Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    7 hours ago

Monday, May 31, 2010

Allahu Akbar, berjihadlah ummat Islam

Yahudi berani berbuat apa sahaja kerana ummat Islam tidak bersatu. Maka bersatulah sekalian ummat Islam. Kita mulakan di Malaysia.

Demang cabar semua ahli politik lupakan sebentar pertelingkahan politik dan beri tumpuan dalam isu ini.

Allahu akbar!

Suakarelawan Islam dikeronyok kerana ulama


Kelmarin Demang menerima SMS berikut daripada seorang sahabat:

Salam.pls 4ward sms ini asap kpd sramai kwn yg ada..!-Dari ketua misi LL4G-Malaysia, Tuan Hj Noorazman: Kami sedang berada di pengairan Gaza, dalam jam 4.30ptg(waktu Mesia) kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapalkonvoi. Dijangkakan komando Israel akanturun kekapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.Mohon doa n slt hajat dr semuamuslim.Takbir!
Tn/pn Mesej ini dfwrdkn oleh ambasodr nazirah

Pagi ini Demang terima berita terkini:
BH 31/05: Dua terbunuh manakala 30 lagi cedera apabila kapal perang Israel pintas konvoi enam kapal bantuan ke Gaza: CNN Turk

Sebentar tadi kita semua boleh lihat di kaca TV sukarelawan disergap KOMANDO ISRAEL!

Demikianlah apabila ummat Islam tidak mahu bersatu sebaliknya sibuk mempertikaikan 'orang tu tak Islam, orang ni tak berapa Islam, dan aku lebih Islam daripada korang!'.

Para ulama sudah menjadi wakil Tuhan bagi menentukan siapa yang layak masuk syurga dan siapa yang patut dihumban ke neraka.

Dendam bukan lagi amalan si dungu di ceruk kampung bahkan pemimpin yang digelar ulama sanggup memutuskan silaturrahim hanya kerana DENDAM lama!

Ayat Al-Quran diperguna bagi menolak perpaduan sesama Islam.

Itukah yang dipanggil ulama? Begitukah perjuangan Islam?

Sedangkan musuh sudah ada di dalam rumah kita.


foto:
anti israel protest
www.SyahrinAz... flickr.com

Sunday, May 30, 2010

Kerajaan diktator Anwar


Mudah sahaja memahami kenyataan Anwar untuk memberikan jawatan TPM kepada DAP. Masa depannya yang amat suram jika didapati bersalah dalam isu liwat terbaru memaksa Anwar melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri.

Hanya ada satu cara paling diyakini: gunakan apa sahaja cara agar UMNO-BN tumbang dan kerajaan baru yang dia ketuai mengambil alih. Dengan kuasa di tangan, perkara pertama yang Anwar akan lakukan ialah melupuskan semua tuduhan jenayah dirinya.

Kemudian? Anwar tidak peduli apa yang akan terjadi kemudian. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, diri sendiri mesti dilepaskan dulu.

Jawatan TPM untuk DAP itu tidak mengandungi erti apa-apa selain jawatan rasmi. Tidak begitu pun, DAP memang menguasai kerusi pembangkang. DAP peduli apa siapa yang jadi PM? Yang penting, dalam kamus demokrasi, dominasi dalam parlimen akan menentukan keputusan!

Dalam PKR sekarang, pemimpin bukan Melayu sudah lebih ramai berbanding Melayu. DAP memang 100% bukan Melayu kecuali 2-3 kerat patung Melayu sekadar untuk perhiasan. Bertandinglah Melayu-DAP, kamu takkan menang!

PAS? Kemukakanlah sebesar mana sekalipun isu, orang Melayu tidak akan memberikan undi majoriti kepada parti yang tidak diyakini itu. Orang Melayu cuma mahukan PAS sebagai ’penegur’ kepada UMNO agar tidak terbabas. Paling banyak PAS boleh dapat ialah 23+1 kerusi berbanding jumlah 222 kerusi parlimen!

Amerika? Jarang Demang menyebut nama negara itu dalam Waadat. Baik Amerika, Israel atau mana-mana musuh sekalipun, pertentangan, perbalahan, dan suasana kecoh dalam negara sasaran, adalah bonus tak ternilai bagi mereka.

Berbalik pada tajuk Anwar diktator; tunggulah, Anwar akan melakukan apa sahaja demi menjadi PM dan melepaskan diri daripada semua tuduhan jenayah.

Malaysia akan menyaksikan para hakim diberi arahan oleh PM Anwar.

Saturday, May 29, 2010

DEB zalim?


Demang masih ingin melanjutkan diskusi dengan beberapa pengunjung terutamanya Melayu 2020 yang sudi memberi respon bagi mencari kebenaran.

Bagi melangsungkan perbincangan tersebut, Demang sarankan para pengunjung memahami hasrat sebenar DEB dan bertanya dengan jujur adakah DEB itu alat bagi menzalimi kaum lain atau sekadar memelihara hak orang Melayu yang telah dirampas penjajah dan diberikan kepada orang asing.

Sementara itu, mari kita lihat perkara lain pula yang masih bertitik tolak pada pembinaan negara.

Baca seterusnya.

Friday, May 28, 2010

PAS atau UMNO yang zalim



Nampaknya perbincangan antara Demang dengan Melayu 2020 menjadi semakin menarik. Apatah lagi apabila Melayu 2020 mengemukakan hadis berkenaan assobiyah bagi menyokong hujah beliau tentang kezaliman UMNO.

Perhatikan hadis tersebut yang diutarakan saudara Melayu 2020 bagi menyokong hujah beliau:
"Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman"
Riwayat Imam Muslim, abu Daud dan An Nasa'i.

Demang bersetuju dengan hadis tersebut.

