Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 3, 2012

GERAKAN sokong PKR

KUALA LUMPUR: Parti GERAKAN membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi pada pilihan raya umum. 

Timbalan Presidennya, Datuk Chang Ko Youn, berkata cadangan itu akan menyekat demokrasi dan tidak menggalakkan warga Malaysia yang menetap di luar negara daripada menyertai proses pilihan raya.

"Perlembagaan Persekutuan memperuntukan setiap rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak menjadi pengundi dan oleh itu adalah tidak adil untuk mendiskriminasikan hak mengundi berdasarkan status membayar cukai.

"SPR perlu faham bahawa hak mengundi adalah sebahagian daripada hak kewarganegaraan dan ia tidak terikat dengan isu membayar cukai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Chang berkata, semua warga Malaysia yang menetap di luar negara perlu dibenarkan mengundi tanpa mengambil kira sama ada mereka membayar cukai atau sebaliknya. 

"Ini akan membolehkan rakyat Malaysia di luar negara menyertai pilihan raya bagi memastikan mereka terus terbabit dalam hal ehwal negara," jelasnya. 

Chang berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan keperluan mengadakan ujian mudah dikenakan kepada rakyat Malaysia di luar negara bagi membuktikan hubungan mereka terhadap negara sebelum dibenarkan mengundi. 

"Selagi mereka warga Malaysia, mereka perlu dibenarkan mengundi. Saya tidak nampak keperluan untuk mencontohi sistem di Amerika Syarikat atau Taiwan. Kita adalah negara berdaulat dan berdemokrasi...kita perlu menentukan peraturan sendiri," katanya. 

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sedang menentukan kriteria yang perlu diikuti untuk rakyat Malaysia yang bekerja dan menentap di luar negara sebelum dibenarkan mengundi. 

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, cadangan SPR itu adalah langkah kebelakang yang cukup ketara kepada demokrasi negara. 

Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR, Elizabeth Wong berkata, dengan menafikan hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk mengundi menunjukkan bahawa SPR mempunyai pandangan kabur mengenai proses demokratik. 

"Walaupun cadangan untuk membataskan kepada rakyat Malaysia di luar negara ketika ini, namum ia memcerminkan sikap SPR dalam soal pengundian -- iaitu keistimewaan dan bukan sebagai hak. 

"Ini menandakan trend bahaya dalam politik Malaysia. Di sebalik memperkasakan demokrasi dengan menjadikan lebih ramai rakyat sebagai sebahagian daripada proses dan mengembangkan pangkalan pengundi, SPR cuba berundur dan membawa kita ke zaman di mana hak mengundi hanya terbatas kepada kumpulan elit saja," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA 

Bagi Demang jika diungkit rakyat ada hak untuk mengundi maka perlu disebut bahawa negara juga berhak mengambil cukai.

Pengajaran daripada bantahan tersebut ialah dalam hal melibatkan kepentingan bersama maka kaum cina akan bersatu.

posted from Bloggeroid

2 comments:

C L J said...

Umor dah 22 tahun. Masih belajar manalah nak bayar cukai. Tapi takkan tak ada hak nak mengundi kot ???

hangkedee said...

Itu pun melayu melayu Hampas PKR tak nampak lagi betapa jahatnya cina kafir Harbi laknatullah. haram jadah cina komunis.Dapig+PAP.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)