Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Sunday, October 31, 2010

di penghujung perjuangan...


... yang tak kesampaian.

Semalam Demang terpandang sebuah blog yang dahulunya merupakan pendokong reformasi tetapi kini menjadi penyokong kuat Najib. Sudah tentu bukan blogger itu sahaja yang Demang tahu sudah berpaling arah.

Salah seorang darinya ialah Demang sendiri. 10 tahun dulu sanggup angkut anak bini menghadiri rapat raksasa menyambut kedatangan Bung Anwar Ibrahim sambil melaung istilah keramat; REFORMASI.

Itu, dulu. Sedekad sudah berlalu.

Sekarang, Tun Mahathir masih ada namun sudah tidak menjadi PM. Anwar juga masih bersabung di gelanggang politik meski bukan lagi sebagai TPM. Malah gelaran mantan TPM pun sudah janggal untuk disebut.

2-3 tahun selepas Anwar disabitkan kesalahan jenayah dan dipenjara, gerakan reformasi semakin lesu, cuma belum padam sepenuhnya.

Kealpaan Pak Lah dan anggotanya menjadi modal baru untuk saki baki pendokong Anwar menyalakan semula obor perjuangan.

Kesilapan Pak Lah membebaskan Anwar, segera diambil kesempatan. Maka gerakan menumbangkan kerajaan BN marak semula.

Bak kata pepatah, jong pecah yu kenyang. Isu-isu yang dimainkan PKR ternyata menguntungkan bukan Melayu. Maka DAP menjadi pembawa kayu api sebagaimana surah Al-Lahab.

PAS yang bagaikan rumput di tepi jalan tetiba seperti mendapat baja baru. Kejatuhan UMNO dilihat sebagai satu peluang untuk merebut tahta yang selama ini sekadar di persada angan.

Sayangnya usaha PAS tidak disambut sepenuhnya ummat Islam. Biarpun kemelut BN pada indeks tertinggi namun dalam PRU12 PAS cuma mampu meraih 22 (+1) kerusi.

Perpecahan ummat Islam di Malaysia membolehkan DAP meraih laba. Parti-parti komponan BN bukan Islam merudum dan hampir muflis. MCA kehilangan sekian banyak kerusi; MIC yang selama ini menumpang ehsan UMNO hampir ditolak sepenuhnya; manakala Gerakan terpaksa bergerak turun daripada takhta kerajaan Pulau Pinang.

Mujur masih ramai pemimpin Islam yang cepat sedar. Golongan tersebut termasuk intelektual (ulama), profesional, dan aktivis masyarakat melontar isyarat kepada Pak Lah agar berundur.

Alhamdulillah. Tanpa perlu mempertikaikan siapa salah siapa betul, siapa yang lebih bersalah dan siapa yang lebih betul, Pak Lah bersetuju untuk memberi laluan pada orang lain.

Maka Najib yang merupakan pemimpin paling senior dan paling kanan tika itu diberi amanah memikul tanggung jawab memberi nafas baru pada kepimpinan negara.

Najib tidak sahaja dipertangggungjawabkan untuk memulihkan UMNO dan BN bahkan lebih dari itu, bagi memimpin sekumpulan arkitek pembinaan negara membuka plan baru menuju negara maju.

Hal ini tidak bermakna kepimpinan sebelum ini tersilap catur. Sememangnya perkembangan semasa yang melibatkan perubahan minda masyarakat dunia memerlukan pendekatan baru dalam kepimpinan.

Berbalik pada perjuangan penyokong Anwar Ibrahim. Mereka sepatutnya mengambil alih kerajaan pada 1999. Ketika itu sokongan rakyat hampir sebulat suara terhadap beliau.

Namun ketika itu Anwar gagal mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu. Buktinya, semasa PRU yang diadakan ketika itu MCA, Gerakan, dan MIC memperolehi kerusi yang cukup mantap sehingga banyak keputusan kerajaan merugikan ummat Islam.

Di situlah kita lihat kebijaksanaan Pak Lah dan jemaahnya. Beliau mengambil teladan daripada cara berfikir Rasulullah SAW semasa perjanjian Hudaibiyah. Pak Lah menukarkan keadaan yang dianggap merugikan kepada sesuatu yang menguntungkan dalam jangka panjang.

Contohnya, dalam hal kerajaan terpaksa memberhentikan bantuan untuk sekolah-sekolah agama rakyat, Pak Lah telah memberi laluan pada pengambilan secara besar-besaran guru agama melalui program JQAF. Menukarkan status guru agama bergaji RM400-700 sebulan ke DG41 dengan pendapatan melebihi RM2000 sebulan!!!

Bohonglah kalau bukan Islam tidak mencemburuinya.

Demang percaya guru-guru JQAF menghargai. Jika tidak, bertaubatlah atau berundur terus dari bernaung di bawah Kementerian Pelajaran yang menaja dan (maaf) menyara mereka.

Demang melihat perkembangan PKR bermula dari letupan kuat berjaya membentuk tsunami besar namun hanya mampu menghakis di permukaan sahaja. Jika adapun yang runtuh hanyalah monumen-monumen rapuh yang asasnya tidak kejap.

Perjuangan yang akan membuahkan hasil mesti mempunyai tunjang yang kukuh terasak ke perut bumi. Bukan setakat gah pada penglihatan sahaja berdasarkan isu semasa dan isu peribadi.

Kelak apabila air surut ke laut semula, sampah sarap akan dipungut dan dihapuskan manakala binaan yang teguh menjadi asas pada negara yang lebih mantap.

Demang ulang sekali lagi. Jika PKR hendak berjaya, ia bukan berlaku pada 16 September lepas atau pada PRU13 nanti, sebaliknya tarikh keramat yang dinanti-nanti sudah 10 tahun berlalu.

Sejak Najib mengambil alih pentadbiran terlalu banyak perubahan realistik dibentang pada rakyat. Meskipun tidak semua akan bersetuju namun peratus sokongan terhadap beliau terus bertambah hari demi hari.

Terbaru, masyarakat cina sudah mula beralih arah.

Perkembangan politik semenjak gelombang besar tsunami reformasi memperlihatkan penguncupan sokongan terhadap gerakan itu. Ia bukanlah petanda yang bagus untuk PKR bahkan sudah ramai pemimpin peringkat akar umbi yang diam-diam beralih arah.

Bagi Demang, kepimpinan negara yang ada sekarang sudah memadai untuk kita manipulasikan bagi memacu negara mencapai Wawasan 2020. Barisan kepimpinan adalah alat yang boleh kita manafaatkan untuk kebajikan rakyat.

Demokrasi bukan bermaksud kita perlu menukar kerajaan sesuka hati sebaliknya adalah sistem yang menghalang pemimpin berbuat sesuka hati.

Berpada-padalah.

Wednesday, October 27, 2010

denggi karpal gegar PKR


BH 26/10: Gempa bumi kuat mencetuskan tsunami di kepulauan barat Sumatera, mengorbankan 23 orang dan lebih 160 lagi hilang.

