Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, January 30, 2012

apabila cacing berlagak sawa

Waktu Demang keluar simpang tadi nyaris terlanggar seorang remaja berbasikal.

Dah la gelap dek malam, berbasikal tanpa lampu pulak, dan lebih teruk lagi sibuk ber-SMS!

Sebenarnya aktiviti ber-SMS sambil mengendali kenderaan sudah menjadi perkara biasa yang sering kita lihat.

Demang selalu ternampak penunggang motorsikal, pemandu kereta malah pengendali lori treler sibuk ber-SMS sehingga kadangkala membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Oleh kerana Demang sendiri pun pernah melakukannya maka Demang cadangkan marilah kita sama-sama hentikan tabiat itu.

Satu lagi Demang nak ingatkan jika terpaksa juga, kena lah sedar diri. Maksud Demang ialah lihat situasi dan kedudukan diri sendiri.

Kalau anda sedang memandu lori besar dan di kiri kanan anda terdapat kereta, motorsikal dan basikal maka anda layak ber-SMS.

Tetapi jika anda menunggang motorsikal dan di kiri kanan anda terdapat lori besar dan kereta maka jangan lah cari pasal.

Jalanraya memang lah dikongsi bersama tetapi jika anda kecil, samada melanggar atau dilanggar anda juga yang parah.

Demang bercakap dari segi keselamatan diri sendiri dan bukan dari sudut undang-undang. Kalau kena saman tanggung lah sendiri!

Sebenarnya bukan sahaja di jalanraya, bahkan dalam berpolitik pun begitu juga.

Jika parti kita kecil maka jangan cuba-cuba berpakat atau bersekutu dengan parti kaum lain.

Lihat sahaja di Perak suatu ketika dulu. PAS ada 6 kerusi manakala DAP ada 19 kerusi. Walaupun Nizar jadi MB tapi terpaksa akur dengan kekendak DAP sebab faktor majoriti amat penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia.

Mujur Sultan Perak seorang yang pakar dalam undang-undang negara. Maklumlah, bekas Ketua Hakim Negara. Setakat Karpal tu cuma celah gigi dia.

Sekarang kemudaratan sedang berlaku pula di Selangor. Contohnya dalam kes pemecatan Hasan Ali dan usaha mengambil alih SYABAS dari tangan usahawan lslam.

Itu belum lagi dikira dengan pertambahan pusat judi, hiburan, dan lesen arak!

Sebenarnya Sultan Selangor juga seorang yang bijaksana. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat rajin membaca. Namun raja berperlembagaan berbeza dengan raja mutlak zaman dahulu kala.

Bukanlah Demang sengaja nak memuji. Masa UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, UMNO adalah parti terbesar. Malah hingga sekarangpun UMNO tetap parti terbesar dalam BN.

Meskipun demikian UMNO tidak pernah menganiaya atau menindas kaum lain. Lihat sahaja bagaimana kaum cina yang jauh meninggalkan orang melayu dalam bidang ekonomi. Begitu juga pencapaian pendidikan dan jawatan profesional seperti guaman, kedoktoran, dan kejuruteraan.

Malangnya sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir ahli politik yang cuba menghasut kaum mereka agar bersifat dengki pada orang Melayu.

Padahal peruntukan yang ada hanya sekadar cuba membantu orang melayu yang sekian lama hidup tertindas.

Itupun salah ke?
Hati-hati dengan naga. Kadang-kadang kepalanya ada dua.

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)