Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

  • Belajar bekam - Saya pernah ceritakan kesah sepasang auami isteri yang anak2 mereka dihantar belajar ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri hasil pendapatan sebagai ...
    6 hours ago

Tuesday, May 31, 2011

PKR akan diharamkan


Foto di sebelah menunjukkan seorang lelaki sedang menggali lubang kubur untuk pengkebumian PKR.

Yang sedihnya, hanya seorang sahaja yang menggali manakala yang lainnya hanya memandang sahaja.

Barangkali mereka takut dikaitkan dengan parti serpihan itu. Maklumlah, sekarang ni memang malu nak mengaku ahli PKR.

Berita:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menfailkan tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mencabar keputusan ROS untuk membatalkan pendaftaran parti itu.PKR menfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas,pada 2 petang tadi melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Dalam permohonan itu selain PKR,Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail turut dinamakan sebagai pemohon,manakala ROS dinamakan sebagai responden.PKR menfailkan permohonan itu berikutan notis bertarikh 9 Mei lepas yang dikeluarkan ROS bawah Seksyen 13(1) dan (2) Akta Pertubuhan 1966,untuk membatalkan pendaftaran parti itu.
-Bernama

Kalau orang Islam, kita ucap Innalillah. Tapi PKR ni separuh-separuh...

Kita ucap je... "boleh jalan lah atau BOLEH BLAHHHHHH!!!!

Rujuk:
Badut Rakyat

Monday, May 30, 2011

suara dari kelambu

Suara dari kelambu
KUALA LUMPUR, 30 Mei: PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang telah mengorbankan sembilan nyawa orang awam termasuk kanak-kanak di Afghanistan.

Biarpun NATO memohon maaf atas tindakan kejam itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali berkata, ianya tidak memadai apatah lagi serangan tersebut dilakukan ketika mangsa sedang berehat di kediaman masing-masing.

Lebih menyedihkan katanya, semua pihak dilihat bersikap dingin dengan kekejaman yang dilakukan itu seperti hanya merelakan ianya berlaku.

"Mereka sedap-sedap panggil muslim terrorist, tapi bila kanak-kanak dan orang awam Islam yang jadi mangsa, berapa orang yang mengutuk.

"Mana setiausaha Amerika Syarikat, mana Obama, mana pejuang-pejuang hak asasi dunia dan mana kerajaan Malaysia," soalnya.

Media hari ini melaporkan Ketua Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan, Mejar Jeneral John Toolan menyatakan permintaan maafnya mewakili NATO atas serangan tentera udara tersebut.

Dalam serangan di Helmand Sabtu lalu itu, jurucakap NATO memaklumkan telah mengorbankan 12 kanak-kanak dan dua wanita, bagaimanapun tida penjelasan lanjut berhubung beza angka seperti dinyatakan Toolan itu.

Penduduk mendakwa peluru berpandu tersebut dilepaskan dari helikopter tentera NATO dan mengena dua buah rumah yang dihuni wanita dan kanak-kanak tersebut.

"Nyawa umat Islam seperti debu yang menyeliputi jenazah anak-anak tak berdosa.

"Maruah umat Islam, maruah kemanusiaan diinjak-injak tanpa pembelaan," tegasnya.

Komen Demang:
Setakat merengek dari dalam kelambu buat apa Dr? Sepatutnya Dr menung sekejap dan berfikir, apa punca semua itu? Kenapa ummat Islam terus ditindas?

Kemudian, cuba muhassabah diri sendiri. Adakah perjuangan Dr dalam PAS selama ini membantu menguatkan ummat Islam atau membuka peluang pada musuh Islam mengambil kesempatan?
I
Jawablah dengan jujur. Imbas kembali perjuangan Rasulullah. Adakah baginda menyeru perpaduan atau perpecahan?

Terimalah hakikat bahawa PAS tidak akan mampu berjuang sendirian. Malah lebih buruk lagi apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Sedarlah bahawa PAS sudah gagal menarik sokongan majoriti ummat Islam. Dalam keadaan UMNO dianggap lemah pun PAS cuma mampu meraih 23 kerusi.

Akuilah bahawa PAS hanyalah parti serpihan, sama seperti PKR dan Semangat 46 yang telah berkubur.

Untuk perjuangan yang berkesan, kita perlu bersatu. Hentikanlah mengungkit dan memberi alasan bahawa PAS pernah ditipu orang UMNO 30-40 tahun yang lalu.

Orang Melayu sudah muak dengan alasan itu. Jangan sampai orang Melayu membenci ulama lantaran melihat ramai ulama di dalam PAS tetapi tegar dengan ego.

Lihat semula kenyataan Dr Lolo di atas. Adakah suara Dr itu akan didengar? Atau Dr sekadar syok sendiri?

PAS manipulasi isu perpaduan

Setiap kali muktamar PAS serta pemilihan parti maka isu perpaduan dengan UMNO akan muncul.

Begitu juga lah kali ini.

Anehnya, isu ini bukan bagi menunjukkan PAS inginkan perpaduan sebaliknya mana-mana pemimpin yang pernah dikaitkan dengan perpaduan Islam akan disingkirkan.

Satu lagi isu yang akan timbul ialah 'calun ini ulama dan calun itu moderate'.

Seolah-olah ada manusia di dalam PAS yang takut pada kepimpinan ulama dan perpaduan Islam.

Lihat kemelut pertandingan PAS di sini, di sini, dan di sini.

alkohol dalam PAS

Beer halal
Jamil Khir hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beer halal sebenarnya tidak halal kerana kerana paras alkoholnya berlebihan.

Jamil patut juga fax kenyataan tu ke pejabat MB Kelantan kerana makin banyak 'paras alkohol' dalam PAS sekarang.

Maksud Demang ialah puak erdogan dalam PAS.

Amaran mengenai kandungan 'alkohol erdogan' dalam PAS itu bolehlah di 'cc'kan kepada Mr Presiden di Terengganu sekadar makluman.

Maksud Demang, sebagai makluman sahaja sebab Hj Hadi nampaknya dah tak boleh buat apa-apa. Beliau dah dikurung di kerusi presiden dan sekadar mampu melihat orang-orangnya dibelasah puak erdogan.

Arahan yang dikeluarkan ialah, presiden tidak boleh campur urusan kempen.

Bijak, bijak...

Friday, May 27, 2011

jom menonton video

Himpunan video-video sensasi dan terkini. Portal untuk video politik. Klik

Regu proAnwar makin kuasai PAS

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad menyifatkan, pemilihan parti itu umpama permainan dam aji. Ini kerana kata beliau ia bakal menyaksikan pertembungan antara golongan ulama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi dalam masa yang sama menyerlahkan percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan strategi mereka.

''Saya katakan begitu (umpama dam aji) kerana percaturan kumpulan yang condong kepada Anwar lebih bijak menyusun orang-orang mereka dan hanya menunggu masa untuk sampai kepada sasaran,'' katanya.

Bercakap kepada media UMNO Online,Datuk Ghazali Ahmad berkata, Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin lemas dengan asakan puak-puak yang 'berkiblatkan' Anwar. Oleh itu, katanya Abdul Hadi perlu pantas melakukan sesuatu jika beliau mahu melihat parti itu terus bergerak sejajar dengan laungan 'bersama kepimpinan ulama.'