Itu berita semalam di Indonesia. Syukur kerana negara kita bebas gunung berapi.

Namun, kesannya sudah tentu akan menjengah juga ke sini. Sepaling tidakpun tersentak juga emosi kita.

Demang rasa walaupun di sini tiada gempa, namun banyak lagi faktor lain yang boleh mengejutkan kita. Salah satunya ialah apabila peguambela yang diharap-harapkan, tiba-tiba dimasukkan ke hospital kerana demam denggi.

Kalau di Indonesia ramai yang hilang dalam tsunami, di Malaysia makin ramai ahli PKR hilang dari parti itu.

Tuesday, October 26, 2010

oh Azizah...




"walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan." (Najib Razak, 2010)

Tahniah kepada Wan Azizah kerana berusaha untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Namun perlu diingat bahawa kritis dan kreatif tanpa batasan hanya akan menyerlahkan kelemahan sendiri.

Kenyataan Madam Presiden PKR yang disiarkan Harian Sinar itu membuatkan rakyat berfikir, adakah itu sahaja kelemahan Najib? Sepaling tidakpun rakyat akan mempersoalkan kewarasan pemimpin tertinggi PKR yang mendakwa mampu memimpin pakatan pembangkang.

Demang fikir sidungu pun faham bahawa yang dimaksud 'pertahankan Putrajaya' (kuasa politik) itu adalah melalui saluran demokrasi yang dibenarkan.

Maka, apa yang perlu dimohon maaf dan apa yang hendak dimaafkan?

Demang faham, Wan Azizah sedang dalam kecelaruan menghadapi pelbagai tekanan serta ujian. Beliau tersepit antara harapan dengan kenyataan.

Kenangan menjadi isteri TPM dan impian sebagai wanita pertama berbaur dengan realiti menjadi isteri banduan.

Sesuatu yang tidak pernah disangka sedang melanda keluarganya.

Impiannya hanya untuk menjadi seorang doktor serta mempunyai keluarga untuk menyayangi dan disayangi.

Kak Wan lemas dengan permainan politik yang bersimpang siur serta belit membelit.

Sepatutnya Kak Wan sudah boleh berehat.

Barangkali Kak Wan teringat bagaimana Anwar cuba 'memujuk' 32 MP BN untuk merampas Putrajaya pada 16 September tahun lepas.

Sabarlah Kak Wan. Tak semua yang kita rancang akan berjaya. Ada masanya kita perlu akur pada realiti dan insaf dengan takdir Ilahi.

Apa gunanya menang jika tanahair porak peranda. Kadangkala kekalahan itu lebih dihargai.

Sunday, October 24, 2010

Sultan Pahang dan sejarah Melaka


Daulat Tuanku

Demang Lebar Daun merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah

Sempena Hari Keputeraan Baginda pada 24hb Oktober 2010.

Hanya jauhari mengenal maknikam. Maka Demang amat menyokong calon SPM wajib lulus mata pelajaran Sejarah.

Bukan itu sahaja. Pendekatan dan sudut pandangan mata pelajaran sejarah juga wajib diubah. Jangan lagi menggambarkan orang Melayu suatu ketika dulu dalam keadaan daif sehingga menggunakan keris dan lembing sahaja berbanding Portugis yang menggunakan bahan letupan.

Wajarkah empayar Melaka yang bersahabat dengan empayar Cina tidak tahu menggunakan senjata api padahal kuasa Cina tersebut sudah lama menggunakannya?

Jangan lagi menggambarkan orang Melayu hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang tatkala Melaka menjadi pusat perdagangan terhebat sekitar 1400-1511. Pelabuhan Melaka tika itu mampu mengendali sehingga 2400 buah kapal dalam satu masa dan mempunyai EMPAT orang Shahbandar.

Peri ramainya pedagang disebut bahawa terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan oleh pedagang di Melaka. Sekaligus menceritakan betapa Melaka adalah kota metropolitan. Bacalah syair Sinyor Costa.

Pekak dan butakah orang Melayu waktu itu? Di gua manakah mereka tinggal atau di teratak dan gobok usang mana? Akan lari menyorok ke dalam hutan kah orang Melayu tatkala orang sibuk berjual beli di pelabuhan?

Sedarlah bahawa kerajaan Melaka menguasai perdagangan antarabangsa sehingga mampu menyediakan Undang-undang Laut Melaka untuk digunakan di perairan empayar Melaka yang menjadi nadi perdagangan dunia. Jika Melaka ditutup, maka terhentilah aktiviti perdagangan di Venice seterusnya matilah urusan perniagaan seluruh dunia.

Itulah yang dimaksudkan dengan ungkapan 'Melaka sebagai Venice Timur' dalam buku teks sejarah. Namun ramai guru yang menafsirkan sebagai ' Melaka setanding dengan Venice'. Jika demikian, ia sekadar menggambarkan Venice lah yang pertama manakala Melaka yang kedua!

Demang gabungkan perutusan sempena kelahiran Sultan Pahang dengan sejarah Melaka untuk orang yang memahami bahawa ia memang sesuatu yang berkait rapat.

Bagi yang buta sejarah, bolehlah ambil SPM semula dan tak perlu komen apa-apa.




Sumber:
http://malaysiaheaven.blogspot.com/2010/10/ulang-tahun-hari-keputeraan-sultan.html

Saturday, October 23, 2010


Demang tertarik dengan artikal tok guru Demang dulu. Maka Demang salin semula di sini:

KLCC asalnya adalah Padang Lumba Kuda mula beroperasi dizaman Tunku Abdul Rahman. Sekitar awal tahun 1990 telah dibeli oleh Ananda Krishnan (Maxis) dengan memujuk Petronas untuk Joinventure membangunkan asalnya sebagai menara Telekomunikasi.
Ananda Krishnan membeli dengan nilai yang agak murah dan menawarkan kepada Petronas dengan nilai tinggi empat kali ganda. Nilai empat kali ganda itu dinilai dalam bentuk saham bernilai 51 peratus. Petronas membeli saham 51 peratus itu dengan modal untuk membangunkan KLCC.

Saya antara pemuda yang lantang bercakap sebagai wakil Pahang dalam perhimpunan Agung UMNO Malaysia 1992 menentang keras kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana begitu serius untuk membina KLCC.

Saya mempersoalkan Tun DM apa perlunya Petronas membazirkan wang untuk membina bangunan 85 tingkat tersebut. Saya menganggapnya ia adalah satu projek rasaksa atau gajah putih yang membuang duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Luar Bandar dan pembangunan pendidikan rakyat. Kerana pada masa itu Luar bandar belum begitu sempurna dan pendidikan begitu ramai yang memerlukan dana dan biasiswa.

