nampaknya Nik Aziz sudahpun membuka jalan agar blogger yang melampau ditangkap polis.

Demang nak bagi maklumat tambahan pada Nik Aziz agar tindakan turut diambil kepda beberapa blogger yang menyiarkan gambar fitnah yang amat tidak bertanggung jawab.

Kalau Nik Aziz rasa meloya, tak selesa, dan 'segan-segan' dengan Anwar kerana 'dipasangkan' dengan Anwar melalui foto tersebut, apa pula perasaan Najib yang berketurunan pejuang Bugis yang banyak berjasa dan berkorban dalam usaha menyebar dan mempertahan Islam di nusantara, kini gambarnya dibuat seolah beliau seorang KAFIR!

Oh ya. Nik Aziz juga eloklah nasihatkan anak buahnya belajar sejarah dengan cara yang betul.





Foto diambil daripada beberapa blog termasuk dari Warisan Pahang

Kisah 3 blogger

Ini beritanya:

Bekas pembantu khas Anwar, Anuar Shaari serah gambar warga Pakistan yang dapat bantu jejak Raja Petra Kamarudin kepada polis Melaka pagi ini (BH 11/02)

Ini pula ulasan Demang:

Walaupun blogger Aduka tidak sedar kepentingan institusi beraja di Malaysia, akhirnya dia terpaksa akur bahawa dia tidak ada tempat lain untuk melarikan diri dan anak bini. Tanah Melayu ini sahajalah bumi yang dia ada. Maka dia menyerah diri.

Blogger Jeffry pula memang menyedari bahawa dia tidak mempunyai negara lain selain Malaysia untuk dihuni, justeru beliau marah dan kecewa pada mana-mana pihak yang cuba merosakkan kestabilan politik negara dan keharmonian antara kaum yang terjalin sekian lama.

Blogger Raja Putra? Demang tidak pasti dalam kategori manakah dia berada. Yang pasti, nampaknya sipengecut itu tidak begitu memerlukan negara ini. Setakat ini dia bebas bergerak di negara lain yang bersedia memberi perlindungan, kemudahan, dan keistimewaan padanya.

Demang fikir, kalau negara ini porak peranda, Raja Putra tak perlu risau apa-apa.

Kudeta di Perak


Nampaknya PAS tetap tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah memutuskan Nizar tidak berhak dan tidak layak menjadi MB Perak.

Asas penolakan parti itu ialah Sultan tiada hak memecat MB. Baginda cuma boleh melantik, bukannya memecat! Suatu peraturan yang cukup aneh.

Sebenarnya sultan tidak pun memecat Nizar, sekadar menasihatkan Nizar agar melepaskan jawatan setelah baginda berpuas hati bahawa Nizar tidak lagi memiliki sokongan majoriti di DUN.

Jika Nizar enggan meletakkan jawatan, bagaimana sultan boleh melantik MB yang baru? Akai ada ka?

Nik Aziz semalam menyifatkan peristiwa di Perak sebagai kudeta. Menuurut Kamus Dewan Edisi Ketiga 'Kudeta' ditakrifkan sebagai 'rampasan (perampasan) kuasa secara ganas atau tidak sah'. Justeru istilah 'kudeta' sering digunakan untuk rampasan kuasa menggunakan senjata.

Kudeta pun, kudeta lah tok guru. Habis... yang Anwar nak rampas kuasa 16 September tu, apa? Sotong kurita? Kenapa masa tu tak timbul pun pasal kudeta? Sebab tok guru ditawarkan takhta?

'Demo buat tak leh, ambo buat takpo'

Apa pun, Demang seronok menonton episod ini. Ia menanggalkan topeng PAS yang berpura-pura menyokong sistem kesultanan selama ini.

(Makin banyak Nik Aziz bercakap, lagi banyak dia buat silap)

foto hiasan tiada kena mengena dengan Nik Aziz dan Anwar. Tolong jangan saman!
Conflict Glob...or jpg
exporting.name

Wednesday, February 10, 2010

PAS dendam institusi beraja?

JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.
Demang bukan nak sokong blogger tersebut tetapi merasa pelik dengan aduan itu.
Cuba lihat foto berikut:



Tidakkah gambar di atas mempersenda DS Rosmah?

Lihat pula foto dibawah? Bukankah DS Dr Zamry merupakan MB Perak yang sah?


