Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, May 11, 2011

melaka maju tanpa PAS

Memang penat melayan pe'el pembangkang. Pagi keluar berita, tengahari mereka 'kondem'. Petang kita jawab, malam mereka ungkit balik. Pagi esok kita terangkan, belum sempat tengahari mereka dah ulang isu yang sama.

Demang harap anda tidak begitu. Bukan apa, kalau kita banyak sangat berfikir negatif, yang rugi bukan sahaja diri kita sendiri malah akan terjangkit pada anak bini sama.

Dalam PRU yang akan datang BN memang mahukan kemenangan. Mereka akan buat apa sahaja untuk menang.

'Buat apa sahaja' ertinya buat perkara yang betul. Kalau buat yang tak betul, kalah lah jawabnya. Rakyat bukan buta, pekak, atau bodoh.

Dalam dunia berinformasi macam sekarang, amat sukar untuk menyorok kebenaran. Hatta perihal atas ranjang pun boleh ditonton seluruh dunia.

Hari ini pun Harakah keluarkan lagi isu gula naik 20 sen sekilo. Agaknya mereka ingat rakyat Malaysia makan gula sekilo sehari. Padahal kita dah jelaskan, kalau guna 10 kilogram sebulan pun, baru melibatkan tambahan RM2 sebulan!

Dalam keadaan sekarang, RM2 tu cuma padan 'topup' handphone' bebudak untuk sehari je.

Cakap banyak pun tak guna. Demang nak pergi raikan orang kampung Demang yang nak buat umrah kejap lagi. Hampir 10 orang yang akan berangkat kali ini. Mertua Demang yang pencen pemandu ambulan baru pulang dari Mekah minggu lepas.

Oh ya, majoriti orang kampung Demang kerja biasa sahaja. Kebanyakannya dah pencen. Hampir semua sudah buat haji dan kini sibuk buat umrah. 90% adalah penyokong UMNO.

Di Melaka memang tiada satupun kerusi milik PAS.

1 comment:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

PAS memang sentiasa mencari PASAL dengan BN. Segala yang baik dan subsidi dari kerajaan tidak pernah mereka hargai tapi harga gula yang naik 20sen sekilo itu dijaja ke sana sini.

Mereka bebas ke hulu hilir menabur fitnah dan menghasut sebebasnya tidak pernah pula difikirkan 'nikmatnya' tapi tetap kata mereka tiada 'kebebasan' bersuara.

Pedulikanlah mereka, BIAR apa pun mereka memang jenis KUFUR NIKMAT. Lihatlah pemimpin ulung mereka. Kalau kita cakap pun mereka tak akan dengar. Mereka dengar cakap kosong sesama mereka dan cakap Anwar Ibrahim sahaja.

Syukur kita Cheguman, orang kampung saya pun berlambak yang pergi Umrah, berduyun-duyun..Alhamdulillah. Hakikat yang tidak boleh menipu sesiapa pun. Kita bebas beribadat dan bebas turun naik kapal terbang ke tanah suci...janji dapat visa Saudi je..

Terima Kasih UMNO sempena berusia 65 tahun.

Yang buta mata dan hati sahaja tidak mahu bersyukur bertapak di bumi bertuah ini...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)