Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, November 30, 2011

Perlembagaan lagi!

Sejak semalam Demang di Nilai (bukan dinilai). Dalam dua hari ini telinga Demang disumbat lagi dengan isi kandungan Perlembagaan dan semangat yang terkandung di dalamnya.

Antara penceramah yang hadir ialah Prof Dato Dr Ramlah Adam, seorang pakar rujuk berkenaan sejarah negara.

Untuk kesekian kalinya Demang diberitahu lagi bahawa Perlembagaan datang dalam bentuk pukal dan saling berkaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Bukan sahaja setiap Perkara perlu dibaca bersekali bahkan antara Perkara-Perkara yang terdapat di dalamnya saling menyokong antara satu sama lain.

Justeru tidak harus sama sekali mencubit 1-2 ayat dan mendakwa inilah Perlembagaan!

Demang nak tanya, adakah setiap wakil rakyat kita, baik kalangan kerajaan ataupun pembangkang memahami dengan jelas Perlembagaan negara?

Demang katakan begitu sebab dalam contoh kesemarataan ramai wakil rakyat yang bercakap ikut sedap mulut sahaja, terutama pembangkang. Padahal perkara berkaitan 'kesamarataan' sudah disebut dalam perlembagaan termasuk huraiannya.

Oh ya. Naskah kecil Perlembagaan boleh dibeli di mana-mana kedai buku dengan harga RM10 sahaja. Dah ada?

Tuesday, November 29, 2011

pertahankan apa?

Pagi-pagi lagi putera Demang melangut di depan TV. Cuti-cuti begini jadual anak-anak sudah dipersiap para profesional media untuk dimuat dengan pelbagai program bagi menambat mereka terus melekat pada TV.

Di pihak yang lain pula, PS dan internet menggamit-gamit anak-anak mellineum dengan jutaan tarikan baru.

Buku-buku semakin terpinggir di sudut bilik bacaan.

Demang yang lalu lalang pun sempat juga tumpang sekaki pada adegan-adegan tertentu.

Di skrin, sekumpulan gajah sedang bertarung sesama sendiri. Ada ketua dan ada rajanya. Di celah-celah itu juga terdapat peperangan antara manusia dengan manusia. Masing-masing mempertahankan ketua dan raja.

Melengung sebentar Demang. Apa yang mereka pertahankan? Apa yang mereka perebutkan? Dalam kekalutan ada kesedihan dan cinta. Ada rindu dan kasih sayang. Ada darah dan air mata. Bahkan kehidupan dan kematian bertukar ganti.

Bertukar ganti tidak sama dengan bersilih ganti. Dalam konsep bertukar ganti, kehidupan bagi seseorang adalah kematian bagi lawannya. Kill or to be killed.

Demang dan anak-anak menonton (dipertontonkan) adegan dua ekor gajah besar sedang bertarung. Begitu seru pergelutan dari darat hingga ke dasar tasik.

Di atas belakang masing-masing tertenggek tuan masing-masing!

Apakah yang mereka pertahan hingga sanggup mempertaruh nyawa sendiri?

Meskipun cerita tersebut diperkartunkan namun ia adalah berdasarkan sejarah sebenar. Kisah perseteruan berlarutan kerajaan Ayuthia.

Siapa dan di mana bukan persoalannya di sini. Yang Demang fikirkan ialah gambaran tersebut berlaku di semua bangsa, negara, dan manusia.

Bagi golongan sosialis, peristiwa tersebut adalah cerminan kebodohan proletar mempertahankan raja. Justeru ia menjadi umpan terbaik bagi menarik simpati rakyat untuk turut mengutuk sistem feudal.

Namun Demang tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan sang gajah sanggup mempertahankan tuannya sehingga menggadai nyawa diri dan keluarga? Apakah yang ditawarkan si raja kepadanya? Padahal sang gajah sejak awal mampu membebaskan diri daripada komuniti yang dianggap zalim tersebut?

