Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 16, 2011

Najib iktiraf Rajapetra?

 
Harakah Daily hari ini cuba menipu rakyat dengan tajuk: 'Rakyat terkejut PM rasa dirinya sudah bersih'.

'KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.'

Melalui berita tersebut, penulis yang diberi izin oleh ulama dalam PAS untuk berkarya itu menggunakan istilah 'rakyat' bagi menggambarkan seolah-olah dia mewakili suara rakyat Malaysia.

Persoalan pertama, bila masa penulis upahan itu buat survey terhadap rakyat Malaysia? Secara faktanya, PAS cuma ada 23 kerusi berbanding 222 kerusi parlimen yang ada sekarang.

Ertinya, PAS tak berhak mendakwa sebagai suara rakyat melainkan ada survey terbaru.

Perkara kedua, Najib bersyukur dengan pengakuan Raja Petra kerana LELAKI ITU LAH YANG MEMULAKAN TOHMAHAN terhadap beliau suami isteri, bukannya kerana terlalu percaya pada lelaki itu.

Yang percaya dengan cakap Raja Petra selama ini ialah PEMBANGKANG, termasuklah PAS.

Kenapa ketika Raja Petra buat cerita dulu, PAS bersetuju? Kenapa apabila lelaki itu berkata bahawa tuduhan dulu hanya fitnah yang direka, PAS tak mahu terima?

Bukankah sepatutnya apabila datang lelaki fasiq membawa berita maka perlu disiasat terlebih dahulu?

Sampai hari ini kita tak nampak pun PAS menubuhkan pasukan penyiasat bagi menentukan kesahihan isu isu Rahim Tamby Chik, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Najib Razak, Rais Yatim, dan lain-lain.

Yang PAS amalkan ialah turut membawa kayu api bagi memarakkan fitnah dalam kalangan rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

PAS survive atas FITNAH...MENGHASUT dan MENGAUT duit rakyat miskin untuk tabung Jahat (Jihad) mereka..kesian mereka yang menguhurkan duit titik peluh mereka..

Inilah HakikatNYA...PAS tak buat apa pun untuk Kelantan dan Kedah apa yang menyebabkan mereka boleh TERFIKIR boleh buat sesuatu di Sarawak??????????

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)