''Pertembungan antara Nasharudin Mat Isa dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan memecahkan undi golongan ulama dan yang paling selamat adalah Mohamad Sabu dan kita andaikan beliau menang di kerusi berkenaan. Seterusnya di kerusi Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar,kita turut buat andaian mereka mendapat kepercayaan perwakilan dan di situlah kita akan nampak berakhirnya kepimpinan ulama di dalam Pas,'' katanya.

Ulasan Demang:
Tidak sukar bagi yang mengikuti rentetan sejarah politik negara untuk memahami kenyataan di atas.

PKR tidak ditubuhkan sebaik Anwar disingkir daripada UMNO. Terdapat jeda yang agak panjang antara waktu penyingkiran Anwar dan penubuhan parti baru itu.

Sementara parti baru belum didaftarkan, sebahagian penyokong kuat Anwar diselinap masuk ke dalam Pas dan menduduki beberapa kerusi penting atas alasan 'strategi aras tinggi.

Antara yang terlibat ialah Dr Hassan Ali yang amat terkenal ketika itu.

Itulah juga alasan yang diberikan apabila PKR ditubuhkan bila mana orang bertanya kenapa perlu tubuhkan PKR sedangkan PAS sudah ada.

Jawapan tersebut sebenarnya amat kabur namun semua pihak (yang menentang UMNO) menerimanya dengan harapan ia akan membawa kebaikan. Padahal bukan sedikit orang PAS yang mempersoalkannya.

Teka-teki tersebut kini terjawab apabila sedikit demi sedikit ahli baru PAS yang sebenarnya penyokong Anwar mula menguasai PAS. Justeru kenyataan di atas tadi bukanlah sesuatu yang aneh.

Nampaknya 'grand design' sedang dilaksanakan.

Ingat, Anwar adalah orang UMNO!


Sumber asal:
Blog Badut Rakyat

Thursday, May 26, 2011

Siswa tahfiz berdemo

Kronologi

1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari.Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad(Presiden MPM),dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.

3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari

: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang,berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah Kuliah Quran.Kata 
sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM,Rektor dan Menteri Besar.Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri
Besar enggan bertemu MPM.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz

5 APRIL 2011 :  Apabila diteliti segala sumber,surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran.Oleh itu,Pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Quran menghantar surat penafian pada laporan pertama yang beliau beri pada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf

: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan buku
mappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa,namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal,berlaku sedikit ketegangan apabila pihak
HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN

6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad ,Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.

7 APRIL 2011 :  Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti.Dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.

21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Dip Tahfiz dipindah kepada Yayasan Islam kedah (YIKED) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal.
: usaha-usaha MPM dan ITQAN untuk menyelamatkan Diploma Tahfiz daripada dikeluarkan dari Insaniah digencarkan

23 APRIL 2011 :  6 Mahasiswa kita,Faiz Arsyad,Aiman Razab,ZukhiLatif,Ahmad Remy,Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi,mengeluarkan kenyataan akhbar,dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).

30 APRIL 2011 :  MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN

2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz

11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP,telah menghantar surat bantahan terhadap surat  HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta'  HEP pertama tidak sah!

15 MEI 2011 : 'Surat Cinta'  iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.

18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

25 MEI 2011 :  Perbicaraan Terhadap 6 mahasiswa yang di dakwa telah berlangsung.Dan diputuskan 5 daripada mereka di gantung pengajian dan 1 orang didenda
Mohd Faiz Bin Mohd Arshad : Di gantung 2 sem pengajian
Mohd Aiman Bin Che Ab Razab  :  Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Zukhilatif Bin Marzukhi  : Surat amaran dan di gantung 1 sem pengajian
Mohd Azlan Mat Zain  :  Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Ahmad Remi Bin Md Arof  : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  : Surat Amaran dan denda RM100

atas tuduhan-menyertai demonstrasi,memberikan ucapan dihadapan orang rami menggunakan pembesar suara (speaker corner),dan merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam.

Akhirnya Demokrasi kampus telah dicabuli,suara-suara mahasiswa telah disekat..sahabat-sahabat kita dikenakan tindakan kerana mempertahankan hak anda mahasiswa,apa tindakan anda? hanya sekadar memerhati!!

Ulasan Demang:
Apa hal ni? Budaya mana yang diguna pakai?

Inilah kesannya jika kita membenarkan budaya demonstrasi dan sebagainya digunakan. Padahal ada banyak saluran dan kaedah yang lebih sopan boleh digunakan.

Tak boleh berbincang langsungkah? Takkan lah pihak pentadbiran nak bunuh pelajar sendiri!

Setahu Demang MB Kedah bukan lah seorang yang sukar diajak berbincang. Kalau dengan orang UMNO pun beliau boleh berbincang takkan lah dengan pelajar tahfiz tak boleh bertolak ansur?

Siapa ajar pelajar tahfiz berdemo? Tak adakah ustaz di situ yang bagitahu anak muda di situ bahawa dalam menuntut ilmu memang banyak dugaan?

Itu sahajakah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik?


Sumber:
http://mpm.kuin.edu.my/arkib/berita-edisi-melayu/62-kronologi-isu-penindasan-terhadap-6-mahasiswa-kuin.html

video khas Anwar: edisi terhad



Demang bukan nak komen pasal suara yang tak sedap tu. Demang juga tak nak ulas tentang betapa sabarnya telinga-telinga dalam kereta itu mendengar pemilik suara tersebut menyumbangkan lagu.

Demang cuma terfikir, hanya orang yang benar-benar rapat sahaja boleh berada di dalam kereta bersama penyanyi itu.

Dan, hanya orang yang benar-benar rapat sahaja yang berjaya melihat sendiri perangai yang begitu.

Soalnya, siapa orang yang membuat rakaman dan menyebarkan video ini? Siapa lagi yang boleh Anwar percayai?

Jika demikian, bagaimana jika Anwar menjadi Perdana Menteri?

Wednesday, May 25, 2011

kekal subsidi petrol: dari sudut lain

Kabinet hari ini mengambil keputusan mengekalkan subsidi barangan utama termasuk petrol RON95.

Sudah mengalahkah kerajaan? Demang tak fikir ia keputusan yang manis bagi kerajaan.

Masih ingat dengan kata-kata, 'wang tidak bertambah cuma ia bertukar tangan'?

Begitu juga dengan kek ekonomi. Ia tidak mampu mengembang dalam masa yang singkat. Justeru jika si A mendapat lebih maka si B akan berkurang. Jika perbelanjaan untuk A ditambah maka budget B terpaksa dikurangkan.

Dalam hal ini, yang kuat akan menang. Siapa yang kuat? Wallahu'alam.

PRU13 pasti datang samada mengengsot atau berlari. Sampai masanya kuasa akan dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan saf pimpinan baru.

Sedar atau tidak, pemain politik sedang mengatur bidak bagi menawan singgahsana. Dalam permainan ini kita juga tidak diberitahu siapa mangsa dan siapa pemangsa.

Subsidi adalah umpan yang manis. Biarpun sudah dijelaskan berkali-kali namun bukan mudah untuk menukarkan fahaman yang sudah sebati.

Di satu pihak lagi, sekumpulan pengundi yang tak kurang pentingnya sedang menunggu bahagian (kalaupun bukan habuan). Setiap daripada mereka bukan sahaja memegang satu undi bahkan mampu mempengaruhi beberapa undi di sekeliling.