Jawapannya ialah sang gajah bukan mempertahankan raja sebaliknya mempertahankan diri dan keluarganya sendiri. Hubungan mereka bagai simbiosis yang saling bergantung antara satu sama lain.

Meskipun terdapat jurang kasta yang luas antara raja dengan rakyat namun sang gajah akur dengan realiti bahawa gajah tak mungkin menjadi raja kepada manusia. Yang penting, kehidupan mesti diteruskan dengan peranan masing-masing.

Manusia adalah makhluk pintar. Demang kata, MANUSIA dan Demang tak kata RAJA. Namun sosialis mendakwa raja cerdik mengeksploitasi rakyat. Bagi Demang masing-masing saling mempergunakan. Kata lunaknya ialah 'saling memerlukan'.

Manusia memilih untuk hidup secara berkomuniti. Tambah sikit lagi, yang harmoni.

Saturday, November 26, 2011

sambutan maal hijrah di KL

Malam ini Demang menyambut tahun baru hijrah di Kuala Lumpur dengan menghadiri forum khas.

Forum bertajuk Menghayati Al-Quran ini dianjur Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (PerTaMa) sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1433H.

Tahniah kepada pihak penganjur iaitu sebuah NGO yang baru 5 bulan ditubuhkan. Alhamdulillah, walaupun baru ditubuhkan namun aktif menganjurkan pelbagai program bermanafaat.

Sayangnya foto yang Demang snap tidak dapat diupload menggunakan Gtab ini.

Selain aktiviti keagamaan, PerTaMa juga bergerak memajukan ekonomi ummah dengan pelbagai program keusahawan.

Akan datang, satu seminar perniagaan online akan diadakan di Melaka. Kepada yang berminat, bolehlah hubungi Cheguman (0194402211). Masa dan tempat akan diumumkan kemudian.

Wan Aizah akui


Demang langsung tidak terkejut dengan kenyataan Wan Azizah dalam konvensyen ke-8 PKR bahawa pemimpin PKR dilanda sifat tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Apa nak dihairankan. Selain kerana peribadi pemimpin PKR yang terdiri kalangan orang buangan UMNO, keputusan PRu12 sendiri menyumbang keadaan tersebut.

Jika sebelum ini calon pembangkang dilihat bersih, maka itu hanyalah kerana metreka belum mendapat kuasa.

Apabila beberapa negeri di tadbir oleh pembangkang, maka terserlah lah keperibadian dan sikap sebenar mereka.

Yang paling nyata ialah rakyat sudah melihat bahawa mereka cuma pandai bercakap!

Friday, November 25, 2011

isu Izzah: keluarga anwar kena jawab

Isu panas.

Kalau ikutkan isu, memang banyak isu yang boleh digunakan ke atas pembangkang samada PAS, PKR, mahupun DAP.

Daripada 3 parti itu, ternyata PKR yang paling top sekali dalam bab isu-mengisu. Dari Penasihat parti hinggalah ke AJK PKR di peringkat cabang memang tak pernah sunyi dengan masalah peribadi.

Sebenarnya tak-lah menghairankan sangat memandangkan majoriti yang berada dalam PKR adalah individu yang bermasalah. Sebab itu ada kalangan pemerhati politik yang memberi makna PKR sebagai Parti Kecewa Rakyat.

3-4 hari ini, heboh pasal harta Izzah Anwar yang bukan main banyaknya tersimpan di bank Israel.

Entahlah. Tapi setakat ini belum ada sebarang penjelasan rasmi yang dibuat oleh Ahli Keluarga Anwar.

Hello, rakyat sedang menunggu ni.

Wednesday, November 23, 2011

SBP akan dihapuskan

Bukan pekara luar biasa apabila tajuk berita disensasikan sehingga mengelirukan pembaca. Bahkan seringkali kekeliruan itu disengajakan bagi menambah sensasi. Tujuannya, untuk 'memaksa' pembaca agar membaca.

Semalam Demang menulis artikal bertajuk 3000 dipaksa hadir seminar.