Saya, seperti pembangkang sekarang bising dengan alasan bangunan itu akan mendatangkan kesesakan trafik dan akan menjadi bangunan hantu kerana kosong tidak ada siapa yang akan menyewa kerana terlalu tinggi lantaran kos pembangunannya tinggi.
Saya, juga menyatakan pendirian pemuda bahawa menolak projek mewah dan tidak puas hati dengan Tun DM yang mengutamakan sector bandar dari luar bandar.

Saya juga mempertikaikan Tun DM jika serius untuk membuat membangunkan KLCC apa perlunya dengan Ananda Krisnan yang hanya memperkayakan India itu. Mengapa kerajaan tidak mencari tanah lain?. Perwakilan pemuda dalam dewan berkeriau menjerit menyokong saya. PM Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, hanya ketawa dan seakan-akan menyokong saya sama. Orang bertepuk dia pun bertepuk tangan.

Saya keluarkan cerita raja singa dalam ucapan itu kerana saya mahu menggambarkan bahawa Tun DM tidak mendengar pandangan pemuda dan ingin meneruskan juga pembangunan KLCC. Sehingga pada malam tersebut ada satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Tun DM ada menyentuh bahawa wakil Pemuda Pahang terlalu ganas ucapannya, saya diberi tahu demikian.

T DM meneruskan juga KLCC. Apabila KLCC siap dibina, perasmian gilang gemilang KLCC dilancarkan. Seluruh dunia dimedia-media mengeluarkan gambar KLCC dan Malaysia mula kenali menerusi menara berkembar yang agak aneh didunia. Pelancung datang berebut untuk melihat dan bergambar diKLCC.

Hari ini KLCC, sangat sinonim dengan imej Malaysia sebagai satu bangsa yang bertamadun tinggi. Pelawat luar negara tidak sah kalau tidak bergambar dibelakang bayang KLCC. Dan Kehidupan disekitar KLCC boleh jadi meriah dan tumbuh pesat perniagaan. Berpuluh ribu hidup atas sumber rezki KLCC.

Hari ini saya mengaku bahawa kelantangan saya dahulu berdasarkan sudut pandangan semasa dan kritis kepemudaan. Saya tidak nampak apa yang beribu tahun kehadapan. Rupanya pemimpin lagi jauh pandangan mereka. Itulah kelebihan T DM.
Sekarang saya hendak bertanya kepada anda sekelian siapa kata KLCC tidak berguna kepada rakyat dan negara ?. Jika dikatakan tidak berguna berikan alasannya?. Saya nampak tidak ada. Jika dahulu saya yang menentang T DM berani secara terbuka mengakui bahawa KLCC banyak manfaatnya maka orang lain tentu berfikiran lebih baik dari saya.

Apa yang saya tidak puas hati sekarang Petronas yang tidak menghiraukan minat bumiputera untuk melibatkan diri berniaga diKLCC. Terlalu terhad peluang bumiputera mendapat ruang disana. Petronas banyak songel bila ada permohonan bumiputera untuk mendapatkan ruang niaga. Petronas sudah lupa daratan. Sepatutnya KLCC itu mesti ada khas sekurangnya 30 peratus bumiputera. Petronas sebagai GLC harus peka kepada ikut sama membangunkan usahawan bumiputera. Jika telah dilaksanakan buktikan !. Saya belum nampak.

Keadaan sekarang samalah tentangan terhadap pembinaan Bangunan menara Warisan merdeka. Pembangkang pun mulalah bergendang tin kosong memekak telinga. Bukan itu sahaja, ramai juga yang lain menentang. Tetapi bila bangunan itu terdiri dan berjaya merekalah bising jika orang-orang mereka tidak mendapat ruang perniagaan disitu.
Justeru itu, jika PNB sudah jelas visionnya teruskan sahaja. Pedulilah apa orang kata. Yang penting ia tetap memberi manfaat jauh dimasa hadapan.
Saya tetap angkat topi kepada Tun Dr Mahathir kerana jiwanya yang keras membangunkan KLCC yang menjadi lambang Malaysia sebuah negara maju dikaui oleh dalam dan luar negara.


Tulisan asalnya di http://suaramajlis.blogspot.com/2010/10/menara-warisan-merdeka-ditentang-keras.html

Friday, October 22, 2010

kerajaan bunuh bayi


BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana.

Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya.

Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.

Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber.
China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP

Pak Teh: bertuah jugak dok di Malaysia...

Disalin daripada:
http://prebetsapus.blogspot.com/2010/10/wanita-hamil-dibelasah-dipaksa-gugur.html

Wednesday, October 20, 2010

Layakkah? Melaka MAJU 2010 2010 2010




“Wah, boleh kirim ke?” suatu suara kedengaran bertanya.

“Mana tau kalau ada rezeki..!” jawab yang lain.

Demang memerhatikan sahaja seorang ustazah mengutip keratan kertas daripada beberapa orang guru.

“Eh, yang tak setuju Melaka maju pun teringin jugak?” satu suara lain menyampuk.

Ustaz yang ditegur tersengih-sengih. “Tok Guru kata, bagi gula... kacau. Bagi kain... pakai.”

“Boleh ke main kirim je?” suara yang lain mencelah.

“Sebenarnya, cabutan bertuah tu untuk galakkan orang ramai hadir, bukannya galakkan kutipan kertas cabutan bertuah.” sahut Demang.

“Ah, kalau tak buat cabutan bertuah, siapa yang nak pergi?” satu suara menyindir.

“Memanglah. Sebab kita bukan peduli sangat tentang negeri kita. Nak maju ke, nak mundur ke, atau dok setakat tu je...” Demang dah mula geram. Yang kita suka buat ialah jika kerajaan silap, kita kutuk dan gelakkan. Sumbangan kita? Untuk hadir sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada kerajaan sendiri pun tak mau. Dah la tu... kutuk pulak!

“Betul, betul, betul... kalau pasal bonus, bukan main lagi...” satu suara menyokong Demang.

“Itu tanggungjawab kerajaan.” Seorang guru bergaji RM3 ribu lebih menyampuk.

“Betul. Itu tanggung jawab kerajaan. Ertinya, itu menunjukkan kita mempunyai kerajaan yang bertanggung jawab. Jadi, nak apa lagi? Oh ya, bila Kelantan nak isytihar sebagai negara maju?” sindir Demang. Seperkara lagi, bonus bukan tanggungjawab kerajaan. Kita cuma berhak dapat gaji.

“Bonus tu bergantung samada kerajaan ada duit atau tidak. Ia berkait rapat juga dengan status negara maju, membangun, atau miskin. Kalau negara miskin, jangan harap kita boleh dapat bonus.” Demang menambah.

Situasi di atas berlaku di sebuah bilik guru. Entah berapa banyak lagi bilik guru yang menyaksikan situasi yang serupa di Melaka hari ini.

Hari ini, 20/10/2010 upacara perisytiharan Melaka sebagai negeri maju akan berlangsung pada pukul 2010 (8.10 malam). Maka secara uniknya ia akan berlaku pada:

Masa: 2010
Tarikh: 2010
Tahun: 2010

Sebagai galakan, kerajaan Melaka menyediakan hadiah menarik untuk hadirin yang bertuah. Antara hadiahnya ialah sebuah rumah.

