Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, March 5, 2012

Phahrolrazi tetap mahu Azizan berundur syarat dilantik semula

ALOR SETAR: Walaupun mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat selama lima jam berakhir 3 pagi semalam, memutuskan untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kemelut dalaman PAS Kedah dikatakan belum berakhir.

Pada mesyuarat itu, dua EXCO yang enggan menerima pelantikan semula, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, diminta menerima jawatan itu yang tamat, Rabu ini.

Sumber memberitahu Berita Harian, syarat yang diletakkan Phahrolrazi jika parti itu mahu beliau menerima jawatan itu, iaitu jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah yang dipegang Azizan diserahkan kepadanya dan tidak membenarkan Menteri Besar itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, masih belum diputuskan.

Dalam pertemuan tertutup antara dua pemimpin berkenaan dengan Jawatankuasa PAS Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang itu, satu lagi permintaan Phahrolrazi supaya jawatan Menteri Besar dipangku pemimpin lain, ditolak jawatankuasa berkenaan. 

Jawatankuasa itu memberi peluang sejam kepada setiap seorang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan hujah masing-masing.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu serta dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Selain itu, turut dilihat memasuki Seri Mantaloon ialah beberapa EXCO lain, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Perindustrian, Datuk Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan, Abdul Ghani Ahmad serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS.

Kemelut dalaman PAS Kedah yang dikatakan antara krisis kepemimpinan terbesar dalam PAS tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail secara terang-terangan menolak dilantik semula ke jawatan EXCO dengan alasan tidak dapat bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa mereka tidak mendengar pandangan orang lain.

Malah Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundur yang dilihat mengetuai tentangan terhadap Menteri Besar itu, mengenakan tekanan ke atas Azizan apabila PAS Kawasan Kuala Kedah yang dipimpinnya memberi kata dua kepada Amiruddin yang juga ADUN Anak Bukit supaya melepaskan jawatan EXCO walaupun sudah mengangkat sumpah jawatan.

Phahrolrazi adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, manakala Amiruddin, timbalannya.

Difahamkan, Phahrolrazi sudah mendapatkan pandangan beberapa rakannya dalam Dewan Ulama PAS Kedah dan dikatakan akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.Phahrolrazi yang dihubungi semalam berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai pendirian Jawatankuasa PAS Pusat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.

Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila PAS yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh, terpaksa menunda sidang media yang sepatutnya diadakan di sini, semalam.Sementara itu, Salahuddin yang dihubungi pagi semalam membayangkan masih ada perkara yang belum dapat diputuskan.

"Masih menunggu beberapa perkara yang perlu dinilai sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Beliau yang dihubungi sekali lagi kira-kira jam 3 petang semalam mengesahkan sidang media bagi mengumumkan keputusan mesyuarat berkenaan akan diadakan di ibu negara hari ini.

Ini adalah kali kedua Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bagi mencari jalan penyelesaian dalam konflik antara Azizan dan Phahrolrazi dan Dr Ismail yang menolak pelantikan semula ke jawatan itu Isnin lalu.

Pada malam Khamis lalu jawatankuasa berkenaan bermesyuarat di ibu negara selama empat jam tetapi menemui jalan buntu, menyebabkan ia terpaksa mengadakan pertemuan kedua di sini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsuPASKedahbelumberakhir/Article/

posted from Bloggeroid

3 comments:

Jeepers Creepers said...

dia xnak dilantik, biarkan sajalah..lantiklah orang lain yang nak bekerja.

Anonymous said...

salam..
Masya Allah..dahsyat sungguh perangai anjing2 PAS..
punya terang2 GILA jawatan..berbalah mintak pemimpin turun dia nak naik..gila kot Pahrolrazi ni lebih dahsyat beratus kali ganda dr UMNO..

mmg Allah laknat PAS kali ni..biaq hangpa lingkup lumat..AMIN!!

Azizan..kalau tkmau masuk UMNO pun kluaqlah dr PASPISPUSS!!

Dot said...

baru jd menteri besaq kuala kedah dah nak menderhaka ka MENTERI BESAQ KEDAH? hebat la org pas!!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)