Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, March 18, 2011

BN belanja RM5.968 juta di Tenang


PAS kata kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.
Demang kata, eloklah sebab duit itu bukan-lah pergi ke manapun. Berligar dalam kalangan rakyat juga.

PAS kata perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Demang kata, itu menunjukkan kerajaan telus dan tidak menyorokkan fakta perbelanjaan. Itu yang rakyat mahu. Malah rakyat tak suka kerajaan yang kedekut macam PAS di Kelantan. Tak reti berbelanja dan tak reti cari duit belanja.
PAS kata lagi, jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.
Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.
Demang kata, “ha, kan Demang dah kata... duit tu takkan pergi ke mana. Akhirnya ia akan kembali pada rakyat juga.”
PAS kata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.
Demang kata, kalau dah tahu PAS tak boleh menang jika berlawan dengan BN, buat apa nak lawan? Carilah jalan lain untuk kebaikan rakyat. Inilah masalahnya kalau dah terdidik untuk membangkang saja. PAS tidak kreatif dalam mencari wadah perjuangan!
PAS kata (dengan perbelanjaan yang begitu besar) habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga.
Demang kata, kerajaan Jepun lagi besar perbelaanjaannya, tapi kena tsunami juga. Itulah takdir namanya.
Tau, tak apa.
PAS kata tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.
Demang kata, Alhamdulillah sebab yang kaya tu bukan orang lain. Sebangsa dan seagama dengan kita juga. Apasal orang lain kaya PAS tak bising?
Nota:


1 comment:

ajai62 said...

Assalam Bro

Itulah masalah mentaliti puak pembangkang ni. Dah dibagi negeri untuk memerintah pun masih nak jadi pembangkang siap buat demostrasi kat Selangor. Itu kat Kelantan Bazar tok guru tak juga selesai... maklumlah projek PAS memang banyak masalah.. kalau dah janji lain yang jadi lain mana tak haru. Ajai fikirkan kalau mereka memerintah Malaysia mahu taraf hidup kita jadi macam kat Bangladesh atau Pakistan semuanya pusing ke belakang...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)