Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 28, 2011

Video seks konspirasi jatuhkan Najib?

Isu skandal seks terbaru melibatkan ‘pemimpin PKR’ masih hangat.
 
Pemimpin PKR? Kenapa tak katakan sahaja terus terang Anwar Ibrahim? Ya, sebab belum pasti. Sebenarnya banyak sangat yang kabur dan bertandatanya dalam isu tersebut.

Itu sebabnya di celah kekalutan itu terdapat juga yang bertindak ‘reverse’, termasuklah Demang. Maksud Demang ialah menoleh sebentar, menyorot ke pangkal cerita dan meneliti sekali lagi rentetan peristiwa.

Pertama, adakah video seks tersebut BENAR? Maksud Demang adakah ia bukan satu lakonan?

Katakan begini:
 Anwar tidak dapat menahan gejolak nafu (keperluan biologi) lalu mendapatkan perkhidmatan seks daripada seorang pelacur. Tanpa berfikir panjang Anwar ke sebuah hotel, menempah seorang pelacur dan aktiviti seks pun berlaku.

Anwar tidak sedar bahawa terdapat kamera tersembunyi yang bersedia merakam perlakuannya secara percuma di situ! (percuma tetapi amat berharga!)

Teori ini boleh diterima berdasarkan pesanan orang tua-tua ‘jerat tidak pernah lupakan pelanduk sedangkan pelanduk-lah yang sering lupakan jerat’.

Kedua, ataukah video itu hanya sebuah lakonan?  Maksud Demang lelaki tersebut bukannya Anwar tetapi seseorang yang mirip wajah Anwar atau disolekkan seperti Anwar.  Orang Siam atau Indon boleh diupah dan kemudian disuruh menghilangkan diri. Yang penting, apabila air mani pada pelacur tersebut dikaji maka ia bukan milik Anwar!

(Dalam kes ini sudah tentu Anwar tidak boleh berlakon sebab jika Anwar yang berlakon...(?)  dalam kes perlakuan seks, berlakon atau ‘real’ sama sahaja tarafnya!)

Teorinya mudah; Apabila siasatan menyeluruh dibuat, ditambah pula dengan penubuhan badan penyiasat khas atau suruhanjaya diraja, maka didapati lelaki tersebut bukannya Anwar. Siapa yang malu?

Setakat malu masih tidak mengapa lagi. Tidakkah hal ini akan dijadikan rasional oleh Anwar untuk mengajak rakyat mempersoal semula semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya selama ini?

Dengan adanya Rahim Tambi Chik yang terlibat secara langsung dalam kes pertama Anwar 12 tahun dahulu maka dua kes tersebut mudah dipadankan. Jika video yang dicanang Rahim kali ini palsu, maka peratusan untuk palsunya buku ’50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM’ yang dibiayai Rahim dulu berkemungkinan palsu adalah besar.

Lanjutan dari itu Anwar akan mendakwa tuduhan terhadapnya dalam kes Saiful juga sebenarnya direka bagi menyingkirkannya daripada arus perdana politik!

Bagi Demang isu kali ini hanyalah permainan politik peringkat atasan. Dalam politik apa-apapun boleh berlaku. Keyakinan Demang terhadap kesahihan video tersebut bukan lakonan hanyalah kerana yang membawa isu ini ialah TS Rahim yang dikenali sebagai musuh ketat Anwar Ibrahim.

Namun sekali lagi kita perlu ingat bahawa dalam politik apa-apapun berkemungkinan! Jangan lupa bahawa Rahim adalah sebahagian daripada ‘Team Wawasan’ dengan Anwar selaku ketuanya.

Mana tahu, Rahim sudah bosan menanti terlalu lama di luar gelanggang manakala Najib belum nampak bayang pun untuk memasukkan namanya pada mana-mana posisi yang sesuai.

Tidak musatahil ‘team wawasan’ diberi nafas semula dengan jaminan Rahim menjadi TPM di bawah Anwar!

Sesiapapun tahu, apabila Rahim menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO tidak lama dahulu bermakna impian Rahim dalam politik masih belum padam. Lagipun, orang politik bukanlah reti sangat buat kerja lain selain berpolitik.

Keyakinan Demang ialah isu ini hanyalah permainan politik yang mempunyai banyak serampang, bukan setakat serampang dua mata.

Mari kita lihat nanti, siapa yang sedang menjerat siapa dan siapa pula yang terjerat?


Foto hiasan:

3 comments:

Anonymous said...

Sangat setuju dan sependapat dengan Deman dalam menilai kes ini.

Saya pula sangat mempersoalkan detik masa ledakan vedio sex ini. Umum dapat menilai pihak mana yang lebih berkuntungan hasil ledakan baru ini.

Detik masa ledakan yang sangat meragukan ini mendorong saya untuk mengetahui hal-hal perancangan dan watak-watak penting kepada terhasilnya vedio tersebut.

Saya sangat percaya bahawa adanya perancangan yang teliti dan bersungguh-sungguh hingga terhasilnya vedio tersebut. Jentera perancangan bukan kepalang dari hal kuantiti dan kualiti yang dibelanjakan.

Pihak Polis juga saya percaya memberikan tumpuan siasatan dalam hal ini. Kejelasan persoalan ini barulah kita boleh menapak kepada persoalan ke-2, siapa sebenarnya Datuk T dan yang terakhir barulah kita perlu tahu adakah pelakon utama (hero) dalam vedio itu adalah Nuar.

Telah mula tindakan persaingan mendapatkan pengesahan watak hero vedio sex ini daripada kalangan yang telah berpeluang menonton. Nampak jelas, rumusan mereka adalah berbeza-beza ikut kepentingan dan latarbelakang masing-masing. Berdasarkan hal ini, biarkan institusi bertanggungjawab sahaja buat pengesahan.

Biarkan rakyat banyak dan media buat keputusan adalah tindakan kebelakang. Usah terperangkap dengan perancangan gerombolan yang cuba meruntuhkan institusi polis, mahkamah dan perundangan negara ini.

Perhatikan, siapakah yang terperangkap kini? Pada saya, barisan blogers pro kerajaan secara umumnya nampak mula berikan terlalu fokus kepada isu ini berbanding PRN Sarawak dan Kes Liwat II yang telah pun hampir kepada penghujungnya.

Maka itu, tingalkan dulu. Biar Polis siasat semua persoalan yang timbul berkaitan vedio ini. Stock peluru kita sesungguhnya sangat banyak untuk dihamburkan kepada mereka. Biarkan 'peluru mentah'itu masak (jika sempat masak-takut jujur masa muda).

Aku hanya pemerhati setia dan tidak mahu kita terperangkap... Biarkan Datuk T, Polis dan Nuar selesaikan sendiri buat masa ini.

Anonymous said...

Setuju, camana Anwart boleh suruh seorg Dato ambik jam tertinggal?

Anonymous said...

Satu pendapat yang baik dan boleh direnungkan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)