Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, July 30, 2011

Re:Re:

Maaf gangguan asing. Sila ke artikal seterusnya. T.kasih.

mari kenali nama kereta


Demang jumpa kartun di atas dalam blog Bumiyang. Demang pun tak pasti apa isu yang diketengahkan. Maklumlah, Demang pun dah macam pembangkang, dah tak baca akhbar.

Tapi zaman IT ni kata orang tak baca akhbar pun tak apa.

Walaupun tak jelas dengan isu yang dimainkan melalui foto di atas, Demang letakkan sahaja di sini sebagai hiburan.

Itu pun satu lagi ciri pembangkang yang Demang cuba tiru. Contohnya dalam perhimpunan haram BERSIH, memang ramai yang keluar berdemonstrasi hanya kerana ikut-ikut sahaja.

Ada berapa tuntutan AMBIGA? He he... tak tahu lah tu.


Thursday, July 28, 2011

tak patut surat terbuka kepada Marina

Demang rasa tak patut PAPAGOMO siarkan surat terbuka kepada Marina Mahathir di blognya hari ini.

Maksud Demang, TAK PATUT surat itu ditulis sebegitu lembut!

Bagi Demang, Ambiga memang cerdik. Setidak-tidaknya dia menjadi alat kepada orang yang cerdik.

Tahukah anda bahawa pada 2007 terdapat 17 tuntutan dibuat oleh BERSIH untuk dirubah SPR

Kenapa hanya 17? Bukankah ada 19 tuntutan? Kenapa 2 perkara lagi disorokkan daripada rakyat? Padahal dua perkara tersebut AMAT AMAT AMAT PENTING!

Pada 2011, BERSIH membuat 8 tuntutan. Kenapa bukan 17?

Itu soalan mudah. Sebab 9 daripadanya sudah dipersetujui SPR.

Persoalan Demang ialah, kenapa hanya 8 perkara dan bukannya 10? Bukankah ada 2 perkara lagi yang AMAT AMAT AMAT PENTING yang sepatutnya AMBIGA dan tuan-tuannya minta?

Penyokong PAS patut tanya apakah 2 perkara yang menjadi agenda tersembunyi itu. Tanyalah Ambiga. Lihatlah nanti bagaimana dia tergagap-gaga menafikannya.

Ataupun, tanya lah Demang secara personal. Nak jumpa pun boleh.

Tak tahu cara? Alahai, Demang tak pernah sembunyi nombor telefon atau alamat email.

Berbalik pada isu Marina sokong BERSIH, Demang langsung tak terkejut.

Apabila Ambiga menubuhkan IRC yang kemudiannya menjadi IFC, banyak pertubuhan Islam yang tertarik. Namun apabila terbukti Ambiga sedang menggunakan IRC untuk merosakkan akidah ummat Islam, semua pwertubuhan Islam menarik diri (termasuk Chandra Muzaffar).

Yang terus menyokong IRC ialah Sister In Islam. Marina adalah salah seorang aktivisnya.

Faham?

Wednesday, July 27, 2011

Mat Sabu bantah Nik Aziz



Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).
Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik - UTUSAN.

Tuesday, July 26, 2011

FB Najib diserang


Apa perasaan anda jika FB anda diserang begini?

Padahal Najib menggunakan FB bukan sekadar suka-suka. Ia adalah salah satu saluran untuk beliau menerima aduan rakyat.

Jika sekalipun anda tidak suka seseorang, tindakan menyerang bukanlah sesuatu yang dihalalkan. Bagaimana jika Najib bertindak balas dengan mengarahkan jenteranya menyerang anda semula? Sanggup anda dan keluarga anda hadapi?

Sila beri alasan kenapa Najib tidak wajar menyerang orang yang yang terlebih dahulu menyerang beliau?

Demang nasihatkan pihak berkenaan bersedialah dengan pembalasan Najib sebagai manusia biasa yang ada perasaan. Jangan nak menyesal nanti. Anda yang mulakan!

