Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, January 4, 2011

apa disorokkan tokguru?

Berikut adalah sms BH 04/01 yang Demang terima siang tadi:

"Nik Aziz menjelaskan beliau ke Istana Terengganu baru-baru ini sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, bukan berkaitan soal politik".

Betul-lah tu. Tak 'kan lah tok guru nak berbohong pulak. Cuma Demang agak musykil, kenapa jemputan tersebut disampaikan oleh Paklah?

Bukankah Paklah sendiri pun bekas presiden sebuah parti politik? Tidakkah wajar rakyat bersangka bahawa 'undangan' tersebut memang berkaitan politik?

Sukar juga Demang nak bersetuju dengan tuduhan bahawa tok guru menipu. Kalau ahli politik biasa tu, lain-lah.

Lagipun, buat apa nak menipu? Bincang pasal ukhwah islamiah dan hablum minannas adalah 'benda molek'. Lain lah kalau bincang nak bergocoh!

Demang tetap dengan pendirian asal BPN iaitu menyokong penuh, bukan sahaja perpaduan melayu, bahkan juga perpaduan antara kaum dan juga perpaduan nasional.

Kepada rakan-rakan bukan melayu, percayalah bahawa perpaduan melayu bukan untuk mengalahkan kaum lain sebaliknya untuk memastikan orang melayu tidak terus ketinggalan dari arus kemajuan.

Maklumlah, bangsa melayu baru sahaja bebas daripada penjajahan selama 446 tahun.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)