Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, May 23, 2011

Stop politiking, terus berpolitik

Demang masukkan paparan berita yang dikutip daripada Berita Harian untuk renungan kita bersama. Harap anda tidak bosan membaca 'berita biasa' ini.

Baca dengan fikiran positif dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah selepas ini.

20,000 penjawat awam miskin
Oleh Haika Khazi

2011/05/23

PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing.

Berikutan itu, beliau berkata, UMNO Putrajaya akan bekerjasama dengan TEKUN Nasional (TEKUN) bagi membolehkan kakitangan sokongan kerajaan terbabit memohon pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sekali gus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan masing-masing setiap bulan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada TEKUN kerana meluluskan pinjaman sebanyak RM367,000 kepada 26 kakitangan kerajaan dan penduduk Putrajaya bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

“Ini adalah antara cara kita membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan di kalangan kakitangan kerajaan yang tinggal di bandar besar, terutama Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keusahawanan anjuran TEKUN dan Pejabat UMNO Putrajaya di sini.

Pada majlis sama, Tengku Adnan turut menyampaikan cek keseluruhan bernilai RM367,000 kepada 26 usahawan termasuk kakitangan sokongan kerajaan untuk memulakan perniagaan masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata pihaknya sudah memberi pinjaman berjumlah RM1.68 bilion kepada 183,364 peminjam di seluruh negara, sejak 1998.

Katanya, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM239.90 juta diagihkan kepada 20,201 usahawan di Selangor.

Demang: Apa kata anda tinggalkan sedikit komen di sini. Tulislah apa sahaja yang terlintas di fikiran anda.

Terima kasih.

3 comments:

Cheguman said...

Politik atau siasah itu baik tetapi jika terlalu bermain politik, merugikan dan merosakkan.

Demang ucapkan tahniah kepada Tengku Adnan dan pasukannya yang tahu menggunakan politik untuk kebaikan rakyat.

Mungkin bagi sesetengah pihak tindakan Adnan itu ada motif politik tetapi jika ia membawa kebaikan pada golongan sasaran, apa salahnya?

Itulah yang dikatakan situasi menang-menang.

Anonymous said...

Dengan kenaikan kos bahan mentah dunia hari ni yg sukar dikawal, kita perlu tingkatkan usaha.

Menegeluh dan marah2 tak sampai ke mana.

SSM said...

camana nak pinjam TEKUN?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)