Terdahulu, seorang blogger yang terang-terang menghina dan mencemuh Sultan Johor yang mangkat terpaksa menyerah diri kerana takut diancam rakyat yang marah.
Lihat petikan berita di bawah:
“Aduka atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani dari Rumah Rakyat Pancor di Paroi, Negeri Sembilan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 29 Januari lalu kerana menghina kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.”
Demang rasakan bahawa PAS berdendam dengan institusi beraja!
Lihat kenyataan Nizar yang mendakwa keputusan mahkamah dipengaruhi pihak tertentu:

"Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh,"

Siapakah ‘apa-apa pengaruh’ itu? BN atau sultan?

Lihat kenyataan Nizar seterusnya:
"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara,"

Justeru aduan polis terhadap blogger yang menghina Nik Aziz seolah membalas dendam.


Sumber & foto:
blog Malaysiaheaven

siri perpecahan pembangkang: PAS tidak pandai berpolitik


Sejak PRU pertama 1952 sehinggalah PRU ke-12, PAS tidak pernah bertanding lebih daripada separuh kawasan parlimen. Anehnya setiap kali berkempen PAS berjanji akan melaksanakan hukum hudud. Adakah PAS tidak tahu bahawa untuk meminda perlembagaan memerlukan 2/3 sokongan ahli parlimen?

PAS menolak tawaran kerajaan campuran di Perak ketika mereka berpeluang menguasai UMNO. Sebaliknya bergabung dengan DAP dan PKR yang sedang kuat.

PAS menolak tawaran kerajaan perpaduan yang dicadangkan UMNO di peringkat pusat ketika UMNO sedang tersepit dan UMNO sanggup alias terpaksa menerima apa sahaja syarat PAS.

Kini, PAS bersetuju untuk berbincang dengan UMNO ketika UMNO sudah kembali kukuh dan lebih mantap berbanding PAS.

Hari ini, Nizar mencabar Zamri membubarkan DUN Perak sedangkan UMNO mempunyai 27 kerusi ++ sedangkan PAS cuma ada 6 kerusi.

PAS ingat UMNO bodoh?

Tuesday, February 9, 2010

Nizar penderhaka cari pasal


Memang Nizar sudah layak digelar penderhaka! Berikut adalah respon Nizar selepas keputusan dikeluarkan:

"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini hari ini.

Demang syorkan agar Nizar diambil tindakan tegas kerana menghina sultan dan institusi beraja.

Nizar juga cuba mengelirukan rakyat dan menghina mahkamah dengan kenyataan berikut:
"Ini merupakan satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita merasakan bahawa rakyat mahu melihat bahawa intitusi kehakiman diberi ruang sebebas-bebasnya untuk membuat keputusan.”
Kenyataan di atas menggambarkan seolah mahkamah dikongkong ketika membuat keputusan. Berikut satu lagi kenyataan Nizar:
"Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh," katanya. Nizar
Demang nak beritahu satu perkara pada Nizar: “rakyat bukan bodoh!”

Rakyat mana yang menyokong pembangkang di Perak?

Lihat sekali lagi statistik yang Demang tulis sebelum ini.

PRU-12 menyaksikan keputusan rakyat seperti berikut:

UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi
MIC tiada kerusi
PAS 6 kerusi
PKR 7 kerusi
DAP 18 kerusi

Demang nak tanya sekali lagi: Rakyat mana yang menyokong pembangkang di Perak?

Nizar nak mengajar Sultan Azlan yang pernah menjawat Ketua Hakim Negara?

Sumber: berita Mstar

Nizar Penderhaka Menang Demang Berkabung


Seluruh rakyat diminta bertenang dan menerima dengan terbuka keputusan mahkamah terhadap siapakah yang lebih layak memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.

Hari ini mahkamah akan membuat keputusannya.

UMNO pernah menghadapi situasi genting begini dan mahkamah akhirnya memutuskan UMNO bersalah dan diharamkan. Keputusan tersebut memberi impak yang amat besar kerana ia menyebabkan jawatan PM tidak layak lagi dipegang oleh Dr Mahathir. Parti yang berhak ketika itu ialah MCA.

Namun MCA bertindak rasional. MCA melihat tidak ada gunanya menangguk di air keruh. Keputusan pilihanraya, komposisi penduduk dan faktor sejarah jelas menunjukkan orang Melayu paling berhak mentadbir negara.

