Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 4, 2011

Najib guna jentera kerajaan dalam politik

Bukan suatu rahsia lagi bahawa lama sebelum mana-mana senarai calon BN dikeluarkan, pelbagai pihak akan berkeliaran ke seluruh pelusuk negara bagi merisik maklumat tentang calon yang dikehendaki atau dibenci rakyat.

Pihak-pihak berkenaan terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk pasukan risik atau SB. mereka akan berada di lokasi-lokasi strategik seperti warung, masjid, rumah kenduri dan sebagainya. kadang-kadang kehadiran mereka disedari oleh penduduk tempatan tetapi selalunya tidak.

Laporan daripada pelbagai pihak ini akhirnya tiba di meja PM dan berdasarkan itulah PM membuat keputusan bagi menentukan calon BN di sesuatu kawasan.

Itulah sebabnya jangan dihairankan jika Ketua Bahagian tidak menjadi calon manakala AJK cawangan atau ahli biasa sahaja akhirnya dicalonkan!

 Apa pendapat anda? Penyalahgunaan kuasa oleh PM?

Namun bagi Demang itulah gunanya agensi kerajaan iaitu menyalurkan maklumat kepada PM bagi membuat keputusan terbaik untuk rakyat.

Itulah sebabnya Demang buat kesimpulan bahawa calon-calon yang dikemukakan BN dalam pilihanraya adalah calon terbaik yang dikehendaki rakyat.

Demang yakin, calon-calon seperti itu pasti dipilih oleh rakyat melainkan jika ada pihak lain pula yang menghasut dan meracun pemikiran rakyat untuk memilih yang sebaliknya.

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)