Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Saturday, July 31, 2010

perangi PAS atau UMNO?


Sekali lagi isu perpaduan UMNO-PAS ditimbulkan. Yang mengusulkannya kali ini bukan calang-calang orang. Mufti Harussani sebenarnya antara mufti paling terkenal dan dihormati semua pihak termasuk PAS sebelum ini. Namun apabila pendirian beliau tidak sama dalam beberapa keadaan dengan PAS, maka pemimpin PAS mula mencemik pada usaha tersebut.

Ketika menelaah sebuah buku Prof Dr Hamka, Demang terjumpa ayat berikut:

"Dan jika ada dua golongan daripada orang-orang yang beriman berperang-perangan, hendaklah didamaikan antara keduanya. Kalau keras kepala ialah satu keduanya atas yang lain, hendaklah perangi yang keras kepala itu, sehingga dia surut kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut hendaklah damaikan dengan adil. Dan hendaklah kamu menimbang sama tengah." (Al-Hujurat, ayat 9) terjemahan Hamka.

Dalam kepala Demang timbul pula kemusykilan; siapa yang dimaksudkan dengan puak yang keras kepala? Adakah yang tidak dapat melaksanakan hukum hudud atau yang tidak mahu berdamai? Bolehkah kita perangi orang yang tidak mampu melaksanakan hukum hudud di negara yang penduduknya cuma 52 peratus muslim?

Adakah nabi Muhammad tersilap apabila menyeru ummat Islam untuk bersatu?

Adakah ayat Al-Quran yang menyeru ummat Islam bersatu padu tidak relevan digunakan di Malaysia?

Yang Demang faham ialah yang enggan berdamai itulah yang keras kepala.

Kita lihat sekali lagi ayat tersebut:
"Dan jika ada dua golongan daripada orang-orang yang beriman berperang-perangan, hendaklah didamaikan antara keduanya. Kalau keras kepala ialah satu keduanya atas yang lain, hendaklah perangi yang keras kepala itu, sehingga dia surut kepada perintah Allah".

Demang lihat ayat itu jelas menyatakan yang keras kepala itu ialah 'yang enggan berdamai'. Manakala 'perintah Allah' yang dimaksudkan ialah seruan agar ummat Islam bersatu.



foto:

Ambush.
620 × 400 - 32k - jpg
frankmccarthy.com

Friday, July 30, 2010

pahlawan tak didendang


Selamat Hari Pahlawan kepada semua pejuang yang mempertahankan negara.

Demang fikir, turut termasuk dalam senarai tersebut sudah tentulah para pejuang kemerdekaan kerana membebaskan tanahair daripada penjajah kafir.

Para pemimpin kerajaan juga berada dalam senarai pahlawan kerana mereka meneruskan perjuangan dan memastikan kemerdekaan terisi dengan pembangunan.

Turut berada dalam maksud pejuang ialah pemimpin pembangkang yang faham kedudukan mereka sebagai pengimbang kuasa dan tidak berniat meruntuhkan kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada sudah mewakili orang Islam. Manakala kerajaan yang baru dicadangkan didominasi orang kafir dan berselindung di sebalik masalah peribadi pemimpin utamanya.

Tidak lupa juga Demang ucapkan selamat hari pahlawan pada semua blogger terutama sahabat Blogger Pembela Negara yang terus mempertahankan negara daripada serangan di alam cyber meskipun tidak dibayar dan tidak diberi pingat atau anugerah.

Teruskan perjuangan walau kita tidak didendang..

Allahuakbar.




foto:
Modernisasi Prajurit →
261 × 400 - 26k - jpg
irwan.net

Thursday, July 29, 2010

Layakkah orang ini?



Siapakah lelaki dalam foto di atas? Daripada bangsa apakah dia? Warganegara manakah dia? Apakah asal usul keturunannya?

Yang paling penting; layakkah sibangsat itu campur tangan dan bercakap tentang politik Malaysia?

Alangkah jijiknya menjadi ahli parti yang bersetuju dengan pemikiran lelaki ini!

Lebih malu lagi apabila ada pemimpin tertinggi parti yang mempunyai hubungan karib dengan lelaki ini.

Wednesday, July 28, 2010

PRU13: pertarungan Melayu - bukan Melayu?



Dalam PRU9 kepimpinan BN berada pada tahap populariti yang cukup tinggi. UMNO menjadi parti terbesar dengan sokongan padu orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain kaum.

PAS, DAP, dan lain-lain sekadar menjadi parti pembangkang bagi melengkapkan sistem demokrasi, pengimbang keputusan kerajaan.

Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

1999 menyaksikan awan hitam berlabuh dan guruh berdentum hebat. Pemecatan Anwar Ibrahim seolah menarik simpati sekalian rakyat Malaysia. PAS dan DAP yang termengah-mengah menyedut sisa nafas terakhir tiba-tiba seperti mendapat bekalan oksigen baru. Rakyat keliru dan tidak percaya dengan isu Anwar Ibrahim lalu beralih arah pada pembangkang.

Namun guruh berdentum belum tentu hujan 'kan turun. Keputusan PRU10 tidak memihak pada pembangkang. Apabila dibuat analisis didapati pengundi cina mengundi BN.

Bukan aneh dalam kekotak demokrasi apabila kelompok minoriti menentukan kemenangan.

PRU11 menyaksikan PM baru menguji sokongan. Kesediaan Tun Mahathir mengundur diri berhasil memujuk pengundi Melayu yang sememangnya meletakkan kesalahan pada beliau kerana memecat Anwar. Di samping itu pendekatan Islamik Pak Lah selaku PM baru berjaya menarik sokongan orang Melayu.

Peralihan kuasa berjalan lancar dan apabila diadakan PRU11, PM baru mendapat sokongan lebih hebat.

Namun 'kecemerlangan' Pak Lah tidak bertahan lama. Belum sempat menjamah 'kegemilangan' apatah lagi menjadi 'terbilang', gelombang lebih kuat menghentam beliau.

Bahkan ia bukan setakat gelombang. Ia adalah tsunami.

PRU12 mengejutkan semua pihak, khususnya orang Melayu. Menariknya, menantu PM dikatakan menjadi punca kemarahan rakyat.

Lebih menarik lagi analisis keputusan menunjukkan bahawa kemerosotan mendadak undi BN berpunca dari peralihan sokongan pengundi bukan Melayu. MCA kalah teruk di hampir semua kawasan manakala Gerakan tersungkur kaku di Pulau Pinang.

Yang menyelamatkan BN kali ini ialah undi Melayu! Terengganu yang pernah dikuasai PAS bertukar menjadi penyelamat.

Kini negara sedang menuju PRU yang ke-13. Meskipun bayangan tarikh belum lagi kelihatan namun petunjuk semasa memperlihatkan penyatuan kaum cina semakin mantap dalam menentukan keputusan. Beberapa PRK jelas menunjukkan pengundi cina bersatu hati mengundi pembangkang.

Ternyata perkembangan politik demikian menggusarkan hati para pemimpin Melayu. Beberapa gerakan mula muncul dan kadangkala agak agresif. Para pemimpin pembangkang pula mendakwa ia sekadar kebimbangan yang tidak berasas.

Di pihak kaum cina seakan tenang dan aman. Satu persatu permintaan mereka dipenuhi kerajaan. Ketika orang Melayu sibuk berkelahi, mereka semakin kejap menyimpul ikatan sesama mereka.

Bersambung.

RPK fitnah lagi

Menyedari ketandusan isu bagi melindungi kes liwat Anwar Ibrahim, sahabat sealiran Anwar melancarkan fitnah baru mereka. Taktik yang sama pernah digunakan melalui kes Attantuya sehingga kita terpaksa membazir masa memulihkan imej PM.

walaupun fitnah jahat terhadap PM berjaya diselesaikan namun ia sedikit sebanyak menjejaskan kreadibiliti beliau.

demikianlah bahaya fitnah. Demang nak tengok siapa pemimpin PAS yang akan tumpang semangkuk menyebarkan fitnah ini.

Berikut adalah SMS yang Demang terima daripada seorang sahabat yang juga abang angkat Saiful:

Tuduhan Zina RPK ke atas Saiful Bukhari dan Farah Azalina Timbalan pendakwaraya adalah satu Fitnah jahat bagi menjejaskan perjalanan kes Liwat Anwar Ibrahim! Ianya juga untuk menjatuhkan kreabiliti Saiful Bukahri dan juga barisan Pendakwaraya dalam kes tersebut! Bagaimana RPK boleh menyampaikan kepada dunia Saiful Bukhari berzina sedangkan RPK sendiri di UK!

Ghani Patail menggugurkan Timbalan Pendakwaraya Farah yang di fitnah ini tampa sebarang siasatan mahupun sebarang laporan!kerana tekanan pembangkang maka Ghani Patail bertindak menggugurkan Timbalan Pendakwaraya Farah Azalina

Kita juga mengesa RPK mahupun pemimpin Pembangkang yang melemparkan Fitnah Saiful Bukhari Berzina ini menyatakan di mana lokasi Penzinaan ini berlaku, Tarikh, Saksi dan bukti yang ada bagi mengheret Saiful Bukhari dan Farah Azalina ke Muka Pengadilan!!!

Saiful Bukhari kirim salam pada semua, tq atas bantuan. Pohon sebarkan!!!!