Layakkah Melaka mencapai negeri maju hari ini?

Jemputlah datang ke Melaka dan rasakan sendiri.

Bagi Demang yang lahir di Kedah, membesar di Pahang, ibu bapa kini di Selangor, pernah tinggal di Pulau Pinang selama empat tahun dan kini menetap di Melaka sejak 1996, alhamdulillah. Terasa perbezaannya berada di negeri Hang Tuah ini.

Negeri ini memang negeri bertuah.


foto:
Straits Mosque, Melaka
beautifulmosques.com

Tuesday, October 19, 2010

prokomunis di UIA?




Antara nama yang muncul ialah Hishamudin Rais, sahabat lama Anwar yang akhirnya bergelandangan ke serata dunia setelah tidak diterima bumi sendiri.

Jangan sampai mati nanti tak diterima bumi pulak...

UMNO tak perjuang Islam?


AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.


UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.


Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.


Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.


Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.


Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.


Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam

Sumber Utusan, Awang Selamat
(disalin daripada http://www.papagomo.com/2010/10/apa-jasa-parti-anak-setan-pas.html)

Sunday, October 17, 2010

siri video Anwar


Pak Teh terserempak dengan blog Panglima Perang Cyber sebentar tadi. Sebenarnya istilah terserempak kurang sesuai sebab Pak Teh memang selalu mengikuti blog tersebut.

Yang Pak Teh maksudkan 'jumpa secara tak sengaja' tu ialah video tersebut...

Dan, tanpa sengaja jugak Pak Teh lihat ikon video dalam blog itu.

Namun, semasa mengkliknya, memang Pak Teh sengaja... klik

Azmin kata 'pariah'


“Panggilan ini adalah satu penghinaan walaupun ia ditujukan kepada seorang pemimpin India (N. Gobalakrishnan) tapi perlu kita ingat di belakang beliau mungkin ada beribu atau beratus penyokongnya yang berbangsa India.”

Demikian ujar Ketua Penerangan MIC, YB P.Kamalanathan dengan kecewa. Beliau mengulas panggilan ‘pariah’ yang dituturkan calon timbalan PKR, Azmin Ali terhadap N. Gobalakrishnan.

Demang langsung tidak terkejut dengan kejadian itu. Selama ini pun memang kerjasama antara mereka dalam PR atau PKR hanya bersifat kepentingan semasa. Malah hampir tidak ada plan jangka panjang yang dibuat bersama. Yang ada hanyalah cetusan-cetusan idea daripada penasihat PKR dan kemudiannya disokong oleh semua atas prinsip bahawa apa sahaja yang boleh menjatuhkan UMNO-BN wajar disokong kerana kejatuhan BN adalah kemenangan bagi kaum bukan Melayu.

Demang katakan ‘kemenangan bukan Melayu’ bukan atas dasar perkauman sebaliknya kerana kesedaran cintakan negara. Bagi yang mengikuti penulisan Demang selama ini pasti memahami bahawa Demang meletakkan keselamatan dan keharmonian negara sebagai agenda utama.

Barangkali perlu diulang sekali lagi bahawa Demang tidak sekali-kali membenci kaum lain sebaliknya yang Demang marahkan ialah para pemimpin pembangkang (Melayu, Cina, India) yang sanggup memperjudi masa depan negara sendiri demi politik.

Mungkin mereka ada negara lain untuk berhijrah nanti!

Bagaimana pengundi cina boleh sepakat mengundi pembangkang dalam PRK12 jika tidak ada pemimpin rasis yang menghasut mereka?

Anwar Ibrahim sendiri seorang pejuang kebangsaan yang tegar! Nak nafikan?

Malaysia cukup bertuah kerana Najib dan teamnya sentiasa mengambil tindakan yang menguntungkan semua pihak. Demang semakin yakin yang Najib akan diberi mandat baru selepas PRU13 oleh rakyat.

Demang percaya, ada hikmahnya pemecatan Anwar daripada kerajaan.

Saturday, October 16, 2010

Anwar main catur, Najib yang menang


"Nak kopi lagi, Nuar?"
"Cukup, cukup... minum kopi ni teringat kat Sepol lak..."



Pak Teh tak ragu-ragu yang Azmin akan terus menguasai PKR selaku Timbalan Presiden sambil dikuasai Anwar dari belakang.

Azmin akan ditentang Zaid Ibrahim yang dipercayai akan hilang ‘wang pertaruhan’ serta Mustafa Kamil yang tidak diketahui asal usulnya.

Demikianlah sandiwara politik PKR di tengah-tengah kemelut diri personaliti yang mereka junjung, saudara Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Anwar sebagaimana dijangka telah menarik diri sebagai memenuhi sebahagoan daripada agenda mereka manakala seorang lagi calon, Khalid Ibrahim terpaksa mengundur diri bagi mengelakkan dari terus dinyah dari kerusi MB.

Dalam pada itu Najib terus menambah populariti dan sokongan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Terbaru, melalui cadangan budget yang dibentangkan petang semalam.

Bak kata seorang lelaki yang Pak Teh temui di kedai runcit semalam: “semua orang dapat bahagian masing-masing.

Pak Teh: “Alhamdulillah...”

Friday, October 15, 2010

Bonus oh bonus


Sebentar lagi jutaan rakyat Malaysia akan mencari pelbagai saluran bagi mengikuti pembentangan belanjawan oleh DS Najib Tun Razak.

Demang percaya daripada ramai-ramai itu, tidak ramai yang akan peduli perkara-perkara berkenaan faedah jangka panjang yang akan dibentangkan. Kebanyakannya hanya akan memberi tumpuan pada cetusan-cetusan bersifat semasa seperti kenaikan harga rokok, tarif baru tol, dan sebagainya.

Berita yang sudah tentu ditunggu-tunggu ialah: adakah kerajaan akan mengeluarkan bonus untuk kakitangan awam?

Bagi Demang pemberian bonus tersebut amat penting walaupun Demang tahu ada rakan-rakan yang Demang kenali menggunakan sagu hati hari raya baru-baru ini (RM500) untuk menukar ‘sport rim’ atau membelanja ahli keluarga ke Alai untuk menikmati ikan bakar. Selain itu ramai juga yang bertukar fikiran dengan membeli pakaian import dan berjenama setelah menerima wang tambahan tersebut.

Tentulah perbuatan tersebut tidak salah. Itu hak masing-masing. Nak beli apa pun, ikut suka hati mereka lah. Cuma Demang ralat apabila mereka marahkan Pak Lah suatu ketika dulu kerana tidak membayar bonus seolah-olah tanpa bonus tersebut ahli keluarga mereka akan mati kelaparan atau ke sekolah tanpa pakaian!

Demang hargai keluarga yang menggunakan wang tersebut untuk pulang berhari raya ke kampung, walhal sebelum itu terpaksa menangguhkannya kerana tidak mempunyai budget untuk itu.