Saturday, July 23, 2011

bersih siri 3?

Kalau ditanya bilakah perhimpunan Bersih 2 diadakan, hampir semua orang tahu. Namun apabila ditanya berapakah tuntutan dan apakah tuntutan tersebut, setakat ini cabaran Demang terhadap beberapa facebooker pembangkang yang aktif memprotes kerajaan masih belum berjawab.

Sedih. Mereka tidak tahu apa yang dibangkang!

Itu satu perkara.

Mari kita lihat pula satu contoh pihak pembangkang yang bertindak kotor:

Semasa hari pengundian, amalan sejak merdeka ialah pengundi akan menyemak nama mereka di sebuah kaunter yang disediakan parti-parti bertanding.

Sebenarnya amalan itu tidak sihat (kalaupun bukan kotor) kerana semua kempen sepatutnya sudah berakhir selepas pukul 12 tengah malam.

Maka amalan tersebut cuba dibersihkan oleh pihak SPR dengan mengeluarkan peraturan agar pondok panas tersebut dimansuhkan.

Maka semasa PRK di Bukit Gantang, pihak BN cuba mematuhi peraturan tersebut. Malangnya, pihak pembangkang langsung tidak mengendahkannya dan meneruskan amalan sebelum ini.

Akibatnya, parti BN yang merasa teraniaya turut melakukan hal yang sama ketika PRK selepas itu.

BERSIH? Bersih sangatlah tu!

Thursday, July 21, 2011

kenyataan Sanusi junid isu pusat maksiat di Kedah

MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN


1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah. 

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain. 

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan. 

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur. 

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India. 

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat. 


29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.

30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

Posted by Sanusi Junidkzsu (disalin daripada blog kzsu)

ketua kumpulan haram dijemput berdialog


"Utusan Malaysia akan menganjurkan satu sesi dialog terbuka bagi membincangkan permintaan beberapa kumpulan haram di negara ini mengenai undang-undang jenayah yang dikatakan berat sebelah."

Panel yang dijemput ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Profesor undang-undang UIA dan Ketua kongsi gelap bernama Ambalagan yang baru-baru ini terlibat mencetuskan huru hara dan menimbulkan kegelisahan awam".

Untuk makluman, berita di atas hanyalah imaginasi bebas Demang. Namun jika dibandingkan dengan berita yang disiar Harian Sinar, ia sebenarnya tak banyak beza dengan berita rekaan Demang itu.

Demang tak habis fikir kenapa SPR dan media sibuk melayan dan memberi laluan pada sebuah pertubuhan haram. Seolah negara ini tak berperlembagaan.

Wednesday, July 20, 2011

isu cincin rosmah mengaku


Lihat berita di atas. Apa pendapat anda? Beginikah jenis puak yang boleh dipercayai untuk mentadbir negara? Belum dapat kuasa sudah licik manipulasi berita.

Lihatlah bagaimana mereka memfitnah Rosmah Mansur dengan menggunakan kepala akhbar Utusan Malaysia dan disiarkan secara meluas dalam internet. Taktik yang menjijikkan!

Ternyata, pembangkang sudah kehabisan modal. Semasa Tun Dr Mahathir menjadi PM, menara kembar Petronas dikatakan berbentuk 'H' kerana mengambil sempena nama Tun Hasmah.

Lihat selanjutnya

sejarah kesilapan A Samad Said

Sudah ada suara-suara yang mendesak kerajaan membincangkan semula anugerah Sasterawan Negara yang pernah diberi kepada A. Samad Said berikutan beberapa tindakan beliau yang menyongsang daripada semangat nasional.

Demang tidaklah sampai begitu. Apatah lagi Pak Samad adalah antara penulis yang Demang kagumi sejak kecil. Novel Salina sudah Demang khatam ketika di bangku sekolah rendah lagi.