Monday, July 26, 2010

lihatlah calon pengkhianat

Nampaknya cabaran Demang semalam tidak bersambut ertinya PAS tidak mampu mengemukakan hujah bagi menegakkan perjuangan mereka.

'Perjuangan'? Ya, pengkhianat pun berjuang juga.

Kita lihat isu lain.

Kata bijak pandai, 'sejarah itu berulang'.

Demang percaya semua orang yang berilmu bersetuju dengan pendapat itu selagi tidak bercanggah dengan situasi semasa mereka. Namun jika fakta sejarah yang dikemukakan itu mengenai batang hidung sendiri maka mereka akan memutarkan otak mencari alasan dan helah.

Alasan dan helah itu bukan sahaja bagi mengelak pandangan serong orang ramai bahkan bagi memujuk diri sendiri bahawa dirinya tidak bersalah.

Kemusnahan kerajaan Islam Andalusia dirasmikan dengan penyerahan kuasa oleh Putera Abdullah kepada Ratu Isabell. Itu fakta sejarah.

Demang percaya, ramai yang amat kesal dan marah terhadap khalifah itu apabila membaca fakta ini. Namun adakah kita faham kedudukan baginda dan rakyat ketika itu?

Baiklah. Kita tidak perlu peningkan kepala dengan perkara yang dah lepas. Memang Putera Abdullah bersalah.

Bagaimana dengan rakyat ketika itu? Adakah mereka bersetuju dengan keputusan itu? Ataukah mereka gembira apabila raja digulingkan dan sistem khalifah ditamatkan? Jangan terperanjat, rasanya memang ramai di zaman itu yang menyangka pemerintahan baru akan lebih baik daripada sistem khalifah Islam.

Itu sejarahnya.

Hari ini sudah ada rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam yang begitu teruja menanti peralihan kuasa melalui PRU13.

Begitu seronok mereka memaparkan fakta pengundi Cina bersatu mengundi pembangkang bagi membolehkan DAP menguasai parlimen.

Baca sendiri pendirian mereka di sini.

Sunday, July 25, 2010

Cabaran Waadat


Jika ditanya pada orang PAS kenapa mereka berpatah arang dengan UMNO, jawapan lazim yang diberikan ialah UMNO menolak negara Islam.

Baiklah. Demang cabar PAS tunjukkan bagaimana PAS dapat merealisasikan sebuah Negara Islam melalui pakatan bersama DAP.

Jika berjaya, blog Waadat akan bertukar menjadi blog PAS!


Coda:
Lihatlah betapa gembiranya sibahlol meramalkan kedudukan kerusi parlimen selepas PRU13 di sini.


foto:
thefightworkspodcast.com

Siapa yang berbohong terjawab


Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengesahkan beliau ada menemui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu. (24/7)

Nampaknya persoalan siapa yang menipu sudah terjawab namun itu bukan persoalan utama dalam isu ini.

Penafian beberapa pemimpin PAS berkenaan pertemuan tersebut menimbulkan rasa pelik rakyat iaitu kenapa PAS begitu benci pada perpaduan sesama Islam.

PAS memang sedang mengorek lubang kubur sendiri dek telatah sebahagian pemimpinnya yang keliru.

Sesekali Demang rasa kasihan pada kelompok Hj Hadi.




foto:
human with a red question mark
misallphoto flickr.com

Saturday, July 24, 2010

Ezam cabar Anwar Ibrahim nafikan pendedahannya kes liwat


Sudah beberapa kali Demang bertemu Ezam dan beberapa kali juga mendengar Ezam berceramah namun tidak sama dengan kali ini. Sebelum ini Ezam begitu berlapik dan berkias. Beliau seboleh mungkin mengelak untuk berterus terang.

Namun akhirnya kali ini Ezam membuat pendedahan secara jelas dan terang. Malah beliau mencabar Anwar Ibrahim, Wan Azizah, PKR atau sesiapa sahaja untuk menafikan atau memfailkan saman jika beliau berdusta.

Mungkin akan ada pembangkang yang cuba bertahan buat kali terakhir dengan mengatakan pendedahan ini dibuat kerana jawatan senator yang diperolehi daripada kerajaan. Namun itu bukan persoalannya. Jika sekalipun Ezam mendapat segunung emas daripada Najib bagi membuat pendedahan ini, maka ia tidak dapat menolak kenyataan bahawa pendedahan tersebut adalah benar!

Jika tidak, Anwar boleh saman! Sila lihat PENDEDAHAN EZAM

the return of budak gembala kambing


"Tolong... Tolong... Harimau, harimau... Tolong, ada harimau nak makan kambing saya" jerit si gembala kambing dari atas bukit.

Orang kampung yang mendengar jeritan itu tertawa sesama sendiri. Kali ini mereka tidak percaya lagi pada si gembala. Mereka meneruskan kerja masing-masing tanpa menghiraukan jeritan meminta tolong itu.

Ada juga satu dua orang yang terfikir mungkin kali ini si gembala kambing benar-benar diancam bahaya. Namun beberpa orang yang agak berpengaruh cepat-cepat memadamkan kekhuatiran itu.

Akhirnya jeritan itu semakin sayup dan akhirnya hilang.

Cukuplah. Mereka tidak mahu tertipu lagi.

Esoknya, satu kegemparan berlaku. Si gembala kambing ditemui dengan perut terburai dibaham harimau.

Orang kampung terkedu.

Demikianlah, Demang bawakan lagi cerita klasik yang sudah acap kita dengar dan baca. Namun sejak dulu mesej yang ditonjolkan pada audiens ialah jangan bercakap bohong. Maka selama berpuluh tahun kita hanya menyalahkan si gembala kambing.

Demang juga setuju, memang budak itu bersalah, dulu. Namun jangan dek kerana kesalahan itu menjadikan kita buta hati dan pekak perasaan. Lantaran kesalahan itu diungkit-ungkit dan dijadikan alasan untuk tidak mahu membantu.

Mujur kejadian itu hanya menimpa si gembala kambing sahaja. Tidak merebak pada orang lain. Tidak mengena diri atau keluarga kita. Yang mati hanya seorang budak dan kambing!

Namun jika ia melibatkan negara, adakah kita akan bersikap seperti orang kampung tadi? Bagaimana jika amaran dan kerisauan cendikiawan seperti Harussani, Ridhuan Tee dan lain-lain tentang bahana jika perpaduan tidak disegerakan itu menjadi kenyataan?

Bagaimana jika DAP berjaya menyatukan orang bukan Melayu dalam PRU13 nanti dan menguasai parlimen Malaysia?

Friday, July 23, 2010

Siapa jelatang?


Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali betapa perlunya dipersatukan UMNO-PAS untuk kali ini memandangkan implikasi penyatuan cina begitu besar terhadap negara, namun Nik Aziz tetap dengan kedegilannya.

Justeru, sudah ada suara-suara untuk menyingkirkan sang jelatang.

Lihat sini

mat sabu mula tuduh Anwar

"Perpaduan hanya sedap di mulut sahaja", kata Mat Sabu. (Lihat Harakahdaly pagi ini).

Bekas Naib Presiden PAS yang pernah ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang itu memberi contoh betapa bangsa Arab pun tidak pernah bersatu demi bangsa dalam menghadapi Yahudi.

Seterusnya Mat Sabu mengatakan pemimpin yang patut dipilih adalah pemimpin yang bertaqwa.

Saranan yang terakhir itu Demang setuju sangat. Memang taktik Mat Sabu begitu. Setelah merapu yang bukan-bukan maka ditutupnya dengan menyebut satu ajaran yang betul. Maka lupalah audiens ecehan yang mengarut tadi.

Demang nak tanya satu:
Kalau cina bersatu dalam DAP dan Melayu masih berpecah 3, siapakah yang akan menerajui Malaysia?

Maka, dapatkah kita memperolehi pemimpin yang bertaqwa itu? Atau Mat Sabu maksudkan pemimpin yang bertaqwa itu ialah Lim Guan Eng yang mendakwa ingin mencontohi Umar Abdul Aziz?

Berpolitik jangan ikut sedap mulut sahaja. Lebih baik Mat Sabu beri penjelasan kepada rakyat Malaysia, kenapa beliau gelar Anwar Ibrahim sebagai Anwar Alb****ti suatu ketika dulu?

Thursday, July 22, 2010

injil barnabas


Tajuk pada blog Informasi Sains dan Islam berkenaan Injil Barnabas mengingatkan Demang pada satu pengalaman menarik yang Demang pernah alami sendiri 21 tahun yang lalu.

Pada 1989 ketika menuntut di MPIK KL, Demang menemui injil Barnabas di perpustakaan dan membacanya hingga tamat. Demang sedar ia bukan tulin. Terdapat campurtangan manusia di dalamnya.

(Bagi yang ingin mengetahui tentang injil yang dikatakan mirip pada kitab asal itu bolehlah klik di sini.)

Pada suatu hari Demang menemui seorang pelajar dari Sabah yang Demang ketahui dahulunya beragama Kristian. Tujuan Demang ialah untuk bertanya tentang Barnabas.

Beliau meminta maaf kerana bukan sahaja tidak tahu mengenai Barnabas malah dia juga langsung tidak tahu berkenaan kristian.

