Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, June 3, 2011

PAS perlu perjelas fatwa baru

Kenyataan Hamzah Ngah (hampir sama dengan Ngeh & Ngoh) yang kononnya mewakili ulama dalam muktamar PAS semalam tidak harus dipandang ringan.

Lihat kenyatan beliau:
"KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah."

"Oleh itu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara."

"Perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan oleh ulama PAS apabila ditanya oleh seseorang tentang perbezaan antara PAS dan Umno."

Demang bertegas, Hamzah perlu bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut kerana ia boleh difahami sebagai 'UMNO tidak seagama dengan PAS'.

Kita tidak mahu peristiwa yang berlaku di negara-negara Arab seperti Iraq berlaku di negara kita apabila puak sunni dan syiah berbunuhan akibat fatwa kafir mengkafir para pemimpin mereka.

1 comment:

Penditakainsingkat said...

Memang benar pandangan Hamzah tu, UMNO mungkin berbeza agama dengan Pas, kerana Pas menganut fahaman Islam yang sudah dimodify mengikut keperluan politik kepartian mereka.

Manakala UMNO meneruskan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan melaksanakannya dengan jayanya lebih dari 60 tahun di negara ini.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)