Dalam hadis tersebut jelas dinyatakan bahawa assobiyah ialah apabila "Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman" (lihat sekali lagi: 'di atas dasar kezaliman')

Antara perkara besar dan akhirnya dijadikan isu besar di negara kita ialah pelaksanaan DEB. Itulah antara bara yang membahang dalam diam sekian lama menunggu angin bertiup bagi menyalakan apinya. Api itulah yang akan membakar negara kita dan semua isi di dalamnya jika tidak dikawal dari awal.

DEB dikatakan bukti ketidakadilan UMNO yang bertindak zalim terhadap kaum bukan Melayu. DEB juga dikatakan dibolot segolongan pihak sahaja dalam kalangan Melayu & bumiputra. (Melayu 2020 mengemukakan kedua-dua hujah ini bagi mensabitkan kesalahan terhadap UMNO).

Demang sedar ramai kalangan penyokong PAS yang mahir ilmu Hadis dan Al-Quran. Malangnya Demang dapati ramai yang mahir tentang hadis di atas tetapi kurang faham tentang DEB. Lantas penggunaan hadis tersebut jadi menyimpang daripada tempatnya. Dengan kata lain mereka meletakkan hadis itu tidak di tempat sewajarnya.

Hujah ringkas Demang ialah:
Pertama, Melayu dan Bumiputra mewakili lebih kurang 70% daripada penduduk Malaysia ketika DEB dilancarkan (sekarang 66.6%). Namun kelompok tersebut cuma meminta 30% sahaja daripada kek ekonomi negara. Zalimkah?

Ya, memang zalim kerana sepatutnya Melayu-bumiputra diberi 70%. Orang Melayu zalim kerana memberikan hak mereka kepada kaum lain?

Kedua, Walapun sasaran DEB untuk Melayu-bumiputra adalah 30%, namun setelah 20 tahun dilaksanakan cuma 19% dapat dicapai oleh mereka. Kemana lagi 11%? Kenapa tidak diambil? Siapa yang mengambilnya? Masih nak menuduh Melayu (UMNO) zalim?

Belum faham lagi?

Jika kesemua 30% itu sudah dicapai dan masih ramai yang miskin maka wajarlah dituduh hanya segolongan kroni yang memonopolinya. TETAPI, dalam hal ini masih ada 11% belum terusik. Nak salahkan siapa?

Hello, 11% itu siapa yang ambil? Itu... puak yang digelar ultra kiasyu yang sedang mengerekot macam ’kucing parsi demam’ dalam MCA tu. Mereka lah yang mengambilnya dan sekarang mendiamkan diri membiarkan DAP menuduh UMNO rasis!


Seingat Demang akan ajaran tok guru dulu, 'zalim' ertinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Contohnya, meletakkan selipar di atas kepala.

Maka Demang bertanya semula, siapa sebenarnya yang zalim?

Lihat kedudukan orang Melayu yang dikatakan hanya membolot harta negara untuk bangsa sendiri dan menafikan hak kaum lain.



foto:
13mei 23 jpg
jebatmustdie.wordpress.com

UMNO zalim?

UMNO meletakkan melayu sebagai dasar perjuangan. Secara automatik ianya sudah terkeluar dari mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sabda nabi s.a.w " Bukan dari kalangan Aku orang yang menyeru di atas dasar Assabiyyah, bukan dari kalangan Aku orang yang berjuang di atas dasar Assabiyyah dan bukan dari kalangan Aku orang yang mati di atas dasar Assabiyyah"

maka para sahabat baginda bertanya:

" Apakah ia Assabiyyah itu wahai Rasulullah?"

Jawab baginda;

" Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman"
Riwayat Imam Muslim, abu Daud dan An Nasa'i.

Demikian komen yang ditinggalkan seorang pengunjung yang menggelar dirinya sebagai Melayu 2020. Lihat komen beliau di sini.

Tetiba pagi ini Demang terbaca blog Paneh yang menyiarkan statistik orang terkaya di Malaysia setakat hari ini.

Soalan Demang, masih zalimkah UMNO?

Thursday, May 27, 2010

Thaksin buruan Interpol


Berita sebentar tadi, Thailand minta Interpol berkas Thaksin Shinawatra selepas bekas PM itu terbabit dengan aktiviti pengganas serta mulakan proses ekstradisi.

Demang nak tanya, apakah hukuman yang paling sesuai untuk Thaksin?

Sumber:
BH 27/05


Foto:
figurehead for ousted premier thaksin
Agron flickr.com

biasiswa pelajar Islam


Hari ini DS Najib menyerahkan 5.1 juta untuk pembiayaan pelajar agama.

Sebenarnya itu cuma satu contoh. Pembiayaan kerajaan terhadap pendidikan agama memang tak terhitung sejak kita merdeka. Salah satunya ialah JQAF yang dilaksanakan oleh Pak Lah.

Malangnya masih ada guru JQAF yang merasa dirinya hebat dan tak perlu menyokong kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Namun apabila diberitakan perkara begini, para pembangkang akan kata: "Itu memang tanggung jawab kerajaan."

Betul. Demang amat bersetuju dengan kata-kata itu. Ertinya, kerajaan sekarang memang bertanggungjawab dan mampu menunaikan tanggungjawab.

Maka apa perlunya ditukar?

Yang perlu ditukar ialah minda kita iaitu berfikir dan bersyukur.

Wednesday, May 26, 2010

Jelatang, Samy & MIC


Demang percaya kalau dikeloi 'JELATANG' kepada Samy dan anaknya, mereka tidak akan marah, sehinggalah mereka memahami maksud jelatang.

Dipendekkan cerita, jelatang bermaksud duri dalam daging.

Dengan kata lain, Samy Vellu adalah jelatang kepada MIC dan selagi Samy berada dalam MIC maka MIC dianggap jelatang kepada BN.

Jadi, tak perlulah Samy & Co berteriak dan menggertak untuk keluar daripada BN.