Jika ditelusuri perjalanan hidup A. Samad Said, di celah kehebatan beliau berkarya sesekali tersadung jua dengan kesilapan diri dalam nafsu manusia. Pak Samad sendiri mengakui beliau pernah melencong daripada garis kebenaran namun sempat tersedar.

Pun, itu bukanlah masalah kita secara langsung. Yang kita perlu risaukan ialah ketika isu bahasa dalam pengajaran Sains & Matematik yang dijuarai DAP tidak lama dahulu, Pak Samad telah tertipu.

Ceritanya begini; Kononnya pengajaran Sains & Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris akan melenyapkan bahasa Melayu. Maka Pak Samad pun bermatian memperjuangkan agar penggunaan bahasa Inggeris itu dibuang. Beliau berharap bahasa Melayu dapat dimertabatkan.

Akibat tekanan pembangkang yang bertopeng aktivis bahasa maka kerajaan yang memerintah terpaksa menuruti walaupun hasil kajian mengkehendaki sebaliknya.

Akhirnya pengajaran Sains & Matematik kembali diajar dalam bahasa ibunda.

Bahasa Ibunda bermaksud jika pelajar itu berbangsa cina maka bahasa Mandarin lah bahasa ibundanya. Begitu juga jika pelajar India, maka bahasa ibunda ialah Tamil.

Maka meloponglah A. Samad Said!
http://onlineseoblog.co.uk/wp-content/themes/ma2.htm

Tuesday, July 19, 2011

Cincin Rosmah, Rantai Azizah, Jam Anwar


Seorang rakan sekerja sibuk bercerita tentang cincin Rosmah yang berharga puluhan juta pada kawa-kawannya.

“Betul ke Man?” tanya beliau pada Demang yang kebetulan di situ.

“Mana dapat cerita?” tanya balik Demang selamba.

Ilmu bertanya balas apabila orang bertanya ini Demang belajar daripada Anwar Ibrahim ketika kes jam Omega dulu. Sampai sekarang wartawan tersebut dan juga rakyat Malaysia kempunan untuk mendapatkan jawapan Anwar.

“Dari internet.” Jawabnya lurus.

Sebenarnya spesis seperti beliau memang masih ramai di negara kita. Itu sebabnya penuis blog picisan seperti Raja Petra si Raja Lawak seronok cari makan dengan menulis blog. Itu pun ramai yang tak tau bahawa blog boleh buat tempat cari makan.

Sebelum ni kita tak tau pun yang ‘jalan-jalan cari makan’ pun boleh dapat duit!

Berbalik pada kisah cincin Rosmah, Demang langsung tak terkejut cerita begitu boleh timbul. Tambah-tambah pula si pemula cerita ialah RPK Raja Bohong Negara. Asal usul keturunan RPK pun kita tak tau, inikan pulak ceritanya.

Logik ke Rosmah yang boleh ke luar negara bila-bila masa je, yang boleh beli sebentuk cincin berharga RM70 juta akhirnya meminta sebuah syarikat courier membuat penghantaran dan terpaksa melalui pemeriksaan kastam?

Hanya sebentuk cincin, bro. Bukannya sebuah lori kontena atau sebuah kapal layar! Setakat cincin, Rosmah boleh pergi beli dan pakai kat jari, takde siapa nak periksa.

Lain lah kalau Rosmah memang berhajat sangat nak hilang title isteri Perdana Menteri Malaysia. Kalau begitu, wajarlah dia dedahkan rahsia cincin RM70 juta itu supaya semua orang tahu!

Biarlah RPK bengap sorang-sorang. Kita janganlah sampai ditipu si bengap itu!

Bagaimana gelang Azizah? Maaf, Demang buat cerita sahaja. Ah, kalau Anwar dan Wan Azizah masih dalam UMNO, sudah tentu akan timbul cerita yang begitu juga.

Oh ya. Jam Omega Anwar kat mana, Kak Wan?

Thursday, July 14, 2011

Salahkah anwar ada hubungan?

Semalam, Malaysia menandatangani lima perjanjian persefahaman dengan universiti di UK.

