Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, January 19, 2012

Tolong ambil perhatian Sidang Media bapa Saiful

Makin lama makin suntuk masa untuk bertindak. Tempoh untuk membuat rayuan semakin hampir ke penghujung penamat.

Yang Demang maksudkan ialah kes Anwar-Saiful.

Demang dan para blogger akan bertindak cara kami sekiranya kami merasakan Saiful tidak diberi cukup ruang dan peluang mengemukakan tuntutan beliau.

Kami bukan mahu mendahului tugas mahkamah sebaliknya jika hak Saiful untuk merayu dinafikan maka rakyat melihat bahawa proses keadilan belum cukup dilaksanakan.

lngat! para blogger pernah bergabung dan bertindak. Bahkan hingga kini gerakan para blogger masih senada dan seirama.

Buktinya, lihat lah jaringan link yang terdapat pada blog-blog kami.

Berikut Demang siarkan kenyataan daripada sidang media bapa Saiful hari ini.

Tolong ambil PERHATIAN!!!

1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)