Demang percaya, sebuah lagi parti India dalam BN akan menjadi pengganti yang jauh lebih hebat sebaik sahaja jelatang itu dicabut keluar!

Ingat, Demang kata 'jelatang', bukan 'menatang'.


foto:
samy vellu insp...1 jpg
377 x 480 | 89k omong.wordpress.com

Tuesday, May 25, 2010

Anak Samy Vellu tuduh UMNO dalang

Demang langsung tidak peduli dengan penubuhan GAs atau Gerakan Anti Samy. Cuma Demang agak tertarik dengan namanya yang hampir sama dengan blog sahabat Demang, Gerakan Anti PKR/PAS.

Namun pagi ini Demang tersentak apabila membaca kenyataan anak Samy Vellu yang menuduh UMNO menjadi Dalang bagi menyingkir bapanya daripada MIC.

Nampaknya Samy Junior sudah hilang punca. Dalam keadaan begini, jarinya akan menuding ke mana-mana sahaj sasaran bagi menutup kelemahan diri. Lebih dari itu, tindakan menyalahkan UMNO diharap dapat mengalih perhatian kaumnya daripada masalah sebenar yang MIC hadapi.

Demang teringat kunjungan beberapa sahabat ke sebuah estet di Bagan Pinang ketika berkempen untuk TS Isa; seorang penduduk di situ berbangsa India menemui sahabat Demang dan berkata:

"Sapa pun yang mari untuk kempen BN di sini, mari la. Tapi kalu itu Samy mari, saya baling kepala dia dengan selipar!"

Jadi, Samy Junior tak perlulah nak perbodohkan kaum sendiri dengan membawa cerita UMNO.

Sumber:
BH 25/05: Muhyiddin nafi tuduhan anak Samy Vellu bahawa Umno dalang konflik dalaman MIC dan anggap tuduhan itu liar serta tidak bertanggungjawab.

PAS akan tinggal 4 kerusi PRU13

Sambil bersarapan, Demang berbual dengan seorang teman. Nampaknya beliau tidak bersetuju lesen judi bola sepak yang diluluskan kerajaan kepada sebuah syarikat.

Demang mengingatkan beliau bahawa kerajaan bukan hendak memperkenalkan judi baru tetapi membenarkan lesen lama diperbaharui.

Demang tahu bahawa pengeluaran lesen sebelum ini juga dibuat oleh kerajaan BN, namun ia bukan bertujuan menggalakkan perjudian sebaliknya satu usaha mengawal aktiviti judi yang menjadi kebiasaan (budaya) masyarakat cina di Malaysia agar tidak berleluasa.

Selain itu ada beberapa perkara lagi yang beliau tidak berpuas hati. Masing-masing kami mengeluarkan hujah bagi menyokong pendapat dan pandangan.

Tiba-tiba seorang lelaki menyampuk, menyokong teman itu. Rupa-rupanya dia mengikuti perbualan kami. Teman saya menjadi semakin bersemangat dan gembira mendapat penyokong. 2 lawan 1.

Lelaki itu menambah bahawa perlu diberi peluang pada kerajaan alternatif bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Teman saya memandang lelaki itu dengan hairan. Bantahan terhadap beberapa isu, takkanlah sampai nak tukar kerajaan?

Lelaki itu terdiam. Nampaknya dia belajar sesuatu pagi ini. Menyokong kerajaan bukan ertinya perlu bersetuju dalam semua perkara. Membantah pula bukan bererti menolak semuanya.

Majoriti rakyat Malaysia faham tentang itu manakala PAS tidak menyedarinya. Itu sebabnya mereka hairan apabila kalah di Hulu Selangor. Sedangkan BN bersikap rasional dan matang apabila tewas di Sibu.

Itulah jawapan pada soalan kenapa PAS cuma mendapat 23+1 kerusi pada PRU12 sedangkan BN dalam keadaan tidak bermaya tika itu.

Kalau UMNO mantap, PAS cuma dapat 8 kerusi (1995) dan 6 kerusi (2004).

PRU13, PAS mungkin tinggal 4 kerusi. Percayalah.

Monday, May 24, 2010

PAS kena minta maaf

Harakah hari ini menyiarkan cadangan untuk melantik ahli bukan Islam dalam DUN di negeri-negeri yang dikuasainya.

Tahniah PAS. Akhirnya PAS sedar tentang realiti negara ini yang berbilang kaum, bangsa, dan agama. Eloklah PAS memohon maaf kepada orang bukan Islam kerana pernah mengharamkan (kalupun bukan mengkafirkan) UMNO yang telah melakukan pendekatan tersebut sejak sejak pilihanraya pertama 1952.

Perlu diingat, walaupun di awal kemerdekaan, walaupun tiada satupun kawasan majoriti pengundi Cina atau India, namun wakil kedua-dua kaum tersebut tetap diberi tempat.

Malah, calon pilihanraya daripada bukan Melayu diletakkan di kawasan 'kuat UMNO' bagi memastikan kaum Cina dan India mempunyai wakil rakyatdalam kerajaan BN yang diterajui UMNO.

Sampai hari ini tradisi tersebut dipatuhi. Lihat sahaja di Hulu Selangor baru-baru ini.

PAS juga wajib mohon maaf kepada orang Melayu kerana pernah mengugut mereka agar tidak menyokong UMNO kerana bergabung dengan MCA dan MIC.

Sunday, May 23, 2010

PAS Kelantan teruskan lesen arak

Dah lama Demang tak baca akhbar bercetak. Akhbar dalam talian pun kekadang terlepas. Kesibukan sedia ada semakin bertambah sejak kelahiran putera Demang baru-baru ini. Maka jadual harian pun terpaksa dipinda.

Sementara TYDP BPN menimang putera ketiga, YDP BPN pula menyambut kelahiran puteri ketiga minggu lepas. Tahniah Panglima. Nanti boleh berbesan.