Mereka adalah kakitangan awam yang sudah melangkaui sejuta ahli. Perkara pelarasan gaji dan agihan bonus tahunan bukan perkara yang boleh dibuat main.

Siapa boleh menyangkal betapa pengurangan subsidi adalah satu kelebihan pada kerajaan? Wang yang tersisih itu boleh digunakan bagi menyusun jadual pelarasan gaji serta bonus yang lebih selesa kepada kakitangannya!

Bukankah di situ juga ada undi yang mampu menjadi penentu?

Anwar tahu tentang itu. Maka sebab itulah isu subsidi ini dimainkan habis-habisan. Ia akan dipakejkan dengan isu 'BN: Barang Naik'. Padahal masalah itu tak mampu pun diselesaikan baik formula Obama mahupun Osama.

Maka dengan pengumuman tadi kerajaan terpaksa mencari alternatif lain agar penjawat awam yang memegang jumlah undi yang besar itu tidak akan terentak hati. Najib tentu sudah belajar dengan kesilapan Paklah ketika PRU-12 yang lalu.

Demang tidak mahu menjadi peramal. Namun pada peringkat ini pihak Pakatan berada dalam posisi calon pemenang. Keputusan kerajaan untuk mengekalkan subsidi meletakkan penjaga tabung negara dalam kesulitan. Kita tidak tahu siapa yang akan dikorbankan.

Sama-samalah kita melihat bagaimana Najib yang telah menjadi menteri sejak berusia 23 tahun yang kini menjadi PM mengawal semula permainan.

Sesuatu yang perlu kita ingat ialah bola masih di kaki Najib dan berhampiran kotak penalti pasukan Anwar.

Persoalannya, siapa bakal keluar sebagai pemenang pada peringkat final nanti?

mana jam Omega-nya

Oleh: AIDC




Dalam wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan portal pronya, Malaysiakini, beliau mengakui tertekan dengan isu video seks. Walaupun pada prinsipnya Anwar tidak mempedulikan impaknya daripada skandal video itu, tetapi dalam masa sama, partinya melancarkan kempen ‘anti-fitnah’ untuk membendung impaknya terus menular ke dalam masyarakat.

Soalan dari wartawan berkenaan jam tangan Omega juga membuatkan beliau berang. Beliau menganggap soalan wartawan itu biadap dan tidak kisah jika wartawan (wanita) itu menangis dengan keberangannya itu.

Jika sebelum ini, Anwar tidak mahu mengulas berkenaan dengan dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, namun kali ini, beliau telah membuka mulut dengan menafikan kenal rapat dengan bekas konsul Thailand itu.

Berikut petikan daripada wawancara Malaysiakini dengan Anwar:


BN dan Pakatan Rakyat kini perlu meraih sokongan daripada sebanyak 5 hingga 7 peratus pengundi atas pagar. Sejauh mana isu video seks ini akan memberi kesan kepada sokongan pengundi. Isu ini juga ditimbulkan dalam ceramah Pakatan.

Saya merujuk kepada kes itu kerana ia ditimbulkan setiap hari, tetapi dalam perbincangan dengan pasukan saya, selain deripada mengedarkan risalah berhubung isu ini, saya tidak fikir kita patut fokus kepada bagaimana kita hendak tanganinya. Ia akan terbias daripada isu utama tentang tataselia dan perubahan.

Tentulah strategi (mereka) adalah menggunakan khalayak Melayu, tetapi mungkin juga akan wujud kesan negatif kerana ramai golongan ustaz dan guru agama yang diketahui tidak bersama Pakatan telah menyuarakan pandangan bahawa (tuduhan) itu keterlaluan.
Saya tidak tahu sejauh mana impaknya kerana saya tidak peduli sangat.



Tetapi PKR tetap lancarkan kempen anti fitnah, menunjukkan bahawa tuduhan itu ada impaknya?


Kempen anti fitnah itu bukan sahaja dijalankan oleh PKR tetapi juga DAP dan PAS. (Timbalan presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man) mengetuainya.

(Pakatan) menggunakan (isu) ini bagi menunjukkan betapa terdesaknya Umno, betapa korup politik pornografi ini, seperti saya kata ‘pandi kutty’, yang saya tidak rujuk kepada sesiapa, tetapi menunjukkan betapa terdesak mereka ini. Ini yang saya maksudkan dengan pentadbiran yang teruk.
Saya tidak rasa garis tindakan ini defensif. Garis tindakannya ‘kami akan tunjukkan betapa teruknya mereka,’ itu ofensif.

Hanya sebab kita sebut mengenai video seks atau perbicaraan kes liwat (menunjukkan) kami defensif? Tidak semestinya begitu. Cara ianya diulas… Bagaimana mereka menggunakan agama untuk mengangkat sumpah bagi mempertahankan seorang pembunuh, seorang perogol, sesiapa saja boleh pergi angkat sumpah.

Dan ianya kembali kepada isu pentadbiran, rasuah, subsidi, kenaikan harga barang, maka ia sangat penting untuk kami gunakan, malah ianya isu yang bagus kerana ia menyemarakkan perasaan orang ramai, mereka akan berasa marah terhadap betapa buruknya isu ini.


Polis berkata mereka tidak akan dedahkan identiti individu dalam video seks ini, bagaimana reaksi Datuk Seri?

Saya tidak pernah beri reaksi, Saya tidak pernah risau kerana saya telah pergi kepada polis, saya telah pergi ke makamah Syariah, jadi sama mahu lihat apa yang mereka akan lakukan?

Kemudian barulah kita akan tangani (isu identiti individu) pada masa yang sesuai. Kami tidak akan dipaksa oleh (polis) kerana apa yang mereka lakukan ialah memberi kenyataan politik, bukannya tindakan, macamlah siasatannya begitu kompleks seperti kes pembunuhan Altantuya (Shaariibuu).

Dalam kes video ini, sehingga kini tidak ada tindakan. Ianya mudah, sesiapa saja yang pergi ke hotel dan umumkan ‘saya akan tayang satu filem’ tentu ditahan dan didakwa. Tapi bukan dalam kes ini.

Kalau polis kata individu itu ialah Datuk Seri?

Kita akan tangani bila tiba masanya., Saya fikir (polis) mengambil risiko besar jika mereka bertindak begitu.

Apa risikonya?


Saya tidak boleh beritahu. Peguam saya akan tanganinya.

Cara Datuk Seri beri reaksi kepada wartawan apabila ditanya mengenai jam Omega, sumpah laknat, sampel DNA, nampaknya Datuk Seri sangat…


Marah?

Nampaknya…

Bukan, bukan, dengar sini. Jika saya tuduh anda buat hubungan seks setiap malam, adakah anda berasa gembira atau marah?

Tapi Datuk Seri sudah biasa menghadapi tuduhan seperti ini?

Anda juga tahu saya juga seorang manusia, saya ada keluarga. Jangan layan saya seperti seorang perogol. Itu satu perkara, dan sesiapa saja yang tanya saya soalan ini dengan cara biadap, daripada TV3 dan Utusan.

Bukan untuk salahkan mereka semata-mata, tapi mereka boleh kata, ‘Datuk Seri, saya minta maaf, boleh saya tanya…’ tapi tidak. Omega. Omega Omega. Ianya (ditanya) dengan sangat biadap. Jagi bagaimana saya hendak hadapinya? Saya beri sedikit pengajaran. Mereka kata saya buat budak (wartawan) itu menangis, tapi itu bukan masalah saya.