Rupa-rupanya beliau memeluk Islam sejak kecil bersama keluarga.

Puncanya begini:
Pada mulanya mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang agama selain paganisme. Apabila usaha serius pihak gereja menyebarkan Kristian di Sabah maka ibu bapa beliau mengambil keputusan menganut agama itu agar tidak tersisih daripada masyarakat setempat.

Namun, tidak lama selepas itu ibu beliau mengalami mimpi aneh beberapa kali. Dalam mimpi tersebut seorang lelaki berjubah putih menasihatinya agar memeluk Islam.

Akhirnya bapa beliau menemui padri dan menceritakan perkara tersebut. Sungguh mengejutkan apabila padri itu telah berkata: "Kalau saya di tempat awak, saya akan memilih Islam".

Maka mereka sekeluarga segera menemui imam dan mengucap dua kalimah shahadah.


Itu sahaja catatan Demang kali ini. Insya Allah malam nanti kita jumpa lagi. Jika tidak pun, esok pagi. Ada perkara penting nak Demang kongsikan. Sesiapa yang belum menjadi 'pengikut' bolehlah klik pada ikon yang disediakan di atas.



foto:
BARNABAS jpg
yhwhalert.com

berjuang atau balas dendam?


Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, naib presiden PAS, lebih baik Melayu berpecah daripada derhaka pada Allah.

Sebelum ini pesuruhjaya PAS Perak kata, lebih baik bersatu dengan kafir daripada bersatu dengan UMNO.

Sebelum itu lagi, Nik Aziz kata mereka akan terima bantuan biarpun datripada syaitan.

Rasulullah SAW ajar kita "tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".

Ya. Kita tidak boleh derhaka pada Allah Taala. Itu hubungan dengan Allah. Bagaimana dengan 'hablumminnas? Adakah PAS buntu idea untuk menjaga kedua-duanya sehingga terpaksa membuang salah satu?

Jika demikian, begitu lemah daya kreativiti pemimpin PAS.

Adakah menolak salam perpaduan dan membiarkan melayu berpecah belah sehingga merugikan ummat Islam itu cara mengasihi sesama Islam?

Adakah berpakat dengan kafir sehingga merugikan ummat Islam di Perak itu tanda mengasihi sesama Islam?

Apakah matlamat perjuangan PAS menentang UMNO? Untuk kebaikan atau untuk membalas dendam?

Jika PAS ikhlas berjuang untuk ummat Islam, inilah masanya kerana UMNO sedang berharap sangat. Jika tidak, rakyat wajar menilai bahawa PAS adalah perosak.

Wednesday, July 21, 2010

Najib mula bertindak


Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Kedah masing-masing ambil alih pentadbiran Umno bahagian Rantau Panjang dan Sg Petani: Najib, BH, 21/7

Sementara itu Najib juga mengumumkan perlantikan pemangku Ketua Puteri Putrajaya bagi menggantikan ketua sayap parti itu yang 'hilang' hampir setahun.

Barangkali akan ada yang menuduh tindakan-tindakan tersebut kurang demokratik. Namun demokrasi bukan untuk dijunjung sebaliknya untuk dimanafaatkan.

Demang melihat Najib sedang melakukan 'sesuatu' secara tegas dan berani. Malah banyak lagi tindakan telah, sedang, dan akan diambil bagi memastikan ketuanan Melayu berterusan.

Secara mudahnya, ia adalah satu amaran pada semua pemimpin UMNO. Bagi yang lembab dan masih terhegeh-hegeh akan dinyahkan daripada arus perdana.

Allahuakbar.


foto:
flying jump kick jpg
902 x 768 | 52k funnyclassnotes.blogspot.com

pembangkang yang kuat


Noh Omar dakwa ada bukti dalaman wujud penyelewengan dan pilih kasih oleh KSSB yang diberi hak eksklusif urus perlombongan pasir di Selangor (BH 17/07)

Lombong pasir bukan isu politik. Ia adalah aktiviti ekonomi. Pengeluaran pasir sebagaimana kuari dan juga lombong lain berkait rapat dengan pembangunan negara.

Melaluinya sesebuah kawasan dibangunkan dan manafaatnya akan dinikmati rakyat. Selain pembangunan, ia menyediakan peluang pekerjaan di samping mengaktifkan industri hiliran.

Namun kenapa ia menjadi isu politik?

Perlu diingat, di Selangor UMNO adalah pembangkang dan tugas mereka samalah seperti PAS, PKR, dan DAP di peringkat pusat.

Justeru janganlah percaya sangat yang pembangkang boleh memerintah dengan baik jika diberi peluang sebab tidak banyak bezanya orang politik ini.

Yang nyata, permusuhan antara orang politik menyebabkan keadaan tidak stabil dan merugikan rakyat serta negara.

Semakin kuat pembangkang maka semakin berkecamuklah negara.

Demang percaya jika UMNO tewas dalam PRU13, mereka akan menjadi pembangkang yang kuat. PAS pula hanya malukut di tepi gantang dalam pakatan yang didominasi DAP.

Demang ulangi kehuatiran Demang iaitu bagaimana nasib orang Melayu di Malaysia apabila UMNO tewas manakala PAS belum menang? Ia lebih teruk daripada 'UMNO menang tipis dan PAS kalah sikit'.

Karpal tarik diri kes Anwar?


Setelah bertukar peguam beberapa kali dan menangguhkan perbicaraan berpuluh kali, kini kemelut melanda lagi. Kali ini Karpal Singh pula dikatakan bermasalah.

Terbaru Karpal mengambil cuti sakit selama dua minggu.

Mungkin benar Karpal sakit namun ia mengingatkan rakyat kepada peguam Anwar sebelum ini iaitu Sulaiman Abdullah yang dikatakan enggan menyambung tugas membela Anwar, kemudian bercuti sakit dan akhirnya menarik diri atas alasan kesihatan.

Tuesday, July 20, 2010

PAS tuduh Harussani bohong


Harussani nafi dakwaan dua Naib Presiden PAS kononnya beliau berbohong mengenai ada pemimpin PAS dan UMNO temuinya bincang soal perpaduan. (BH 20/07)

Jadi, siapa yang berbohong?

Kenapa PAS disingkir BN 1977?


Petikan ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

1. Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

2. Pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

3. Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk yang mengakibatkan kecederaan sebilangan orang, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat malah telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

4. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama Barisan Nasional dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen dan disambut baik serta disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri tetapi pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya.

5. Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

6. Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional?

7. Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

8. Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

9. Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

10. Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

11. Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

12. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

13. Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

14. Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan.

Demang tak mahu komen panjang. Para pembaca boleh menilai sendiri sikap PAS apabila mereka memberi alasan untuk menolak salam silaturrahim yang dihulurkan sekali lagi oleh UMNO demi masa depan ummat Islam di tanah air kita yang amat kritikal jika UMNO gagal dalam PRU12 nanti.

Anda juga menilai sendiri, benarkah PAS keluar daripada BN kerana ditipu UMNO?

Bagi yang tidak faham sila hubungi Demang bagi mendapatkan penjelasan kenapa PRU13 nanti amat penting. Hubungi 019 440 2211 atau email terus ke handphone Demang chegumanonline@gmail.com/



Sumber:
UMNO Online

Dosa UMNO



Sebenarnya bukanlah UMNO yang berjuang sehingga kita merdeka. Bukan juga UMNO yang merangka DEB yang melaluinya orang Melayu dapat meningkatkan taraf hidup menjadi seperti hari ini. Bahkan bukan juga jasa UMNO yang mengusahakan biasiswa sehingga anak-anak Melayu mampu menjawat jawatan tinggi. UMNO juga tiada kebaktian pada Islam dan ummatnya.

Semuanya bukan UMNO yang buat.

Justeru apabila melihat pemimpin UMNO kaya sedikit daripada orang lain maka lekas-lekas mereka dicemburui bahkan dibenci.

Padahal berapa ramai orang cina yang kaya raya dek kemakmuran negara?

Anwar Ibrahim sendiri tidak terkira hartanya. Kalau tidak masakan mampu memiliki rumah-rumah dan kereta-kereta mewah. Jika tidak manakan dapat mengeluarkan biaya sekian banyak untuk perjuangannya? Dari mana wang yang begitu banyak itu diperolehi?

Mungkin bukan Anwar yang punya harta itu. Mungkin Ahmad Albab yang punya.

Namun Anwar tidak mempunyai anak yang bernama Ahmad Albab. Jadi dia tak layak mengambil harta Ahmad Albab.

Kemungkinan paling hampir ialah semua perbelanjaan Anwar bagi mengambil alih kerajaan selama ini dibiayai oleh rakan-rakannya.

Siapa rakan-rakannya itu? Dari mana mereka dapat wang yang banyak itu?

Mungkin yang dikatakan 'rakan-rakan' itu bukan orang tempatan. Jika orang tempatan, mereka takkan boleh menjadi kaya kerana Anwar amat benci pada kronisme dan nepotisme. Mana mungkin rakan-rakannya boleh menjadi kaya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu. Anwar 'kan benci rasuah!

Entahlah. Semakin diselusuri, semakin banyak persoalan yang timbul. Bersimpang siur.

Demang tertanya-tanya dari mana dana Anwar yang tak putus-putus itu.