Thursday, October 14, 2010

AWAS muslihat terakhir Anwar


Memang melucukan walaupun ia bukan dibuat untuk tujuan itu.

Seisi keluarga Pak Teh tidak dapat menahan tawa melihat rakaman video pemilihan PKR. Tak heranlah apabila seorang pemimpin PKR sendiri mengatakan PKR guna sistem cacamarba!

Bayangkan, seorang ahli PKR sedang menandakan nama pemimpin yang dipilihnya di atas sebuah meja bulat yang berdekatan antara satu sama lain. Seorang pengawas memerhatikan 'aci' itu membuat pilihan sambil bercakap sesuatu.

Kemudian, terdengar suara seseorang menjerit: “Hei, jangan ajar dia la..”

Walaupun Pak Teh kata tadi, “bayangkan...” tetapi ia bukan sekadar bayangan sebaliknya kejadian yang benar-benar berlaku dalam pemilihan PKR!

Namun jika anda mahu cuba membayangkan, bayangkanlah bagaimana jika PKR memerintah dengan sistem baru yang hendak dicubanya?

PKR perlu menggunakan sistem baru kerana itulah janji mereka: UBAH!

Sementara itu Cheguman memberitahu Pak Teh:

"Anwar memang sedar dominasi bukan Melayu dalam PKR. Bagi mengelakkan perkara itu maka Anwar cuba mencatur orang-orangnya bagi menyekat laluan orang bukan Melayu dalam PKR. Langkah tersebut dengan mudah dikesan dan akibatnya seluruh rakyat Malaysia boleh menonton dan membaca sendiri komen-komen dan protes terbuka beberapa pemimpin bukan Melayu."

"Usaha terakhir yang Anwar cuba buat ialah dengan menghalang pencalonan Nurul Izzah. Namun konsep ketelusan yang dilaungkannya selama ini menjadi senjata makan diri apabila ahli (Melayu) akar umbi yang kurang sedar bahaya yang sedang mendatang melakukan protes terbuka. Dalam situasi sekarang Anwar nampaknya tersepit di tengah pelbagai tekanan dan kepentingan. Buat masa ini tidak nampak ruang untuk Anwar melepaskan diri, melalui saluran biasa. Yang kita bimbang ialah Anwar akan cuba mencetuskan 'letupan' baru bagi mengalih pandangan rakyat ataupun, cara lain ialah dengan mengheret negara ke dalam kemelut antarabangsa yang sengaja dicipta atau melakukan sesuatu agar Amerika perlu campur tangan dalam politik Malaysia."

"Awas! orang yang kelemasan sanggup buat apa sahaja, termasuk memeluk dan menarik sahabat yang cuba membantunya ke dalam lubuk."

Lihat foto ini, apa persamaan mereka?






Pak Teh: "tak kata apa-apa..."

Wednesday, October 13, 2010

Ranting PKR patah lagi


Tergelak Pak Teh lihat foto dalam blog sahabat Demang, Desperado. Kreatif dan sesuai dengan artikalnya.

Nampaknya satu persatu ranting PKR terkulai layu. Biasanya fenomena begitu akan melarat ke dahan pula. Dari dahan menjangkit batang dan jika ia meresap ke akar alamatnya rebahlah menyungkur di bumi.

Terbaru, di Pahang. Berikut adalah artikal yang Pak Teh kutip daripada blog Desperado itu:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Lepar Utara dibubarkan selepas kesemua 215 anggota ranting itu pada Selasa menyertai UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut.


Penyerahan borang keahlian UMNO disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan, Abdul Rahim Darus kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman pada satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat UMNO Paya Besar di sini, pada Selasa. Ketika ditemui pemberita, Abdul Rahim, 61, berkata beliau mewakili bekas ketua ranting itu Shamsuddin Md Hassan yang kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Katanya keputusan kesemua mereka termasuk Shamsuddin untuk menyertai UMNO adalah kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi. Ahmad Tajuddin berkata keputusan kesemua bekas anggota PKR itu untuk menyertai UMNO membuktikan PKR bukan parti yang sesuai untuk dipilih rakyat.

Katanya, kesemua mereka akan diserapkan menjadi anggota UMNO Cawangan Lepar Utara yang baru ditubuhkan dua bulan lepas dengan 75 anggota.

Keterangan foto:
Penasihat merangkap suami kepada Presiden PKR dan juga ayah kepada pemimpin penting PKR, sedang bertungkus lumus menafikan PKR ada masalah dalaman.... agak Pak Teh la.

Sumber:
http://pilihan-anda.blogspot.com/2010/10/pkr-dah-tinggal-batangranting-patah.html

Tuesday, October 12, 2010

Rosmah buat apa?


Walaupun pada peringkat awal, ramai orang serta orang ramai cuba memandang sinis terhadap kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri namun secara beransur-ansur Rosmah Mansur berjaya memperbaiki persepsi negatif orang ramai terhadapnya.

Demang, meskipun kurang gemar dengan Rosmah, barangkali kerana terpengaruh dengan ramai orang serta orang ramai yang sentiasa cuba memperlekeh apa sahaja yang datin seri itu buat, namun akhirnya terpaksa mengakui bahawa sekurang-kurangnya Rosmah sedang melakukan sesuatu menggunakan kelebihan dan kedudukan yang dimilikinya.

Lihatlah bagaimana beliau sedang cuba melakukan sesuatu terhadap nasib kanak-kanak di seluruh dunia. Sebelum ini beliau bersungguh-sungguh memberi tumpuan pada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun melalui program Permata.

Sekarang Rosmah sedang berjaya menganjurkan persidangan ister-isteri presiden dan perdana menteri dari seluruh dunia. Siapa sasaran mereka? Kanak-kanak dari negara miskin. Negara yang bagaimanakah yang masih ramai rakyat miskin dan kanak-kanak mereka buta huruf?

Maaf, kebanyakannya adalah negara yang kononnya menganut Islam. Padahal Islam sudah lengkap bagi menjayakan ummatnya dalam menghindari kemiskinan!

Demang sempat belajar mengenai pendidikan kanak-kanak sehingga ke peringkat ijazah. Justeru Demang tahu bahawa perkara yang sedang dilakukan Rosmah bukanlah perkara kecil sebagaimana kata Imam Al-Ghazali: “mendidik kanak-kanak di bawah usia enam tahun adalah seperti memahat di atas batu.”

Dengan kata lain, jika salah didikan di usia awal kanak-kanak maka sukarlah untuk diperbetulkan semula.

Maka Demang sempat bertanya pada diri sendiri; adakah aku sedang melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang aku ada dan mampu?

Setakat handal mengkritik dan asyik memandang sinis pada orang, lembu di belakang rumah Demang pun mampu melakukannya!



Tambahan:
Kenapa Demang gandingkan perkataan 'orang ramai' dan 'ramai orang'? Kerana nak menunjukkan bahawa ramai orang yang menghasut orang ramai agar meyebelahi mereka.

