Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, January 14, 2011

Nurul Izzah anti demonstrasi jalanan?


1. Marilah kita berganding bahu untuk mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah.

2. Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara.

3. Kepada yang sedang menunjuk perasaan marilah bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah.

4. Beberapa persoalan memerlukan jawapan segera:

4.1 Siapa yang telah membuat aduan
4.2 Adakah surat itu telah diteliti isi untuk mendapatkan gambaran yang “sahih lagi benar.”

5. Apakah YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain, jadi apakah respons mereka?” kata Nurul Izzah.

6. Kenalpasti pihak yang telah memberi arahan kepada jawatankuasa masjid untuk merendahkan paras laungan azan.

6.1 Jika pihak Jakim yang mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis sama ada wujud garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan Jawi mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah.


Demang rasa macam tak percaya pulak membaca kenyataan wakil rakyat penggal pertama yang pernah diberi jolokan 'puteri reformasi' itu.

Adakah Nurul Izzah juga sebagaimana ramai bekas pendokong demonstrasi jalanan yang sudah muak dengan cara primitif itu?

Demang rasa pendedahan kali kedua Ummi Hafilda mengenai salahlaku Anwar sudah nampak kesannya. Semakin ramai yang perlahan-lahan merenggangkan diri daripada bayangan Anwar.

Malah beberapa blog yang memihak pembangkang selama ini tanpa segan silu turut menyiarkan video sidang media Ummi Hafilda yang sudah tersebar luas.



Sumber:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azan-nurul-ajak-penunjuk-perasaan-ganding-cari-kebenaran-siapa-beri-arahan/

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)