Monday, July 19, 2010

jangan kerana nyamuk


Air adalah sumber kehidupan. Manakala sebuah kolam adalah sebuah dunia kecil. Barangkali juga cerminan bagi kita.

Segalanya berlaku dengan bersebab meskipun Allah Taala tidak tertakluk pada hukum itu. Bahkan Allah-lah yang mengawal dengan qada dan qadar-Nya.

Beberapa jam yang lalu...
Walaupun urusan belum selesai, Demang singgah sebentar di rumah dan buru-buru menunaikan solat asar. Selepas itu sempat pula menjengah kolam yang kelihatan tenang dan damai.

Sejak beberapa minggu yang lalu semakin ketara surutnya air kolam. Pastilah kebocoran pada dasarnya telah semakin merebak.

Maka Demang memulas kekunci sumber air dan air jernih berklorin meluncur deras ke dalam kolam. Ikan-ikan keriangan kerana air adalah punca kehidupan.

Ya. Air adalah sumber kehidupan. Namun air asli semata-mata belum memadai untuk manusia. Maka manusia memasukkan klorin ke dalam air bagi meningkatkan kualiti air.

Air itulah yang Demang salurkan terus ke dalam kolam setiap hari. Malah kadang-kadang sehingga tiga kali sehari sejak kolam itu mengalami kebocoran.

Namun malam tadi kegemparan berlaku. Ikan-ikan kecil besar yang menghuni di dalamnya terkejang tidak bernyawa. Beberapa ekor spesis yang agak lasak seperti betuk dan kalui pun tercungap-cungai menanti ajal.

Nampaknya kebimbangan Demang terhadap musuh seperti burung dan ular belum menjadi kenyataan. Sebaliknya ikan-ikan itu terlebih dahulu tewas dek faktor dalaman.

Kesilapan besar Demang ialah kerana terlupa menutup air paip sehingga ia melimpah selama beberapa jam. Akibatnya, air berklorin sudah mengatasi air yang sedia ada di dalam kolam.

Seluruh keluarga ikut bersedih dengan tragedi yang berlaku.

Puas Demang berfikir; apakah tamsilan daripada peristiwa ini? Apakah yang boleh dipersamakan dengan klorin? Ia bukan perbuatan musuh luar. Bukan juga musuh dalam selimut.

Ia adalah kesilapan sendiri.

Akhirnya Demang memahami bahawa kejadian ini adalah amaran daripada Allah Taala agar bertindak sederhana. Klorin yang digunakan untuk meningkatkan kualiti air bertukar menjadi racun apabila digunakan secara berlebihan.

Sejak 10 tahun terakhir ini muncul satu keghairahan yang luar biasa untuk menukar kerajaan yang ada. Ia berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat yang terpendam sekian lama.

Demang juga memendam perasaan melihat tingkah laku sebahagian pemimpin yang seperti sikudung mendapat cincin. Demang faham, mereka berhak menikmati kekayaan negara. Namun bukan dengan cara menayang-nayang kemewahan secara berlebihan sehingga orang jadi meluat.

Maka timbullah fitnah. Padahal pemuda kaum lain lebih mewah dari itu. Walaupun mereka mungkin anak orang kaya namun kekayaan bapa mereka juga diperolehi melalui cara yang sama yang dilakukan pemuda UMNO. Maksud Demang, melalui projek-projek dan tender kerajaan.

Demang tidak salahkan rakyat bawah. Selain kemarahan pribadi, mereka dihasut pemimpin lain yang mempunyai agenda tersendiri.

Namun berbaloikah kita berpecah belah sehingga membuka peluang pada orang lain mengambil kesempatan?

Marah adalah tindak balas emosi. Memang sukar mengawal kemarahan. Namun jika tidak dikawal ia akan merosakkan segalanya.

Demang juga marah kepada sebahagian pemimpn UMNO yang tidak sedar diri. Namun Demang tidak akan bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Sunday, July 18, 2010

kenyataan akhbar pengurangan subsidi


sebagaimana dijangka, pembangkang tidak melepaskan peluang untuk memanipulasi isu pelarasan subsidi beberapa barangan utama bagi menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

Sebelum Demang memberikan komentar, adalah lebih baik kita membaca sendiri rasional pengurangan subsidi tersebut di sini.

Saturday, July 17, 2010

Adakah Melayu Pendatang?




Demang dapati masih ramai yang keliru status orang Melayu di Malaysia dan kenapa mereka diberi layanan lebih istimewa berbanding kaum lain? Lebih malang lagi apabila yang tidak faham itu adalah orang Melayu sendiri.

Mari kita telusuri asal-usul orang Melayu:

Terdapat dua bukti arkeologi yang dikemukakan dalam soal ini iaitu;

Pertama, penemuan kapak batu di Tanah Melayu mempunyai persamaan dengan alat yang turut dijumpai di tanah besar cina yang menunjukkan nenek moyang orang Melayu juga datang dari wilayah asing yang serupa dengan kaum cina.

Kedua, sambil menafikan teori tersebut, persatuan arkeologi mengemukakan bukti yang lebih kemas bahawa orang Melayu memang bertumpah darah di Tanah Melayu, termasuk Sarawak sejak dahulu kala. (Rujuk link pada posting Demang sebelum ini).

Menyedari hujah melalui teori pertama tidak laku maka pihak tertentu mempertikai pula kenapa orang Jawa, Sulawesi, Sumatera, malah keturunan India Muslim dan Arab turut menerima status Melayu? Padahal nenek moyang kaum cina lebih awal tiba di Tanah Melayu?

Di sini kita perlu melihat beberapa konsep yang telah diterimapakai berkenaan ketamadunan manusia di seluruh dunia.

Pertama, konsep kerajaan berdaulat. Mana-mana kerajaan berdaulat berhak menentukan kerakyatan mereka sendiri.

Jika kita tidak menggunakan bukti kerajaan-kerajaan Melayu lain sekalipun, sejarah tidak mungkin menolak hakikat bahawa orang Melayu memiliki kerajaan berdaulat yang dikenali sebagai Kesultanan Melaka.

Memang, ketika Parameswara mengasaskan kerajaan Melaka, kawasan itu sudah ada penduduk tempatan. Namun mereka tidak ada kerajaan sendiri. Hal ini samalah dengan pembukaan Amerika, Australia, New Zealand, bahkan hampir semua negara besar yang ada sekarang. Malah ia juga tidak berbeza dengan penubuhan kerajaan Islam di Madinah oleh Muhammad (Rasulullah SAW).

Sebelum kerajaan di atas dibuka kawasan tersebut memang sudah mempunyai penduduk asal.

(Namun ia berbeza dengan Pulau Pinang yang kononnya dibuka oleh Francis Light padahal pulau itu adalah sebahagian kerajaan Kedah).

Orang asli yang mendiami Tanah Melayu sebelum tertubuhnya mana-mana kerajaan hidup berpuak-puak dan terasing antara satu sama lain. Apabila Parameswara tiba, kesemua mereka bernaung dan mengiktiraf Parameswara sebagai ketua/raja.

Selain itu parameswara juga membawa bersama para pengikutnya yang lengkap dengan menteri, pembesar, orang kaya, prajurit dan rakyat jelata.

Seterusnya, para penduduk di sekitar yang tertarik dengan kewibawaan baginda turut bernaung menjadi rakyat baginda atas pelbagai faktor. Antaranya kerana jaminan keselamatan daripada ancaman lanun dan sebagainya.

Kerajaan Melaka semakin membesar apabila kerajaan-kerajaan kecil turut bernaung di bawah Melaka atas pelbagai faktor, antaranya serupa dengan faktor individu tadi.

Ada juga kerajaan yang dipaksa bernaung bagi mengelakkan mereka menjadi saingan atau dimanipulasi oleh musuh kerajaan Melaka.

Maka terbentuklah empayar Melaka.

Biarpun Kota Melaka ditakluki pada 1511 namun kerajaan Melaka tidak bubar. Bahkan tiada seorangpun sultan Melaka yang ditawan. Kerajaan Melaka cuma memindahkan pusat pentadbiran ke Pahang, ke Kampar, ke Bentan, dan akhirnya ke Johor. Dari situ sultan- sultan Melaka terus mentadbir wilayah yang semakin mengecil (namun bukan lupus) serta melancarkan serangan ke atas Kota Melaka yang dicerobohi penjajah dari semasa ke semasa.

Kedatangan Inggeris juga tidak menghapuskan kekuasaan sultan-sultan yang masih menjadi ketua kerajaan. Inggeris cuma memaksakan penasihat kepada sultan melalui sistem residen.

Hanya pada 1946 Inggeris cuba mengambil alih kuasa menerusi Malayan Union. Namun hasrat tersebut tidak terlaksana berikutan kebangkitan menyeluruh orang Melayu yang cepat menghidu muslihat di sebalik agenda British tersebut.

(Ahli sejarah kemudiannya mengenalpasti sepucuk surat yang dikirim seorang kapitan cina kepada kerajaan British supaya mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu bagi menjaga kepentingan perniagaan mereka. Dari situlah timbul idea Malayan Union. Sayangnya fakta tersebut dibuang daripada teks sejarah kerana tidak mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu).