Jika anda bersedia untuk menggadai jiwa untuk duit, jangan cakap dengan saya soal moral. Isu Omega ini, pada saya, bukan satu isu. Adakah saya betul? Sekarang anda boleh lihat bahawa saya betul.


Anda perlu ada kesabaran selama beberapa minggu. Jika saya beri respon, (saya) akan terperangkap. Anda akan tanya, ‘Omega mana?’. Anda akan memperpanjangkannya… Anda akan beri kredibiliti.
Mungkin lebih baik jika Datuk Seri kata ‘saya tidak mahu komen’ dan biarkan saja.

OK, terima kasih atas nasihat anda tentang kesabaran. Azizah ada pandangan begitu. Dia kata, ‘tak apalah, sabar.’ Dia penyabar. Tapi jika akan perlu laluinya selama 13 tahun… Jadi saya mahu beri mereka satu pengajaran dengan memberikan respon.

Datuk Seri nampak panas…

[Ketawa] Tidak, ia sangat tidak adil. Saya faham bahawa anda mahu dilihat sebagai media independen tapi anda peli ingat bahawa anda berdepan dengan kehidupan orang, keluarga orang.

Secara tidak langsung, walaupun anda mendakwa bahawa anda buat kerja secara professional, anda juga menjadi suruhan kepada pemimpin korup itu. Mahu atau tidak, anda perlu jual (berita), jadi anda perlu lapor. Maka anda juga sebenarnya mengikut tindak tanduk mereka.

Anda tidak bercakap tentang (manifesto Pakatan Rakyat) Buku Jingga, anda tidak bercakap tentang rasuah, anda tidak bercakap tentang reformasi ekonimi, sebab anda kena ikut tindak tanduk siapa? Tindak tanduk Umno dan Utusan.

Bagaimana pula Datuk Seri berjumpa Eskay. Sejauh mana hubungan Datuk Seri dengan beliau?

Saya jumpa semua orang. Semuanya kata mereka kawan baik saya… Semua yang lompat parti adalah kawan saya yang paling baik. Sesetengahnya saya tidak tahupun nama keluarga mereka, atau nama penuh mereka.

Anda boleh bayangkan? Saya tidak tahu nama penuh (Eskay) sehinggalah dia failkan kes (saman berhubung jambatan bengkok).

Tentulah saya kenal dia, ya, rapat. Anda juga percaya saya ada kawan baik yang namanya saya tidak tahu? Pada masa itu saya tidak tahu sama ada dia (memeluk) Buddha atau Islam, saya tidak tahu.


Demang:
Penat baca dari mula hingga akhir, tapi masalah 'di mana jam Omega' tak selesai jugak. Pi mai pi mai tang tu jugak!

PAS bengang jasa tak dikenang

Kata orang jong pecah yu kenyang.

Sebenarnya bukan saja yu, malah ramai lagi yang tumpang tui melalui kesusahan orang lain.

Begitu jugalah yang berlaku dalam tragedi tanah runtuh melibatkan penghuni rumah anak yatim baru-baru ini.

Baik UMNO mahupun PAS masing-masing sibuk untuk menjadi wira berjasa. Demang buka Harakahdaily sebentar tadi dan terdapat rungutan betapa jasa ahli PAS dalam memberi bantuan tidak diumumkan oleh media perdana.

Bagi Demang, kalau nak berbakti, tak perlu melalui parti. Kalau nak tonjolkan parti, itulah politik namanya.

Kalau dah PAS sama macam UMNO maka tak perlulah PAS lagi.

Tuesday, May 24, 2011

kenali lelaki di sebalik video seks

KUALA LUMPUR 24 Mei – Sebelum Mac lalu, tidak ramai yang mengenali nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Di tempat tinggalnya, bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi itu dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. 

Siapa sahaja yang berkunjung ke kawasan kediaman beliau di Naka, Kedah yang turut menempatkan pejabat dan kilang baja mineralnya pasti terpegun melihat kajayaan lelaki ini.
 

Shazryl Eskay yang menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Raja Thailand sebagai idola berikutan keupayaan mereka membangunkan negara masing-masing 
dengan baik, mempunyai perwatakan yang mesra dengan sesiapa pun. 

Ia bersesuaian dengan tugasnya selaku Konsul Kehormat Diraja Thailand selama lebih tujuh tahun mulai Ogos 2004 hingga penghujung tahun lalu.
 Di sebalik perwatakannya itu, lelaki bernama Shazryl Eskay ini cukup berani.

Hakikat tersebut tidak mungkin dapat disangkal lagi kerana keberaniannya itu telah 
menggegarkan arena politik negara apabila mendedahkan rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China, baru-baru ini. 

Shazryl Eskay merupakan salah seorang anggota trio Datuk T yang bertanggungjawab 
mendedahkan rakaman video seks berkenaan. 

Malahan bukan itu sahaja, beliau turut membuktikan sikapnya yang berpegang teguh dengan prinsip ‘berani kerana benar’ apabila membuat dakwaan dan bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 


Ekoran isu berkenaan, nama Shazryl Eskay tiba-tiba begitu popular dan sering disebut-sebut. Tidak dinafikan terdapat segelintir pihak yang tidak menyenangi pendedahan berkenaan melontar pelbagai tuduhan terhadap Shazryl Eskay. 

Namun beliau sanggup berdepan dengan kritikan tersebut dan sebarang kemungkinan kerana baginya, apa yang dilakukan itu adalah demi masa depan negara.
 Lagi pula Shazryl Eskay sebenarnya bukan calang-calang orangnya.

Beliau dilantik sebagai Konsul Kehormat Diraja Thailand bertempat di Langkawi dengan menerima watikah yang ditandatangani oleh Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dan Perdana Menteri Thailand (semasa itu), Thaksin Shinawatra pada 17 Ogos 2004.
 Beliau tamat perkhidmatan sebagai konsul pada penghujung tahun lepas.

Selain itu, Shazryl Eskay turut menjadi Pengerusi Kor Konsul Kehormat di Malaysia yang mewakili 46 buah negara dari 2008 hingga Mac lalu.
 Sepanjang memegang jawatan berkenaan, beliau mengenali dan mempunyai ramai rakan dalam kerajaan Thailand termasuk orang-orang kenamaan, gabenor di kebanyakan wilayah negara itu, polis dan tentera. 

Pejabat di Langkawi dan kediamannya di Naka kerap dikunjungi oleh ramai orang kenamaan. Siapa pun yang datang, tanpa mengira latar belakang politik akan dilayan Shazryl Eskay kerana sebagai seorang konsul, beliau tidak boleh terlibat dalam politik.
 

Dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Shazryl Eskay berkongsi latar belakang hidupnya termasuk tugas beliau sewaktu menjadi seorang Konsul Kehormat Diraja Thailand yang disifatnya sebagai memberi banyak kelebihan dan peluang untuk menabur bakti kepada Malaysia dan masyarakat Islam di selatan Thailand.
 

Antaranya, tugas beliau itu telah menemukan Shazryl Eskay dengan pelbagai kelompok manusia termasuk ketua dan wakil-wakil puak pemisah Islam di selatan Thailand.


