Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, May 14, 2011

Gula naik 20 sen, kek naik 20 sen

Demang tak tahulah mana punya ajaran yang menghukumkan setiap negara wajib ada pembangkang untuk kestabilan politik.

Bagi Demang orang yang kerap membangkang akan merosakkan diri sendiri dan orang lain sedikit demi sedikit. Fikirannya jadi negatif. Pandangan orang padanya pun jadi negatif. Hatinya akan sentiasa sakit dan hati orang pun akan ikut sakit melihat pe’elnya.

Tadi Demang kata ‘sedikit demi sedikit’. Cuba bayangkan jika seseorang tu jadi pembangkang selama berpuluh tahun. Yang sedikit itu dah berbukit-bukit-lah.

Beberapa hari lepas Demang berbual dengan seseorang yang diketahui menyokong pembangkang. Sifir mudahnya, jika menyokong pembangkang maka berotak pembangkang lah.

Orang itu merungut pasal harga gula naik 20 sen dan katanya ini menyusahkan rakyat.

Demang tanya, adakah rakyat makan gula sekilo sehari? Dia kata, bukan gula sahaja yang naik tapi minyak pun naik.

Demang kata, majoriti rakyat guna RON95. Awak guna RON97 ke?

Kemudian, tawkey kedai kek itu kata, kenaikan harga gula menyebabkan semua kos naik termasuk petrol.

Wah, kali ni Demang betul-betul tak faham. Macamana harga gula naik boleh sebabkan petrol naik harga?

Demang nak tanya dia, adakah harga gula naik 20 sen maka awak akan naikkan harga kek 20 sen sebiji? Demang harap dia dapat jawab dengan jujur sebagaimana ucapannya yang berdegar-degar ingin membela rakyat.

Demang harap dia tak ambik kesempatan.

1 comment:

Yb Raz said...

kadang kadang apa yang dikatakan oleh pembangkang betul juga..

sebenarnya kenaikan harga barang yang dibuat oleh peniaga secara tak langsung memburukkan nama Kerajaan.

cuba peniaga tidak menaikkan harga barang, sudah tentu pembangkang tidak dapat menggunakan idea ini.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)