Pagi ini ketika bersarapan seorang diri, terlihat seorang pemuda cina menjual akhbar lalu Demang pun membeli Mingguan Malaysia. Selain berita besar kemalangan kapal terbang di India, terdapat kenyataan TPM, TS Muhyidin bahawa kerajaan masih menimbang samada menyambung semula lesen perjudian bolasepak.

La... Rupa-rupanya lesen tersebut bukanlah baru nak diperkenalkan sebaliknya yang hendak diputuskan ialah samada perlu disambung atau ditamatkan.

Lantas Demang teringat pelbagai lesen judi di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Tak ada pula Demang dengar ia hendak ditamatkan. Dulu, pernah kerajaan Kelantan ditanya tentang lesen arak dan judi di negeri yang dipimpin ulama PAS itu. Namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dibasmi.

Sambil menghulurkan tangan mengambil MM, Demang terpandang Harakah di atas meja penjual itu. Tajuk besarnya, PAS anjur bantahan lesen judi.

Mungkin Harakah sindir Nik Aziz kot?

Nota:
Antara rencana terbaik MM hari ini ialah tulisan Dr Ridhuan Tee. Eloklah pandangan beliau diambil kira oleh kerajaan.



foto hiasan:
carlsberg
democraticbelarus.eu

Saturday, May 22, 2010

PAS kacau bilau


PAS tidak pernah diterima oleh majoriti orang Islam di Malaysia. Penyokong PAS kebanyakannya adalah orang yang kecewa. Meskipun pelbagai masalah melanda UMNO dan BN; walaupun PKR diragui dan dicurigai; walaupun DAP diketahui sebagai parti chauvinis; namun PAS tetap menjadi parti tercorot dalam kalangan pembangkang.

Dalam keadaan prestasi parti lawan (UMNO) dianggap paling buruk dalam sejarah, PAS cuma mampu memperolehi 23 kerusi sahaja (PRU 12).

Kenapa PAS ditolak sejak dulu hingga kini? Lihat sini

PAS pula luluskan judi


Demang lihat, baik blogger pembangkang mahupun prokerajaan rata-rata menyanggah keputusan kerajaan memberi lesen kepada sebuah syarikat bagi menguruskan aktiviti pertaruhan.

Istilah biasa bagi pertaruhan ialah judi.

Namun Demang terfikir, kenapa lesen arak tidak dibantah? Adakah kerana di Kelantan ia diberi lesen oleh kerajaan negeri itu?

Nampaknya sifir lama berulang lagi. Jika UMNO buat, haram. Jika PAS buat, dianggap muslihat dan dimurnikan dengan pelbagai alasan.

Ya. Yang haram tetap haram. Judi haram pada orang yang sudah Islam. Yang belum Islam, tidak mengapa. Kalau PAS boleh kata istilah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dan soal akidah orang Melayu tidak ada kenea mengena dengan perkara itu, kenapa dalam isu lesen judi PAS berlagak prihatin sangat kononnya untuk menjaga orang Islam?

Jelas, PAS hanya parti politik seperti juga UMNO. Lebih buruk lagi, PAS sanggup gunakan apa sahaja untuk mencapai hasratnya memerintah negara, termasuk agama.

Dalam isu lesen judi ini, Demang percaya jika UMNO membantah, PAS lah yang akan mengusulkan supaya judi diberi lesen agar orang bukan Islam yang ingin berjudi dapat dikawal dan dipantau.

Pendirian Demang, judi tetap haram tetapi tak perlulah dipolitikkan.


foto
day life is just gamble
marcandrelari... flickr.com

Friday, May 21, 2010

Cheguman Online



Dua artikal Demang sebelum ini membawa satu persoalan yang agak berat, terkeluar daripada pandangan umum, agak janggal dan mungkin juga mengelirukan.

Lebih memeranjatkan lagi (bahkan sempat mengecewakan Demang), jumlah pengunjung Waadat menyusut dengan ketara.

Sebelum sempat Demang pergi jauh membicarakan dilemma Melayu tersebut, Demang terlebih dahulu dilanda dilemma dalam diri samada meneruskan perbincangan atau kembali pada persoalan politik yang lebih ringan.

Akhirnya Demang mengambil keputusan meneruskan perbincangan tetapi di medan lain; yang sebenarnya sudah lama dibuka. Cuma jarang digunakan.

Justeru Demang menjemput sesiapa yang berminat untuk meneruskan diskusi tersebut di http://chegumanonline.blogspot.com

Dilema Melayu: bangsa bukan keutamaan


Artikal mutakhir Demang berkenaan dimensi baru perjuangan Melayu mendapat sambutan luar jangkaan. Manakan tidak, setelah tiga kali dalam tiga hari berturut-turut disiarkan, cuma menggamit tidak sampai 300 pengunjung!

Memang luar biasa sebab biasanya tidak kurang 300 pengunjung ke blog Waadat setiap hari.

Sumpah, Demang tidak dapat mengesan puncanya. Adakah kerana kebetulan atau memang tajuknya yang gagal memikat pembaca? Penerimaan terhadap kandungan juga sudah tentu Demang tidak tahu sebab jika tidak ramai yang membuka, bagaimana hendak membaca?

Baca seterusnya...

Thursday, May 20, 2010

mencari definisi dan dimensi baru perjuangan Melayu



Mencari definisi baru perjuangan
Memberi demensi baru perjuangan

Kes 1
Pemuda berkulit sawo matang itu susup-sasap meloloskan diri merentas denai dalam belukar kecil. Tubuh tidak berbaju dan cuma berseluar pendek tanpa capal itu meredah semak samun menuju gigi air bah sebelum terjun ke dalam air keruh berbusa.

Di belakangnya, sorak-sorai berbelas anak muda menghambat anak dagang itu penuh ancaman.

Usaha pemuda Lombok itu membawanya ke kawasan perumahan di seberang paya yang agak terasing. Namun pelarian itu belum berakhir. Sebaik mendarat, sekumpulan pemuda sudah menunggu di situ.

