Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, January 5, 2012

pendedahan pertemuan sulit

Sumber mendedahkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di sebuah hotel di Jalan Kuching di sini pada hari ini atau Jumaat.

Menurutnya, difahamkan antara duta itu yang dikenal pasti adalah United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Denmark, Switzerland manakala satu lagi belum diperolehi. Turut dipercayai terlibat adalah dari Australia.

“Penasihat PKR itu dipercayai cuba mendapatkan sokongan daripada pelbagai negara, namun berdasarkan maklumat yang diperolehi, enam negara dari Eropah akan terlibat dalam pertemuan itu.

“Selain mendapat sokongan untuk kempen itu, kita percaya Ketua Pembangkang itu mungkin mempunyai agenda lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambahnya, pertemuan yang diatur sendiri oleh Anwar itu dipercayai dibuat kerana beliau semakin terdesak untuk melepaskan diri daripada kes dihadapinya berikutan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, selain mengheret rakyat ke jalanan, pertemuan dengan wakil negara asing itu juga salah satu daripada rancangan Anwar dalam memastikan Kempen Bebaskan Anwar 901 berjaya, sekali gus bakal menjejaskan imej negara.

Jika sumber tersebut benar maka Demang amat sedih dan bimbang kerana tindakan tersebut meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Kenapa perlu berpolitik sehingga menjadikan rakyat sebagai umpan?

Sumber:
MIM

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)