Tajuknya berunsur provokasi dan bukan kisah sebenar tetapi yang tersirat itulah hakikat. Sudah menjadi rahsia umum bahawa seminar, kursus, dan program yang dijalankan ke atas penjawat awam adalah berbentuk paksaan.

Hari ini Demang letakkan satu lagi tajuk sensasi yang menarik minat pengunjung. Namun ia bukan tajuk bohong. Ia adalah hasrat sebenar pakatan pembangkang apabila mereka memerintah Malaysia. ia dinyatakan secara terus terang dengan rasional yang memukau.

Barangkali anda tidak setuju. Atau anda menyangka Demang mereka-reka cerita. Tidak! Demang tidak mereka-reka cerita. Tanya-lah kepada pembangkang, baik yang Melayu apa lagi yang bukan Melayu. Konsep kesamarataan yang diperjuangkan adalah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang disediakan untuk pelajar Melayu dan Bumiputera.

Hujah pembangkang bukan Melayu ketika berkempen dalam kalangan pengundi bukan Melayu ialah SBP tidak adil kerana hanya untuk pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja.

Hujah pembangkang Melayu ketika berkempen kepada orang Melayu dan Bumiputera ialah orang Melayu menjadi lemah dan lembab kerana terlalu bergantung kepada subsidi dan bantuan kerajaan.

SBP adalah sebahagian daripada SUBSIDI dan tindakan memanjakan orang Melayu/bumiputera.

Jika anda setuju dengan kenyataan tersebut, terpulang lah.

Tika ini Demang sedang berdiri di luar bilik temuduga kerana menemani putera Demang yang sedang ditemuduga bagi memasuki sebuah sekolah berasrama penuh.

Semoga Allah Taala memberi izin kepada putera Demang memasuki sekolah terbaik berdasarkan kemampuannya.

Tuesday, November 22, 2011

3000 dipaksa hadir konvensyen

Seminar Perpaduan dan Patriotisme Dalam Konteks Satu Malaysia

Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka.

22/11/11

9.00 pagi - 3.00 petang.

Demang tiba tadi agak lewat. Orang ramai sudah penuh di dalam dewan. Demang tidak pasti kenapa mereka hadir. Mungkin dipaksa oleh jabatan masing-masing.

Paksa atau rela, yang penting mereka sudah di dewan ini. Mereka akan didedahkan dengan maklumat dan fakta. Mahu tidak mahu mereka akan menadah telinga dan merelakan maklumat masuk ke telinga dan minda mereka.

Jijikkah perbuatan memaksa orang ke seminar intelektual? Pembentang kertas kerja adalah golongan akademik dan intelektual, bukan Mat Sabu atau Azmin Ali yang tidak pernah diiktiraf keintelektualan mereka.

Bagi Demang, ada masanya kita perlu memaksa. Sama seperti kita paksa anak-anak ke sekolah atau belajar mengaji.

Di zaman Facebook, Youtube, PS, Astro dan sebagainya ini, mahukah anak-anak kita mengaji tanpa disuruh, dipujuk, atau dipaksa?

Peserta hanya dipaksa hadir, bukan dipaksa untuk menerima. Boleh fikir sendiri yang mana baik yang mana buruk. Walaupun Ali Rostam orang politik, tetapi program ini adalah program ilmu yang dibuat atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Sama seperti Seminar Salalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah yang Demang hadir 2 minggu lepas di Seri Negeri ini juga.

Pembangkang faham program ini? Anda faham?

Baiklah, jika anda belum faham Demang akan beritahu.

Peserta yang lebih 3000 orang ini akan pulang ke kawasan masing-masing dan bercerita dapatan yang mereka perolehi daripada konvensyen ini kepada ahli keluarga dan komuniti mereka. Dengan itu semakin ramai yang akan tahu fakta sebenar.

Apabila PRU nanti, insya-Allah mereka akan mengekalkan kerajaan sedia ada kerana mereka sudah faham kenapa kerajaan sedia ada sekarang perlu dikekalkan.

