Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, January 13, 2011

Debat: Anwar memang mampu kalahkan Najib


Demang percaya, jika diadakan debat antara Anwar dengan Najib, kemungkinan besar kemenangan akan berpihak kepada Anwar. Apatah lagi jika menggunakan juri awam. Demang rasa kotak undi untuk Anwar akan pecah sebaik sahaja orang ramai dibenarkan mengundi.

Soal bercakap, Anwar memang hebat.

Sejak remaja lagi Demang memang kagum dengan kepetahan Anwar berpidato dan berhujah. Penggunaan istilah bombastik, melankolik, simbolik, dan pelbagai istilah yang pelek-pelek sentiasa meronai suaranya yang lantang dan gemersik.

Malah Demang percaya, Anwar mampu menggerakkan audiennya untuk pergi ke medan perang hanya melalui pidato sahaja.

Justeru Demang hairan kenapa orang sehebat Anwar yang mampu mengalahkan Perdana Menteri tiba-tiba membisu apabila dicabar oleh seorang wanita untuk berdebat.

Lihat foto di atas. Wanita itu bernama Ummi Hafilda binti Ali. Jika dilihat pada nama bapanya, sama dengan Azmin Ali. Namun baik Anwar mahupun Azmin, akan segera menikus apabila berdepan dengan wanita ini.

Siapa Ummi Hafilda? Juara debat dunia ke?

Lihat cabaran wanita tersebut di sini.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)