Berbalik pada konsep kerajaan berdaulat yang terdiri daripada rakyat dan raja, orang cina dan India yang dibawa masuk oleh Ingeris sebagai pekerja tidak diterima sebagai rakyat kepada mana-mana sultan dalam mana-mana negeri di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Kenapa? Kerana kebanyakan mereka adalah rakyat British dan setia kepada ratu Inggeris (Queen). Selebihnya adalah rakyat negeri asal masing-masing.

Selain itu, sultan-sultan mempunyai hak untuk menentukan siapa yang boleh menjadi rakyat baginda. Dalam hal tersebut sultan-sultan sudah membuat ketetapan yang kemudiannya dipersetujui dan dimaktub dalam perlembagaan bahawa sekalian orang Melayu adalah rakyat baginda.

Seterusnya ditakrifkan definisi Melayu (rujuk Perlembagaan) sebagai orang yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan adat Melayu. Sekalian keturunan mereka juga ikut bersama sampai bila-bila.

Sekali lagi ditanya, kenapa orang Cina dan India tidak menjadi rakyat baginda?

Jawapannya; itu adalah hak sultan yang menjadi ketua kerajaan ketika itu. Maka pihak British yang memahami hakikat tersebut terpaksa menerima ketetapan tersebut. Begitu juga orang Cina dan India ketika itu (di ambang kemerdekaan) turut bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Bagi yang tidak bersetuju, mereka awal-awal mengambil keputusan kembali ke negara asal masing-masing. Maka yang tinggal hanyalah yang bersetuju dengan ketetapan yang diwartakan tanpa boleh mengungkit.

Persoalannya; kenapa sekarang perkara itu ditimbulkan semula? Demang percaya, jika datuk nenek orang Melayu tahu perkara begini akan timbul sudah pasti mereka tidak akan mengizinkan pendatang asing menjadi warganegara!

Marilah kita mengadap realiti sekarang demi keharmonian negara. Sebagai warganegara, kaum Cina dan India diberi peluang yang tidak terhad dalam memiliki kekayaan, mengamalkan kepercayaan masing-masing, dan turut dibawa berunding bagi menentukan dasar negara dalam pemerintahan.

Justeru kenapa dipertikai sedikit keistimewaan orang Melayu. Bukan apa sangat pun. Keistimewaan tersebut dikekalkan bagi membebaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan akibat dasar penjajah.

Sedarlah bahawa tidak ada hak kaum lain yang dirampas bahkan hak orang Melayu lah yang diambil dan diagihkan kepada orang bukan Melayu.

Friday, July 16, 2010

Penduduk Asal Tanah Melayu


Pelbagai teori dikemukakan terhadap asal-usul sebenar orang Melayu. Antara yang popular ialah orang Melayu berasal dari Tanah Besar Cina. Pengemuka teori ini menampilkan bukti kapak yang di temui di Tanah Melayu menyerupai kapak yang ditemui di sana.

Namun kajian arkeologi menemui bukti lain. Lihat sini.

Thursday, July 15, 2010

larangan jual Harakah terbuka


BH 15/07: KDN perbaharui permit penerbitan Harakah dengan amaran keras PAS hanya boleh menjualnya di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja.

Sebagai sebuah parti yang mendakwa lebih baik daripada UMNO Demang harap tidak sukar untuk PAS dan pengikutnya mematuhi peraturan tersebut. Jika ujian sekecil itupun PAS anggap satu masalah besar maka hentikanlah niat untuk membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR yang jauh lebih handal tipu muslihat mereka berbanding UMNO.

Demang ucapkan selamat mematuhi peraturan kepada Harakah dan sekalian pembelinya.

Wednesday, July 14, 2010

strategi politik kaum cina



Kenapa cina sokong PAS?

Sebelum itu, lihat rentetan peristiwa sebelumnya...

1999, ekoran pelbagai cerita dan berita tidak elok yang melingkari peribadi Anwar Ibrahim ketika itu, maka AMT mengambil ketetapan meminta beliau mengundur diri untuk sementara waktu bagi membersihkan semua pertuduhan.

Sebelum itu Anwar diberi seluas-luas peluang bagi mempertahankan diri namun beliau gagal membuktikan semua pertuduhan tersebut adalah palsu.

Oleh kerana Anwar tetap enggan berundur sedangkan beliau juga gagal menyakinkan AMT bahawa beliau tidak bersalah maka beliau pun dipecat daripada semua jawatan.

Seluruh negara terkejut. Bahkan menurut Anwar, dunia juga ikut terperanjat. Mana mungkin seorang pemimpin bertaraf ‘ulama’ terlibat dalam aktiviti seks songsang dan terlarang?

Maka satu gerakan membantah keputusan tersebut dilancar secara besar-besaran dengan diketuai sendiri oleh Anwar Ibrahim. Bagi menangkis semua pertuduhan yang dikemukakan, Anwar membawa satu teori iaitu teori konspirasi, iaitu semua pertuduhan adalah satu komplot bagi menjatuhkan beliau.

Saat itu hampir semua menyebelahi Anwar. Dr Mahathir serta-merta mendapat pelbagai gelaran tambahan seperti Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya. Akhirnya beliau terpaksa dan dipaksa meletakkan jawatan.

Tika itu jugalah kita lihat sekalian orang cina bersatu di bawah MCA bagi memastikan BN terus berkuasa. Kenapa? Tika itu BN berkuasa tetapi UMNO lemah. Dengan kata lain MCA akan menguasai kerajaan.

Dalam PRU-12 pula, sesuatu yang aneh berlaku. Orang Cina tiba-tiba menolak MCA dan memilih DAP. Kenapa? Kerana tika itu UMNO dilihat semakin kuat dan menguasai BN. Penguasaan UMNO secara itu dalam BN dianggap ancaman pada kaum cina.

Sebenarnya strategi politik kaum cina mudah sahaja. Jika semua orang cina bersatu dan semua orang Melayu bersatu, maka orang Melayu lah yang menguasai kerajaan. Maka itu tidak menguntungkan orang cina.

Formula terbaik ialah dengan melihat kecenderungan sokongan orang Melayu. Jika orang Melayu padu menyokong UMNO, maka ia perlu dipecahkan dengan memberi laluan pada PAS. Begitulah sebaliknya, jika PAS agak kuat maka orang cina akan beralih menyokong BN semula.

Tetapi awas, jika kedua-dua parti Melayu itu sedang lemah dan alpa maka orang cina bersedia mengambil alih kuasa.

Ingat, perlembagaan kita boleh dipinda oleh pihak yang sedang berkuasa! Itulah yang Demang khuatir.

tetamu tak diundang atau musuh dalam selimut?


Pagi ini kita tinggalkan sejenak dunia politik.

Kolam pada foto di atas Demang bina sendiri. Terletak di belakang rumah, di sebelah stor. Di luar pagar itu ialah rumah jiran yang semakin lama semakin membesar dan merapat dengan rumah kami. Malah sebenarnya sudah pun termasuk dalam tanah kami.

Malas nak bergaduh dengan jiran tetangga yang sebenarnya bukan orang lain pun.

Kolam ini Demang isi dengan pelbagai ikan. Kebanyakannya berbaka besar seperti kaloi, kap, dan patin. Selain itu Demang masukkan ikan-ikan kecil serta udang.

Pada suatu hari isteri Demang berteriak:
"Bang, mari tengok. Cepat!"

Maka berlarilah Demang gopoh-gapah menyangkakan sesuatu yang buruk telah berlaku.

Isteri Demang menunjuk ke arah tiang pagar di tepi kolam:
"Tu... Tengok tu... Cantiknya burung tu." Kata isteri Demang.

Ah. Itu rupanya yang dikecohkan. Tertenggek di atas tiang itu ialah seekor burung yang amat cantik. Tidak pasti pula apa namanya. Bulunya berwarna-warni dan mempunyai paruh yang besar. Ia dengan cepat mengingatkan Demang pada lelaki Inggeris yang berhidung bengkok!

"Wah! Nampaknya kita ada tetamu. Untunglah, tak payah beli." Ujar Demang tumpang seronok.

Maka bertambahlah penghuni kolam itu selain katak dan pelbagai spesis serangga menumpang di kolam berair terjun yang Demang bina bersama anak-anak.

Dalam pada itu ikan-ikan kami telah semakin berkurangan. Mertua Demang mencadangkan dipasang jaring tetapi kami terfikir jaring itu akan mencacatkan keindahan kolam.

Malam tadi adik Demang tiba dari kampung membawa batu-batu karang yang cantik yang dibelinya di Lumut.

Ketika Demang sibuk menyusun batu-batu tersebut, terpandanglah Demang kepala makhluk yang agak anih. Ternyata ia bukan sejenis ikan. Demang mengambil sebatang kayu dan cuba menguis. Kepala yang seketul itu semakin menonjol dan akhirnya kelihatanlah tubuhnya yang panjang.

Ya. Kolam ini rupa-rupanya telah menerima penghuni baru iaitu seekor ular!

Patutlah ikan-ikan kecil semakin susut. Ingatkan burung sahaja yang mencurinya. Rupa-rupanya ada musuh dalam selimut.

Nampaknya Demang ada banyak tugas yang perlu dibuat setelah mengenalpasti musuh-musuh kolam yang Demang bina ini.

Sementara itu perjuangan Demang juga sudah masuk fasa kedua. Dalam fasa pertama kami telah mengenalpasti musuh-musuh yang perlu dihadapi manakala pada fasa ini kami akan menggempur habis-habisan sehingga mereka menyerah kalah, atau kamilah yang terkorban.