Baca seterusnya...

Foto:
Dimension jpg
uhaweb.hartford.edu

Monday, May 17, 2010

Berita terbalik




"Bangkok 18 Mei, Kerajaan Thailand hari ini memberi amaran agar rakyatnya tidak mengunjungi Kuala Lumpur kerana keadaan di bandaraya tersebut semakin kalut berikutan pertempuran antara penyokong berbaju hijau dengan anggota keselamatan."

Itu berita rekaan Demang. Berita sebenar ialah kerajaan Malaysia memberi amaran agar rakyat negara ini tidak mengunjungi Thailand berikutan kemelut yang semakin buruk di negara gajah putih itu.

Namun sudah tentu situasi tersebut tidak mustahil berlaku di Malaysia jika kita tidak membendungnya dari awal. Demonstrasi jalanan sekitar 1999 yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim serta para penyokongnya, sebenarnya tidak jauh beza dengan kejadian di Thailand sekarang.

Cuma, kerajaan Malaysia tidak lah sampai menggunakan peluru hidup bagi mengundurkan penentang.

Itu sebabnya pembangkang di Malaysia ‘naik lemak’ dan semakin tidak sedar diri serta tidak sedar dek untung!

Sunday, May 16, 2010

Setelah ekonomi, politik pula


DAP menang di Sibu.
Nampaknya DAP sudah berjaya mempengaruhi kaum Cina untuk memecahkan dominasi Melayu dalam politik Malaysia.

DAP berjaya memeberitahu pengundi Cina bahawa penguasaan ekonomi di Tanah Melayu belum memadai. Kini orang Cina perlu naik setakuk lagi iaitu menguasai politik negara.

Kerja DAP menjadi mudah dengan sokongan PAS. Pembuka jalan ke arah itu ialah Anwar Ibrahim.

Saturday, May 15, 2010

memuji musuh negara


Lama tak membaca tulisan Subky Latif. Pagi tadi Demang terlihat tulisannya yang dipaut pada web politik Harakahdaily.

Bagi yang tidak mengenali beliau, Subky adalah bekas wartawan yang akhirnya aktif dalam PAS.

Sebagaimana 'bekas-bekas' yang lain Subky juga tidak ketinggalan mencemuh dan memburukkan organisasi yang pernah menaunginya dan menyatakan betapa menyesalnya kehidupan lalu.

Itu hak Subky dan yang sealiran dengannya.

Cuma Demang tidak menyangka orang seperti Subky sanggup menggunakan ruang dan kelebihan yang ada padanya bagi mempromosi secara halus terhadap pemimpin asing yang secara tersurat dan tersirat, terancang dan kebetulan menjadi musuh agama, negara, dan bangsa sendiri.

Memanglah tidak salah menyanjungi pemimpin asing TETAPI bukan Lee Kuan Yew iaitu sesorang yang sering 'mengganggu' (sabotaj) negara kita. Lee Kuan Yew, secara terang mahupun bersembunyi sudah diklasifikasi sebagai musuh kita. Oleh kerana LKY tidak layak dikategori sebaga musuh dalam selimut maka Demang katakan LKY adalah musuh di tepi kelambu yang kadang kala lebih bahaya lagi.

Musuh dalam selimut mungkin mati bersama kita seperti halnya pengebom berani mati sebaliknya musuh di tepi kelambu akan membakar kita dan lari begitu sahaja menyelamatkan diri.

Untungnya Subky kerana pandai bermain kata-kata dan mengaitkan dengan peristiwa serta fakta tertentu bagi menyokong pendapat peribadinya. Memang lah penulis begitu. Namun pembaca bijak menilai.

Selamat Hari Gurukepada semua guru Demang dan rakan seperjuangan.

Friday, May 14, 2010

Ezam jadi saksi kes liwat?




Sudah beberapa kali Demang melihat (Senator) Ezam ingin memnyingkap tabir rahsia Anwar, yakni aktiviti seks bekas bosnya itu. Namun Ezam memang kejap menyimpan rahsia. Paling-paling banyak pun beliau akan berkata: "Orang lain boleh la dia kelentong...".

Akhirnya hari ini Ezam terpaksa bercerita sedikit apabila diminta pihak mahkamah. Lihat di sini.

BERITA TERKINI BERITA TERKINI BERITA TERKINI

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bertindak keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas (sumber BH/Bernama)

Pakatan menunggu REBAH.

Thursday, May 13, 2010

Najib yang dipilih akhirnya


"Macamana kalau Tokwan tak ada?" Demang mengajukan soalan.

Memang Demang risau. Walaupun tidak semua perkara diadu pada Tokwan namun jika terdapat kekusutan yang tak mampu lagi diurai maka Tokwanlah yang akan dirujuk: masalah penyakit, masalah rumahtangga, masalah jiran tetangga, masalah politik, masalah agama dan sebagainya. Maksud Demang, dalam kalangan keluarga kami.

Tika itu Tokwan sudah agak tua. Umurnya sudah melebihi 80 tahun. Beliau lebih tua daripada Tun Dr Mahathir. Ketiika muda dulu mereka sama-sama berjuang dalam UMNO. Sering juga Tun datang ke rumah menjemput Tokwan terutama menjelang pilihanraya.

Tokwan, asalnya hanya seorang ustaz sekolah rendah. Walaupun pernah ditawarkan ke Mesir, namun beliau tidak mampu ke sana kerana kemiskinan keluarga.

Setelah bersara, Tokwan segera 'dilamar' oleh Mudir/Pengasas Maahad Islamiah Derang Kedah sebagai tenaga pengajar dan pengurus pusat rawatan di situ. Beliau membimbing pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara (Timur Tengah) kerana kemahiran beliau berbahasa Arab.