Pada 2005, menurutnya, Raja Thailand telah merestui penglibatan Dr. Mahathir, Pengerusi Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan beliau untuk membantu mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan keamanan antara kerajaan Thailand dengan puak pemisah Islam di selatan negara berkenaan. 







Bagi tujuan itu, mereka menggunakan platform Dialog Keamanan Langkawi (Langkawi Peace Talk) yang secara langsung telah merapatkan hubungan beliau dengan puak-puak pemisah berkenaan.

Shazryl Eskay memberitahu, dialog tersebut akhirnya berjaya menghasilkan Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN). “Cadangan kemanan ini berjaya dimeterai dengan syarat dan terma yang diserahkan kepada Perdana Menteri pada masa itu iaitu Thaksin. 

“Kebanyakan permintaan yang dimeterai itu seperti mengajar bahasa Jawi (bahasa Melayu) dan agama Islam di sekolah telah dilaksanakan,” kata beliau.
 

Berikutan penganjuran dialog berkenaan juga, Shazryl Eskay terus menjalin hubungan baik dengan puak pemisah Islam lain di selatan Thailand yang bukan di bawah naungan organisasi BERSATU iaitu ketua sel kumpulan-kumpulan kecil seperti Rhonda Kumpulan Kecil (RKK).
 

Beliau juga banyak membantu orang Islam di selatan Thailand mendapatkan pekerjaan di lading-ladang getah dan kelapa sawit serta di kedai makan di negara ini di samping menolong 
menghantar pulang penduduk di situ yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. 

Bagaimanapun, kelebihan dan hubungan baik beliau dengan penduduk dan kerajaan Thailand turut diketahui oleh seorang pemimpin pembangkang yang dipercayai berminat terhadap kelebihan tersebut.
 

“Inilah kekuatan saya yang pemimpin pembangkang itu mahukan,” katanya.
 

Bercerita lanjut, Shazryl Eskay memberitahu, semasa di Thailand, beliau sering menjadi hos kepada ramai pemimpin seperti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kini Menteri Pertahanan), Datuk Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Dewan Negara dan lain-lain.
 

Katanya, sepanjang mengiringi tetamu kenamaan ini, beliau mendapati kedatangan mereka ke negara itu tiada agenda tidak bermoral kecuali seorang pemimpin pembangkang itu yang 
berkehendakannya. 

“Apabila membantu pemimpin atau kenalan yang ke Thailand, saya tidak boleh menghalang aktiviti yang ingin dilakukan mereka kecuali yang melibatkan soal dadah, jenayah dan sebarang perkara yang mampu menggugatkan keselamatan negara,”katanya.
 

Ditanya mengenai hubungan beliau dengan Anwar, Shazryl Eskay berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya akan berkawan jika individu itu mempunyai kepentingan untuk manfaat diri sendiri.
 

“Tanyalah perkara ini kepada kawan-kawan Anwar yang sudah meninggalkan beliau semasa beliau berada di dalam UMNO dan PKR,”
 katanya.
 Menurut Shazryl Eskay, beliau bukan rakan karib Anwar seperti Datuk Nallakarupan, tetapi hanya rakan biasa yang dikenali sejak 1996 dan tidak mempunyai kaitan dengan kepartian atau menjadi pengikutnya.

Sebagai seorang rakan, katanya, beliau akan membantu apabila Anwar ke Thailand kerana kebanyakan masa Anwar pergi seorang diri ke negara tersebut. 

“Hubungan kami hanya sebagai kawan biasa. Saya tidak perlukan apa-apa daripadanya tetapi dia memerlukan saya bagi tujuan tertentu. Semasa di Thailand, banyak benda yang berlaku dan banyak juga benda yang berlaku itu saya tidak setuju,” katanya.
 

Ditanya mengapakah sekarang beliau meninggalkan Anwar, kata Shazryl Eskay:

“Soalan itu perlu diajukan kepada rakan-rakan seperjuangan Anwar seperti Dr. Chandra Muzaffar, Senator Ezam Mohd Nor dan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan yang lain-lain yang meninggalkan ketua pembangkang itu kerana jawapan saya sama seperti mereka.”
 



Beliau juga mendakwa peribadi Anwar sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika pada awal perkenalan mereka dahulu. “Sebagai seorang rakan lama, saya sangat mengetahui Anwar. Beliau sudah berubah sejak kebelakangan ini terutama selepas tuduhan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 

“Malangnya, status emosinya kelihatan tidak stabil dan keutamaan serta agendanya tiba-tiba berubah. Dia menjadi pemimpin lemah di samping menghadapi pelbagai masalah peribadi, malahan dia sebenarnya sedang digunakan dan dimanipulasi oleh beberapa pihak untuk mencapai agenda mereka,” katanya.
 

Di hujung pertemuan, Shazryl Eskay meninggalkan pesan kepada Anwar supaya Penasihat PKR itu kini meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya.
 

Katanya; Anwar tidak boleh lagi terus bersikap menafikan dakwaan yang berlaku kerana beliau sendiri sanggup melakukan sumpah bagi membuktikan ketua pembangkang itu merupakan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.
 

“Saya telah bersumpah bahawa kami berdua berada dalam paparan video itu, Anwar jangan nafikan lagi. Anwar perlu faham bahawa dalam kehidupan ini pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran.

Rakyat sudah mempercayainya.
 

“Pesanan saya, keluarga anda lebih penting. Pergi luangkan masa dengan mereka, Insya-Allah kamu akan menjadi insan yang lebih baik,” ujar beliau.
 

Utusan Malaysia

Kata Dulang Paku Serpih II

Kalau nak melihat sikap sebenar manusia, lihat lah semasa di jalanraya.

Itu sebabnya Demang cukup gemar menulis tentang pengalaman di jalan raya. Contohnya pagi tadi. Ketika berhenti di lampu isyarat, seperti biasa Demang membuka ‘tablet’ yang Demang letakkan di riba. Sempatlah Demang membalas SMS, menyemak email, dan sempat juga menjeling beberapa tajuk berita dalam akhbar online.

Itulah kelebihan berada di zaman cyber. 20 tahun dulu, tak terlintas langsung untuk berurusan secara maya di dalam kereta. Dengan kemudahan canggih sekarang, sambil memandu pun masih sempat membalas SMS.

Itupun belum cukup hebat sebab ramai juga rakyat Malaysia yang mahir berSMS sambil menunggang motorsikal!

Demang ulang, MENUNGGANG, bukan membonceng.

Ketika sedang ralit membaca berita, sebuah motorsikal tiba-tiba menyelit dan hampir melanggar kereta di hadapan Demang. Macam biasa, terlajak jugak la hati Demang menyumpah budak motor itu.

Namun tiba-tiba Demang teringat bahawa ‘kata dulang paku serpih’. Kalau pemuda itu menunggang sehingga boleh membahayakan orang lain, apa bezanya dengan Demang yang membuka ‘tablet’ sambil memandu? Walaupun dalam keadaan perlahan (jalan jem) namun masih mampu mengundang bahaya.

Oleh kerana anda sedang membaca blog politik, maka Demang nak catatkan sedikit di sini; begitulah juga sikap orang politik. Baik UMNO, PAS, PKR, mahupun DAP. PKR dan DAP tu Demang tak nak ulas sebab parti tu memang parti tangkap muat.

 Kalau tak mampu buat, jangan cakap lebih-lebih. Itu munafik namanya.  