Rahimi cabar PKR


Masa mula-mula Anwar dipecat dulu, Pak Teh pun ikut memprotes jugak. Bukan Pak Teh sahaja, hampir semua yang Pak Teh kenal ikut menyokong Anwar.

Namun apabila satu demi satu perkara tersingkap dan terungkap (bak kata Demang), Pak Teh menjadi semakin kurang percaya dengan pihak yang melaungkan reformasi itu.

Kemusykilan Pak Teh terhadap perjuangan PKR ini makin bertambah dengan kejadian terbaru.

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Muhamad Rahimi Osman hari ini mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk segera mengambil tindakan terhadap ahlinya yang berlagak seperti samseng bagi menghalangnya daripada membuat sidang media selepas membuat dua laporan polis di IPD Klang Rabu lalu.
Tegasnya jika benar dakwaan kepimpinan PKR bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media yang dibuat baru-baru ini bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan tersebut.
”Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media dan kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar saya telah diganggu?
“Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan kekecewaan dengan sikap ahli-ahli dan pemimpin PKR kerana mereka tidak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka dibayar dan dibeli.
“Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar Ibrahim bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran.
”Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Dato Seri Najib dan Isteri.


Teringat Pak Teh pada kata-kata Cheguman "jong pecah yu kenyang"

Pak Teh dok tengok banyak juga yu/jerung sedang berkeliaran sekarang.

Sunday, October 10, 2010

BN sudah bersedia untuk PRU13



Berikut artikal yang Demang kutip daripada blog sahabat merangkap tok guru Demang, Dato’ Azizan Yaakob: http://suaramajlis.blogspot.com/2010/10/roket-bn-diketinggian-63-darjah.html

KAJIAN persepsi terhadap politik dan kepimpinan negara Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) Barisan Nasional tetap relevan bagi menghadapi PRU 13. PRU 12 (2008) sokongan BN hanyalah 51%. Pada 18 Ogos lalu UIAM merumuskan hasil kajian sokongan kepada BN melonjak 12 persen. Kini pada status 63 peratus menjunam diudara. Kedudukan Pakatan Rakyat jatuh ke 37 persen dari 49% menuju paras bumi.

Peningkatan itu terkesan dari beberapa rasional nyata: Pertama, Keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar yang terangkum dalam 1Malaysia PM Najib. Kedua, Apa yang dicanang oleh Pakatan Rakyat adalah terbalik kuang. Rakyat dapat menonton wayang kulit, ianya bukan berlaku dalam BN sebaliknya berlaku dalam PR sendiri.
Ketiga, Pergeseran dalaman parti-parti PR bahang dan pukulannya diterima oleh rakyat jelata seperti apa yang terang-terang terjadi di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini adalah sebab-sebab yang mendasari BN tetap relevan.

Terdapat peningkatan sokongan masyarakat Melayu dan China. Tetapi sokongan kaum India merudum. Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk USM, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad UIAM dan Hamdan Mohamad Razali UiTM tersahut untuk mengatakan kajian ini dipercayai dan benar bahawa BN masih relevan dan menyarankan supaya didedah kepada umum supaya lebih telus dan adil kepada semua pihak.

Sumber berita: Utusan Malaysia Okt 9, 2010 / 8




Sukalah Demang mengingatkan DUA perkara ekoran situasi positif tersebut:

PERTAMA; biarpun BN sudah boleh menyertai PRU13 dengan lebih mantap tetapi para PEMIMPIN parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, dan MCA jangan sekali-kali bersantai dan berperangai macam dulu sebab walaupun rakyat menerima BN namun pemimpin BN yang TERUK tetap akan ditolak!

KEDUA; walaupun para pembangkang dan blogger mereka tidak lagi dipercayai rakyat namun kami, blogger yang selama ini menyokong kerajaan akan terus membongkar segala salah laku para pemimpin BN yang korup agar rakyat dapat menghumban mereka keluar daripada arus perdana pentadbiran Malaysia.

Demang percaya, negara kita sedang memasuki era baru dunia dengan lebih yakin namun penuh waspada.

Kita bergerak sekarang dan tinggalkan sahaja yang banyak kerenah dan suka membangkang.

Saturday, October 9, 2010

musim PRK bermula lagi

BH 09/10: Ahli Parlimen BN Batu Sapi, Sabah, Datuk Edmund Chong, 54, terbunuh apabila keretanya terbabit dalam nahas di Kota Kinabalu.

Bagi demang PRK di Sabah nanti bukan ujian keberkesanan pentadbiran Najib sebaliknya ujian kesetian pemimpin di situ kepada BN yang merealisasikan kemerdekaan rakyat Sabah.

ia juga ujian kepada pegundi bukan Melayu samada dapat mengekalkan setiakawan di saat diperlukan.

Surat sumpah Rahimi Osman



Inikah surat sumpah yang ditakuti Anwar?

Inikah agaknya yang menyebabkan chauvinis DAP melancarkan langkah terbaru dalam gerakan menawan Tanah Melayu melalui arahan agar pengerusi MCA Bukit Bintang menyertai PKR semalam? Yakni bagi membantu PKR agar tidak roboh?

Ya, setiap kali PKR kacau bilau maka bantuan segera daripada MCA pun tiba.

Adakah satu kebetulan?

Sah, PKR akan dikuasai kaum Cina


Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR.

Lee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara.

Tindakan tersebut membuktikan terdapatnya usaha terancang bagi mematikan MCA dan memindahkan para pengundi cina ke puak pembangkang.

Sebelum Demang membawa anda pada implikasi terhadap senario politik negara, terutamanya survival ummat islam, eloklah kita fahamkan dulu situasi semasa yang membawa pada tindakan pengerusi MCA tersebut.

Bagi Demang, keputusan tersebut tidak dibuat seorang diri dan bukan keputusan peribadi sebaliknya beliau hanya memenuhi agenda chauvinist cina bagi mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Sebelum itu juga Demang ingin mengingatkan bahawa Demang tidak sekali-kali anti orang cina sebaliknya yang Demang marahkan ialah golongan ahli politik cina yang gemar hidup melalui eksploitasi terhadap bangsa mereka sendiri.

Golongan tersebut sanggup memperjudikan nasib anak bangsa mereka sendiri yang akan berdepan dengan pemberontakan orang Melayu jika kaum bukan Melayu mengambil alih kuasa.

Adakah golongan pemalas yang cuba menjadi juara orang cina itu tahu bahawa orang melayu tidak sekali-kali akan rela kaum lain menjadi pemerintah?

Benar, sebahagian daripada orang Melayu telah mengundi pembangkang dalam PRU12. Namun mereka bukan hendak menukar kerajaan. Mereka hanya ingin memberi peringatan kepada pemimpin UMNO!