Bagi kebanyakan orang, ia bukanlah berita penting. Malah pihak media pun tidak mengkategorikan berita tersebut sebagai berita yang mempunyai value tinggi.

Demang catatkan berita 'remeh' tersebut kerana terdapat penyokong PKR yang berpendapat tidak salah Anwar dan pembangkang mempunyai hubungan dengan Amerika kerana kerajaan Malaysia juga mengadakan hubungan dengan negara tersebut.

Nampaknya mereka tidak faham konsep bernegara dan salah satu daripadanya ialah keperluan hubungan diplomatik.

Marina pengikut Ambiga

Ketika peringkat awal penubuhan IRC yang kemudiannya dinaiktaraf kepada IFC, banyak pertubuhan Islam turut menyertainya.

Antara tokoh yang turut terlibat ialah Dr Chandra Muzafar.

Namun setelah perbincangan pertama IRC, para ulama dan pemimpin pertubuhan Islam menyedari bahawa agenda IFC yang diterajui Ambiga merugikan Islam dan memberi kesan pada akidah ummat Islam, maka semua pertubuhan Islam KECUALI Sister In Islam menarik diri.

Justeru Demang tidak terperanjat apabila Marina Mahathir iaitu aktivis Sister In Islam menyokong himpunan BERSIH yang diketuai Ambiga baru-baru ini.

Wednesday, July 13, 2011

Anwar berjaya lagi

Usaha Anwar untuk melewat-lewatkan kes liwatnya lewat perbicaraan yang bermula lewat beberapa bulan lalu akhirnya dilewatkan juga oleh hakim perbicaraan kes liwat itu.


Phehh, berapa banyak liwat da...


Hari ini Mahkamah menangguhkan lagi perbicaraan dengan menetapkan 8-26 Ogos bagi peguambela anwar menemuramah 20 orang saksi pendakwa yang masih belum ditemuramah mereka.


Apa nak kata.  Anwar orang cerdik. Saiful adalah mangsa yang teraniaya kerana kecerdikan Anwar.




Dalam pada itu, Anwar dicabar untuk menyaman pihak yang menyiarkan video ini pula bagi membuktikan dia tak bersalah.


Jika Anwar tak berani maka Anwar "JANGAN LAGI BICARA SOAL PERJUANGAN..."
  

Tuesday, July 12, 2011

kematian terancang peserta demo bersih terbogkar


Sejak Sabtu 9 Julai lalu, semua media yang dikuasai pembangkang menyiarkan berita dan gambar seorang peserta demo tajaan peguam bela Lina Joy mati dibelasah polis.

Pembangkang lupa bahawa dalam zaman serba canggih seperti hari ini, tak banyak perkara boleh disembunyikan.

Maka akhirnya lakonan terancang kematian tersebut telah terbongkar. Benarlah, apabila datang yang haq maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.

Lihat penjelasannya di sini.

Kenapa PAS bersubahat? Kerana fatwa Nik Aziz bahawa 'buatlah apa sahaja asalkan UMNO mampus' dan fatwa 'jika syaitan sekalipun nak tolong kita terima'.

Video sahkan Anwar menipu

Sah, Anwar pemegang award pelakon terbaik 11 tahun berturut-turut.

Masih ingat 16 September? Masih ingat kes bersembunyi di kedutaan Turkey?

Sebenarnya banyak lagi live teater yang dilakonkan Anwar. Itu belum dikira video porno ekslusif untuk rakyat Malaysia.

Terbaru, Anwar berlakon sebagai seorang penunjuk perasaan yang cedera parah dibelasah polis.

Lakonan Anwar terbongkar apabila pihak polis hari ini mengeluarkan kenyataan mereka mempunyai video yang membuktikan Anwar bukan dicederakan oleh polis.

