Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, January 26, 2011

Normala tu bukan guru?


Ingat PAS ingat ‘tentang perpaduan’

Ya, memang Demang ingat. Masihkah anda ingat?

Tiba-tiba BN ditimpa bencana. Sokongan padu rakyat selama ini seakan terburai. BN, walaupun masih layak membentuk kerajaan pusat namun gagal mempertahankan majoriti 2/3 di perlimen.

UMNO yang menjadi parti utama BN terperanjat besar. Bedah siasat segera dilakukan dari segenap aspek. Data dan penyata disemak dan dianalisis. Akhirnya ditemukan punca bahawa tsunami tersebut melanda berikutan beralihnya posisi pengundi bukan Melayu.

Hal ini dibuktikan dengan perangkaan undi. Gerakan yang menjadi alternatif kepada MCA dalam BN luluh di tangan DAP di Pulau Pinang.

MCA cuma dapat SATU kerusi di DUN Perak manakala MIC terus hancur tanpa sebarang kemenangan termasuk presidennya Sammy Vellu.

Laporan pakar perangkaan diambil perhatian secara serius para pemimpin Melayu yang tidak berpihak mana-mana parti politik. Keputusan PRU-12 membuktikan biarpun Melayu-Bumiputra masih rakyat majority namun dalam pilihanraya ia boleh dinafikan apabila berlaku perpecahan sesama sendiri.

Maka tokoh-tokoh Melayu non-partisan mendatangi pemimpin-pemimpin politik utama (UMNO dan PAS). Penerangan, perbincangan dan pujukan dilakukan.

Mungkin kerana terdesak, pemimpin UMNO memberi respon positif ke arah perpaduan Melayu. Malangnya ia tidak berlaku di pihak PAS. Memanglah bukan semua.

Barangkali PAS merasakan mereka berada di pihak yang menang walhal PAS cuma memenangi 23 daripada 222 kerusi di parlimen. Angka yang amat kecil sebenarnya.

Perbincangan demi perbincangan dilakukan namun perkiraan politik mengatasi kebenaran. Hj Hadi, biarpun mulanya menyokong perpaduan namun akhirnya terpaksa akur dengan pengaruh Nik Aziz menjelang pemilihan partinya.

Demang menulis hal ini setelah menerima komen seorang pengunjung yang menegur Demang kerana menjadi blogger. Padahal adalah lebih baik Demang member tumpuan pada tugas sebagai guru.

Ya, Demang akui kebenaran tersebut. Namun Demang tidak mampu menahan diri dari ikut mempertahankan negara di saat politik negara dalam keadaan kritikal. Isu perpaduan bukan perkara enteng yang boleh diabaikan begitu sahaja.

Demang tidak lari dari tanggungjawab. Setiap bulan Demang terima gaji daripada peruntukan kerajaan. Sama macam guru lain. Demang mengajar macam guru lain. Demang juga berbual tentang politik ketika rehat sama seperti guru-guru lain.

Namun Demang dapati terlalu ramai guru yang berbual tentang politik untuk menjatuhkan kerajaan sediada. Kerajaan yang melantik mereka menjadi guru!

Sebagai contoh, calon PAS di tenang adalah seorang guru. Adakah Normala baru minggu lepas menyertai PAS iaitu sebaik dipilih sebagai calon?

Inilah reality yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh negara. Guru-guru tertarik kepada pembangkang setelah mendapat maklumat daripada internet, terutamanya blog.

Itulah sebabnya Demang menjadi blogger. Dan, Demang menulis di waktu senggang. Guru tidak mengajar 24 jam sehari semalam, sama seperti pekerja lain juga. Di sekolahpun para guru mempunyai masa rehat.

Demang boleh berhenti menjadi blogger dan member tumpuan 100 peratus pada tugas mengajar dengan syarat semua guru berbuat demikian. Namun selagi masih ramai para guru menjadi musang berbulu ayam, Demang akan terus berjuang.

Demang yakin, gaji Demang lebih halal berbanding guru yang menjadi pembangkang dan dalam masa yang sama sibuk menyokong pembangkang dan mengutuk kerajaan.

Malah, apabila teringatkan tentang perpaduan, Demang segera teringat perihal PAS yang pernah menentang perpaduan!

Allahuakbar!

10 comments:

Anonymous said...

Betul tu cikgu.

Saya sebagai kakitangan awam sentiasa sokong kerajaaan BN sebab kerajaan ini kerajaan yang memerintah.

Jika ditakdirkan PRU13 Pakatan Rakyat memerintah, maka saya akan sokong kerajaan PR sebab kerajaan ini dipilih oleh majoriti rakyat.

Mereka yang tidak profesional sahaja akan bertindak gunting dalam lipatan atau musang berbulu ayam.

Sebagai kiasan, jurulatih badminton dari Indonesia telah melatih pemain Malaysia dan gajinya dibayar oleh BAM, wajarkah dia menggunakan tektik yang menyebabkan pemainnya kalah hanya kerana pemainnya itu bertembung dengan pemain Indonesia?

Sewajarnya kita setia kepada majikan kita, jika tidak suka bolehlah berhenti.

daripada Penjejak Damai.

YB Raz said...

betul ada ramai guru/kakitangan awam yang menyokong pembangkang..tapi kita kena selidik juga mengapa..

rata rata kerana tidak puas hati dengan sikap segelintir pemimpin kerajaan yang sombong..ada yang tertekan dengan kenaikan harga barang/minyak..ada juga yang saja suka suka sokong pembangkang seperti golongan muda/remaja..

