Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 7, 2011

kini kita cuma tinggal kuasa

Indahnya waktu malam di Singapura. Siapa yang membuka Singapura? 
Siapa peduli lagi dengan soalan itu? Yang penting Singapura sudah lama maju. Peduli apa tentang siapa yang memerintah sekarang? Ada sesiapa di Singapura yang peduli soalan tadi?

Kuala Lumpur pada waktu malam tidak kurang indahnya. Tanyakan pada siapa sahaja, siapa yang membuka KL? Pasti ramai yang menjawab Yap Ah Loy. Selebihnya meengaku tidak tahu. Sepuluh tahun lagi tidak siapa yang peduli lagi.

Putrajaya juga tidak kurang indahnya dalam cahaya neon malam. Siapa yang mengilhamkannya? Siapa arkitek dan juruteranya?



Selesai sudah PRK di dua DUN yang diadakan serentak. Satu di Pahang dan satu lagi di Melaka dengan jarak lebih kurang 300 KM.

Bagi pembangkang, mengadakan pemilihan secara serentak adalah strategi kerajaan untuk membahagi-dua jentera pilihanraya mereka. Maklumlah, dalam keadaan pembangkang yang semakin lemah, tindakan tersebut menjadikan mereka lebih lemah.

Demang rasa pendapat tersebut sukar disangkal namun itulah kelebihan pihak yang sedang memegang kuasa.

Cuba bayangkan bagaimana jika kuasa sudah tidak lagi di tangan orang Islam? 

Ingatlah, orang yang memegang kuasa boleh berbuat apa sahaja dan demokrasi hanyalah ciptaan manusia yang boleh disesuaikan menurut keperluan si pemegang kuasa.

Ingatlah, Singapura itu asalnya milik kita.

2 comments:

nazir said...

soalan yg POWER... aku mcm insaf ja dgn soalan2 tu.... Ni yg buat aku lagi kuat pertahan perlembagan MALAYSIA..

Anonymous said...

Singapura milik orang Melayu...sebab tu mereka tak mahu ingat ingat lagi, kalau boleh lupa terus..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)