Satu lagi keistimewaan Tokwan ialah penglibatan dalam bidang sukan, terutama bola sepak. Pada usia 80an itupun beliau masih membantu dua pasukan bola sepak selaku pengurus. Sebenarnya ramai pemain Kedah yang pernah menjadi anak didiknya sehingga ada yang menggelarnya 'Ustaz bola'.

Sambil itu Tokwan mengusahakan perubatan tradisional, termasuklah minyak herba morhabshi. Beliau sering dijemput merawat pesakit-pesakit di sekitar Jitra. Kelebihan beliau ialah mampu mengubati pesakit mental.

Tokwan juga mempunyai diploma dalam perubatan homeopathy. Seorang sahabatnya yang berjaya dalam bidang tersebut ialah Dr (H) Azizan, pengasas Era Edar SDN BHD. Seingat Demang, Tokwan turut membantu Dr Azizan merawat pesakit di klinik mereka di Jitra. Beberapa hari dalam seminggu beliau bertugas di situ, sebelum berpindah ke Derang.

Selain bahasa Melayu, Tokwan fasih berbahasa Arab, Siam, dan memahami bahasa Inggeris dengan baik. Buku dan kitabnya penuh dalam beberapa buah almari dan rak khas di rumahnya. Setiap kali ke rumahnya, Demang akan mengambil beberapa buah untuk dibawa pulang namun tidak pernah dipulangkan.

Dalam kesibukan, beliau masih sempat menyiapkan dua buah buku perubatan; sebuah berkenaan perubatan tradisional Melayu dan sebuah lagi berkenaan perubatan homeopathy.

Demang pernah mendengar seorang rakan beliau bertanya: "Kalau Ustaz tak ada, siapa nak warisi semua ni?"

Tokwan tersenyum sambil menunjukkan pada Demang: "Ni, cucu ada." kata beliau.

Itu sebabnya Demang dimasukkan ke 'sekolah Arab'. Namun harapan untuk melihat Demang menjadi ustaz tidak kesampaian kerana Demang lebih cenderung pada muzik; sama seperti anak bongsu Tokwan yang akhirnya menjadi penyanyi rock (Radzi yang terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila).

Radzi kini dikenali sebagai Ustaz Radzi dan terkenal sebagai penceramah bebas. Ketika Mazlan Pet Pet (Senario) berkahwin, pada malamnya diadakan ceramah agama dan Ustaz Radzi menjadi penceramahnya.

Kini, Ustaz Radzi masih menyanyi. Album terbaru beliau berjudul 'Radzi Penyesalan' diedarkan pada tahun lalu berbentuk nasyid kontemporari. Sementara itu beliau aktif dalam usaha dakwah bersama jemaah tabligh dan sesekali dijemput dalam program TV, termasuk oleh Ustaz Akil.

Berbalik pada persoalan Demang di awal tadi. Menjawab soalan tersebut, Tokwan tersenyum namun dengan tegas berkata:

"Jika aku tiada, Allah SWT tetap ada. Dia akan beri (gantikan) orang lain pula."

Demang bawakan cerita ini kerana amat kerap Demang mendengar betapa Tun Dr Mahathir begitu dikagumi sehingga ramai yang merasakan selepas beliau tiada, prestasi Malaysia akan menurun.

Andaian tersebut kelihatan hampir menjadi kenyataan apakala Tun Abdullah mengambil alih jawatan PM.

Namun, melihat pada kesungguhan dan sokongan yang diterima DS Najib sekarang, Demang yakin dan percaya bahawa Allah Taala sudah menggantikan Tun Dr Mahathir dengan seseorang yang amat diperlukan rakyat Malaysia.

Tugas kita ialah membantu dan menyokong beliau.

Wednesday, May 12, 2010

orang berbudi kita berbahasa

Program bersama Tun Dr Mahathir bertemakan 'Melayu Bangkit' di Gong Badak, Kuala Terengganu, esok ditangguh atas nasihat Perdana Menteri.

Itu berita pertama yang Demang terima. Seterusnya Demang dapat satu lagi berita:

PM sebentar tadi umum dan sampaikan cek peruntukan RM18 juta kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh di Sibu.

Demang percaya, akan ramai orang Melayu yang akan membantah tindakan Najib. Demang faham, manakan mereka tidak membantah, walaupun pelbagai bantuan dicurahkan, namun undi pengundi di kawasan Cina tetap berpihak pada pembangkang di Hulu Selangor baru-baru ini.

Namun Najib tetap Najib. Sekolah-sekolah Cina tetap menerima 3 juta peruntukan.

Alangkah malunya jika Demang berbangsa Cina.

Sumber berita:
BH 12/05

lelaki itu

Beberapa hari lalu Demang melihat seorang lelaki Melayu beragama Islam, bersalaman dengan orang ramai yang menghantarnya ke lapangan terbang.

Orangnya besar-tinggi, wajahnya ceria, gerakannya tangkas dan kelihatan begitu bersemangat. Langsung tak terlihat sebarang garis kegusaran di wajah meski Demang tahu bukan sedikit masalah terpikul di bahu anak Melayu berdarah bangsawan Bugis itu.

Seketika beliau berlari anak memanjat anak tangga dan lenyap di dalam perut pesawat berwarna putih itu.

Malamnya, Demang menonton di TV lelaki yang sama bersalaman dengan ketua sebuah negara dengan laku yang penuh diplomatik tapi tetap sopan.

Aneh, lelaki yang Demang lihat 'biasa' sahaja suatu ketika dulu; tidak pernah melawan ketua; hanya tahu buat kerja; kini menjadi seorang yang begitu hebat apabila diamanahkan menjadi ketua eksekutif.

Itulah DS Najib. Jika dulu Demang pernah terfikir, adakah ada pemimpin lain sehebat Dr Mahathir kelak, maka hari ini Demang tidak perlu risau lagi dengan soalan begitu.