Tambah-tambah PAS yang bercakap tentang Islam tetapi berpakat dengan DAP.

Monday, May 23, 2011

Anwar boleh bantu Harakah nak kena saman

BERNAMA melaporkan Aminah berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan memberi tempoh seminggu kepada Harakah dan mereka yang terlibat membuat kenyataan itu untuk memohon maaf mulai hari ini.


"Tujuan saya membuat laporan ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Norhayati di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun,Bukit Mertajam,dia memfitnah dan menyatakan saya diumpan kebendaan oleh Umno dan menuduh saya bersama dengan golongan yang zalim,menyeleweng serta rasuah”, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani.

Lepas ni kelam kabutlah PAS untuk mengutip derma bagi membayar saman tersebut.


Sebenarnya PAS ada cara lain selain kutip derma. PAS boleh minta bantuan Anwar Ibrahim.


Demang tak kata Anwar banyak duit. Anwar cuma perlu saman Ummi Hafilda Ali yang membuat pelbagai dakwaan yang teruk-teruk terhadapnya.


Demang rasa, melalui Ummi Hafilda saja pun Anwar boleh dapat 2-3 juta. Itu belum lagi saman Eskay!



Stop politiking, terus berpolitik

Demang masukkan paparan berita yang dikutip daripada Berita Harian untuk renungan kita bersama. Harap anda tidak bosan membaca 'berita biasa' ini.

Baca dengan fikiran positif dan lihat bagaimana hidup anda akan berubah selepas ini.

20,000 penjawat awam miskin
Oleh Haika Khazi

2011/05/23

PUTRAJAYA: Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan berkata, keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing.

Berikutan itu, beliau berkata, UMNO Putrajaya akan bekerjasama dengan TEKUN Nasional (TEKUN) bagi membolehkan kakitangan sokongan kerajaan terbabit memohon pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sekali gus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan masing-masing setiap bulan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada TEKUN kerana meluluskan pinjaman sebanyak RM367,000 kepada 26 kakitangan kerajaan dan penduduk Putrajaya bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

“Ini adalah antara cara kita membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan di kalangan kakitangan kerajaan yang tinggal di bandar besar, terutama Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keusahawanan anjuran TEKUN dan Pejabat UMNO Putrajaya di sini.

Pada majlis sama, Tengku Adnan turut menyampaikan cek keseluruhan bernilai RM367,000 kepada 26 usahawan termasuk kakitangan sokongan kerajaan untuk memulakan perniagaan masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata pihaknya sudah memberi pinjaman berjumlah RM1.68 bilion kepada 183,364 peminjam di seluruh negara, sejak 1998.

Katanya, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM239.90 juta diagihkan kepada 20,201 usahawan di Selangor.

Demang: Apa kata anda tinggalkan sedikit komen di sini. Tulislah apa sahaja yang terlintas di fikiran anda.

Terima kasih.

Bukan Melayu jadi PM

Bolehkah bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Ketika menelusuri beberapa blog tadi, terjumpa Demang dengan tajuk di atas.

Demang puji blogger tersebut yang mengemukakan petikan-petikan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menyokong hujah bahawa orang bukan Melayu tidak boleh menjadi PM.

Namun bagi Demang sebaliknya. Mengambil  contoh Singapura, bagaimanakah bukan Melayu boleh menjadi ketua seterusnya menguasai politik di pulau itu?

Ya, ada banyak cara dan muslihat bagi menguasai sesuatu kawasan, pulau, hatta sebuah semenanjung sekalipun.  Orang yang sering melihat permainan silap mata bukan bermakna tidak boleh ditipu lagi oleh pemain silap mata.

Justeru jangan terlalu yakin yang perlembagaan kita ini tidak boleh dimanipulasi kerana dalam politik memang ramai ahli silap mata profesional yang boleh melakukannya dengan cara-cara yang kita tidak terfikirkan.

Bloger tersebut juga mengambil contoh politik di Perak selepas PRU-12. Bagi Demang peristiwa di Perak adalah sesuatu yang boleh dianggap 'nasib baik' kerana sultan bertindak cepat.

Memang Nizar yang jadi MB tetapi dalam formula demokrasi, undian terbayak yang dikira apabila membuat sesuatu keputusan.

Cuba buka kembali fakta dan statistik pilihanraya lalu. Berapa orang YB PAS, berapa orang YB Melayu PKR dan berapa orang YB bukan Melayu ketika Nizar jadi MB?

Masih ingat, sudah lupa, atau memang tidak pasti?


Cuba ingat kembali apakah isu-isu yang timbul semasa Nizar menjadi MB Perak. Mungkin anda fikir itu semua permainan politik UMNO namun pernahkah Nizar menafikan isu pemberian tanah dan sebagainya itu?

Berbalik pada persoalan awal tadi, bolehkah orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Demang kata:  pintu kemungkinan belum tertutup. Tambahan pula orang Melayu sudah ramai yang tidak peduli sangat tentang itu.

Alah... Singapura ‘kan maju?

Harakah puji BN

Sepatutnya, mati hidup balik pun Harakah tak kan puji BN walau apapun yang dilakukan. Kecuali jika PAS bersekutu dengan BN.

Itu lah politik namanya. Kalau tidak, masakan PAS boleh bersekongkol denga DAP dan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi musuh ketat mereka sekian lama.

Mari kita lihat kutipan berita berikut:

“KUALA LUMPUR, 23 Mei: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah, wajarkah perkataan "BN TIRU BUKU JINGGA" digunakan sebagai tajuk berita utama.”
“Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.”
“Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam dua hari ini, hari ini dan esok.”
(http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/3413-undian-bn-tiru-buku-jingga)

Kepada pembaca Waadat, sila beri tumpuan pada frasa: ‘BN tiru Buku Jingga’

Demang kemukakan isu tersebut di sini bukan sahaja kerana merasakan bahawa hasil undian dalam Harakah tidak semestinya ‘valid’. Hal ini menjadi mungkin memandangkan kekangan dalam proses editing dan bilangan serta sasaran lingkup responden tidak mewajarkan keputusan tersebut dianggap adil.

Sebenarnya, ada satu perkara yang menjadi misteri dalam kejadian manusia. Ia dipanggil ‘persepsi’.

Wikipedia mencatatkan:
"Perception (from the Latin perceptio, percipio) is the process by which an organism attains awareness or understanding of its environment by organizing and interpretingsensory information.[1][2] All perception involves signals in the nervous system, which in turn result from physical stimulation of the sense organs.[3] For example, vision involveslight striking the retinas of the eyes, smell is mediated by odor molecules and hearing involves pressure waves. Perception is not the passive receipt of these signals, but can be shaped by learning, memory and expectation.[4][5] Perception involves these "top-down" effects as well as the "bottom-up" process of processing sensory input.[5] Perception depends on complex functions of the nervous system, but subjectively seems mostly effortless because this processing happens outside conscious awareness.[3]"

Definisi tersebut menunjukkan bahawa persepsi adalah proses mentafsir maklumat. Oleh kerana manusia tidak berdiri dengan akal sahaja, maka seluruh indera manusia bekerja bagi menghasilkan satu tanggapan baru secara peribadi. Otak manusia manghimpun seluruh pengalaman fizikal, intelektual, emosi, dan rohani bagi memahami sesuatu perkara.

Setiap orang akan menghasilkan pemahaman yang berbeza.