Monday, July 11, 2011

Najib iktiraf kehebatan Anwar

Selepas pembangkang berposak-posak mengumpulkan kira-kira sepuluh ribu penunjuk perasaan walaupun telah berkempen selama berbulan-bulan, keesokan harinya Najib berhasil menarik perhatian lebih 6 ribu ahli Ngo dari seluruh negara berkumpul di PWTC.

Berbeza dengan pembangkang yang membuat hiruk pikuk di jalanraya, pertemuan dengan Najib dilakukan dalam dewan tertutup dan para peserta dijemput oleh pertubuhan masing-masing hanya melalui sms sahaja.

Demang turut dijemput kerana Demang menjadi setiausaha kepada sebuah pertubuhan bukan politik dan bukan kerajaan. Selain diri sendiri, Demang turut diberi mandat untuk membawa ahli pertubuhan kami.

Dalam masa yang singkat sahaja kami berjaya mendapat pengesahan hampir 100 ahli yang berminat untuk turut serta. Manakala pada hari perhimpunan tersebut, rupa-rupanya lebih daripada 100 ahli pertubuhan yang baru kami tubuhkan itu berjaya hadir!

Demang catatkan tadi lebih enam ribu orang sebab dewan tersebut boleh memuat sekurang-kurangnya 6 ribu orang dan kehadiran pagi itu penuh sesak.

Sementara itu, Demang tidak pula tahu bagaimana pembangkang dan pihak media mengira kehadiran penunjuk perasaan Sabtu lalu. Mungkin Majlis Peguam menjadi tukang kiranya. Lagipun, mana nak cari orang yang jujur dan bersih seperti para peguam bukan Islam itu. Dengar cerita, minum arak pun tak pernah. Mabuk tu, entah lah.

Perjumpaan pagi Ahad itu diisi dengan beberapa ucapan ringkas bagi mengiringi ucaptama Najib. Sebagaimana biasa ucapan Najib banyak berkisar pada konsep 1 Malaysia dan keyakinan beliau terhadap transformasi menyuluruh yang sedang diterajui beliau.

Pada suatu ketika Najib sambil berseloroh mengumumkan betapa seorang pemimpin pembangkang yang cedera semasa perhimpunan haram akibat semburan gas pemedih mata sebagai pelakon hebat dan layak menerima oscar.

Rasa-rasa Demang, Najib maksudkan Anwar Ibrahim. Takkan lah Haji Hadi pula sebab Haji Hadi memang baik dengan Najib. Ada peristiwa menarik yang berlaku antara mereka baru-baru ini di Sarawak.

Demang tak fikir ekstremis PAS gembira dengan cerita ini. Jadi, lain kali lah Demang cerita.

Sunday, July 10, 2011

Puluhan ribu kembali menyerang KL hari ini

Selepas 9 Julai 2011

Nampaknya hasrat pembangkang untuk melihat ratusan ribu rakyat menyerang KL hampir menepati sasaran.

Meskipun semalam cuma sekitar 10 ribu orang sahaja yang berdemonstrasi namun pagi ini tidak kurang 50 ribu orang memenuhi beberapa lokasi utama di ibu kota sejak pagi tadi.

Tinjauan Demang mendapati orang ramai bertumpu di sepanjang jalan TAR dan Masjid India tanpa menghiraukan hujan renyai yang sedang turun.

Menariknya, hampir tidak ada anggota keselamatan yang bertugas biarpun kedai-kedai di situ termasuk Sogo diserbu orang ramai tanpa henti.

Demang sempat mendapatkan pandangan seorang lelaki yang Demang temui turut berada di situ. Beliau memberitahu keramaian yang begitu memang lazim apatah lagi tidak lama lagi ummat Islam akan menyambut perayaan besar.

Lelaki yang menjadi pembantu kedai kain itu melahirkan rasa syukur kerana dapat mencari rezeki di negara ini. Sudah tentu kemakmuran begini tidak datang begitu sahaja tanpa pentadbiran yang bijaksana serta perancangan yang rapi.