Tuesday, May 11, 2010

menjelang Hari Guru

Tanggal 16 Mei, yakni beberapa hari lagi sambutan hari guru.

Sementara itu...

24 April 2010, Sabtu; sekolah ganti (ganti cuti Hari Raya Aidil Fitri)
8 Mei 2010, Sabtu; Mesyuarat PIBG
15 Mei 2010, Sabtu; Gotong Royong sekolah
22 Mei 2010, Program LADAP (kursus dalaman)

Apa dah jadi dengan cuti minggu pertama dan minggu ketiga?
Apa dah jadi dengan kempen masyarakat penyayang?
Apa dah jadi dengan 'Cuti-cuti Malaysia'?
Apa dah jadi dengan kesimbangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dalam Falsafah Pendidikan Negara?

Hari Sabtu, pejabat ditutup, siapa peduli pada cuti para guru?
Waktu malam, ada kelas tambahan. Siapa peduli waktu rehat guru?
Cuti penggal, dipanggil bermesyuarat di tengah-tengah percutian. Dihantar berkursus. Siapa mahu peduli?

Hari sukan, perkhemahan, kursus motivasi...

Ketua jabatan leka dengan wawasan dan impian peribadi. Enak diulit kejayaan dan pujian sendiri-sendiri. Kecewa apabila disaingi sekolah lain dan teguran ibu bapa.

Siapa peduli guru?

Selamat Hari Guru: 16 Mei...

Monday, May 10, 2010

Anwar gagal lagi

"Permohonan Karpal Singh untuk tangguh perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditolak, perbicaraan diteruskan dengan soal balas ke atas Saiful"

Kata rangtua: 'Berani kerana benar, takut kerana salah'.

Sumber:
BH 10/05

Friday, May 7, 2010

siapa Tian Chua?

Sebelum 1999, Tian Chua memang sudah dikenali; maksud Demang... oleh keluarga dan rakan-rakannya. Sama macam Demang dan kebanyakan orang lain jugak.

Cuma bermula 1999 atau lebih tepat lagi selepas Anwar dijatuhkan nama Tian Chua tiba-tiba dikenali ramai. Dia menjadi popular apabila bertindak berbaring di jalan raya bagi menghadang kenderaan anggota keselamatan bergerak.

Tian Chua bernasib baik kerana melakukan tindakan begitu di Malaysia. Jika di Israel, sudah tentu tubuhnya sudah menjadi daging cincang untuk habuan serigala padang pasir.

Bermula detik itu Tian Chua dibawa ke barisan hadapan pembangkang. Dilantik dalam barisan kepimpinan PKR dan dijemput berceramah politik. Modus operandinya cukup mudah: di mana ada masalah di situlah dia muncul.

Modal utamanya adalah suara dan tubuh badan. Paling Tian Chua gemar ialah jika akhirnya ditangkap polis. Justeru dia akan melakukan provokasi agar ditangkap. Tubuh kurus kering dan bercermin mata itu dengan mudah memancing simpati orang ramai.

Akhirnya Tian Chua diundi menjadi ahli parlimen.

Namun setelah menjadi MP, tidak banyak yang boleh dilakukannya. Kalau dulu dia berjaya menarik perhatian dengan 'cubaan membunuh diri' (hampir sama dengan istilah pengebom bunuh diri), kini modal begitu tidak bernilai lagi.

Terbaru, Tian Chua terlibat dalam kemalangan yang membawa maut kepada mangsa iaitu seorang anggota tentera. Walaupun bukan dia yang memandu, namun ramai yang menempelaknya kerana membiarkan sahaja mangsa tanpa bantuan. Lihat video kemalangan tersebut.

Yang Demang musykilkan sejak dulu; dari mana Tian Chua datang? Kenapa dia ada hubungan dengan beberapa pertubuhan asing? Siapa yang menyaranya sebelum ini dalam misi 'perjuangannya'?

Setakat ini dia memang licik.

Thursday, May 6, 2010

Amerika beri Anwar amaran

Akhbar utama kelmarin menyiarkan tajuk besar perihal Anwar Ibrahim 'ditegur' oleh sekutu peribadinya iaitu Amerika.

Terus terang, Demang tiada idea tentang ini. Banyak kemungkinan di sebalik yang tertera. Amerika mungkin hendak memberitahu bahawa Anwar bukan 'orang mereka'. Dengan kata lain, dakwaan bahawa Anwar menjadi 'alat' kepada Amerika selama ini tidak benar.

Atau ia sebagai satu tindakan bagi menarik perhatian bahawa bukan Anwar yang bersekongkol dengan Amerika, tetapi Najib. Apatah lagi amaran tersebut diberi selepas Najib bertemu Obama.

Namun Demang percaya taktik sengkek Anwar itu dengan mudah dikesan rakyat Malaysia. Najib berhubung dengan Amerika atau mana-mana negara atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Anwar?

Kita tinggalkan isu tersebut.

Demang sebut tadi bahawa berita itu disiarkan 'akhbar utama'. Istilah 'akhbar utama' atau 'arus perdana' digunakan kerana ia dibaca oleh majoriti rakyat Malaysia serta boleh dipertangungjawab dalam penyiaran berita.

Selain itu ia juga dibaca oleh penyokong kerajaan, pembangkang, dan juga yang di atas pagar.

Selain akhbar seperti itu, kita juga mempunyai pelbagai akhbar dan majalah berkala tetapi khalayaknya agak terhad dan lebih tertumpu pada kelompok tertentu.

Justeru Demang melihat biarpun pada suatu ketika rakyat kelihatan cenderung menyokong pembangkang namun dalam masa yang singkat mereka kembali kepada kerajaan yang memerintah.

Dalam hal ini mana-mana parti pembangkang terpaksa mengakui bahawa untuk menewaskan kerajaan yang memerintah, mereka perlukan kekuatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda.

