Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, March 26, 2011

113 Ahli Pas Gong Tinggi Keluar Parti Dan Masuk Umno


PASIR PUTEH: Seramai 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO pada Sabtu selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata mereka sebilangan besar terdiri daripada golongan petani telah menganggotai PAS sejak 20 tahun lalu.
"Kami menerima penyertaan mereka dengan pintu terbuka dan menyerapkan mereka ke dalam cawangan UMNO berhampiran," katanya kepada pemberita selepas menerima borang permohonan mereka di Kampung Gong Tinggi, di sini.
Zawawi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata cawangan (PAS) itu sebelum ini merupakan kubu kuat parti pembangkang itu dalam DUN berkenaan sehingga sukar untuk ditembusi oleh jentera UMNO pada pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, bekas ketua cawangan PAS kampung berkenaan, Mohamad Abdul Rahman, 60, berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya menyertai UMNO adalah atas kerelaaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak kerana kecewa dengan kegagalan PAS membela nasib golongan petani.
Sebaliknya, UMNO walaupun gagal merampas kerusi DUN Semerak, tetapi lebih banyak berjasa kepada rakyat seperti mengeluarkan pelbagai bentuk subsidi selain membina jalan-jalan kampung.
Beliau mendakwa PAS tidak membawa perubahan atau membela nasih rakyat di kawasan itu walaupun diberi peluang memerintah negeri itu lebih 20 tahun.
Rakannya, Ahmad Besasin, 50, berkata beliau sudah menyertai PAS sejak 16 tahun lepas dan mendapati pemimpin parti itu tidak pernah turun padang untuk membantu mereka yang menghadapi kesempitan hidup.
"Kami harap rakan seperjuangan turut mengambil sikap yang serupa iaitu meninggalkan PAS sebab tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk membela nasib golongan petani seperti kita," katanya.- BERNAMA


http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/26/mstar_berita/20110326171724&sec=mstar_berita

1 comment:

Anonymous said...

Salam sjhtra,saya tidak terkejut dengan 113 org ahli pas menukar arah ke umno setelah begitu lama sebagai ahli pas...salah satu satu sbb kenapa mereka beralih arah mungkin wakil raayat disitu gagal memenuhi keperluan para pengundi berkaitan mungkin juga ADUN dia pun tak pernah turun padang untuk melihat masalah raayat....pemimpin pas jugak di lihat hilang arah dengan tindak tanduk pok Nik yang tak habis2 membuat spekolasi politik tanpa melihat balik permasalahan raayat yg tidak selasai walaupun dah beberapa dekat memerintah...mungkin juga raayat dah bosan dgn janji2 kosong pas dan perlukan perubahan yang boleh membawa kesenangan dan kesejahteraan di samping keperluan akhirat...BN harus mengambil kesempatan ini untuk mengtarbiahkan raayat kelantan secara berhemah demi PRU 13 akan datang.....hanya BN saja yang boleh menentukan melayu terus ujud di negara brtuah ini wasallamu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)