Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, February 1, 2012

Siapa sangka


''Dia pandai, nampak warak dan saya pun terperangkap kerana saya ingat dia betul-betul warak dan sebab itu saya mengalu-alukan kemasukan dia dalam UMNO kerana saya ingat dia akan bawa nilai-nilai Islam.

''Tetapi saya dapati dia masuk UMNO kerana kalau masuk Pas tidak mungkin jadi Perdana Menteri," kata Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menunjukkan betapa 'dekatnya' hubungan ketua pembangkang itu dengan negara Yahudi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, adalah tidak mungkin Anwar menunjukkan sebarang penentangan terhadap Israel memandangkan beliau mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan golongan Yahudi di barat.

''Anwar memang pun mirip kepada Israel kerana bila keluar dari penjara, dia pergi ke Munich, Jerman dan semasa di sana, dia ada perbincangan dengan (Paul) Wolfowitz selama tiga jam.

''Memang dia dekat dengan Israel kerana dia suka orang Barat puji dia agar ternampak sebagai orang yang moden, ikut trend tetapi sebaliknya kita ini dia anggap lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Pendekatan Malaysia Dalam Soal Kepimpinan Awam anjuran Razak School of Government di sini, hari ini.

posted from Bloggeroid

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)