Ok, kita hentikan penerangan bersifat teknikal tu.

Apa yang Demang nak beritahu ialah dalam keadaan persepsi rakyat yang sedang berubah sekarang, berita yang dikeluarkan Harakah itu sudah diberi tafsiran yang sebaliknya oleh audiens. Perkataan ‘tiru’ itu tidak berubah tetapi ia tidak lagi mewakili objek negatif.

Maknanya, rakyat akan melihat bahawa tindakan BN mengambil dan melaksanakan cadangan yang terdapat dalam ‘buku jingga’ membuktikan bahawa BN bersedia menerima cadangan yang baik walaupun datang daripada pembangkang.

Itu yang dimaksudkan ‘Rakyat Diutamakan’.

Sunday, May 22, 2011

keadilan untuk mangsa atau penjenayah?

Soalan 1:
"Benarkah awak anu... anu... anu...?"

"Tidak."

"Alasan awak?"

"Sebab saya kata saya tak buat."

"Awak ada bukti, saksi atau alibi?"

"Tiada. Tapi saya tau ini semua konspirasi nak buang saya."

"Berani bersumpah yang awak tak buat?"

"Hukum mana awak pakai ni? Islam tak bagi bersumpah."


Soalan 2
"apa pendapat awak tentang tuduhan tu?"

"Haram. Siapa kata dia meliwat atau berzina masuk neraka."

"Awak pasti ke dia tak buat?"

"Itu saya tak tau. Kita tak boleh tuduh orang. Itu fitnah. Fitnah lebih berat dari membunuh."

"Kalau gitu, Islam tak benarkan buat tuduhan? Macamana nak dakwa orang yang disyaki melakukan jenayah?"

"Bawa ke mahkamah."

"Apa mahkamah boleh buat?"

"Mahkamah akan minta 4 saksi adil"

"Kalau tiada 4 saksi yang begitu?"

"Gugur kes."

"Bukti video yang disahkan tulen?"

"Tak boleh pakai."

"Kalau gitu, mudahlah penjenayah terlepas."

"Lebih baik lepaskan orang bersalah daripada hukum orang tak bersalah."

"Awak puas hati dengan jawapan awak?"

"ya."

"Awak rasa rakyat akan puas hati denga cara tu? Awak rasa mangsa dan keluarga mereka akan puas hati dengan pengadilan begitu? Awak yakin begitukah hukum Islam sebenar? Awak rasa kaedah begitu adil kepada kedua-dua pihak?"

Demang tinggalkan semua persoalan di atas kepada anda. Demang yakin, perundangan Islam itu adil. Jika ia dirasakan tidak adil maka itu bukan hukum Islam. Maksud Demang, mungkin ulama perlu berijtihad semula.

Hukum Islam tak boleh dipertikai tetapi ulama boleh buat silap.

Saturday, May 21, 2011

foto tanah runtuh Hulu Langat



KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali

SMK TINGGI MELAKA SANJUNG PENJAJAH

Di Melaka, siapa yang tak tahu High School? Sekolah kedua tertua di Malaysia selepas Penang Free.

Semalam Demang berbual dengan beberapa orang guru yang bertugas di situ. Sempat juga Demang tanyakan satu perkara yang amat dimusykilkan sekian lama untuk kepastian;

"Rumah sukan masih guna nama penjajah ke?"

"Macam tu le nampaknya." jawab salah seorang daripada mereka.

Geram betul Demang. Apa yang susah sangat nak buang nama penjajah tu? Salah satu nama yang digunakan untuk rumah sukan di sekolah itu ialah Albuqurqe!

Bayangkan semasa temasya sukan tahunan budak-budak bersorak dan menyanjung nama keparat itu tatkala wakil rumah mereka sedang berlari. Bagaimana kalau rumah itu menang?

Bagi yang sering mengikuti blog Waadat tentu tahu bahawa Demang jarang gunakan bahasa kasar atau kesat. Tetapi untuk kes ini, Demang nak cakap sikit:

Semua warga sekolah itu memang bodoh dan bacul. Maaf, ini kenyataan. Malah turut termasuk dalam golongan tersebut ialah pegawai di PPD dan JPN yang tahu perkara itu tetapi berdiam diri. Yang tak tahu, dimaafkan.

Susah sangat ke nak tukar nama tu? Tak perlu mesyuarat. Pengetua boleh keluarkan arahan sahaja. Kalau pengetua tak boleh buat, JPN boleh pecat sahaja pengetua tu. Sepatutnya perkara ni dah selesai setengah abad yang lalu.

Antara alasan yang diberikan ialah bagi mengekalkan tradisi. Maka beberapa orang yang dikatakan 'old boys' serta guru-guru bukan melayu pun lantang mempertahankan nama itu.

Ini bukan masalah orang Melayu sahaja bahkan semua yang mengaku dan menerima faedah sebagai rakyat Melaysia perlu sensitif dalam isu ini.

Friday, May 20, 2011

saranan Salehuddin Ayub

Cadangan bernas PAS
Agak lama juga Demang tak memuji PAS.

Lihat berita tersebut yang disiarkan Harakahdaily:

Skim 'Rumah Pertamaku' wajar dinaikkan
Written by Aziz Muda   

"KUALA LUMPUR, 19 Mei: Skim 'Rumah Pertamaku' yang kini dihadkan kepada pinjaman RM100,000 hingga RM200,000, dicadang dinaikkan sehingga RM350,000 bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah yang diidamkan."

Bila Demang semak, rupa-rupanya yang mengeluarkan kenyataan tersebut ialah naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub iaitu pemimpin PAS yang Demang hormati.

Demang tidak mahu komen tentang lanjutan respon Salahuddin sebab memang cara pembangkang untuk membuat sedikit provokasi agar saranan mereka diambil perhatian.

Cuma Demang nak tambah sikit, jika benar-benar nak bantu rakyat memiliki rumah, kita kena sediakan suasana untuk rakyat lebih produktif.

Contohnya, kurangkan politiking yang tak berfaedah, yang menjurus pada masalah peribadi pemimpin.

Ingat, pemimpin datang dan pergi.

Thursday, May 19, 2011

Strauss Kahn letak jawatan

Sebentar tadi rakyat Malaysia yang mengikuti berita perdana menonton kenyataan perletakan jawatan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) itu.

Dalam masa yang sama beliau tetap menafikan tuduhan tersebut.

Itulah yang sepatutnya dilakukan Anwar Ibrahim 12 tahun dulu. Jika tidak bersalah, Anwar tak perlu mengaku salah. Yang perlu dilakuakn ialah letak jawatan.

Kenapa nak letak jawatan jika tak bersalah? Ya, sebab Anwar tak mampu menafikan tuduhan tersebut.

PAS sudah menjaja tuduhan tersebut ke seluruh negara. Begitu juga DAP. Manakala Anwar dan UMNO ketika itu sudah tidak mampu menahannya.

Hanya ada satu pilihan ketika itu iaitu BERUNDUR untuk seketika dan bersihkan nama tanpa melibatkan parti dan negara.

Namun Anwar tidak mengambil pilihan tersebut.

Anwar memang pentingkan diri sendiri sahaja.

hj hadi tak boleh masuk campur

Senang sahaja nak bekukan Hj Hadi yang condong pada perpaduan Islam (UMNO-PAS).