Tuesday, July 13, 2010

kesian Selangor


"Penduduk Selangor, KL dan Putrajaya mungkin hadapi catuan air menjelang 2014 jika kerajaan Selangor lengah projek Loji Rawatan Air Langat 2" (BH 13/07)

Kata orang tua-tua, 'kata dulang paku serpih.'

Kalau bab mencemuh dan memperlekeh kerajaan BN, PR lah wiranya. Itu tak betol, ini tak kena...

Akhirnya apabila diberi peluang, hancus.

Mujur PR cuma berkuasa dalam kerajaan negeri. Kalau kerajaan pusat? Lingkup... Nauzubillah.

singkirkan

Buka sahaja FB pagi-pagi, macam-macam ucapan keluar. Ada ucapan selamat pagi, assalamualaikum, kata-kata motivasi, dan tidak ketinggalan ucapan tak puas hati. Malah, tohmahan juga turut mewarnai pagi yang permai.

Setakat ini Demang baru buang seorang pengguna FB daripada senarai rakan Demang. Hal tersebut kerana foto-foto seksi yang disiarkan serta komen berunsur lucah yang mengganggu kehidupan Demang.

Mungkin akan datang Demang akan menyingkirkan pula pengguna FB yang gemar menyiarkan kata-kata tohmahan dan mengadu-domba. Tak selesa sungguh rasanya apabila membaca kata-kata yang negatif setiap hari. Demang terfikir, bagaimana agaknya anak isteri orang seperti itu yang terpaksa hidup sepanjang masa dan seumur hidup dengan orang seperti itu.

Alangkah 'tensyennya'!

Sunday, July 11, 2010

PAS percaya bertilik nasib



Terperanjat Demang menatap Harakah keluaran terbaru memaparkan karikatur seekor sotong memilih PR dan membuang BN.

Nampaknya selepas menghalalkan macam-macam termasuk kalimah Allah dan meluluskan pembaharuan lesen arak di negeri-negeri yang dikuasai mereka, PAS melangkah ke belakang lagi dengan turut sama mempromosi Sang Sotong Ahlul Nujum.

Demang faham konsep karikutur namun adakah perkara yang termasuk dalam 7 dosa besar boleh dibuat main?

Demang percaya, para pengikut PAS akan memberi alasan yang lazim iaitu UMNO pun buat salah.

Namun Demang yakin bahawa alasan tersebut akan membuat rakyat semakin menolak PAS kerana rakyat hanya bersedia menukar pemerintah jika ia lebih baik daripada yang asal, bukan sebaliknya.

Hanya ada satu alasan untuk menolak UMNO iaitu jika kita bersedia negara ini diperintah DAP. Jika bersedia, maka pilihlah PR.

Rakyat semakin meragui tindakan pemimpin PAS.

Saturday, July 10, 2010

Pengacau Negara



Dalam cerita 1001 malam, sekumpulan pelaut telah singgah di sebuah pulau untuk mengganti bekalan dan menghilangkan kejemuan belayar.

Sambil menambah bekalan makanan dan minuman mereka turut bersukaria sambil menyalakan unggun api untuk memanaskan badan dan memasak.

Tiba-tiba mereka berasa pulau tersebut bergerak-gerak dan salah seorang daripada mereka dengan segera memahami apa yang sedang berlaku: Ya, daratan yang mereka sangka pulau tersebut sebenarnya bahagian belakang seekor ikan yang amat besar! Manakala para pelaut tersebut melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu membuat unggun api di atas belakang makhluk Allah itu.

Mungkin sakit atau mungkin marah; si ikan pun menyelam. Maka sebuah pulau yang permai bertukar menjadi malapetaka kepada tetamunya.

Para pengunjung yang budiman;
Barangkali demikianlah yang berlaku di negara kita sekarang. Di tengah ketenangan dan kehidupan harmoni rakyat tiba-tiba muncul manusia-manusia yang entah sengaja atau tidak telah mengocak ketenangan negara.

Pelbagai isu ditimbulkan dan ia sebenarnya seperti api yang dinyalakan di atas seekor ikan besar.

Tiba-tiba Demang teringat senikata sebuah lagu:

'Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang'


Coda:
Mujur Najib tidak melatah. Tanpa mengambil sikap memandang ringan terhadap tohmahan para pengacau negara, beliau terus merancang dan melaksanakan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.

Sebentar tadi beliau mengumumkan: 'Lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan gagasan 1Malaysia akan diperkenalkan kepada rakyat'. (SMS BH 10/07).

Najib bukan orangnya yang mudah berputus asa dan menyerah kalah.

Oh ya. Anwar juga tidak akan menyerah kalah. Baru-baru ini beliau ke luar negara lagi bagi mengumpul sokongan dan memperbaharui ikrar untuk terus mengucar-kacirkan pentadbiran negara.

Sampai bila perkara ini akan berterusan? Adakah tidak ada cara menghentikannya?

Friday, July 9, 2010

jangan hanya sikitol yang dihukum




Dalam merungkai kemelut politik semasa tanahair, Demang cuba menyelak kembali lipatan sejarah. Manatau, barangkali terselit sedikit petunjuk yang mungkin membantu kita memahami di sebalik yang tersurat.

Diganggu seriknya peristiwa kehancuran terbesar bangsa Melayu tanggal 1511 maka Demang mulakan siasatan dari situ. Demang telusuri lipatan sejarah dan menemui beberapa nama yang dikenalpasti bertanggung jawab ke atas kemusnahan empayar Islam Melaka.

Sultan Mahmud
Kelemahan: Wanita

Kesalahan:
Menghukum-bunuh bendahara Tun Mutahir sekeluarga hanya berdasarkan dengar-cakap.

Hukuman:
Baginda akhirnya mengambil pertanggungjawaban dengan meletak jawatan serta meninggalkan istana untuk beribadat.

Tun Mutahir
Kelemahan: harta

Kesalahan:
Menerima sebahara emas daripada seorang saudagar padahal beliau akan mengadili kes yang melibatkan saudagar tersebut. (Satu bahara emas bersamaan empat tan!)

Hukuman:
Beliau sekeluarga (yang lelaki) dijatuhi hukuman mati. Beliau melarang para pengikutnya membantah hukuman tersebut walaupun mampu.

Si Kitol
Kelemahan: harta

Kesalahan:
Beliau mengetahui hal rasuah bendahara dan mengambil kesempatan melaporkan pada pihak yang lagi satu. Sebagai balasan, hutangnya sebanyak setahil emas dilupuskan.

Hukuman:
Si Kitol sekeluarga dihukum bunuh dan mayat serta tapak rumahnya dibuang ke laut.

Laksamana Khoja Hassan dan Tun Ali Hati
Kelemahan: kuasa

Kesalahan:
Kedua-dua pembesar ini menyampaikan aduan yang dibawa 'saudagar kedua' dan bersumber daripada Si Kitol tanpa usul periksa.

Hukuman:
Mereka berdua dipecat. (Laksamana Khoja Hassan adalah menantu Laksamana Tun Tuah. Apabila Portugis menyerang, beliau berjuang bermati-matian melawan penjajah itu).

Selain itu, siapa lagi yang terlibat? Demang menyelak-nyelak lagi lipatan sejarah. Nampaknya kebanyakan catatan hanya mengemukakan nama-nama itu.

Ternyata semua yang terlibat telah menerima hukuman masing-masing. Sepatutnya keadaan kembali pulih dan Melaka pastilah akan semakin maju di bawah pemerintah yang baru.

Namun sebaliknya yang berlaku. Tidak lama selepas itu Portugis datang menyerang dengan angkatan perang yang kecil. Melaka ditewaskan pada serangan kedua meskipun memiliki angkatan perang terhebat di zamannya.

Mengikut teori ketenteraan, tidak mungkin Melaka boleh tewas. Namun sejarah mencatatkan tanpa kesangsian betapa Empayar Islam Melaka runtuh pada tahun 1511.

Berbalik kepada soalan pertama tadi; siapa lagi selain sultan, pembesar, dan si Kitol yang terlibat?

Ramai orang lupa tentang dua orang saudagar yang menjadi punca pada semua ini. Demang tidak pasti apakah hukuman yang dikenakan kepada mereka namun mereka lah bertanggung jawab mencetuskan bibit kemusnahan melalui sogokan rasuah.

Merekalah yang memberi rasuah. Perlu diingat sangat-sangat oleh sekalian orang Melayu bahawa golongan saudagarlah yang membantu Portugis menyerang Melaka. Sejarah tidak akan memadamkan dosa mereka meminjamkan tongkang dan menyalurkan maklumat pertahanan Melaka!

Sekarang kita kembali pada realiti hari ini;

Ramai yang tidak sedar bahawa pertelingkahan politik hari ini sebenarnya melibatkan ahli perniagaan yang di zaman Melaka digelar saudagar. Mereka inilah yang banyak memodalkan ahli politik untuk bersaing dan bertanding.

Isu tender dalam DEB, yang dipromosi sebagai kroni dan nepotisme membuktikan kaitan rapat antara golongan saudagar dengan ahli politik. Bahkan golongan korporat lah yang menggunakan ahli politik untuk kepentingan perniagaan mereka.