Rakyat boleh menyokong pembangkang namun akhirnya mereka akan berpegang pada prinsip betapa keamanan, perpaduan, serta keharmonian negara perlu diutama.

Tambahan pula setiap hari rakyat melihat Thailand, Iraq, dan lain-lain terus bergolak dan menyusahkan rakyat hanya kerana cuba merubah kerajaan sedia ada.

Percayalah. Rakyat adalah rasional dan Anwar akan kecundang. Itulah sebabnya kita lihat semakin ramai yang meninggalkan PKR. Itu belum dikira yang keluar senyap-senyap.

Bagi enggan keluar, mereka akan tenggelam bersama Anwar.

Hadi hina orang Sarawak


Sahabat Demang, Panglima Perang Cyber meletakkan satu senarai 'buruk-laku' pembangkang dalam blognya hari ini. Demang kutip satu daripadanya:

"PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI PARTI PAS TELAH MENGHINA PENDUDUK BATANG AI APABILA MENGAITKAN KEKALAHAN MEREKA DENGAN ISU CAWAT.KATA HAJI HADI : KITA KALAH SEBAB MEREKA NI (RAKYAT BATANG AI) TAK RETI UNDI, PAKAI CAWAT LAGI."

Demang melihat dari dua sudut:

Pertama, sebagai pemimpin politik yang berbangsa Melayu Hj Hadi telah membuat kenyataan yang memalukan orang Melayu kerana menghina kaum lain.

Kedua, sebagai pemimpin beragama Islam malah memakai pakaian yang melambangkan Islam, Hj Hadi menyebabkan penganut agama lain menjauhi Islam.


Foto:
Angin Perubahan

Monday, May 3, 2010

PKR kuda trojan PAS


Nampaknya bukan hanya PKR mengalami krisis 'orang kuat' keluar parti dan membuat pelbagai pendedahan serta pembongkaran. Benarlah; 'Apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya'.

Maka rancangan jahat PAS juga kini ikut terbongkar.

Mungkinkah andaian Demang selama ini bahawa PKR adalah 'sokong yang membawa rebah' kepada PAS? Ataukah benar sangkaan ramai tidak berapa lama dulu bahawa PKR akan menjadi kuda trojan yang menamatkan pergerakan PAS? Anwar akhirnya akan mengisytiharkan kembali kepada UMNO-BN seterusnya melenyapkan semua impian PAS dan DAP?

Ingat; dalam politik tiada yang mustahil. Kawan, tidak selamanya menjadi kawan manakala musuh juga tidak selamanya menjadi musuh. Hanya yang buta sejarah akan menafikan kenyataan ini.

Sementara itu Demang titipkan di sini tulisan daripada blog SATULIMATIGA:

1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,


"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".


Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Sumber:
blog SATULIMATIGA

Saturday, May 1, 2010

peguam arah siasat remaja ditembak

"Peguam Negara arah polis lakukan siasatan lebih lanjut kes Aminulrasyid Amzah selepas teliti kertas siasatan yang diserahkan hari ini."

Kebetulan ketika menanti waktu melawat di hospital petang semalam Demang melihat di kaca TV TS Musa Hassan ke lokasi kejadian remaja ditembak itu.

Maka menyahut seorang lelaki berdekatan Demang: "Itulah polis. Patutnya dibagi pistol mainan je. Kesian budak tu tak pasal-pasal kena tembak."

Mulanya Demang diam sahaja. Namun apabila lelaki itu mengulangi kata-katanya dan menghadap pada Demang seolah meminta sokongan maka Demangpun memberi respon. Maklumlah, kita kan memang suka bab komen mengomen.

"Sebenarnya saya pun belum pasti sangat kes ni. Rasa saya budak tu dua orang dan polis... Berapa orang, ye?" umpan Demang.

"Polis 4 orang." Jawab lelaki lain yang turut berada di situ.

"Ha, 4 orang. Dengarnya, budak yang seorang lagi tu dipukul dan dipijak oleh polis-polis tu dan akhirnya dia dapat melarikan diri?" Demang meminta kepastian.

"Betul, betul..." jawab lelaki-lelaki itu.

"Saya musykil jugak. Kalau polis-polis itu memang berniat membunuh, bagaimana remaja itu yang baru kemalangan (terbabas), dipukul dan dipijak oleh 4 orang polis yang bersenjata dibiarkan melepaskan diri? Adakah polis-polis itu sengaja melepaskan remaja itu untuk membuat laporan dan menjadi saksi kes tersebut?" ulas Demang.

Sebenarnya Demang tidak menyebelahi mana-mana pihak walaupun berasa jengkel dengan ibu bapa yang membenarkan remaja yang belum layak memiliki lesen memandu kereta berada di jalanraya ketika manusia lain lena diulit mimpi.

Demang dulupun remaja jugak. Bukan remaja biasa tetapi remaja nakal. Jadi Demang tahu serba sedikit aktiviti remaja di waktu dinihari apabila terlepas daripada pandangan dan pengawasan orang dewasa.

Barangkali remaja yang ditembak polis itu memang tidak bersalah. Namun untuk menyalahkan pihak polis yang sedang menjalankan tugas juga tidak bijak. Nanti para remaja lain (yang benar-benar bermasalah) akan 'naik tocang' kerana 'musuh' mereka dipersalahkan lagi sekali dipersalahkan.

Sama-samalah kita jaga anak-anak kita. Demang memang maksudkan 'sama-sama jaga', bukan sekadar jaga anak-anak masing-masing.

Sementara itu, Demang suami isteri baru sahaja menerima putera yang ketiga pagi semalam. Alhamdulillah. Lelaki atau perempuan adalah amanah Allah SWT yang wajib kita jaga.

Sementara itu Demang ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang berstatus PEKERJA termasuk blogger pembangkang yang katanya dibayar gaji atau upah.

Sumber berita:
BH 30/04

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)