"Jika rakyat tiada wang, bagaimana mereka boleh berbelanja untuk perayaan?" tambah lelaki yang berasal dari Pakistan itu sambil merenung jauh.

Barangkali si Pakistan itu teringat anak bininya yang jauh di tanahair. Apa boleh buat, beliau terpaksa merantau jauh untuk mencari rezeki memandangkan kerajaannya yang sering bertukar ganti.

Saturday, July 9, 2011

tian chua, hj hadi ditahan

Berita tangkapan Tian Chua, Hj Hadi tersebar dengan pantas.

Ia adalah umpan bagi memarakkan kemarahan pihak yang simpati pada Ambiga, sipeguam Lina Joy. Memang itupun tujuan demonstrasi.

Kesah mereka ditangkap polis akan dijaja semahunya dalam setiap ceramah dan rapat umum yang akan diadakan sepanjang tahun.

Cerita tersebut akan dijadikan modal bagi menghasut rakyat membenci kerajaan.

Itulah sebenarnya tujuan mereka. Ia akan dicanang hingga ke PRU 13 nanti.

Jahat sungguh komplot Majlis Peguam, Ambiga, dan Anwar. Cerita asal SPR dah luluskan 9 daripada 17 perkara lenyap begitu sahaja. Tawaran SPR untuk berunding baki 8 tuntutan yang tertangguh disebabkan kekangan masa (SPR terpaksa memberi tumpuan pada 16 PRK dalam tempoh 2 tahun) akan disorok dari pengetahuan rakyat.

Mereka amat licik mengeksploitasi rakyat!

Ingat, jika Ambiga dan Majlis Peguam (majoriti dalam majlis peguam ialah bukan-Islam) berani memanipulasi kes murtad dan masuk campur perkara akidah ummat Islam, apa lagi agaknya yang mereka tak sanggup buat?

Masihkah kita mahu menyokong PAS yang berpegang pada ijtihad 'apa sahaja jadi halal asalkan UMNO dapat ditumbangkan'.

Hatta, bersekongkol dalam komplot kafir harbi seperti Ambiga, IFC, dan Majlis Peguam.

penunjuk perasaan bawa peluru hidup




Laporan seterusnya

lintas langsung perarakan haram penyokong Ambiga

LAPORAN LANGSUNG:

Nota:
Sila baca daripada bawah.
Laporan ini diambil daripada Malaysiakini.com
Sila perhatikan, terdapat kumpulan PEMANTAU daripada Majlis Peguam. Sila dapatkan maklumat peranan Majlis Peguam dalam isu Murtad, status agama akan pasangan Islam yang bercerai, tuntutan membenarkan anak orang Islam memilih agama sendiri selepas 21 tahun.
Sila ambil perhatian peranan pengerusi BERSIH (Ambiga) yang menjadi peguam kes Lina Joy.
Tahukah anda bahawa tuntutan asal Amiga mengandungi 17 perkara. Oleh kerana 9 sudah di'bersih'kan, kini tinggal lagi 8. Itulah yang dituntut hari ini.
Sila ambil PERHATIAN bahawa PAS hanya bersetuju 4 tntutan dan menolak 4 lagi tuntutan kerana merugikan orang Islam. Namun semasa berdemonstrasi, siapa yang peduli tentang itu?



1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]

1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

Antara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.

Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

Kumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.

1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

Twitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."

11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.



10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.
Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.


Sumber: Malaysiakini)

anak sapa la ni?

Adakah orang cina akan keluar ke jalanraya petang ini untuk berdemonstrasi?

Sama-samalah kita lihat.

Tetapi jika anda bercadang untuk pergi sendiri ke KL samada untuk sekadar melihat atau turut menyertai, anda memang bodoh!

Bodoh 1: jadi alat Anwar Ibrahim yang sedang tersepit.
Bodoh 2: jadi alat Ambiga (peguambela Lina Joy) yang dibiayai dana asing (rujuk pengakuan Ambiga minggu lepas)
Bodoh 3: Jadi alat Mat Sabu yang sedang cari isu selepas menang Timb Presiden PAS).
Bodoh 4: jika ditangkap, siapa yang susah? Ada ke orang cina yang akan keluar berdemo petang nanti?