Rakyat biasa tentu tidak peduli siapa yang dapat tender.

Dalam hal ini, sebahagian ahli perniagaan menyokong kerajaan manakala sebahagian lagi menyebelahi dan membiayai pembangkang.

Golongan saudagar lah yang banyak membuat onar tetapi sering berlepas tangan. Kata orang, 'buat lembu kenyang'. Memang pun kebanyakannya perangai macam lembu. Makan apa sahaja termasuk sabun mandi!

Apabila kerajaan bertukar tangan maka posisi ahli perniagaan juga pasti berubah.

Rakyat tetap di bawah.

Maka Demang katakan sekali lagi; jangan hanya sultan, pembesar, dan si Kitol sahaja yang dihukum. Golongan saudagar juga perlu dihukum.

Itupun jika kita ingin menghukum. Sedangkan sejarah telah membuktikan masalah tidak pun selesai dengan menghukum mereka. Kita perlukan formula lain yang menguntungkan semua pihak. Bukan sekadar membuang dan melantik baru.

..Kerana yang dibuang pasti akan bangkit menentang kembali.

Thursday, July 8, 2010

Maklumat terbaru


Demang dah malas nak ulas isu yang sama berulang kali. Kepada ahli PAS yang benar-benar berjuang untuk Islam demi mendapat keredhaan Ilahi, sila baca sini.

Kepada pemimpin PAS yang masih mempertahankan Anwar dan perlukan hujah untuk menyokong Anwar, sila klik sini.

Kepada rakyat yang sudah semakin bosan dengan permainan politik para politikussss yang memperjudikan nasib rakyat, sila klik salah satu daripada foto-foto di bawah.

Agenda tersembunyi (siri 1)



Nik Aziz
Selain dendam lama kerana merasa dipermainkan pemimpin UMNO terdahulu, beliau juga cenderung pada fahaman Wahabi yang menganggap orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat. Kebetulan majoriti orang UMNO menolak fahaman Wahabi. Lihat sini.

Anwar Ibrahim
Bermula zaman pelajar, beliau sentiasa agresif dalam perjuangan. Ketika demam sosialis sedang merebak, beliau menjadi jaguh dalam isu kemiskinan rakyat.

Apabila kecenderungan masyarakat beralih pada Islam, beliau menggerakkan rakan-rakannya berjuang melalui agama pula.

Seterusnya ketika melihat potensi UMNO lebih besar daripada PAS, beliau dengan bijak menggunakan parti itu untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun di sebalik kehebatan dan kecemerlangan tersebut, Anwar dibelengu beberapa masalah pribadi yang cukup sulit untuk diketepikan. Bermula dengan perkahwinan yang tidak direstui hinggalah pada skandal demi skandal yang sukar dinafikan.

UMNO adalah batu penghalang pada Anwar.

Lim Kit Siang & Lim Guan Eng
Kedua-dua pemimpin paling berpengaruh dalam masyarakat cina ini melihat UMNO lah parti yang menjadi penghalang pada impian mereka menakluki Malaysia.

Tugas mereka menjadi mudah apabila orang Melayu tidak mungkin bersatu kerana politik dan akidah sudah bercampur-baur serta berselirat. Kini mereka cuma perlu memastikan orang Melayu terus berpecah.

Modal mereka ialah dengan menimbulkan isu yang menampakkan kelemahan UMNO.

Pemimpin MCA
Para pemimpin parti ini sudah kenyang dengan pelbagai habuan sepanjang bersama kerajaan. Walaupun simpati pada UMNO namun plan peralihan kuasa yang dicadangkan DAP cukup menarik untuk dilepaskan begitu sahaja. Lagipun majoriti orang cina sudah tahu idea DAP yang lebih menguntungkan kaum mereka. Maka MCA tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu rakan mereka yang bakal dikorbankan.

Bersambung...

Tuesday, July 6, 2010

politikus tanpa fakta



isu Kurikulum sex dan pemansuhan peperiksaan

Riuh rendah juga orang ramai apabila diumumkan cadangan terhadap kurikulum seks di sekolah dan pemansuhan peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR.

Seperti biasa ahli politik (dulu dipanggil politikus) mula bercakap.

Demang tersenyum membaca komen-komen beberapa politikus seperti Nik Aziz. Demang percaya, ramai lagi warga pendidik yang turut tersenyum sinis.

Demang tak salahkan Nik Aziz seratus peratus. Sepatutnya beliau diberi penerangan lanjut dalam isu-isu yang ingin dibincangkan. Nampaknya Mursyidul Am PAS tersebut perlu menyemak semula setiausaha dan penasihat beliau. Jangan makan gaji buta sahaja dan malas buat 'homework'.

Sebenarnya, dalam isu pemansuhan PMR, Muhyidin bukannya sekadar melontarkan cadangan. Sudah terlalu lama hasrat untuk merombak kurikulum pendidikan disuarakan.

Justeru pelbagai kajian telah dilakukan selama berpuluh tahun termasuk meninjau sistem pelajaran di negara maju.

Akhirnya pakar-pakar pendidikan negara kita merumuskan satu model baru yang tidak lagi terikat dengan sistem lapuk peperiksaan dan dicadangkan kepada kerajaan.

Prinsip kerajaan kita ialah tidak menolak cadangan yang baik tetapi tidak pula terus menerimanya. Maka kerajaan mengarahkan kementerian berkenaan melaksananya di beberapa sekolah sebagai percubaan. Untuk itu beberapa buah sekolah dipilih dari setiap negeri untuk diuji dan dikaji.

Tahun ini, kalau Demang tak silap sudah masuk tahun ke 3 sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negara melaksanakan.

Oleh kerana kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan rakyat (demokrasi) maka biarpun sistem baru tersebut telah melalui proses yang rapi, kerajaan tetap membuka peluang kepada rakyat untuk membincangkannya.

Itulah sebab kenapa TS Muhyidin mengumumkan kepad rakyat dan bersedia menerima cadangan tambahan.

Bagi Demang, sebagai pembangkang Nik Aziz hatta siapa sahaja berhak untuk mempersoalkannya melalui proses demokrasi. Cuma sepatutnya, para penasihat tok guru berilah taklimat khas terlebih dulu pada beliau. Tidaklah nanti rakyat berkata pemimpin bercakap tanpa fakta!

Monday, July 5, 2010

Isteri dan Menantu Perdana Menteri

Rosmah lagi

Menyedari tiada isu besar yang boleh dimanipulasi, pembangkang sekali lagi mengusik Rosmah. Isunya ialah Najib membawa Rosmah mengiringi beliau ke luar negara.

Ternyata penyakit hasad dengki masih bersarang dalam diri manusia-manusia itu.

Demang nak tanya, pernahkah orang ramai mempertikai isteri Ananda Krishnan atau hartawan-hartawan kaum cina berbelanja?

Sudah tentu tidak. Alasannya, mereka berbelanja dengan duit sendiri, yakni hasil usaha mereka.

Demang nak tanya, adakah mereka memperolehi kekayaan tanpa melibatkan orang ramai dan kerajaan?

Demang tolong jawab; sudah tentu!

Di sebalik kejayaan setiap individu sudah tentu melibatkan orang lain, terutama kejayaan BESAR.

Adakah kita mahu nafikan bahawa kejayaan para hartawan di Malaysia juga merupakan kejayaan pemimpin negara?

Maka Demang nak ingatkan bahawa kerajaan yang dapat melahirkan orang yang berjaya adalah kerajaan yang berjaya. Sekurang-kurangnya itu adalah salah satu kejayaan yang positif.

Jika demikian, adalah tidak adil orang yang terlibat melahirkan orang kaya tidak berhak untuk kaya.

Bagi Demang Najib juga berhak menikmati kekayaan hasil penat lelah beliau dalam kepimpinan negara. Beliau sudah terlalu lama berkhidmat. Maka tidak salah untuk beliau turut merasainya.

Rosmah adalah isteri beliau. Rosmah juga adalah menantu Tun Razak. Adakah Rosmah belum cukup layak untuk turut menikmati kemewahan sebagai isteri PM serta menantu bekas PM?

Berapakah yang dibelanjakan Rosmah setiap bulan? Satu juta?

Jikapun RM1juta, ia masih belum apa-apa. Jika dibahagi dengan 27 juta rakyat Malaysia, tak berapa sen pun duit anda yang diambilnya.

Maka janganlah berdengki sangat! Jika anda jadi PM pun, belum tentu lagi isteri anda tidak akan bermewah. Mungkin lebih teruk daripada Imelda Marcos.

Sunday, July 4, 2010

menjadi Singapura

Tak bolehkah negara tanpa pembangkang?

Boleh. Lihat sahaja Singapura. Meskipun rakyat menolak calon pembangkang, namun keseimbangan pentadbiran dapat dicapai melalui 'pembangkang dari dalam'.

Singapura juga mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja boleh bercakap asalkan tidak terlalu mengkritik kepimpinan tertinggi.

Perlembagaan Singapura merupakan kesinambungan pada perlembagaan persekutuan Malaysia kerana republik tersebut asalnya sebahagian daripada kita.

Antara yang pernah tercatat dalam perlembagaan Singapura ialah hak orang Melayu sebagai penduduk asal.