Malah Yang DiPertuan Agong pasti tidak akan merestui selain Melayu menjadi PM walaupun perlembagaan membenarkan.

Kronologi di Perak:

PRU-12 menyaksikan keputusan rakyat seperti berikut:

UMNO 27 kerusi
MCA 1 kerusi
MIC tiada kerusi
PAS 6 kerusi
PKR 7 kerusi
DAP 18 kerusi

Jelas bahawa majoriti rakyat memilih UMNO. Malah PAS dan DAP dalam kempen pilihanraya tersebut menyatakan bahawa mereka tidak akan bergabung.

Namun PAS dan DAP mungkir janji. PAS menerima tawaran DAP untuk bersekedudukan dengan imbuhan jawatan MB. Dalam masa yang sama PAS menolak jemputan UMNO bagi perkara yang sama.

Berpegang pada prinsip demokrasi maka Sultan Perak bersetuju melantik Nizar menjadi MB Perak tanpa restu majoriti rakyat Perak terutama orang Melayu.

Tidak lama Nizar menjadi MB lantikan DAP, pemimpin Melayu PKR cepat menyedari kepincangan dalam pentadbiran Perak. MB sekadar boneka DAP. Beberapa orang ADUN PKR bertindak keluar daripada pakatan tidak berdaftar tersebut.

Kehilangan YB-YB tersebut membawa implikasi Nizar kehilangan majoriti di DUN. Atas faktor penting itu maka Sultan Perak menasihatkan Nizar melepaskan jawatan bagi membolehkan Baginda melantik MB yang menepati kehendak demokrasi.

Nizar membantah nasihat Sultan Perak dan membawa kes itu ke mahkamah. Kali pertama, Nizar berjaya. Namun empat orang hakim yang mendengar rayuan kali kedua memutuskan Nizar tidak berhak ke atas jawatan tersebut.

Nizar tetap tidak berpuas hati dengan keputusan Sultan Perak yang dikatakan memecatnya. Nizar menggunakan saluran undang-undang sekali lagi bagi mencabar kehendak raja. Nizar berpendapat Sultan Tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi MB Perak.

Bagi Demang, Nizar adalah penderhaka. Justeru jika Nizar menang hari ini, Demang akan berkabung. Demang bukan membantah keputusan mahkamah namun Demang menerimanya dengan perasaan amat tidak puas hati.

Institusi kesultanan di Tanah Melayu sudah dicabul. Penderhakaan dilakukan oleh anak Melayu sendiri yang bersekongkol dengan segelintir warga bukan Melayu. Lebih malang lagi mereka mengeksploitasi istilah 'RAKYAT' dengan jenama PAKATAN RAKYAT sedangkan mereka tidak pernah diberi izin oleh majoriti rakyat bagi menggunakan rangkaikata tersebut.

Demang tidak mengajak orang lain berkabung. Namun Demang tetap akan berkabung!

Sudah terang lagi bersuluh; Nizar dan penyokongnya adalah penderhaka. Hal ini akan tercatat dalam sejarah sampai bila-bila!

Lihat interpretasi Cheguman tentang penderhakaan Pak Kaduk dalam Cheguman Online.


foto:
azlan gif
sultan.perak.gov.my

Monday, February 8, 2010

lewat lazim liwat tak lazim


'Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditangguh esok bagi pembelaan mohon Hakim Mohamad Zabidin tarik diri daripada dengar kes.'

Demikian berita yang Demang terima lewat SMS tengahari tadi.

Demang kata 'lewat', bukan 'liwat'.

Orang Malaysia jarang mengucap atau menulis ayat seperti itu. Ayat Demang itu lebih mirip Indonesia. Di Malaysia, perkataan 'lewat' tadi biasanya diganti dengan 'melalui'. Maka ayat yang lazim digunakan ialah:

'Itulah berita yang Demang terima melalui SMS tengahari tadi.'

Sebenarnya Demang gunakan ayat yang tidak lazim kerana terikut-ikut dengan Anwar yang sering bertindak di luar kelaziman. Ada orang gunakan istilah 'songsang' manakala ada pula yang menganggap ia sejenis kelainan.

Demang rasa istilah 'rambang' tidak sesuai digunakan di sini.

Demang nak tanya, adakah lazim seseorang tertuduh menentukan siapa yang patut dan tidak patut mengadili kesnya?

Itu lah sebabnya Demang katakan Anwar ni suka benda-benda yang tak lazim.