Woi orang PAS... BODOH sikit-sikit dah la!

Sebarkan: muslihat DAP dalam perhimpunan BERSIH



sebarkan segera seluruh negara: 林冠英已指示DAP 千万不要让华裔党员涉及709 大集会。 就让马来人和马来人互相斗打.(Terjemahan: Lim Guan Eng tlh arahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dlm perhimpunan tersebut. Biar org Melayu bergaduh sesama sendiri)

Foto terkini di atas menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah agama ditahan polis dan didapati membawa baju kuning BERSIH.

Ibu bapa pelajar tersebut yang tidak puas hati dengan penangkapan bolehlah ambil tindakan mahkamah. Kita nak tengok!!!

Awas sabotaj, letupan tembakan di KL

Depan Sogo Jalan TAR


Masjid Kampung Baru

Melihat pada dua foto di atas, suasana di KL jam 10 pagi ini lengang dan tenang. Benarkah akan berlaku rusuhan?

Bersihkah BERSIH?



Ada dua perkara yang berlegar dan menimbulkan kesangsian dalam pergerakan haram BERSIH:

Pertama, wajarkah Ambiga mengunakan nama RAKYAT dalam demonstrasi hari ini? Berapa ramaikah rakyat yang menyokong peguambela Lina Joy itu?

Kedua, adakah gerakan di sebalik kumpulan BERSIH yang diketuai Ambiga itu cukup bersih untuk membersihkan pihak lain?

Boleh kah menggunakan sesuatu yang belum tentu bersih bagi membersihkan sesuatu yang lain?

Thursday, July 7, 2011

video Anwar Kantoi



Inilah peluang Anwar untuk saman mana-mana pihak yang 'memfitnahnya'.


Sumber:
PapaGomo

Wednesday, July 6, 2011

Bukti video terbongkar

Jangan lupa, jam 10 pagi ini blog Papagomo akan siarkan 8 elemen penting yang membuktikan pelaku dalam video seks terlarang.


Sent from Yahoo! Mail on Android

Tuesday, July 5, 2011

Rais menang kes difitnah blogger

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42 tahun, didapati bersalah bagi memfitnah. "Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Demang:
Anwar Ibrahim tak teringin nak saman blogger ke?

Sent from Yahoo! Mail on Android

Monday, July 4, 2011

Anak kecil main api


Nak dengar cerita lagi?

Begini. Ada seorang lelaki bernama Robert kok. Kata orang, dia lah orang paling kaya di Malaysia.

Robert ni berniaga gula sejak sekian lama. Kita pun tak tahu berapa untung jual gula.

Baru-baru ni Felda diberi peluang jual gula. Dalam masa 2 tahun untung RM250 juta.

Oo, patut lah Robert kaya.

Apabila Felda umumkan keuntungan, Lim Guan Eng ungkit. Kenapa kerajaan tak gunakan keuntungan tersebut untuk bantu rakyat yang menghadapi masalah akibat kenaikan harga gula?

Demang kata, banyak cantik LGE punya muka. Kenapa tak minta pada Robert Kok?

Orang macam Guan Eng memang tak sesuai dijadikan pemimpin? LGE adalah ikon chauvinist. Dia tidak berfikir seperti generasi awal masyarakat cina yang memohon untuk menetap di Tanah Melayu dulu.

Yang dia fikir, kalau Singapura boleh diperintah keluarga Lee, kenapa keluarga Lim tak boleh menguasai Malaysia?

Nampaknya hasrat itu semakin dekat. LGE lupa bahawa Melayu itu bukan bangsa yang rela dijajah hatta diperintah orang lain.

Hari ini 'anak kecil tidak lagi bermain api' sebaliknya LGE lah.




