Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, January 19, 2011

Normala Sudirman



Calon PAS di DUN Tenang ini mengenal ABC di sekolah yang diusahakan UMNO. Menyambung pelajaran ke sekolah menengah pun di sekolah yang kerajaan UMNO bina.

Ya, Itu tanggungjawab kerajaan, maka UMNO dan BN telah berjaya melaksanakan tanggung jawab memberi pendidikan kepada rakyat. Padahal sebelum merdeka, penjajah membiarkan orang Melayu tertinggal lebih 100 tahun di luar sistem pendidikan bersepadu.

Anak peneroka Felda ini kemudiannya diterima masuk ke Maktab Perguruan Tuanku Bainon, sebuah institusi yang diusahakan UMNO juga. UMNO berharap dengan pembukaan lebih banyak institusi perguruan akan meluaskan lagi peluang pendidikan kepada rakyat.

Dalam masa yang sama lebih ramai anak Melayu memperolehi pekerjaan dengan pendapatan tetap sebagai guru.

Normala juga adalah salah seorang daripada jutaan anak peneroka yang ibu bapanya suatu ketika dulu adalah rakyat ‘di bawah paras kemiskinan’.

Kategori di bawah paras kemiskinan ertinya tidak mempunyai harta, tiada pekerjaan tetap, tiada kediaman sendiri dan berpendapatan kurang daripada RM200 sebulan.

Maka kerajaan BN-UMNO membuka Felda. Golongan rakyat termiskin itu diberi rumah, tanah, dan ladang. Hari ini, pendapatan peneroka sudah melebihi RM2500 sebulan!

Apa lagi yang diinginkan Normala? Islam?

PAS sudahpun melacurkan perjuangan Islamnya melalui persekongkolan dengan DAP!

Maka, jangan bicara soal agama sebaliknya jawab dulu soalan: tidak cukupkah semua yang kerajaan BN-UMNO berikan?

Jika ingin mencari si Tanggang generasi baru, Normala Sudirman adalah sampel terbaik sepsis tersebut!

6 comments:

Jeepers Creepers said...

pedas entry ni hehehe..kalau masih x sedar tak tahulah.

Anonymous said...

Suami cikgu MALA'S Baru kena gertak dengan Pengarah JPNJ dak kecut nak lapor kat SPRM, kalau suami Mala's ni ada telur letak jawatan gak la apa tunggu lagi... Jangan jadi musang berbulu ayam. Kat dalam kelas ikut dasar kerajaan luar kelas hentam kerajaan.

ataih pagaq said...

Mereka ini lah orang yang paling tidak ada maruah.Saya sokong artikel saudara.Suami si derhaka ni patut la juga letak jawatan.Dan bagi lain2 guru yg semacam ni fikirkan lah.

Anonymous said...

kerajaan buat sekolah ke..jalan ke..maktab ke..universiti ke..bayar gaji ke.. itu sumekan duit rakyat..kalau rakyat tu termasuklah orang PAS..DAP..PKR..umno dll lah..maka dia berhak lah berpolitik samada pro kera jaan atau pembangkang lantak pi lah dia.. dimana demokrasi kalau di sekat..

paham!!!!!!!

Cheguman said...

Nampaknya Anon 11:07 juga bersetuju jasa UMNO membina semua tu dengan duit rakyat, untuk rakyat. Justeru, kenapa kerajaan yang sudah berjasa itu ditentang? Hanya untuk menegakkan demokrasi? Tolong jangan bagi alasan untuk menegakkan Islam atau nak tubuhkan negaara Islam selagi bersekongkol dgn DAP.

LapanBelas-ke-Generasi said...

astaghfirullah..0rg nk perjuangkan agama difitnah lupa diri..sy ad 1s0alan utk saudara penulis, agama, bgse n negara..mane yg plg pntg?

Selain tu, knape ad pihak yg nk prjuangkan hukum2 ALLAH kite tolak. Sedgkan 0rg yg kite s0k0ng tu terang2 t0lak hukum allah..bile kte s0k0ng 0rg cmtu, scara xlgsung kite tlah bersubhat dlm menumbgkn hukum allah..

'...siapa yg tidak memutuskan dgn apa yg telah diturunkan allah, maka mereka itulah org2 kafir' surah al-maidah:44

'...siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yg diturunkan allah, maka mereka itulah org2 zalim' surah al-maidah:45

'...brg siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yg diturunkan allah, maka mereka itulah org2 fasik'surah al-maidah:47

s0 k0rg yg stil s0k0ng 0rg yg xbrhukum dgn ayt2 allah b0leh lah pilih salah satu golongan di ats..(bwk2 la bertaubat)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)