Sunday, November 20, 2011

kerajaan rasuah

Setelah pembayaran RM100 untuk SETIAP anak-anak yang di bangku persekolahan selesai minggu lepas, kerajaan mengumumkan pula bantuan RM500 untuk setiap keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

Maka menggelepar lah parti pembangkang kepanasan.

Panas, kerana sokongan rakyat akan menderu-deru kepada kerajaan. Panas, kerana rakyat semakin ramai yang.mencemek dan sinis terhadap pembangkang.

Demang dah dengar suara sumbang yang mengatakan kerajaan merasuah rakyat. Demang juga dah dengar seorang ustaz yang berkata "orang bagi kita ambik".

Satu lagi yang Demang dengar pembangkang kata: selepas beri RM100, kerajaan arahkan PIBG minta yuran daripada ibu bapa melalui potongan daripada wang tersebut!

Mungkin anda hairan bagaimana dua kenyataan tersebut boleh saling bercanggah? Kenyataan pertama mengatakan tindakan memberi.bantuan kepada rakyat sebagai RASUAH manakala pernyataan kedua menyuruh rakyat menerima wang tersebut.

Jangan hairan. Itulah politik. Dalam politik, benar atau salah adalah merujuk kepada siapa yang melakukannya. Bagi pembangkang, jika kerajaan buat, semua atau hampir semuanya tak betul. Tetapi jika pemimpin atau parti pembangkang yang buat, dihalalkan.

Kalau betul kerajaan merasuah rakyat, maka PAS wajib halang rakyat daripada menerima wang rasuah tersebut!

Saturday, November 19, 2011

Dakwat kekal yang tak kekal

Ambiga: tindakannya banyak mengundang kontraversi

Demang lihat di blog Papa Gomo, isu dakwat kekal cadangan Ambiga muncul semula.

Demang tak fikir penggunaan dakwat kekal itu satu isu besar melainkan ia sengaja dibesar-besarkan entah untuk tujuan apa. Barangkali nak mengalih perhatian rakyat yang sedang gembira menerima pelbagai insentif daripada kerajaan baru-baru ini.

Macam-macam dalam politik ni. Tambahan pula ada pemimpin yang sedang dalam situasi hidup atau mati. Maka apa sahaja yang boleh akan dilakukan. Bahkan yang tak boleh pun akan dibuat juga.

Almaklumlah. Dah terdesak.

Kembali pada penggunaan dakwat kekal, setakat ini ia hanya digunakan di negara-negara mundur seperti di Afrika dan negara yang penduduknya terlalu ramai sehingga menyukarkan bancian, pendaftaran, dan kawalan.

Negara maju tak buat pun!

Ada yang kata, kenapa kerajaan takut sangat guna dakwat kekal? Ada udang di sebalik batu ke?

Dalam hal ini pihak SPR sudah menjelaskan bahawa penggunaan dakwat kekal mempunyai beberapa risiko besar, antaranya:

1) Dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di luar negara termasuk Thailand. Oleh itu ia terdedah pada unsur sabotaj.

2) Kita bukan berada dalam keadaan darurat sehingga terpaksa bertayammum kerana mekanisme bagi mengawal ketelusan pilihanraya sangat baik melalui sistem yang ada sekarang. Dalam hal ini sesiapa yang pernah terlibat dalam pilihanraya tentu faham betapa ketatnya proses pengundian sehingga warganegara Malaysia pun ada yang tidak dibenarkan mengundi jika diragui taraf kewarganegaraannya. Contohnya, pengundi yang tertinggal kad pengenalan diri tidak dibenarkan mengundi.

4) Prosedur pengundian di Malaysia yang melibatkan para petugas dari kalangan pengundi dan penduduk tempatan sendiri berupaya memastikan tidak mungkin orang yang tidak dikenali berjaya mengundi atau mengundi lebih daripada sekali.

Hanya orang yang tidak pernah mengundi sahaja yang tidak tahu perkara ini.

Semalam Papa Gomo mendedahkan bahawa 'dakwat kekal' yang dicadangkan Ambiga rupa-rupanya tidak kekal. Ia boleh dihilangkan juga sebelum tempohnya.