Sementara itu, esok satu keputusan penting akan dibuat oleh mahkamah. Demang katakan PENTING bukan sahaja kerana ia melibat sebuah kerajaan malah kerana ia juga melibatkan penderhakaan seorang pembesar terhadap sultan.

Cheguman cuba mengaitkan kes tersebut dengan kesah Pak Kaduk yang mencabar raja bersabung ayam dalam blognya Cheguman Online.


foto sekadar hiasan:
afraid jpg
open.adoptionblogs.com

siri perpecahan PR: PAS minta 'take five'


Dua hari terperuk di pantai PD, maka Waadat tidak dapat dijengah. Banyak juga berita yang terlepas. Namun dalam keterbatasan itu Demang terdengar juga khabar daripada angin yang singgah di pesisir Selat Melaka ura-ura PAS ingin berbincang dengan UMNO.

Pun begitu, bukan sebarang angin yang Demang percaya. Berita Harian adalah syarikat berdaftar dan jika salah, boleh didakwa. Tidak seperti blogger yang tidak diketahui asal usulnya.

Berita SMS-BH yang Demang terima: 'Pas sedia berbincang dengan Umno dalam perkara berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik: Hadi Awang'

Memang eloklah 'tu. Tapi Hj Hadi tidak boleh membuat keputusan sendirian. Beliau perlu memohon izin Nik Aziz terlebih dahulu. Atau sekurang-kurangnya memastikan Nik Aziz tidak akan membuat kenyataan yang bercanggah dengan presiden nanti.

Jikapun Nik Aziz telah bersetuju, Hj Hadi perlu mengambil langkah pengawasan berterusan. Mana tahu nanti Tok Guru bertukar fikiran. Maklumlah, MB 'flip-flop' itu memang selalu bertindak demikian.

Sebut tentang 'bincang' Demang fikir kalau nak berbincang tentang keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik; itu memang sudah tanggung jawab semua YB/Ahli Dewan Rakyat tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Malah rakyat jelata telah menyediakan dewan khas di bangunan parlimen untuk itu.

Sayangnya terdapat wakil rakyat yang tidak begitu bijak menggunakan dewan yang mulia tersebut. Medan untuk berbincang dijadikan pentas untuk berdebat dan mempamerkan kepetahan berpidato.tak kurang juga yang menjadikan dewan sebagai tempat mengejar populariti.

Rakyat bukan mahu memilih pemidato dan pendebat terbaik! Rakyat mahu 'Yang Berkhidmat' untuk mereka.

Demang lebih gembira jika pemimpin kedua-dua parti tersebut berbincang tentang perpaduan Melayu bagi mempertahankan hak yang semakin banyak terlepas. Hak Melayu-Bumiputra yang mewakili 66.6% rakyat Malaysia nampaknya semakin menyusut.

Demang tidak mempertikaikan kepentingan kaum lain sebaliknya hanya mengingatkan bahawa orang Melayu dan bumiputra juga ada hak yang belum terlaksana.

Semua itu terhakis kerana orang Melayu enggan bersatu sebaliknya mengamalkan politik sempit dan dangkal.

Justeru tak perlulah nak diuwar-uwarkan hal nak berbincang itu. Nampak seolah PAS sedang 'take-five' bagi meredakan ketegangan yang begitu hebat dalam parti-parti komponen pembangkang.



foto:
take five jpg
chrisdellavedova.com

Friday, February 5, 2010

PANAS: Keterangan tertutup Saiful


Kepada yang kempunan untuk mengikuti perbicaraan Anwar-Saiful setelah mahkamah membenarkan permohonan barisan peguambela agar keterangan dibuat secara tertutup bolehlah mengikutinya di blog sahabat Demang, GAP.

Sementara itu pagi tadi Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau ditawarkan pembiayaan menyambung pelajaran bagi memujuk beliau agar terus berkhidmat dengan Anwar.

Perbicaraan bersambung Isnin.

pesuruhjaya Ghana puji Nik Aziz


Demang tumpang bangga apabila pemimpin sebangsa dan seagama dipuji pegawai asing meskipun cuma pegawai daripada negara kecil.

Alangkan Demang pun gembira apalagi lah orang PAS sehingga Harakah Daily membuat liputan yang agak panjang mengenainya. Penghormatan tersebut perlu dirakam dengan kemas dan diberitahu kepada seluruh rakyat betapa YAB Nik Aziz telah diiktiraf oleh seorang Pesuruhjaya daripada Ghana.