Che Awe Donde said...

salam

sedangkan orang yang beragama dan mengaku islam pun tak nak pada undang-undang islam.

Apa bezanya yang kerja dengan kerajaan tak semestinya sokong kerajaan 100 %.

Ingatlah kerajaan yang memerintah bahawa malaysia ini bukan makbapak dia yang punya. Hangpa semua adalah dipilih dan di amanah oleh rakyat untuk mentadbir dan membuat dasar untuk kebaikan rakyat.

Jadi pahamlah jika kakitgn kerajaan tak seperti kehendak kerajaan yang memerintah iaitu sokong membabi buta apa yang kerajaan buat.

mereka ada otak, fikiran dan tidak mudah dicucuk hidung seperti lembu.

sekian.

rakyat & pengundi

UMNO Mangkuk Tandas said...

Sokong kepada pemerintah yang tak mahu ikut sunah wat aper!... sokong rasuah, sokong tindas rakyat dan sokong BN (Barang Naik)

ataih pagaq said...

Aku sokong kau Demang...kalau tak nak sokong keluar la dari kerajaan...biar orang yang taat saja ...jangan jadi musang berbulu ayam...kutuk kerajaan tapi masih harap gaji dari kerajaan.Aku cabar kalau dia orang hebat sangat letak la jawatan ngan kerajaan dan cari duit sendiri tanpa harap ngan kerajaan boleh ka....

Anonymous said...

Salam.Tidak semestinya jika pembangkang memerintah harga barang tidak akan naik..harga barang naik bukan disebabkan oleh pemerintah saja tetapi juga kerana ekonomi semasa.Takkan lah harga barang sekarang boleh sama nilainya dgn harga 15 tahun lepas...Dan satu lagi belum tentu lagi jika pembangkang memerintah akan ikut seratus peratus sunnah..sedangkan isu arak di Selangor pun,baru digertak sudah menggelabah.Ingatkan jika pembangkang memerintah,kilang Carlsberg sudah di hapuskan (spt yg digembar gemburkan sebelum memerintah) ,tapi premis2 kedai biasa semakin melambak jual arak...ladang mega babi dihadiahkan kpd rakyat...

Anonymous said...

Anonymous, January 26, 2011 12:10 PM
bangang lu tarak tau ka harga brg naik mendadak.. lu mau compare dengan 15 tahun lps... cibai lu talak baca news duit krjaan lsp 288.88 bilion bodoh............

Anonymous said...

wow..terror hang.boleh cakap duit k'jan lesap berbillion2..buktikanlah dgn fakta bukan dgn omongan kosong..sapa2 pun boleh cakap kjaan songlap duit bertrillion2...lagi satu bahasa kasi baik beb..kita orang melayu..budi bahasa mau ada..
barang yang naik mendadak tu sapa tokeh?DAP ultra kiasulah bai...

aL-MaRBaWi said...

salam Demang,

memang benar, ramai guru-guru dan kakitangan beralih sokongan ke pembangkang. saya pun tidak tahu mengapa tetapi inilah hakikatnya ditempat yang saya mengajar pun masih ada guru yang tak segan silu menampal gambar TOK GURU yang disanjung itu pada kereta masing-masing.

ish tak taulah saya nak cakap apa. inilah rakyat yang tidak tahu erti kesyukuran

Anonymous said...

PERPADUAN & PERPECAHAN MELAYU: dimana politik mereka?

Pertembuangan antara dua nilai politik UMNO dan politik PAS.....

Melayu yang berjiwa ISLAMIS.. cenderung kepada PAS..tapi tak semestinya PAS, ada juga yang duduk dalam UMNO, Hamim, Berjasa kerana sebab2 tertentu.

Melayu yang berjiwa SEKULAR & mentaliti kebendaan .. cenderung kepada UMNO ..tapi tak semestinya UMNO, ada juga yang duduk dalam PKR, Gerakan, PBS, PPP, DAP, PRM, PSM,KITA, dsb kerana sebab2 tertentu.

Salahkah pendirian mereka2 ini dalam konteks negara Malaysia yang amalkan sistem beraja, sekular& demokratik hari ini yang juga telah digarap sendiri oleh UMNO sejak lebih 50 tahun dulu?

UMNO tidak berhak menangisi kecelaruan minda, budaya & politik Melayu hari ini kerana itulah produk sistem yang diperjuangkannya.

Setiap Melayu merdeka hari ini berhak mendapat kebebasan menentukan nilai dan jati diri masing2 tanpa dipaksa & dikongkong oleh "TUAN BESAR UMNO" lagi. Mereka tidak mahu dicucuk hidung sebagai hamba & diheret kemana2 oleh para oportunis kapitalis UMNO!

Tak payahlah UMNO menyumpah, mengherdik & menghina kepada bangsa sendiri kerana tidak mengikut telunjuk politiknya itu.

Generasi Melayu baru ingin satu nilai politik yang berprinsip dan beramanah untuk Islam, ummah dan negara ini. Apakah UMNO hari ini memiliki nilai itu?

Jangan salahkan rakyat jika mereka semakin menolak UMNO yang semakin jauh tersasar dari landasan nilai hidup asal mereka.

dilema politik melayu.. UMNO PAS UMNO PAS.. umno PAS umno PAS.. ..... kembalilah kepada asal usul manusia & nilai yang satu, iaitu asal dari tanah, ADAM & ISLAM ...... itu hukum alam yang paling hak dari Allah SWT.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)