Jadi, apa sebenarnya agenda Ambiga dan pembangkang?

Wednesday, November 16, 2011

rm100 untuk rakyat dan ada lagi

Minggu ini semua murid dan pelajar sekolah menerima sumbangan khas daripada kerajaan sebanyak RM100 setiap orang.

Ia dalam bentuk wang tunai; bukan vaucer, bukan kupon, dan bukan janji Anwar.

Dalam pada itu ada juga terdengar suara makhluk berakal muflis yang berkata bahawa memang itu duit rakyat dan tidak perlu berterima kasih pada kerajaan.

Kalau begitu, tak perlulah kita mengucapkan terima kasih kepada para guru yang mendidik kita sebab guru dah dibayar gaji dan dah memang kewajipan mereka mengajar.

Jika demikian, tak perlu lah membalas jasa ibu bapa sebab sudah menjadi tanggung jawab mereka membesarkan kita.

Apapun Demang percaya makhluk yang rendah mentaliti begitu tidak ramai. Majoriti rakyat Malaysia adalah matang. Tidak hairanlah kajian terbaru yang dibuat mendapati sokongan rakyat terhadap Najib semakin meningkat.

Sebenarnya bukan hanya RM100 itu sahaja yang rakyat akan dapat. Banyak lagi.

Monday, November 14, 2011

Anak Anwar bantu Najib


Dalam kekalutan untuk mempertahankan kerusinya pada hari-hari terakhir di parlimen (sebelum tempoh pembubaran), Nurul Izzah tercekut satu isu yang diharap dapat meremehkan usaha kerajaan BN.

Itulah ISU KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA. Maka dengan bangganya anak sulung Anwar itu mendedahkan bahawa harga barang di pasaraya lebih murah daripada KR1M yang diilham PM.

Kasihan Izzah. Dia terlupa bahawa salah satu objektif Najib memulakan KR1M ialah bagi memberi tekanan dan saingan kepada pasaraya lain agar menurunkan harga barangan pengguna.

Ternyata idea ini mula menampakkan kejayaan. Apabila KR1M menunjukkan kepada rakyat bahawa beberapa barang pengguna boleh dijual pada harga yang lebih rendah, maka pasaraya yang selama ini begitu ghairah menaikkan harga barang terpaksa mengalah.

Idea Najib itu sebenarnya bukan lah hebat sangat tetapi Nurul Izzah memang lembab kerana tak dapat memahami strategi tersirat.

Saturday, November 5, 2011

Rosmah di Mekah





Ternyata jangkaan banyak pihak tentang PRU November meleset.

Demang dah tulis sebelum ini tentang kemungkinan Najib akan menunaikan fardhu haji tahun ini. Justeru PRU 13 tidak mungkin diadakan pada bulan November.

Sejuk hati menonton perutusan aidil adha yang dibuat Najib daripada tanah suci Makkah.

Turut kelihatan di sebelahnya ialah Rosmah.

sumber:

Friday, November 4, 2011

orang puteh ajar jawi

Dua hari lepas Demang mengikuti seminar antarabangsa mengenai Salatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Melopong Demang mendengar orang puteh bercerita pasal Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Lebih terlopong lagi apabila 'mat saleh' tu terangkan maksud 'pertuturan' dan 'penuturan' yang ternyata amat berbeza.

Prof Emeritus Dr E. Ulrich Kratz (SOAS, London) itu juga menggunakan tulisan jawi bagi menunjukkan persamaan ejaan tetapi membawa makna yang berlawanan dalam tulisan jawi lama!

Seminar dua hari bertempat di Seri Negeri Melaka itu menyemarakkan semangat Demang untuk terus menulis di Waadat berkenaan kedua-dua karya agung tersebut.

Sebagai permulaan, Demang dah beli kitab Salatus Salatin yang baru berharga RM130 bagi menggantikan kitab lama yang ada dalam simpanan sekarang.

Kalau orang asing nak kaji, kenapa kita nak pinggirkan warisan itu?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)