Hari ini Singapura amat maju. Malaysia tertinggal jauh di belakang. Kalau anda katakan itu salah UMNO, maka anda masih jahil tentang sejarah tanah air!

Bagaimana nasib orang Melayu di Singapura? Adakah kehidupan dan kedudukan mereka lebih baik daripada orang Melayu di Malaysia?

Sememangnya Demang tidak tahu. Demang harap mereka benar-benar dalam kebahagiaan bernaung di bawah pentadbiran kaum cina.

Demang lihat dalam FB Demang, masih ada orang Melayu Malaysia yang ghairah untuk menumbangkan UMNO. Mungkin mereka tertarik dengan kemajuan Singapura.

Kalau itulah yang dikehendaki sekalian orang Melayu, baiklah. Namun bagaimana jika pilihan tersebut suatu keputusan yang salah?

Apa risiko yang perlu kita dan anak cucu kita bayar?

Saturday, July 3, 2010

oh UMNO oh PAS


Enam belas buah rumah di Kampung Jalan Pokok Asam yang didiami kira-kira 200 orang akan dirobohkan syarikat pemaju perumahan untuk projek pembangunan rumah mewah di Pulau Pinang. - Bernama


PULAU PINANG 30 Jun - ''Kami tidak mahu duit RM75,000 itu, yang kami inginkan hanya sebuah rumah sebagai ganti."


Demikian rintihan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini. Mereka adalah antara 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju hari ini. Pengusiran itu didakwa dibuat oleh pemaju tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak.


Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, tindakan pemaju tersebut mengundang kemarahan penduduk ekoran terdapat segelintir kakitangannya yang bersikap kurang ajar semasa mengeluarkan arahan pengosongan rumah.


''Kami bukan pendatang asing yang tinggal di kampung ini secara haram tetapi kami merupakan penduduk asal yang majoritinya menetap di sini lebih 90 tahun. Memang kami mengakui ada menerima notis arahan pengosongan awal pada 17 Jun lalu tetapi apa salahnya sekiranya mereka (pemaju) berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya pada sidang akhbar di kampung berkenaan di sini hari ini.


Mohd. Khir memberitahu, operasi pengusiran penduduk itu pada awalnya dijangka dijalankan pada pukul 8 pagi di mana sebuah jentolak turut dibawa untuk kerja-kerja perobohan. Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk, pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam telah menangguhkan tempoh pengosongan selama tiga bulan iaitu berkuat kuasa pada tarikh 13 Oktober depan.


''Tetapi kami yang majoritinya bekerja sebagai nelayan belum memberi kata putus sama ada ingin mengosongkan kampung ini ataupun tidak kerana kes rayuan ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen. Lagipun, wang pampasan yang dijanjikan sebanyak RM75,000 itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian kami sepanjang hayat.


''Ketika ini yang kami inginkan hanya pampasan berbentuk rumah kepada setiap ahli keluarga memandangkan setiap lot rumah ini didiami lebih tiga keluarga," jelasnya.

- Utusan


Demang tidak mahu komen banyak. BN pernah melakukan dan kini PR pula melakukannya.

Bezanya:
BN melakukan ketika pembangkang sedang lemah manakala DAP berani melakukannya walaupun UMNO masih berkuasa di peringkat pusat.

BN melakukannya setelah lama berkuasa sebaliknya DAP melakukannya tak lama selepas dapat kuasa.

Apakah yang DAP akan buat jika mereka berkuasa penuh di parlimen? Yang nyata, mereka boleh pinda perlembagaan walaupun dengan kelebihan SATU undi.

PAS? parti serpihan itu tidak akan mampu meng'PAS'kan orang Melayu sebelum PRU-13. Jadi, dalam PRU 13 nanti orang Melayu tetap terpecah TIGA.

Kiraannya;
UMNO 20%
PAS 20%
PKR 20%

Cina 35%
Lain-lain (bukan Melayu) 5%.

Itu sebabnya, apapun yang Najib beri pada cina, mereka tetap undi DAP.


Artikal Cheguman sebelum ini

Thursday, July 1, 2010

PRU13: rampasan kuasa melalui demokrasi

Apabila Parameswara tiba di Melaka, tempat itu hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Tiada penguasa, tiada raja, bahkan majlis perbandaran pun belum ada.

Parameswara tidak datang seorang diri. Bersama baginda ialah seluruh pengikut terdiri daripada pembesar, tentera dan rakyat yang setia.

Dengan restu masyarakat setempat, maka rasmilah baginda menjadi raja. Bagi yang tidak bersetuju, mereka akan berpindah ke tempat lain. Mereka akan membuka pertempatan baru atau menumpang di bawah raja yang lain.

Demikianlah adatnya zaman itu.

Dari semasa ke semasa, terdapat pula kampung-kampung di sekitar Melaka yang ingin berajakan Parameswara. Maka Melaka pun meluas menjadi sebuah negeri berdaulat.

Masa berlalu, hasil pentadbiran yang teratur dan berkesan beberapa negeri lain turut ingin bernaung di bawah Parameswara. Maka Melaka bertukar menjadi sebuah negara.

Terdapat juga negeri yang dirasakan mengancam kedudukan Melaka. Situasi kerajaan zaman itu tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Maka secara terpaksa, negeri-negeri tersebut turut tertakluk di bawah Melaka. Salah satunya melalui peperangan.

Maka terbentuklah empayar.

Jika dilihat perkembangan di atas, kita akan mengesan bahawa berlaku pengambil alihan kuasa oleh satu pihak ke atas pihak lain. Itulah yang disebut sebagai penguasaan, penjajahan atau penaklukan.

Proses di atas tidak sahaja berlaku di Melaka bahkan di seluruh dunia. Ia tidak sahaja dilakukan kerajaan Melaka malah oleh semua kerajaan di dunia, tidak terkecuali kerajaan Islam.

Maka pada suatu ketika, Melaka pula diserang dan dijajah oleh kuasa lain (Portugis, 1511). Setelah itu diambil alih pula oleh Belanda pada tahun 1641.

Seterusnya Inggeris menguasai tanah air kita tetapi dengan cara berbeza. Sesuai dengan sistem kapitalis yang dianuti mereka, pendekatan lebih lembut digunakan berdasarkan tawaran keuntungan: permintaan dan penawaran. Tidak ketinggalan melalui ugutan dan ancaman.

Adakah hal tersebut masih berlaku di zaman atau milinium ini? Fikirkan sendiri. Mungkin anda boleh membandingnya dengan globalisasi.

Secara rasminya, zaman penaklukan melalui peperangan telah berlalu. Namun bukan bermakna penjajahan sudah terhenti.

Jika kita buat sedikit kajian, peralihan kuasa sudah bertukar kaedahnya. Ia dilakukan melalui demokrasi dan globalisasi.

Apabila kita merdeka, mahu tidak mahu kita mewarisi sistem yang ditinggalkan British yang menganut faham kapitalis. Turut diwarisi ialah sistem demokrasi.

Asas demokrasi adalah sebagaimana kata-kata Abraham Lincoln: 'dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat.

Dalam proses demokrasi, setiap individu memiliki satu kuasa undi. Rakyat memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Rasionalnya ialah apabila berlaku sebarang natijah, rakyat sendirilah yang akan menghadapi dan menanggungnya.

Sejak merdeka, negara kita sudak melalui 12 kali pilihan raya. Tidak lama lagi pilihanraya yang ke-13 akan berlangsung. Kelompok mana pula yang akan berkuasa kali ini?

Selama 12 penggal negara ditadbir oleh Perikatan atau Barisan Nasional. Tunggaknya ialah UMNO yang mewakili orang Melayu. Hal ini bermakna setelah kejatuhan Melaka 1511, orang Melayu kembali berkuasa di tanah air sendiri mulai 31 Ogos 1957.

Jika dilihat perkembangan mutakhir, hasrat untuk mengubah tradisi ini semakin ketara. Kemenangan tipis BN dalam PRU-12 menguatkan semangat pihak pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan.

Dalam barisan pembangkang, parti yang paling dominan ialah DAP yang dikuasai kaum Cina dan sedikit Ikaum India. PRU-12 dan beberapa PRK menyaksikan keghairahan pengundi cina untuk memilih parti itu semakin ketara.

Terbaru, kajian statistik mendapati setiap 40 orang pengundi baru yang mendaftar, hanya ada seorang Melayu. Hal ini bermakna apabila berlangsung PRU-13, DAP dengan mudah akan menjadi parti terbesar.

Kenyataan Demang tersebut berdasarkan kecenderungan pengundi cina yang mengundi berdasarkan kaum dan parti. Kajian mendapati sejak dulu hampir semua bandar (pertempatan cina) akan mengundi DAP.

Melihat pada analisis keputusan PRK selepas PRU-12, kecenderungan tersebut bukan sahaja berterusan malah semakin ketara.

Maka Demang jangkakan PRU-13 nanti peralihan kuasa hampir pasti akan berlaku. Orang Melayu akan melihat politik negara dikuasai oleh kaum cina.

Maka sejarah baru akan mencatatkan:
1400 Melayu
1511 Portugis
1641 Belanda
1824 Inggeris (Perjanjian London)
1942 Jepun
1945 Cina Bintang Tiga
1946 Inggeris
1957 Melayu
2011 Cina DAP

Masa tu, barulah orang Melayu faham erti 'putih mata'.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)