Mula-mula, beri dia menang tanpa bertanding. Kemudian, buat syarat agar presiden tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak yang bertanding.

Selepas itu, orang-orang Nik Aziz pun leluasa le, berkempen sakan untuk menangkan klik mereka.

Bijak, bijak. Memang bijak.

Acara selepas ini sudah boleh diramal. Grup Husam akan kembali menguasai PAS manakala Hj Hadi akan duduk sorang-sorang lagi.

Boleh angguk, angguk je le Hj Hadi. Apa nak dimalukan. Nik Aziz pun cuma rubber stamp.

tertinggal atau sabotaj?

Samada tertinggal atau sengaja tinggal, ia tak sepatutnya berlaku dalam sebuah organisasi yang dicanang sebagai hebat dan menawarkan pilihan untuk memerintah negara.

Tambah pula PAS memakai nama Islam.

Bagaimana nanti nak memerintah negara kalau masih banyak kelemahan? Perkara pencalonan bukan perkara kecil. Ia melibatkan bakal pemimpin. Persamaan nama bukanlah sukar sangat untuk diselesaikan.

Setakat jadi pembangkang, boleh lah.

Berita asal:
Dr Dzulkefly layak bertanding
Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mendapat pencalonan yang banyak dan layak bertanding AJK PAS Pusat pada muktamar kali ini tetapi namanya tertinggal dalam senarai yang diedarkan semalam.

Menurut pegawai JK Pemilihan PAS Pusat, nama Dr Dzulkefly tertinggal dalam senarai tersebut akibat salah faham.

"Nama dia ada, cuma tertinggal dalam senarai yang kita edarkan. Dia dapat banyak pencalonan," kata pegawai berkenaan.

Ia berlaku apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan.

 

Wednesday, May 18, 2011

kedudukan PAS di Selangor

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang sangat prihatin terhadap kebajikan guru-guru negeri itu.

Demang turut terharu dan bangga dengan kejayaan 'kerajaan campuran' PKR-PAS-DAP di Selangor itu. Maklumlah, keahlian Demang dalam PAS belum mati lagi. Ertinya Demang masih layak masuk syurga, kalau ikut fatwa PAS.

Demang ambik peluang ini untuk ucap tahniah pada kerajaan Selangor sebab bukan senang nak buat begitu memandangkan tak banyak perkara yang baik dibuat dek kerajaan itu. Ada tak ada pun, sekadar meneruskan (sambil merosakkan) program kerajaan sebelumnya sehingga kerap ditegur Sultan Selangor.

Demang gelar kerajaan campuran kerana istilah itu lebih menepati piawaian antarabangsa bagi kerajaan yang dibentuk hanya selepas pilihanraya. Jika ia ditubuhkan secara rasmi sebelum pilihanraya, barulah boleh diiktiraf sebagai pakatan rakyat.

Demang letakkan nama PAS selepas PKR bukanlah kerana Demang pernah jadi ahli PAS. Demang pun faham bahawa PAS bukanlah parti kedua terbesar dalam pakatan itu.

Demang letak nama PAS di tengah-tengah dengan diapit PKR dan DAP kerana memang itulah nasib PAS sekarang: terkepit dan tersepit antara chauvinis DAP dan kemelut dalaman PKR.

nasihat Nik Aziz pada Anwar

Harakah melaporkan:

KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Macam pernah dengar nasihat macam tu.

Apa taknya. 12 tahun dulu pun Nik Aziz dah cakap macam tu. Malah tak cukup dengan kata-kata, PAS mengajak rakyat melakukan solat hajat agar Allah SWT tunjukkan kebenaran.

Tak lama selepas itu Anwar dipenjarakan.

Selepas dibebaskan, timbul pula kes Saiful.

Belum selesai kes Saiful di mahkamah, muncul pula kes video dengan pelacur cina.

Dalam pada itu, Anwar rancang untuk beli ahli parlimen BN dalam koplot 16 September. Rancangan itu bukan sahaja Allah Taala gagalkan malah beberapa orang YB pembangkang pula yang berpaling tadah.

Anwar boleh selesai isu pembantu Indonesia

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kemelut pembatu rumah Indonesia akn berakhir tidak lama lagi.

Dalam bab pembatu rumah dan pekerja Indonesia ni Demang rasa khidmat Anwar Ibrahim boleh digunakan. Kalau Anwar Ibrahim jadi PM, masalah ini cukup mudah diselesaikan. Maklumlah, Anwar mempunyai hubungan yang intim dengan beberapa orang di Indonesia.

Malah dikatakan, sekarangpun Anwar dan kroninya sedang bersantai di sana.

Masih ingat dengan Sukma Darmawan?

Berita asal:
"Kemelut pembantu rumah Indonesia bakal berakhir"

17/05/2011 4:29pm

PUTRAJAYA 17 Mei – Kemelut pembekuan pembantu rumah Indonesia yang berpanjangan hampir dua tahun akan berakhir dalam masa dua minggu lagi apabila kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Jakarta.

Tuesday, May 17, 2011

Jom analisis berita yang dibaca

Bagaimana anda membuat analisis jika membaca sesuatu berita?

Mari kita lihat fakta berikut:

“Perangkaan terbaru yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan menunjukkan sehingga 31 Dis 2005, bilangan kenderaan berdaftar di negara ini ialah 14,816,407 juta berbanding hanya 7,686,684 juta kenderaan pada tahun 1996.

Apa yang anda faham? Ya. Statistik di atas menunjukkan peningkatan lebih kurang seganda jumlah kenderaan di Malaysia.

Jika setakat itu sahaja yang kita faham ertinya kita baru mendapat separuh markah. Ya, separuh bukan setengah. Separuh ertinya 50% manakala setengah mungkin bermaksud 0.5 markat.

Lihat baik-baik, Demang tulis ‘markat’ bukan ‘markah’. ‘Markat’ merujuk pada ‘skor mentah’.
Ertinya kita dah dapat markah lulus.

Untuk dapatkan markah penuh kita perlu kaitkan dengan perkara lain yang berkaitan kehidupan kita.

Pertama, peningkatan seganda bilangan kenderaan menyebabkan pertambahan guna tenaga petroleum sebanyak seganda juga. Kesan segeranya ialah kerajaan perlu menambah subsidi sebanyak seganda lagi.

Oh ya, sepatutnya kita sudah maklum bahawa harga petrol yang kita guna sekarang (samada anda seorang jutawan atau papa kedana) ialah harga setelah ditolak subsidi daripada wang negara.

Takpe. Jangan kecik hati. Oleh kerana kita adalah rakyat, maka berhaklah kita ke atas wang itu. Namun perlu kita ingat bahawa tidak semua rakyat bernasib baik. Rakyat yang daif perlu dibantu.

Bantuan kepada rakyat tidak semestinya dalam bentuk wang tunai. RMT dan SPBT yang dinikmati murid-murid sekolah juga sebahagian daripada definisi bantuan kepada rakyat.

Buat kolah masjid pun menggunakan budget yang sama.

Ingat, wang tidak bertambah tetapi bertukar tangan. Ini juga berkaitan dengan ajaran Islam yang menyebut “pada harta kamu ada hak orang lain.”

Secara mudahnya, jika subsidi untuk petroleum bertambah, maka peruntukan untuk perkara lain terpaksa dikurangkan.

Ok, kita berhenti setakat ni dulu.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)