Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, March 20, 2011

Hj Hadi merajuk dengan media

Kata Haji Hadi, “Di setiap kali pilihan raya kita lihat BN bertongkat kepada media arus perdana yang berat sebelah. Seluruh saluran media dipergunakan habis-habisan untuk kepentingan BN, untuk serang pembangkang.
“Sedangkan ruang untuk kita (Pakatan Rakyat) menjawab tak ada, kita hanya terhad kepada ceramah umum. Itu pun tertakluk kepada kebenaran pihak polis, yang selalunya menjaga kepentingan BN,” katanya.
Sebelum Demang komen kenyataan tersebut sukalah Demang menarik perhatian pengunjung bahawa Hj Hadi masih lagi Presiden PAS walaupun dalam banyak perkara penting Nik Aziz yang membuat keputusan.

Keadaannya samalah seperti saudara mereka iaitu DAP yang kita lihat kebanyakan keputusan dibuat oleh keluarga LIM walaupun Karpal adalah Pengerusi DAP.

Barangkali kerana tidak tahu isu apa yang patut dimainkan, maka Hadi beralih menyalahkan media.

Menariknya, Haji Hadi turut menggelar akhbar-akhbar yang mempunyai edaran terluas dan pembaca yang ramai sebagai Media Arus Perdana. Kenapa?
Kita lihat media cetak (akhbar):

Siapa yang melantik akhbar-akhbar tersebut sebagai ‘akhbar arus perdana’?

Sebenarnya secara tersurat dan tersirat semua akhbar adalah milik syarikat, bukan milik negara. Cuma, oleh kerana yang terlibat dalam pengeluaran mana-mana akhbar adalah manusia, sudah tentu ia tidak boleh lari daripada sentiment kemanusiaan yang akan cenderong pada fahaman masing-masing.

Oleh kerana ramai yang terlibat dalam akhbar-akhbar tersebut mempunyai arah perjuangan yang sama dengan UMNO dan BN maka begitulah corak pemikiran mereka.

Dan akhirnya, begitu jugalah paparan mereka. Samalah macam Harakah juga! Mahukah Harakah menyiarkan berita yang positif terhadap Perdana Menteri Malaysia?

Demang ulang, mahukah Harakah menyiarkan berita yang positif terhadap Perdana Menteri Malaysia?

Demang ulang sekali agi, mahukah Harakah menyiarkan berita yang positif terhadap Perdana Menteri Malaysia?

Seperkara lagi yang menjadikan akhbar-akhbar (dan televisyen selain RTM) tersebut digelar ‘media arus perdana’ ialah kerana majority rakyat menjadi pelanggannya.

Kenapa majoriti rakyat menjadi pelanggannya? Adakah mereka dipaksa membeli akhbar atau menonton televisyen setiap hari?

Demang tanya sekali lagi, adakah rakyat dipaksa membeli akhbar atau menonton televisyen setiap hari?
RTM memang milik kerajaan yang memerintah justeru adalah menjadi kewajipan RTM memberitahu rakyat apa yang telah kerajaan lakukan melalui saluran tersebut.

Agaknya Hj Hadi merajuk. Sudahlah cakapnya tidak didengar oleh orang PAS (kerana Nik Aziz lebih berpengaruh), Harakah pula jarang beri perhatian pada kenyataannya. Manakala RTM pula langsung tak beri beliau peluang keluar TV.

Eloklah Hj Hadi masuk UMNO sahaja. Tahun depan bertanding kerusi Presiden UMNO. Insya-Allah, Demang dan ramai teman blogger akan sokong Hj Hadi.

2 comments:

usin said...

harakah nk keluar kenyataan sokong perdana menteri? taik kucinglaaa.. sokong l.k.sial adala

Anonymous said...

hadi lupa bahawa PAS pada setiap masa sentiasa menyalahgunakan surau dan masjid untuk mempolitikkan tazkirah dan khutbah dan memutarbalitkan ayat-ayat AlQuran dan Hadith bagi menghentam BN. Perbuatan ustaz2 upahan PAS ini banyak menimbulkan kebencian orang2 Islam yang ingin beribadat dengan tenang dan aman tanpa gangguan sumpah seranah dan makihamun oleh penceramah2 PAS.Jadi kalau PAS dah monopolikan surau dan masjid, apa yang hadi nak herankan media menyokong BN. Cuba lihat apa yg terjadi dinegeri2 yg PR kuasai lebih teruk lagi tindakan mereka kepada penyokong2 BN

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)