Teringat pula Demang perihal Tun Dr Mahathir tatkala menjadi PM dulu. Beliau menemui pemimpin-pemimpin negara miskin dan mundur dan berusaha menyatukan mereka. Salah satu usaha beliau ialah penubuhan negara Selatan-Selatan.

Tun Mahathir melihat betapa negara-negara tersebut lemah kerana tidak bersatu dan ditindas negara-negara utara dan Eropah. Justeru usaha Tun ialah cuba menyatukan mereka dan membentuk satu zon pengeluaran sekaligus medan pasaran sesama sendiri. Justeru negara-negara tersebut dapat mengurangkan pergantungan terhadap kuasa besar. Persaingan yang lebih sihat dapat disediakan.

Kesannya, sehingga sekarang Malaysia mendapat penghormatan yang tinggi daripada negara-negara tersebut atas jasa Tun.

Tunku Abdul Rahman juga apa kurangnya. Meskipun tika itu negara baru merdeka, beliau berjaya mengusahakan sehingga tertubuhnya OIC. Walaupun badan tersebut sering diperlekehkan, namun sekurang-kurangnya ia sudah ditubuhkan. Soal memperkasakannya, terpulanglah pada negara-negara Islam.

Demang melihat Najib mampu menyambung usaha Malaysia itu jika disokong sepenuhnya.


Foto:
ghana children jpg
by wykop.pl

Thursday, February 4, 2010

Siri perpecahan PR: Anwar makin parah


Sedang Anwar bergelut menegakkan benang basahnya dalam kes liwat kali yang ke... (maaf, Demang dah lupa), perpecahan pembangkang makin melebar dan menunjukkan tanda-tanda akhir akan merudum.

Meskipun para pemimpin pembangkang mendakwa pakatan antara parti-parti masih kejap namun perpecahan dalaman yang terus berlaku lambat laun akan merobohkan kesemua mereka.

Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, hari ini mendakwa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing. (istilah beliau, bukan istilah Demang). sumber: Utusan.

Tee Beng yang pernah menjawat Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

Di Selangor, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, PAS kecewa dan merungut kerana ada pihak yang telah menyerang kredibiliti beliau sebagai pemimpin di dalam PAS. sumber: blog Tuan Ibrahim sendiri.

Beliau dikatakan telah 'dihentam' dengan teruk oleh sesetengah pihak tentang tindakan beliau ke atas Khalid Samad dan Hassan Ali di Selangor.

Tak payah lah Demang komen banyak-banyak.

Rakyat dah nampak... JELAS!

Keajaiban: Anwar tak meliwat


Pagi tadi Demang menulis betapa PAS yang selama ini dianggap juara demonstrasi sehingga PKR pun perlu berguru dengan mereka mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan. Rakyat perlu menggunakan saluran tertentu jika tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Kenapa kenyatan tersebut dikeluarkan? Tak lain tak bukan kerana demonstrasi tersebut dibuat bagi memprotes kerajaaan DAP di Pulau Pinang. Kalau untuk membantah kerajaan BN, dibenarkan. Sunat, dan adakalanya jadi wajib.

Demang anggap itu perkara aneh kalaupun tidak sampai peringkat ajaib.

Pagi ini juga berlaku satu lagi perkara aneh atau ajaib. Anwar yang dianggap juara ketelusan dan pakar pemidato terbaik dunia meminta agar perbicaraan dilakukan secara tertutup.

Terlalu lucah ke? Apa yang berlaku sebenarnya? Hebat benarkah Saiful mengarang dan mengada-adakan cerita? Kenapa Anwar menangguhkan perbicaraan terlalu lama sehingga Saiful dapat berlatih lebih lama menghafal skrip?

Nampaknya Anwar bukanlah pakar strategi sebagaaimana yang digembar gemburkan.

Demang baca dalam akhbar tentang air mani. Terdengar ke telinga Demang seorang ustaz JQAF berkata: kenapa tak tembus tapi air mani ada?“

Alahai ustaz. Tak semestinya perlu tembus dulu untuk memancutkan air mani. Apatah lagi jika usia sudah lanjut. Kat luar pun boleh pancut.

Habis, kalau pancut kat luar tu dikira ‘bersih’ ke Anwar?

Demang tak nak lah berPM kan seseorang yang pernah terpancut kat punggung lelaki!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)