Sent from Yahoo! Mail on Android

Sunday, July 3, 2011

Suatu kisah

Dah lama Demang tak berkisah. Dinihari ini Demang nak berkongsi satu cerita yang diberikan seorang sahabat.

Kisah ini berlaku di suatu zaman, di sebuah pusat pengajian Islam.

Pada suatu hari sheikh madrasah tersebut mengumumkan ketua pelajar yang baru untuk suatu tempoh.

Lantikan tersebut rupa-rupanya menimbulkan rasa kurang senang seorang penuntut yang lebih senior di situ. Rasa tidak puas hati tersebut diluahkan kepada sheikhnya.

Pak Sheikh memanggil kedua-dua penuntut itu mengadap beliau. Sheikh tersebut mengambil sebatang pena dan membuat dua tanda 'X' di dinding putih di hadapan mereka.

Pak Sheikh meminta kedua-dua penuntut itu memberitahu beliau apa yang mereka lihat.

Penuntut senior yang memakai kepiah hijau dengan bulatan putih di tengahnya itu memberitahu bahawa dia melihat dua tanda 'X'.

Penuntut kedua pula menyatakan bahawa dia melihat 'sebuah dinding putih yang besar dan terdapat dua tanda 'X' di tengahnya'.

Itulah gambaran orang PAS yang sering melihat masalah kecil pada kerajaan dan melupakan begitu banyak perkara baik yang telah dilaksanakan kerajaan sejak merdeka.

Seorang sahabat bercerita. Suatu hari beliau berada di sebuah hospital dan melihat seorang warga emas menjinjit sekampit ubat yang diberi pegawai farmasi di situ.

Beliau bertanya kepada pegawai tersebut dan dimaklumkan bahawa ubat tersebut adalah untuk bekalan selama 3 bulan pakcik tesebut.

Kos bagi ubat tersebut ialah RM3800.

Persoalannya, berapa orangkah yang sedar tentang itu?

Betullah, memang itu semua tanggung jawab kerajaan. Demang pun tak mahu jawab "itu menunjukkan kerajaan berjaya menunaikan tanggung jawab" seperti selalu.

Mungkin juga anda akan balas bahawa Malaysia banyak minyak. Demang cuma nak ingatkan, minyak dalam bumi itu bukan boleh keluar sendiri.

Itu baru satu. Nanti kita sambung lagi.

Friday, July 1, 2011

Mat Sabu bohongi penyokong PAS

Promosi himpunan haram BERSIH 2011 makin meluas. Semua orang bercakap tentangnya. Ada pro dan ada kontra. Rakyat Malaysia yang boleh mengundi ialah 12 juta (+-). Tiada siapa yang tahu siapa yang menyokong dan siapa yang menentang.

Demang baca usul yang dibawa Mat Sabu dalam mesyuarat PAS. Ada 4 tuntutan yang akan diaju pada YDA. Maka PAS bersetuju untuk menyokong tuntutan tersebut.

Tapi kenapa hanya 4 yang dibentang dalam mesyuarat PAS untuk diluluskan? Padahal Ambiga membuat 8 tuntutan. Kenapa Mat Sabu tidak maklumkan pada ahi PAS baki 4 lagi tuntutan?

Demang dah buat kajian setiap tuntutan dan dah analisis 4 tuntutan yang disorokkan Mat Sabu dari pengetahuan pengikut PAS.

Apa kata anda cuba buat kajian sendiri dan lihat apakah perbezaan tuntutan Ambiga dengan tuntutan PAS.

Bagi Demang adalah tidak adil menyuruh orang menyokong sesuatu yang mereka tidak fahami. Masih ingat peristiwa seorang ‘pakcik’ yang mengikuti rombongan percuma ke Kuala Lumpur pada 2007? Pakcik dari Johor itu juga diberi topi dan sehelai kemeja kuning.

Sedar-sedar, dia sudah berada di tengah ribuan manusia bersalut kain kuning yang sedang beremosi di tengah ibu kota!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)