Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, April 9, 2011

Ketuanan Rakyat vs Ketuanan Melayu

Dalam posting mutakhir siang tadi Demang menulis bahawa manifesto pembangkang di Sarawak sebenarnya menentang perlembagaan.

Demang juga berjanji untuk membuat ulasan mengenainya di sebelah malam. Ikuti sambungannya:

Kenapa Demang katakan ia bertentanga dengan perlembagaan?

Mari kita lihat tentang 'ketuanan Melayu'. Secara ringkasnya, istilah ketuanan melayu tidak ada dalam perlembagaan kita. Sebenarnya istilah ketuanan Melayu hanya tafsiran kepada Perkara 38 dan Perkara 153 yang menggariskan kuasa dan tanggungjawab Ketua Negara.

Ketua Negara yang dinyatakan dan dimaksudkan ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan jawatan berdasarkan keturunan. Istilah Ketanan Melayu muncul kerana selagi perlembagaan sedia ada ini kekal maka selagi itu-lah ketua negara adalah berketurunan Melayu.

Perkara ini tidak boleh diubah atau disentuh sehingga kiamat melainkan terpaksa melalui proses yang melibatkan pertumpahan darah!

Demang berpendapat manifesto pembangkang di Sarawak dalam PRN-10 ini hanyalah satu lagi pembohongan pembangkang semata-mata ataupun ia adalah satu permulaan kepada sebuah negara baru bernama Republic of rakyat Malaysia.

Lebih tepat lagi ia adalah sebahagian daripada siri pembohongan Anwar Ibrahim.

Manakala PAS tidak boleh berkata apa-apa kerana mereka juga membohongi ummat Islam di Malaysia (dan dunia) selama berpuluh tahun dengan manifesto 'Penubuhan Negara Islam' dan dalam masa yang sama tidak pernah bertanding lebih daripada 50% daripada jumlah kerusi Dewan Rakyat!

Lihat video kenyataan Anwar secara terbuka menentang sistem khalifah Islam Malaysia yang diwarisi daripada Kesultan Melayu Melaka, berkait dengan Khulafa Uthmaniah, bersusurgalur daripada Khulafa Fatimiyah, Umaiyah, selepas Khulafa urRasyidin yang menjadi penyambung kerajaan Rasulullah SAW.




Sumber
http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/Perlembagaan%20Persekutuan-Ma.Html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=omwwn42O6v0

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)