Memang pihak pembangkang ada peluang untuk menang dalam PRU13 jika orang Melayu terus terpecah namun itu tidak bermakna mereka akan membiarkan sahaja bukan Melayu menguasai parlimen. Lihatlah di Pulau Pinang bagaimana orang kampung memulangkan semula wang yang diberi atas alasan wang haram. Padahal adakah selama ini wang dan bantuan yang mereka terima daripada BN itu bersih dan halal seratus peratus?

Isu sebenar di Pulau pinang itu bukan soal wang daripada sumber haram TETAPI kerana mereka tidak rela berketuakan orang DAP!

Jika di Pulau Pinang yang sudah lali berketuakan kaum cina pun boleh membantah, bagaimana dengan negeri lain?

Inilah yang Demang gusarkan.

Soalan Demaang: adakah pemimpin cina seperti Lee chong Meng faham perkara ini? Jika mereka faham bermakna mereka sengaja meletakkan anak bangsa mereka sendiri berdepan dengan suasana yang tidak aman selepas PRU13.

Bagi Demang, pemimpin cina yang begitu adalah PENGKHIANAT kepada anak bangsa mereka sendiri.

Thursday, October 7, 2010

Isu Anwar: terbelit dengan andaian



Bagi memujuk hati yang mula was-was, seorang teman membuat andaian bahawa barangkali orang UMNO yang mengupah Rahimi buat sidang media pendedahan terbaru. Kemudian UMNO juga yang mengupah orang mengganggu sidang media itu.

Wah, mudahnya andaian!

Tadi, Pak Teh lihat link di blog-blog sahabat rupa-rupanya puak yang buat kacau tu sememangnya orang kuat PKR merangkap orang Anwar. So?

Kalau begitu Pak Teh pun boleh buat andaian sebagaimana teman Pak Teh tadi yang sejak akhir-akhir ini makin melalut bagi alasan yang dia sendiri tak yakin.

Andaian Pak Teh dalam kes Anwar: mungkin orang UMNO yang upah lelaki-lelaki 'jambu' itu untuk mendekati Anwar dan menjadi pembantu. Kemudian, orang UMNO juga yang mengupah para pembantu Anwar itu silih berganti menggoda Anwar. Akhirnya orang UMNO memberi upah lagi kepada mereka untuk membuat pendedahan. Kemudian orang UMNO pun mengupah orang lain untuk mengganggu lelaki-lelaki itu. Kemudian orang UMNO mengupah lelaki-lelaki itu menarik balik pendedahan. Kemudian orang UMNO juga yang...

Ish... melalut-lalut lak andaian Pak Teh. Banyak sangat baca blog pembangkang lah ni...

pendedahan terbaru bekas pembantu Anwar



Belum selesai kes Saiful, muncul pula isu terbaru bekas pembantu Anwar. Lupa pulak Pak Teh namanya. Yang pasti, beliau bukanlah Azizan atau Munawar.

Kata seorang sahabat Pak Teh, apa salahnya sebab itu masalah peribadi. Di barat, gay pun boleh jadi presiden. itu hak peribadi.

Tapi Pak Teh tak percayalah yang Anwar seorang gay. Mana mungkin bekas presiden Abim begitu.

Cuma yang Pak Teh tertarik, bekas pembantu Anwar yang ini pun mempunyai iras-iras wajah Azizan campur wajah Saiful sikit-sikit, dan imbas-imbas Azmin pun ada.

Kebetulan kot?


bacaan lanjutr:
penembak-tepat.blogspot.com/2010/10/kandungan-laporan-polis-rahimi-osman.html

Tuesday, October 5, 2010

Keluarga Azmin Ali 'pejuang rakyat'



Wah, tahniah Azmin Ali. Sebuah keluarga bahagia.

Aik... kereta apa yang warna merah kat belakang tu?

REFORMASI... rEForMasI rEfORmASi... he he...

Pak Teh: ternganga walaupun belum nak menguap!

Sumber:
Blog GAP.

DAP hasut pelajar USM


Suatu ketika dulu, yang belum begitu lama berlalu, DAP mengutuk BN yang kononnya mengeksploitasi pelajar universiti.

Itu jugalah salah satu dakyah yang dengan mudah diterima pelajar universiti. Ya! Mereka telah diperalat kerajaan!

Namun belum lama memerintah, DAP bertindak lebih buruk lagi apabila secara terang-terang menceroboh IPTA dan menghasut pelajar.

Bagaimana jika mereka memerintah kerajaan pusat?

Pak Teh selaku alumni USM membantah keras pencerobohan DAP itu.



Sumber asal:
Blog Buaya Merah

Monday, October 4, 2010

jeritan REFORMASI bergema lagi



REFORMASI... REFORMASI... REFORMASI... REFORMASI... REFORMASI...

Demikianlah gema (kalaupun bukan gelema) laungan kira-kira 5000 buah kerusi kosong di dewan tersebut.

Pak Teh: "huwaaa... hmm.. ngantuk!" (nguap sambil mulut tutup).

Sunday, October 3, 2010

Tun Mahathir akan bersama kita 2020

BH 03/10: Dr Mahathir semakin sihat selepas terima rawatan antibiotik dan fisioterapi di Hospital Epworth Melbourne, perlu terus berehat di wad biasa.

Alhamdulillah. Insya-Allah Tun akan terus sihat sekurang-kurangnya dapat bersama-sama meraikan pencapaian negara di tahun 2020.

Insya-Allah, marilah kita bersama meletakkan kepimpinan Islam di bumi Melayu ini berasaskan realiti, bukan sekadar impian bersandar pada andaian 'DAP dah menerima Islam'.

Allahu Akbar.

Friday, October 1, 2010

dari segi hukum Anwar tak layak jadi imam


Demang tiba tidaklah awal sangat. Anwar sudah sampai lebih dulu, cuma dia tidak terus masuk ke dalam. Dia sedang memperkatakan sesuatu pada kawan-kawannya di tepi masjid itu.

Setelah singgah sebentar mendengar sembang Anwar, Demang melangkah ke ruang solat. Rasa bosan pula dengan borak Anwar yang tak habis-habis berlagak lebih pandai dari orang lain itu.

Najib kelihatan duduk di saf pertama diapit beberapa jemaah yang tiba lebih awal. Antaranya, Pak Ghafar. Lelaki itu tenang di belakang imam yang sedang bersedia untuk memimpin solat Maghrib.

Seketika kemudian Mat Rahmat melafazkan qamat dan para makmum segera berdiri.

Tak semena-mena Demang lihat Anwar bergegas ke depan sehingga terlangkah kepala beberapa orang jemaah yang agak uzur yang terkial-kial hendak bangun.

Beberapa jemaah menggeleng-geleng kepala melihat kerakusan pemuda itu untuk berada di saf depan.

Secara menyelit-nyelit sambil mengasak orang di kiri-kanan, Anwar berjaya menempel di belakang imam. Namun dia belum berpuas hati. Dia mahu berada di sebelah kanan imam kerana jika berlaku sesuatu pada imam maka dialah yang akan melangkah ke depan.

Akhirnya Pak Ghafar yang tersepit terpaksa berundur ke tepi. Anwar mengambil tempat yang ditinggalkan itu dengan megah.

Pada rakaat terakhir, tiba-tiba Pak Imam tersilap bacaan. Beberapa jemaah memberi isyarat agar beliau berhenti walaupun solat tidaklah batal.

Anwar tersenyum. Dia mula membilang-bilang langkah yang perlu diambil agar dapat berada di tempat imam dengan selamat.

"Kaki kanan selangkah ke depan, angkat kaki kiri dan letak di sejadah imam." bilangnya dalam hati. "Angkat sekali lagi, dan..."

"Tuuut..."

Bunyi yang langsung tidak harmoni itu memecah keheningan malam. Secara spontan beberapa jemaah menekup hidung.

Maka batallah solat Anwar. Gugurlah haknya sebagai pengganti imam.

Ada sesiapa yang masih nak berimamkan Anwar?

isu Sepet & kaki botol



Demang sekeluarga cukup suka menonton filem Sepet. Filem yang menyelitkan percintaan pemuda cina (keturunan baba) dengan gadis Melayu itu memang lain dari yang lain.

Walaupun ada beberapa adegan kontraversi yang menyinggung sensitiviti ummat Islam, namun masih boleh dimaafkan dan dianggap sebagai kejahilan pengkaryanya (termasuk pengarah).

Kelmarin, isu 'sepet' timbul semula. Tapi bukan lagi filem tersebut. Ditambah satu lagi istilah yang merupakan peribahasa Melayu iaitu 'kaki botol'.

Yang menambah sensasi pada isu ini ialah penuturnya ialah orang BTN. Maka dipaparkan jawatan beliau sebagai Timbalan Pengarah BTN.

BTN adalah sebuah biro yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri dalam memberi kefahaman pada rakyat hasrat dan citra Perdana Menteri.

Dulu, ketika Tun Mahathir melancarkan Wawasan 2020 maka BTN lah yang mengadakan kursus kefahaman dan memberi motivasi agar wawasan perdana itu dapat dilaksanakan.

Sekarang, tugas BTN ialah memahamkan rakyat terhadap hasrat Najib dalam 1 Malaysia.

Berbalik pada isu tadi, penceramah tersebut dikatakan Timbalan Pengarah BTN.

Sebenarnya organisasi BTN terdiri daripada seorang Ketua Pengarah (KP), dua orang Timbalan Ketua Pengarah (TKP) serta dibantu pengarah-pengarah di setiap negeri atau cawangan (berbelas orang pengarah).

Setiap pengarah cawangan biasanya akan melantik seorang timbalan dan beberapa orang penolong pengarah bagi membantu mereka.

Kalau tak silap Demang, penceramah yang dikatakan menuturkan istilah 'sepet' dan 'kaki botol' tersebut ialah timbalan pengarah cawangan sahaja. Maka ucapannya tidak boleh dianggap pendirian BTN.

Malah ucapan tersebut dibuat dalam perjumpaan tertutup anjuran sebuah ranting parti politik iaitu Puteri UMNO. Parti yang dikatakan memperjuangkan kepentingan orang Islam di Malaysia.

Adalah normal dalam mana-mana perjumpaan tertutup ucapan begitu dikeluarkan. Adakah kaum lain termasuk MCA, MIC, DAP, dan PAS tidak melakukannya? PAS dan pemimpin Melayu PKR sering menggunakan istilah 'kafir' terhadap cina dan India bukan Islam.

Isu yang perlu diperhatikan di sini ialah siapakah individu yang menghebahkan perkara tersebut ke luar dewan serta menjadi batu apinya?

Sepatutnya si wartawan (foto ddi atas) itulah yang ditahan atas Akta Hasutan kerana sengaja menimbulkan keresahan rakyat.

janji PKR

Pak Teh ingat lagi betapa bersemangatnya para penceghamah PAS dan PKR menjanjikan pelbagai keistimewaan jika mereka memerintah Selangor. Antaranya ialah memberikan air percuma (tertakluk pada syarat dan terma).

Maka sebaik sahaja kemeneangan tak diduga tercapai, dengan angkuhnya MB baru Selangor mengumumkan perlaksanaanya.

Tak lama selepas itu kelam kabut pula MB Khalid memberi alasan pada Sultan Selangor berikutan perbendaharaan Selangor yang terjejas teruk.

Bagi menimbus kesilapan itu, syarrikat air Selangor (SYABAS) jadi mangsa. Khalid masih cuba berselindung (hingga kini) tentang masalah kos pengurusan air.

Namun apabila Kedah dan Pulau Pinang menaikkan tarif air semalam, terbukti bahawa tindakan menjanjikan air percuma dan menyalahkan kerajaan negeri sebelum ini atas isuu air hanyalah muslihat politik semata-mata.

Berikut adalah komen seorang pengunjung Waadat semalam dalam isu ini:



Malang sungguh rakyat Kedah. Apakah tak cukup lagi khazanah meraka ratah kayu kayan dan kini air jadi sandaran. Kita tinjau sebelum korprat iaitu SADA ditubuhkan. Apakah yang SADA adakan kerana semuanya hasil aset dari Kerajaan BN sediakan dahulu. PAS jaguh pembohongan kononya semua tarif diturunkan termasuk minyak petrol jika perintah.

Tak sampai setahun jagung perintah tarif air berlipat ganda naikkan. memang haprak dan dasar pendusta. Apakah utusan khalifah ALLah bernama ustaz BA ini alim pendusta. Apakah pandai pembohongan dan pendusta dengan serangkat kata hadis dan firman Tuhan tiket kesyurga. Apakah Tuhan jadikan syurga itu pada orang pendusta dan penipu besar?

Apakah lebai puteh atas kepala cahaya ke Syurga?. Mulut bermadu tapi hati hitam macam arang serta pahit lebih dari hempedu. Apakah ini satu kejayaan dunia atau kunci menuju muflis di akhirat?

Ingatlah rakyat sudah banyak menderita dan jangan dibebankan kos air melambung tinggi. Apakah dengan membekal air seperti kopi, susu dan milo itu sebabnya air naik harga?. Dimanakah harga diri dan maruah bangsa dan Parti yang selama ini melolong perjuangan bangsa dan agama ?. Rupa-rupa hanyalah penipuan semata-mata?

Apakah dengan bekalan air yang sangat uzur dan tiba waktu-waktu tetentu paip air keluar macam air liur anjing keletihan harus dinaikkan? Sedangkan kerajaan BN dahulu sediakan prasarana yang lebih dari mencukupi, ampangan Pedu, Muda, Ahning, Beris masih tak mencukupi dan harta-benda peralatan. Apa yang SADA sediakan hanyalah air liur dan habuan atau BONUS kepada RAKYAT NAIKAN GAJI PEKERJA DAN kepada RAKYAT JELATA NAIKKAN TARIF AIR 25 HINGGA 45 Peratus..............

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)